Skip to main content

Jadi Doktor Tu.. Seronok Tak?

Contengan Fesbuk Bertarikh 28 Oktober 2014


Hidup sebagai tabib manusia itu,
Macam cokelat HACKS.

Manis.
Bila disapa pesakit dengan panggilan 'Dr'

Manis.
Bila melihat pesakit yang dulunya terbaring di katil hospital,
Telah kembali sihat, cergas dan gemok.

Manis.
Bila setiap hari pasti ada peluang untuk menyebarkan senyuman dan kata-kata yang baik kepada visitor di hospital .

Manis.
Bila duit gaji masuk dalam akaun bank. Walaupun tak banyak macam peniaga pasar malam, tapi terasa gaji itu sangat bermakna atas kerja-kerja yang kita lakukan sendiri dengan tangan kita.

Tapi . . Ada pedasnya.
Tetap ada.

Pedas.
Tatkala kamu rasa nak menangis guling-guling bila gagal nak masukkan branula ke tangan pesakit.

Pedas.
Tatkala kamu dimarah-marah oleh Dr Senior bila gagal melakukan sesuatu dengan smooth dan baik.

Pedas.
Tatkala kamu melihat pesakit yang collapse terbaring tanpa nyawa di hadapan kamu setelah kamu berhempas-pulas buat CPR kepadanya.

Pedas.
Tatkala operasi surgery berjaya tapi patient meninggal dunia, dan kamu keluar dari surgery room lantas melihat mata-mata family patient bersinar-sinar macam lampu jalan menantikan berita gumbira.

Tak semua benda itu manis belaka.
Sunnatullah, memang akan ada pedasnya.

Tapi, jika hari ini.
Ketika kamu sedang dan masih
memegang title sebagai pelajar perubatan,
Pesan baik baik pada diri kamu.

Belajarlah ilmu itu untuk diri kamu.
Bukan untuk peperiksaan sahaja.
Bukan. Bukan!

Belajar sungguh sungguh.
Fahamkan setiap perkara yang perlu kamu faham.
Amanah dengan masa.
Amanah dengan tanggungjawab
kamu untuk hadir ke setiap kelas.

Jika niat kamu hari ini sejernih air qorurah,
InsyaAllah, Allah pastikan datangkan pertolongan tatkala kamu sedang dihambat kesusahan.

Tapi, kalau hari ini niat dan matlamat kamu jernih macam water shower di Jordan tapi sebenarnya banyak kandungan klorinnya,
Kamu yang akan tanggung padah di hujung perjalanan kamu nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap