Contengan Fesbuk Bertarikh 4 Ogos 2014
Dia diam. Tiba-tiba..~
''Qasrus.. Qasrus.. Kalau saya baca di depan, kamu akan bagi saya hadiah?''
''Apa? Hadiah?" Tercengang.
"Ok. Saya akan bagi kamu hadiah kalau kamu baca Quran di depan."
Senyum. Dia bingkas bangun.
"Kamu betul-betul akan bagi saya hadiah? Dalam beg kamu ada hadiah?"
"Kejap, Biar saya tengok...~~~ Ha'ah. Betul. ADA. Saya akan bagi kamu cekelat kalau kamu betul-betul ke depan.."
Tak sampai lima minit, aku kembali angkat kepala.
Muhammad sudah di hadapan kelas.
Lidahnya fasih melantun satu demi satu surah lazim yang sudah dihafal.
=' D Waaa..bersungguhnya budak ni.
Selepas habiskan tasmi', dia berlari ke arahku. Habis meja dan kepala kawan di langkah.
"Nak hadiah!" Dia sengih.
"Nah. Ini untuk kamu." Sebiji coklat aku hulur. Tanda mengotakan janji.
Dia senyum.
Ditayang pula coklat kepada kawan-kawannya yang lain.
Lantas, semua pun berlumba-lumba mengangkat tangan nak tasmi' di hadapan
Sebab... Jari mereka menuding aku..'Dia ada hadiah kalau kita baca kat depan..'
Ceyy..
Hahaha >,<
Moga hari ini adalah yang pertama,
Dan bukan yang terakhir.
Dalam gambar :
He is Muhammad.
Budak kecil yang lincah.
Moga jadi pemuda agama yang soleh.
Amin..
Comments