Coretan Lama (8/11/14)
Hari minggu yang lapang.
Lalalala.
Semua sahabat berkonvensyen Hewi di Dewan Kindi.
Saya sahaja terperuk dalam rumah makan roti.
Bukan tak mahu join.
Sumpah. Memang kool dan ohsem sekali program khusus untuk akhowat itu.
Tapi . .
Otak saya asyik fikir Al-Quran.
Exam dah dekat.
Tapi hafalan masih belum sepenuhnya lekat.
Allah. Bimbang betul ni !
But today, memandangkan imtihan baru selesai,
Rasa seronok pula nak jadi MRs Cleaner Terhormat SeIrbid.
Saya kumpulkan baju yang perlu dibasuh.
Semuannya dihumban ke dalam makhluk putih bermata satu.
Teknologi . . Sekali tekan saja, tak sampai 15 minit, baju dah wangi.
Ahah..
Tapi takleh challenge kuasa Allah.
Kita buka buka mata sahaja Allah dah hantar rezeki.
Hari ni adik rumah masak Bihun Singapore dengan potongan ayam bergolek-golek di dalamnya.
Allah. Nikmat apakah yang kamu nak dustakan lagi??
Settle bab baju.
Saya menyinsing lengan.
Berhajat nak bergusti dengan kulat dinding yang cuma merampas kuasa saya bermaharajalela di rumah.
Satu ml clorox saya tuang ke dalam spray biru yang comel macam tuannya.
3 2 1
Saya tembak dengan penuh perasaan seolah-olah perasaan melepaskan geram kepada Batista selepas dia cuba membackhand saya berkali-kali.
Yah.. Selesai tugas itu.
Saya tunggu 15 minit. Next, tempat berkubangnya kulat itu saya lap dengan air biasa menggunakan spongeBob versi atas darat.
Kipas laju dipasang.
Biar cepat kering. Baru tak membiak kuman jenama lain pulak.
Dah settle bab kulat. Alhamdulillah.
Syukur Allah bagi kesihatan.
Kalau tidak, nak angkat sebotol syampoo pun belum tentu mampu.
Haza min fadhli robbik.
ALHAMDULILLAH.
Seterusnya. Masa untuk menyahtinjakan segala kekotoran lantai.
Mr muscle datang...
Segala karpet bangla saya angkat.
Terpaksa buat sorang.
Because i'm alone.....
Isk isk.
Tapi tak apa.
Ana superwoman.
Go Qasrus. Jika kau fikirkan kau boleh... (lagu Fikirkan boleh berkumandang)
Vacuum di ON.
Seterusnya, MOP dicapai.
Ku sental kepalanya ke lantai. Penuh bergaya. Bersungguh-sungguh macam tengah jawab exam SPM.
Dan . . .
Taraaa. Tak sampai sejam.
Semua kerja dah selesai.
Alhamdulillah.
Rumah berkilat, baru hati senang kan?
Teringat kata-kata ibu mithali di rumah,
'Rumah kita milik kita. Kotor pun rumah kita. Bersih pun rumah kita. Jadi jagalah rumah kita. Takkan kita nak hidup dalam keadaan yang tak selesa?'
Allahu, ibu.
Kalaulah ibu tengok tahap kerajinan puteri mu yang manja ini telah mencapai tahap super saiya, komfem hari-hari oun ibu sanggup masakkan pada saya Nasi Goreng Kampung kan?
T.T
Ana rindu Malaysia, ibu, abah, family dan mesin jahit. Eh.
Bila melihat rumah bersih.
Hati bahagia dan berbunga kemboja.
Terfikir tiba-tiba.
Kotornya rumah, kita boleh cuci. Sental dengan detergent.
Berus dengan tangan.
Kalau hati kotor?
Ada chance tak nak gilapkan balik supaya jadi baru macam baru lahir dulu?
Ade?
Nak minum clorox?
Nak telan sabun dettol?
Boleh...
Tapi sila call dulu ambulans dan tempah siap-siap kain kafan dan batu nisan.
Takut wad ICU penuh,
kau tak dapat diselamatkan,
Tertangguh pula urusan nak settle jenazah.
Ahah!
Hati yang kotor itu tidaklah zahir.
Maka pencucinya juga bukan dari bahan yang zahir.
Apa penawarnya?
Penawar itu datang dari usahamu sendiri.
Bilaslah dengan istighfar.
Kenang kembali dosa-dosamu dan buatlah janji tak mahu mengulang lagi the same sins.
Bila hati tercemar,
ilmu payah masuk.
Maka jangan tangguh-tangguh nak mencuci.
Takut bila dah berkarat penuh dengan minyak maksiat,
Nanti susah nak tanggal.
Kita mana ada hati baru. Kan?
Jaga hati ya sayang-sayang ku.
Moga dengan hati yang ada dalam dadamu itu,
Bakal membawa kamu hingga ke taman syurga.
InsyaAllah !
Comments