Coretan lama (11/11/14)
Pulang dari kelas,
Saya melintasi bahagian hadapan bangunan sebelum melangkah naik tangga.
Mujur rumah saya cuma di tingkat satu.
Macam biasa,
Pemandangan sampah menggantikan pasu bunga yang sepatutnya bersepah di laman rumah. T.T
Oh Jordan.
Mata saya tertangkap pada sosok tubuh Haris, penjaga bangunan rumah saya.
Hari-hari dia lah mengutip sampai dari rumah ke rumah.
Dia jugalah yang basuh lantai dan sental tangga dari tingkat lima sampai ke bawah.
Hari ini, saya lihat dia sedang membersihkan laman rumah di underground.
Rumah itu baru ditinggal keluarga Syria.
Lamannya penuh sampah.
Bertungkus-lumus haris mengangkut sampah dan membuangnya.
Hati saya terdetik.
Badan saya penat sebab baru pulang dari kelas.
Tapi,
Tentu lagi penat si haris yang bekerja.
Terpaksa buat semua pekerjaan itu,
semata-mata nak mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga.
Tapi saya nampak dia tabah.
Terus bekerja walaupun kerjanya berat. Gajinya tak seberapa.
Saya?
Belajar dalam air-cond.
Material semua dah ada.
Lengkap lagi dengan kemudahan teknologi dan internet di hujung jari.
Tapi terus merungut.
Terus malas.
Terus mengalah.
Maka nikmat apa lagi yang kamu mahu dustakan??
Dush!
(Jatuh kolam)
T.T
Kita banyak sekali merungut dengan hidup kita.
Sedangkan ujian yang Allah hadirkan lebih sedikit berbanding nikmat dan kesenangan yang Dia beri.
Kemudian kita merungut. Mengeluh.
Penat.
Padahal, banyak lagi ujian yang Allah berikan kepada orang lain.
Double triple lagi berat dari yang didatangkan kepada kita.
T.T
Wahai diri,
Ku seru semangatmu.
Kamu adalah wira agama.
Yang menjadi rantai perjuangan Islam.
Pelajaran kamu ini penting untuk kamu. Juga untuk Islam.
Teruskan bergerak. Teruskan tabah.
Kerana pasti kemenangan itu bakal jadi milik kamu.
Asal kamu tidak menyerah.
Dekatkan diri kamu kepada Allah.
Dia sedia beri 1001 pertolongan dan bantuan.
Yang penting kamu yakin.
Sentiasa ada kemudahan di setiap kesusahan.
Senyum.
Comments