Coretan lama (7/11/14)
Fasa Pertama Tahun 2 Kos Dukun Manusia
Watcha !
Sesi peperangan yang sungguh dahsyat antara saya dengan raksasa genetik yang dibantu oleh kroninya gergasi microbiology serta kawan-kawan baiknya gergasi pharmacology, gergasi biostatistic dan gergasi pathology telah berakhir. Semalam.
Ya Robb !
Dugaan? Banyak.
Susah? Biasa.
Sejuk? Aaah. Ini pun satu. Cabaran syita'.
Huh. Beku !!
Semua course pun berat sebenarnya.
Bukan perubatan sahaja.
Asal nama belajar,
Tetap perlukan susah-payah, mujahadah dan pengorbanan.
Kita kan penuntut ilmu?
Kita bukan joker atau badut juga maharaja lawak nak main-main.
Kita tholibul ilm!
Tanggungjawab besar tergalas di pundak.
Allah . . .
Rugilah siapa yang masih tak sedar.
Masih bermain main dengan proses menuntut ilmunya.
Saya masih mencuba dan belajar.
Untuk menekuni cita menjadi seorang yang benar benar mashi dalam perubatan.
Banyak perkara perlu diketahui dan difahami.
Tamatnya exam yang pertama,
Bukan bermakna saya sudah menemui noktah pembelajaran.
Dok la!
Banyak lagi yang saya perlu cover dan ubah.
Peperiksaan ke dua bakal menjelma.
Dua minggu lagi.
Dan... Arghhh!
Kali ini pertempuran akan lebih sengit.
Why!
Peperiksaan kedua ini akan bergabung dengan Imtihan Al-Quran dibawah Akademik Az-Zikr. Syafawi dan Tahriri. Seram. Juz 30, juz 1, juz 2 dan juz 3 masih belum terpahat dalam kotak memori jangka masa panjang.
Saya tahu.
Cabaran akan berat.
Lebih berat.
Saya betul-betul tak boleh main main.
Kerana ini bukan taman permainan.
Ini gelanggang pertarungan.
Teringat kata-kata Ustaz Budak tempoh hari ketika cermahnya di Dewan Abu Ain.
"Mak ayah kita hanto kita untuk mengaji.
Bukan untuk tidur. Bukan untuk main FB."
Allah. Ana sentap.
Enti sentap dak?,
Huwaaaaa! Nak nangis deras-deras.
Biar banjir 3/4 bumi.
Isk isk. (Lap hingus)
Di sini saya rekodkan keputusan imtihan yang pertama di Tahun 2 Perubatan.
Komen?
Hurm.
Not bad. (Ye ke..? Erk.)
Pharmacology : 20/30
Range Syabab - 30-16
Range Akhawat - 28-14
AVG KESELURUHAN - 23
Microbiology : 22/30
Range Syabab - 27-14
Range Akhawat - 29-15
AVG KESELURUHAN - 22
Genetik : 23/30
Range Syabab - 29-16
Range Akhawat - 29-15
AVG KESELURUHAN - 23
Pathology : 23/30
Range Syabab - 29-18
Range Akhawat - 28-15
AVG KESELURUHAN - 24
Genetik Praktikal : 24/30
Biostatistics : 29/30
Range Syabab - 30-16
Range Akhawat - 29-14
AVG KESELURUHAN - 24
Secara keseluruhannya,
Banyaaaaak lagi yang saya perlu perbaiki.
Kerna target saya 25 dan ke atas.
Andai saya belum mampu mencapainya,
Itu bermakna kefahaman saya belum cukup.
Persediaan saya dan kesediaan saya menuntut ilmu medik belum mantap.
I have to do something. Try another way to grab the ilm.
May ALLAH ease me. Please do pray for me.
InsyaAllah i'll pray for you. =')
Dan perancangan saya untuk sesi pembelajaran akan datang,
Saya akan pastikan:
-pengurusan masa saya adalah lebih produktif dan berkat.
-setiap hari akan menghabiskan review slide yang sudah dipelajari di kelas
-setiap hujung minggu akan habiskan baca lecture note
-cuba sedaya upaya kekuatan dan kemampuan untuk hadir ke study group.
Hidup saya tak tahu penghujungnya bila.
Tapi saya benar benar berharap
Untuk melihat diri sendiri
Menjadi apa yang diimpi.
Berdiri dengan jiwa yang hakiki
membantu mereka yang lemah fizikal dan jiwa.
Saya bukan doktor biasa.
Tapi saya tobib yang akan kenalkan
manusia pada agama dan tuhannya.
Saya yakin dan saya pegang,
'Allah sentiasa bersama ku.'
Comments