Pagi 13 Februari 2015 | Madinah Hassan
Hari yang indah.
Atmosfera berkabus dan hujan turun membasahi bumi Irbid di awal pagi.
Walaupun terketar-ketar, kaki tetap melangkah gagah dengan semangat berkobar-kobar ke Madinah Hassan, stadium besar di Irbid untuk menyertai Hari Sukan D'Dota yang ke-2.
Sejuk?
Yups. Sangat sejuk. Sejuknya bagaikan sedang berjaulah di peti ais bahagian beku.
Airbender. Kuning. Rumah sukan tahun ini.
Masa yang cukup singkat. Hanya seminggu sahaja masa yang diberi untuk membuat persiapan bagi hari sukan. Dengan lecture notes yang menimbun minta dihadam isinya, hati sedikit berat nak menghadapi hari sukan. Tak macam tahun lepas, subjek masih ringan. Tapi taklah seringan bakul sampah plastik yang hanya RM 3.50 di Pasaraya Borong Man itu.
Tahun lepas, perasaan eksaited nak main puas-puas itu sangat terober dos. Maklumlah, mana pernah dah terlibat dengan sukan-mukan ni bila dah naik darjat jadi mahasiswa bergaya. Bersenam ? Aerobik? Lagi lah berzaman tak buat.
Pada hari sukan batch tahun lepas, saya sertai permainan tuju kasut dan bola beracun. Saya bukanlah jaguh permainan ini tapi bukan Qasrus Syuhadalah kalau saya main tapi tak dapat nombor satu kan? Seronok kut bila rumah merah, rumah Mario sapu tempat pertama dalam permainan tu semua.
Rumah siapa tu?
Rumah saya lah... Senyum. Merah membara semangat waja.
Kepuasan bila berjaya merebut tempat pertama melalui kerjasama kumpulan itu sungguh mengujakan sebenarnya. Ia lebih menyeronokkan dari dapat tiket bas percuma untuk pulang ke Kulim dari Stesen Bas Sahab Perdana. =P
Tapi, berbeza dengan tahun ini, saya tak rasa nak terlalu eksaited untuk bermain. Keputusan dari biro Keselamatan Batch D'Dota untuk mengadakan sukan di hujung minggu (13 Februari) itu sungguh menggemparkan jiwa.
Nak main tak ada masalah.
Tapi, persiapan rumah sukan itu yang bermasalah.
Perlukan pengorbanan sedikit masa.
Dan saya macam tak cukup masa kerana masa saya banyak yang perlu disimpan untuk mengunyah pelajaran yang kian tertinggal.
Dilema.
Perbarisan, gimik, hiasan, sepanduk dan sorakan perlu dirancang.
Perancangan perlu teliti kerana target setiap rumah pastilah nak jadi juara medan tempur. Sapa je nak jadi loser walaupun sekadar bermain batu selambut?
Bila lihat ketua rumah dan penolong ketua rumah dah macam semangat bagaikan sedang merancang nak membina sebuah jambatan Pulau Pinang yang kedua, maka saya cuba-cuba lah untuk turut terjun ke medan pre-sukan ini. Hati yang berat cuba dikapaskan.
Pertama kali nak bersukan dengan sahabat-sahabat dari UNIKL yang baru memulakan pengajian bersama saya sejak September 2014 yang lalu, ia agak osem sebenarnya.
Kalau tahun lepas hadaf sukan yang digariskan adalah untuk merapatkan jurang dan menambahkan kemesraan antara puak medik D'dota dan puak tabib gigi D'Dota, maka tahun ni hadafnya adalah untuk menyatukan seramai 184 orang kanak-kanak riang Malaysia tahun 2 JUST yang berasal dari INTEC dan UNIKL.
Keseronokan yang paling nyata dalam bersukan pada saya bukanlah mendapat tempat pertama sangat pon walaupun hasrat nak pijak di tangga juara tetap dalam impian. Tapi satu kepuasan dari setiap program bersama seperti ini adalah apabila saya sendiri dapat turun padang buat kerja.
Siapkan aksesori perbarisan, cari ilham nak buat sorak kumpulan, dan paling penting turut bermain bersama ahli rumah. Skipping dan bola beracun menjadi game pilihan hati untuk sukan kali ini. Hajat nak masuk je semua permainan termasuk game ikat kaki sambil bawa bola dalam sudu dan pijak belon tapi kerana diri pun tak termampu dan semput nak bermain terus-terusan, maka laluan kepada peserta lain dibuka tanpa cukai.
Eheh. Stamina tak cukup kuat lagi.
Agresif, semangat, penat,
Pastinya semua ini akan memberi titik tolak yang indah sebagai kenangan di zaman pengajian. Paling seronok adalah apabila dapat peluang untuk menjerit jerit sepuas-puasnya ketika memberi sokongan kepada teman yang bermain. Hanya waktu hari sukan saja lah yang saya boleh nak buat semua tu. Tak ada syabab. Hip hip horreeeeyyyy!
Kalau di rumah saya nak terjerit-jerit bagaikan kucing tersepit misai di pintu pagar jiran, of kos lah saya akan ditausil ke pakar psikologi oleh ahli bayt saya atau paling tidak pun mereka akan hadiahkan dua papan paracetamol selama seminggu. Ahah.
Yang pastinya, saya agak bahagia lah bila dapat bermain bersama kawan-kawan akhowat dari UNIKL. Borak-borak bantal dan santai banyak merapatkan kami semua. Saya bukanlah jenis yang mudah nak mengingat nama manusia apatah lagi nama yang sama dan hampir serupa namun mujurlah ruang bekerja dalam rumah sukan ini berjaya memahat nama-nama kengkawan UNIKL itu di otak ini.
Moga bertahanlah nama mereka di memori jangka masa lama hendaknya.
Natijah program hari ini membekas dalam jiwa apabila rumah Kuning berjaya menjadi juara permainan dengan sumbangan markah dari syabab dan akhowat yang sangat tinggi. Terasa tak sia-sia menumpahkan keringat dan menggerak-gerakkan anggota badan dengan bersungguh-sungguh semata-mata nak menang. Dan terasa hati puas walaupun terpaksa korban sedikit masa membantu team kuning membuat persiapan sukan. Alhamdulillah ! Terbaik !
Moga hadap program ini terkesan dalam diri semua peserta D'Dota.
Cuma, ada satu berita yang sedikit mengkucar-kacirkan emosi saya.
Tinggal dua minggu lagi masa untuk bersama doktor dalam pembelajaran sistem HLS, sistem pertama yang saya redah dalam bidang yang saya ambil ini sebelum peperiksaan midterm dan final bermula.
Seramm kut.
Banyak lagi yang belum terbaca dan masih menimbun juga notes yang belum disiapkan.
Adeh.
Mujurlah peperiksaan dilewatkan dua hari dari tarikh yang sebenar. Hati cepat melafaz syukur. Ini bantuan dari Allah untuk saya dan kawan-2, fikir saya.
Maka, sudah tiba masa untuk lagi bersemangat dan gandakan juhud dalam menelaah pelajaran.
Sukan dah boleh dapat nombor satu kan? Jadi, pelajaran pun kenalah sama laju. Baru matching gituw.
Hewhewhew
Moga Qasrus Syuhada terus sado dan istiqomah ^^
Allahumma Ameen.
Comments