Contengan Fesbuk Bertarikh 14 Oktober 2013
Sedang membeli-belah di mall,
Tiba-tiba..
Pandangan jadi gelap..gelap dan semakin gelap
'Ek kenapa pulak ni.. tetiba je.. Aaah.. Takpa je la. Kejap ja ni.. Nanti ok balik kut'
"Kau pergi la duduk dulu.. Biar aku je cari barang"
"Ye la.."
Saya pergi ke bahagian permaidani dan duduk atas permaidani yang bertingkat-tingkat tu.
Tiba-tiba, lepas duduk, mata dah kembali cerah.
'Yeay!! Boleh jalan balik.'
Saya bangun dan teman Dia cari barang yang belum terjumpa. Tiba-tiba..
Mata kembali gelap.
'Alamak.. macamana ni?'
Saya kembali duduk.
"Dah dah.. Jom turun ke tingkat bawah. Kita bayar dan balik. Muka kau dah pucat" Dia bersuara.
"Ok"
Sampai kat tingkat bawah, pandangan semakin menggelap. Tak tahu sebab apa.. Yang pastinya dah rasa macam nak pitam. Terus saya duduk atas lantai mall tu kejap.
"Tunggu sini, biar aku bayar. Nanti aku cari teksi siapII, baru kau bangun balik."
Bila dah duduk, terasa OK balik. Cepat-cepat saya bangun keluar dari mall. Dah kena angin kat luar, baru rasa segar sikit.
Sampai rumah...
"Kau pergi tidur."
"Ok."
Tiba-tiba mesej dari Facebook masuk. Saya layan kejap.
"Qas, pergi tidur..! Kau sakit."
"Ek.Ok"
Saya terjaga lepas Dia gerak suruh bangun solat Asar. Perancangan petang itu batal.
Tengah membaca al-mathurat...
"Qas, lima minit lagi dah nak azan Maghrib. Air aku dah masak. Makanan dah ada atas meja. Pergilah ready untuk berbuka."
Saya tersedak. Bila masa dia 'bersilat' kat dapur?
Em.. waktu aku tengah tidur tadi kut..
Tak lama kemudian,azan berkumandang. Saya pergi ke meja makan dan...
Waaa.. Dia siapkan makanan sebijik macam ibu selalu buat kat rumah.
Tak lama kemudian,azan berkumandang. Saya pergi ke meja makan dan...
Waaa.. Dia siapkan makanan sebijik macam ibu selalu buat kat rumah.
Sob3. Tetiba rasa terharu.
Selesai makan, Dia datang pada saya. Tunjuk Tangan Dia.
Saya perhati.. Ek..
KAT TANGAN DIA ADA LUKA MELECUR MACAM KUDIS.
"Tangan hang kenapa???"
Selesai makan, Dia datang pada saya. Tunjuk Tangan Dia.
Saya perhati.. Ek..
KAT TANGAN DIA ADA LUKA MELECUR MACAM KUDIS.
"Tangan hang kenapa???"
"Kena oven. Tak pa. Okay ja ni.. "
Saya diam ja..
'Allah.. Dia susah payah raikan aku yang sakit sampai tercedera.'
Ok, jasamu sangat dikenang. May Allah bless You ya Ukht.
Y_Y
___________________________________
Bila berada di perantauan, jauh Dari keluarga,
teman di sisilah pengganti ibu ayah, adik beradik dan teman di sekolah.
Hargai teman di sampingmu.
Tanpa mereka, kamu sendiri.
Tak ada mereka, kamu sepi.
TERIMA KASIH, KAWAN!
Comments