Skip to main content

Diari Gadis Perantau. Err.

Contengan Fesbuk Bertarikh 7 Oktober 2014


"Lorong Shu Helo ni bahaya sikit. Tapi ni jalan dekat. Kami ikut jalan ni lah nak pergi Carloz"

Saya diam. "Ya kaa. Hang hati-hati nahh.."

Tangan berjabat. Kami berpisah. Dia melalui lorong itu dan saya ambil jalan lain untuk pulang ke rumah.
Saya bajet jalan yang saya ambil bukan jalan yang diblacklist. Jadi selamat lah sikit. (Kot)

Sampai di satu simpang, tercegat sorang syabab Arab berpakaian kemas. Siap tuck in. Macam cikgu disiplin kat sekolah. Kasut berkilat derr. Boleh buat cermin muka.

Dia tengok saya. Saya tengok dia. Saya suspicious.
Tapi saya jalan buat dont know saja lah.

Tiba-tiba terasa nak toleh belakang.

Eh. Eh.

Dia follow me!



Bulu roma dah tegak. Bulu mata macam tetiba jadi panjang. Erk. Seram.

Saya percepatkan langkah.
Saya pegang beg kuat-kuat.
Kalau saya jalan melenggang bawa kunci rumah saja, no hal lah kalau kena follow pun.
Tapi mushkilahnya di sini,
Beg saya penuh dengan barangan dunia yang agak berharga. Y.Y

Saya stop di sebuah kedai runcit di kanan jalan.
Buat buat usha air di kedai tu. Dia jalan melintasi saya.

Fuh. Lega.
Tiba tiba terasa macam saya ni penakut sangat dan.. terlampau bersangka buruk. Rasa macam semua arab ni penjenayah je.
Haihhh.

Saya bercadang nak teruskan berjalan. Nak balik rumah.

Baru acah nak buka langkah, tiba tiba baru perasan lelaki tadi macam stop kat hujung jalan. Tak pergi mana-mana.

Hati dah kembali berdegup kencang.
Dup dap dup dap. Ala ala muzik drum lagu negeri Kedah. Ek.

Saya tak jadi nak gerak. Cadang nak buat lambat-lambat sikit. Mana tahu lelaki tu akan chow dari situ.

Maka, tangan pun mencapai air tin 7 up.
Tak berminat nak beli, tapi beli sajalah.
Takkan nak tercegat kat depan kedai tu je kut.

"Berapa harga?" Saya tanya tuan kedai. Tuan kedai nampak macam baik. Ayat al-quran yang dipasang di kedai tu mendamaikan sekejap hati saya yang dah macam ribut Katrina.

Saya keluar kedai. Try usha laki arab tadi.
Lahh. Dia ada lagi kat situ.
Camna nak gerak ni... Emotikon squint
Rasa seram tak habis lagi.
Pelbagai andaian menerjah kepala otak.

Saya tengok pak cik kedai tadi.

"Ek. Pak cik. Ada syabab tu.. Ek ek." Saya hilang kata-kata. Otak tak dapat translate ayat saya ke Arab. Speechless.

"Apa masalah. Bagi tau saya. Apa masalah kamu?"
Tuan kedai bertanya.

Saya tak tahu nak cakap apa. Saya tunjuk je la tangan kat luar sambil cakap. "Syabab di sana tu."

Dia keluar dari kedai.
Melihat lelaki arab tadi.

"Kenapa dengan dia?"

"Ek ek." Seriyes. Tak tau nak cakap camna.
Tak kan nak cakap.

Pak cik! Dia tu jahat.
Dia ikut saya dari tadi.
Baju dia tu macam ada class lah. Lendik kut dia iron.
Pak cik! Pak cik rasa dia baik tak
?


Saya tak nak cakap lebih lebih sebab tak ada bukti pun nak kata syabab arab tu jahat. Mungkin saya je yang rasa tak selamat waktu tu kan.

Tiba tiba tuan kedai tadi cakap,
"Tak apa lah. Kamu jalan je. Ambil no saya. Kalau dia buat apa-apa kat kamu, terus call saya. Nanti sayab bawa dia ke pak polisi!"

Pergh. Rasa terharu dan tergaru bila pak cik ni begitu prihatin.

Saya simpan no nya. Pak Cik Muhammad.

Baru ada confident sikit.
So, saya ucap terima kasih pada beliau dan terus jalan macam biasa.

Saya tak tengok langsung lelaki arab tadi tu.

Dah jauh,
baru berani nak toleh belakang.

Tak ada siapa.

Alhamdulillah, selamat!

Akhirnya berjaya sampai rumah
Dan... Update status.

Bukan saya syok syok nak tulis panjang panjang nak cerita a to y everything yang happen.

Tapi mohonlah kawan-kawan take note dan care dengan keadaan sekeliling tambah tambah bila you're walking alone. Selalu alone.. Macam saya. T.T

Lelaki tadi mungkin tak jahat.
Tapi saya tetap suspicious.
Berhati-hati tetap perlu.
Boleh je nak meredah buat dont know.
Tapi kena tengok keadaan.

Hang ada black belt pun
Belum mampu menjamin keselamatan hang
kat negara orang.
Tambah lagi sebab hang perempuan.
Perempuan Malaysia.

Akhowat berniqob pun belum tentu selamat.

Take note lah.
Please take note.
Pergantungan pada Allah is a must.
Usaha dari diri sendiri tetap kena ada.

-Kita semua KK-

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap