Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

" Apa perasaan awak kalau awak dengar pengumuman ? "

" Apa perasaan awak kalau awak dengar pengumuman ? " Dia tersenyum. Menanti jawapan saya. Bas telah mula bergerak menuju ke Irbid. Kami baru sahaja pulang dari hospital. " Pengumuman apa ? " " Pengumuman kelas batal.. ? " Ala.. Ingat pengumuman tukar status tadi . 😅 " Hm. Menarik la. " " Menarik je ? " " Menarikla... Boleh kita study kat rumah. Tak payah pegi JUST. " " Awak nak tahu tak pasal kak Afiah? " " Kenapa dengan Kak Afiah ? " Kak Afiah , pelajar master di Yarmouk anak kelahiran Singapura yang pernah belajar di Syria. Beliau merupakan guru Al-Quran saya ketika first year. Saya belajar Kitab Munir untuk peringkat tamhidi dengannya. " Kak Afiah pernah cerita . Ada suatu hari dia nak pergi kelas Al-Quran . Dia dah on the way ke sana , tiba -tiba guru Al-Quran dia call cakap kelas batal. Kak Afiah cerita , dia sedih yang melampau sebab kelas batal. Sampai menangis . "

Bila mengantuk dalam kelas , nak buat apa ??

Bila mengantuk dalam kelas , nak buat apa ?? First day round di department pediatric. Saya datang dengan kepala melelong ke hospital - mengantuk. Tidur agar lewat semalam. Penat jugak baru balik dari Amman. Mujurlah tak perlu terus panjat hospital untuk round wad. Masuk dewan dulu , ada morning report. Tajuk hari ni — croup and epiglotitis. Saya ambil tempat dalam dewan paling hujung sebelah kiri dan tengah-tengah ; Tempat paling strategik dalam donia untuk tidur. Doktor sibuk mengambil hudhur ghiab. Dia belum pun memulakan discussion pagi . Baru group 12 nama yang dipanggil. Group saya no tiga . Lambat lagi , desis hati ini. BismikaLlahumma ahya wa amut.. Saya terlelap . Tiba-tiba , doktor panggil nama . " Qasrus " Dewan sunyi. Tak ada yang mengangkat tangan. Sebab ? Tuan badan sendiri sedang tidur tak sedar diri. CR yang duduk di hadapan mula bising. Dewan kecoh. Mana Qasrus ?? Dia pusing belakang. Qasrus is sleeping! Dia minta orang yang terde

D.O.C.T.O.R - Exam Pertama Sebagai Doktor (OSCE INTERNAL MED)

" Ya Allah. Hari ni OSCE. Jangan la bagi patient saya tidur berdengkur macam patient kak Hakimah dulu . " Doa. Moga baik-baik saja. Sebelum masuk exam, Kak Aisyah pulak pesan. " Jangan masuk bilik yang paling awal atau yang paling akhir. Itu bilik doktor yang garang. Siapa masuk bilik tu, keluar confirm menangis . Masuk bilik tengah . " Gulp. Em. Boleh ke pilih-pilih bilik mana yang nak masuk? " Nur Sakinah Karim! " Nama saya dipanggil. #YAPP . Saya angkat tangan. " Nur Sakinah wala Sukainah ? " Mana-mana pun buleh.. Eh. Tak. Maksud saya, " Nur Sakinah . " " Okay. Nur Sakinah. You are in group J. " Gulp dua kali. Allah. Group J ?? Group LAST tuh!! Kena masuk bilik LAST lah kalau macam tu?? So, saya nak kena menangis ke satgi ? Tangan pegang poket white coat. Em. Alamak. Tak bawa tisu . Debaran kian terasa. OSCE pertama ini, impaknya sungguh #WOW ! (Baca : Menakutkan) Biasalah . Pertama

D.O.C.T.O.R - Pleural Tapping

Tekak rasa sakit semacam. Tak sedap badan. Kaki pun rasa lemah. Semuanya acute onset. Dari pagi tadi jugak mood aku macam lenyap entah ke mana.. Nak bercakap dengan manusia pun tak nak. Nak demam ke aku ni? Sebab kena hujan lebat pagi tadi ke ? Berteka-teki sendiri. No. No. Aku tak boleh demam. Next week nak exam. Ini bukan demam. Aku rasa maybe sebab aku baru adjust (kurangkan) waktu tidur aku untuk beberapa hari ni , so mungkin badan baru nak adapt. Sekejap lagi mesti okay balik. Cayalah! Aku cuba meyakinkan diri sendiri. Kuatkan semangat untuk terus dengar penerangan dari Dr Bashir, pakar Internal Medicine yang sangat kelakar dan sporting. Best sangat doktor ni ajar. Dia ajar melalui patient terus ( bed side teaching ) dan akan bawa kali lihat sendiri X-Ray dan CT Scan dari patient untuk tunjuk abnormality finding. Tiba-tiba, doktor pandang direct pada aku. " Why we should worry about patient with pulmonary embolism ?? " Ek. Doktor tanya aku ke ? Aku pandang kiri kanan. Do

Tips Miliki Hafalan Hebat

Saya buka channel youtube kegemaran saya - Taman Syurga. Randomly tekan kuliah dari Ustaz Adi Hidayat yang merupakan penceramah yang sangat saya senangi. Kata-katanya persis kata-kata guru Al-Quran yang pernah mengajarkan saya Ilmu Al-Quran dari Kitab Munir. Guru Al-Quran saya itu berasal dari Singapura dan kini sedang menuntut ilmu peringkat Master di Universiti Yarmouk, Jordan. Persamaan Ustaz Adi dengan guru saya ini bukanlah dari segi kandungan kata-kata mereka, tapi persamaannya adalah dari segi kelansungan kata-kata itu meresap terus ke lubuk hati saya yang paling dalam. It's amazing! Mungkin kerana akhlak , ilmu , dan kuatnya hafalan mereka menyebabkan hati ini juga terpaut hormat dengan keizzahan watak orang-orang soleh ini. Maka, mudah sekali menerima ajaran mereka. Lecture yang saya tekan kali ini merupakan sesi soal jawab Ustaz Adi dengan seorang pelajar yang bertanyakan cara meningkatkan hafalan . Dikongsikan 4 cara yang saya sendiri merasa takjub dengan kupasannya. Ust

Bila DOCTOR juga Mahu Pitam

" Saya rasa nak pitam. Gelaplah.. " Kawan di sebelah berbisik. Alamak! Garu kepala. Dah tu, nak buat apa ni? Doktor pulak nak pitam. Nak pitam pulak depan pesakit. Saya sedang ambil history patient di hospital . Patient ada masalah kidney . Elevated K level. Uzur sangat mak cik ni. Kawan saya ini pulak sedang mengandung anak pertama. Baru 3 bulan. Mata saya melilau cari kerusi. Aim satu kerusi kosong sebelah katil patient. " Dah , duduk situ. Jangan diri lama-lama. Bagi saya beg awak. " " Takpe la. Saya keluar je dari wad ni. Stay kat luar. " " Nope. Duduk je sini. " Saya keluarkan air dari begnya . Dia duduk. Mata dah terpejam. " Em. Telinga saya takleh dengar la. Mata pulak gelap. " Saya gigit jari. Tak tahu nak buat macamana. " Minum dulu air. Mungkin lepas ni better. " Saya hulur botol air kepadanya. Sementara tu, patient yang terbaring dah kehairanan melihat kawan saya. Aik..?? Aku patient ka atau dia yang patient ??

Urinary Tract Infection - Pencegahan

Dia menangis laju. Basah habis pipinya. Kami baru selesai menunaikan solat maghrib. Belum sempat lagi bukak telekung. " Eh? Awat ni? " Lepas disoal siasat, rupanya, dia sakit tulang belakang bahagian neck dan spine, 12 hours duration. Ada SOB , chest pain. Emergency ni. Tapi, saya blur, Tak tahu nak buat apa. " Kejap nak call scorer. Tanya DDX " - Kakak Doktor Tahun 5 " Takpe2 . Kita call saja ambulans , bawa ke Emergency Room kat Hospital Basmah . Esok boleh saya ambil history dia dan present kat doktor " - Aku " Qasrussss !! " " Okay². Saya bergurau. Sorry. 😅 Sat saya sambung solat sunat. Minta petunjuk Tuhan " ☺️ Habis semua DDX kami senaraikan ; MSS Prob / salah posture tidur - Kakak Doktor Disc compression - Scorer Tulang sejuk sebab syita' - Aku Last² bila pergi klinik Ibnu Nafis dan jumpa doktor yang ada tauliah , Senang saja doktor tu diagnose. Urinary Tract Infection . Jauh menyimpang dari apa yang kami teka. 😂 Sakit bela

D.O.C.T.O.R - Merokok

Dia terduduk atas katil hospital. Kaki dibiarkan lepas ke bawah. Digerak bebas. Jelas tampak kepenatan di wajahnya. Dada turun naik - terlihat kesukaran pada nafasnya . Pabila saya mendekat, dia menyambut baik dan ramah. Tunjuk muka bagai orang yang sihat . Terharu pulak saya padahal baru tadi nampak kondisinya tenat. " Pak cik free tak? Nak tanya soalan sikit, boleh? " " Sila. Sila. Boleh saja.. " Dia mengizinkan. Suaranya ceria diiringi tawa kecil. Rasa sayu sungguh bila pesakit macam ni masih mahu melayan. Saya nak ambil history patient ini. Nak berlatih focus history untuk exam nanti. Tak lama pun. Cuma 5 minit saja. Memandangkan dia macam tak boleh nak cakap banyak, wanita di sisi katilnya membantu memberi maklumat . " Dia kenapa? " " Sakit dada. " " Lama dah ke ? " " Dah berbulan. " " Hm. Ada penyakit kronik ke? Macam kencing manis, darah tinggi atau jantung? " " Tak ada. Dia tak ada sakit kronik. " &

D.O.C.T.O.R - " Boleh tak saya nak peluk awak? "

Seorang pesakit di hospital sakit jiwa . Wanita muda belum berkahwin. Bekas guru bahasa Inggeris. D.E.P.R.E.S.S.I.O.N " Awak semua boleh tolong saya tak? " " Cuba awak cerita dulu apa masalah awak? Baru la kami boleh tolong..." Dia beralah. Maka, dia mula membuka kisah yang terpekung di dada. Bermula pada tahun 2014, dia kehilangan seorang adik perempuan yang sangat rapat dengannya. Setelah itu, kehidupannya berubah. Dia hilang semangat untuk teruskan hidup. Tak boleh move on. Depression. Pada tahun 2015, dia ambil keputusan berhenti kerja. Tak boleh dah nak teruskan kariernya sebagai guru. Keputusan ini dibantah oleh ibu bapa dan 8 adik-beradik perempuan yang tinggal bersamanya di rumah. Selama ini, hanya dia yang menyara keluarga sebab 2 adik-beradik lelaki yang lain sudah berhijrah dan ada hidup sendiri. Sejak berhenti kerja, dia tak ada sumber kewangan. Poket kosong. Adik-beradik menjauh. Mak ayah tak habis salahkan dirinya. Dia dianggap tak guna. Saban hari dik

Hebatlah Mak-2 Kat Dunia Ni

" Susah jugak jadi mak . Hebatlah mak-2 kat dunia ni. Baby sangat fregile. Kena jaga bagai menatang minyak yang penuh. " Saya mengakui kata-kata ibu muda ini. Menjadi ibu pada usia 21 tahun, dia baru nak belajar mengenali kehidupan seorang ibu. Secara tak langsung, saya juga ambik kesempatan nak bertanya itu ini tentang perihal bayinya sebab saya sendiri belum pernah ada pengalaman menjaga bayi atau memiliki adik kecil. Nak bertanya orang lain, saya segan. Selama ini, hanya berani jeling-jeling anak orang dari jauh. Cuit-cuit sana sini. Kalau baby tu menangis, saya orang pertama yang akan cabut lari. Tapi, bila dah ada kawan terdekat yang menjadi ibu, maka seronoklah saya nak meneroka lebih jauh pengalaman mereka sebagai ibu. :) Berkali-kali mata ini tengok video si kecil yang baru berusia sebulan lebih itu. Comel sangat. Macam teletubbies. Sebab matanya jarang berkelip, maka nampak bulat selalu. " Mata baby memang tak berkelip ke? " " Mata baby jarang berkelip

Mak Cik Syria dan Tisu

" Belilah. Tolonglah saya. Beli satu pun tak apa. Cuma sedinar. Belilah... " Selera makan terbantut. Saya pandang kawan di hadapan lalu mengalihkan pula pandangan kepada mak cik yang membawa barang jualannya ke meja kami . Ek. Kasihan pulak rasa. Tapi... Sedinar tu pun dah mahal sekarang. Duit tengah jatuh. Satu dinar sama dengan RM 6.20 . Mahal sangat. Saya tenung dalam-dalam wajah Mak cik Syria ini. Rasa macam seusia ibu saya. Tak dapat bayang andai ibu saya yang berada di tempatnya dan merayu-rayu agar orang membeli dagangannya. " Em. Ana nak je tolong. Tapi, nak buat apa beli benda alah ni. Mana la ana ada masa nak buat benda ni.. " Saya menggaru kepala. Tak boleh brain. Kalau mak cik ni jual tisu, bergunalah jugak untuk saya . Tapi, masalahnya dia jual lukisan kartun yang boleh diwarnakan dengan serbuk warna-warni - memang sah la ini hanya menjadi kesukaan kanak-kanak tadika yang suka tonton kartun Spongebob tu. " Tak apalah. Biar ana yang beli . Nanti ana

Bila lelaki pun nak Flawless

Bila lelaki pun nak Flawless . 🙈 I have a younger brother. 16 years old. Very tall and dark. Kecik-2 dulu beliau ni cerah saja. Tapi sebab suka main bola, maka gelaplah ia. Last cuti sem, saya balik Malaysia. Saya ajarkan dia cara cantikkan kulit muka. Memandangkan saya dan adik agak alergik dengan pencuci muka yang terjual di pasaran, maka terpaksalah buat sendiri home remedies untuk skincare. Caranya mudah saja. Campurkan 1 sudu yogurt perisa asli, 1 sudu madu, dan 1 1/2 sudu serbuk kunyit dalam satu bekas. Gaul sebati dan pastikan adunan jadi pekat dan tak menitik. Sapu pada muka dengan menggunakan belakang sudu plastik dan biarkan 15 minit. Then, bilas muka dengan air suam dan keringkan dengan tuala . Simple bukan? Cuma buat step ini 2 kali seminggu. Hasilnya tak mengecewakan! Flawless tau. Glowing siap. Tapi, sejak pulang semula ke Jordan, saya jarang dah buat semua ni. Sibuk. But , tak sangka Inche Adik yang sorang ini terus istiqomah melakukannya! Kesannya? Beliau asyik dipuj

" Nak taujihad, boleh? "

" Nak taujihad, boleh? " Dia mencuit tangan saya dan cuba menganggu pergerakan tangan ini yang sibuk menyentuh skrin ipad. Saya memandang dia, " Saya tak pandai la bagi taujihad. " Terus saya kembalikan pandangan ke skrin ipad dan lanjutkan bacaan buku softcopy Davidson's Medicine itu . Topik Malabsorption ini harus saya khatamkan hari ini jugak . Dah tak ada masa . Kali ni dia tak menyerah. Sengaja dia mengusik-usik skrin ipad saya . Di zoom out dan zoom in teks bacaan yang sedang saya baca. Aduhai.. Ini memang kes tak nak bagi saya study ni . Bas sudah mula bergerak meninggalkan stesen bas membawa muatan 40 orang ini menuju ke Stesen Bas Sheikh Khalil di Irbid. Saya cubit tangan dia. " Nak kena budak ni. Awat nakal sangat tak tau? " Dia gelak. " Bagi la taujihad pada saya.... " Dia meminta lagi separuh merayu. " Taujihad apa la? Mind block la sekarang.. " " Macamana awak kekalkan momentum study? " Saya gelak. " Mana

D.O.C.T.O.R - Saya dah lama tak merokok. Zamaaannn.

Patient wanita, 46 tahun, berkahwin, pernah menjalani pembedahan buang right breast akibat ketumbuhan . Sekarang disyaki ada lung infection atau kat sini kami sebut sebagai iltihab birri'ah. Baru admitted ke hospital semalam. " Ada sesiapa dalam rumah yang merokok tak ? " Wanita itu tunjuk suami dia. Suami dia tunjuk balik isteri dia. " Saya merokok 40 tahun. Isteri saya pun merokok jugak. Tapi tak banyak. 2-3 batang sehari. Sebelum tidur. " " Mana ada! Saya dah lama tak merokok. Zamaaannn. " Saya konfius nak percaya yang mana satu. Tiba-tiba sang suami mencelah. " Baru semalam dia merokok. " 😅 Wanita itu pula tersipu-sipu malu. Saya selalunya dapat detect cepat bau orang yang merokok tapi anehnya bila dengan wanita ini, saya tak dapat kesan . Walaupun kami sedang berada di musim sejuk dan sepatutnya rasa sejuk la, tapi tidak bagi wanita ini . Dia kepanasan. Siap ambil tuala nak mandi. Tidak pelik kalau lihat ramai wanita di negara arab ini