Skip to main content

Berkat Doa Ibu Solehah

Setiap orang ada masalah . Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Dan hanya Allah yang boleh guide kamu ke arah solusi bagi setiap masalah itu .

Kamu cuma perlu ada 'sense of urgency' (rasa berharap pada Tuhan) dan memperbanyakkan amal kebaikan sekiranya kamu benar-2 berharap pada guidance Tuhan.

Saya sebut sebuah kisah yang berlaku ketika zaman meletusnya peperangan Muslim dan Rom. Seorang ibu telah kehilangan anak lelakinya yang ditangkap dan menjadi tawanan tentera Rom.

Saban hari dia berdoa - Doa agar dapat dipertemukan dengan anaknya yang hilang itu sebelum dia menutup mata . Namun sekian lama menanti, bayang anaknya tidak kunjung tiba.

Suatu hari, pintu rumahnya diketuk seorang miskin berpakaian compang-camping meminta makanan. Biarpun dirinya tidak punya apa-apa makanan tambahan melainkan sedikit yang cukup untuk dirinya, si ibu tetap menyerahkan bahagiannya itu kepada si miskin . Redha.

Hari berikutnya , pintu diketuk lagi. Tatkala dibuka, muncul di muka pintu wajah si anak yang menjadi kerinduan . Begitu terkejut dengan kepulangan anaknya, dia bertanya, ' Apakah mereka telah melepaskan semua tawanan ?? '

Si anak menjawab, ' Tidak. Mereka cuma melepaskan aku. '

' Kenapa?? Macamana boleh jadi macam itu? '

Si anak mula bercerita. Semalam, tatkala dirinya duduk dalam penjara dengan kaki dan tangan dirantai, tiba-tiba sahaja rantai besi itu putus sendiri tanpa sebarang sebab. Pegawai penjara menggantikan dengan rantai yang baru. Tapi rantai itu juga putus seperti yang pertama. Melihat kejadian aneh itu, bertanyalah pegawai penjara kepada pemuda yang menjadi tahanannya, ' Apakah kamu punya ibu atau saudara yang soleh yang masih hidup? '

Si anak menjawab bahawa dia masih memiliki seorang ibu dan ibunya itu seorang yang begitu solehah dan taat. Mendengar jawab balas si anak, maka pegawai itu berkata, ' Mungkin ibumu sedang mendoakan kamu. Nah, sekarang, aku bebaskan kau. Pulanglah ke negara asal mu. '

Dalam tangis dan rasa tidak percaya mendengar cerita si anak, si ibu bertanya lagi, ' Bilakah masa yang tepat rantaimu itu putus? '

Si anak menjawab soalan ibunya dan alangkah terkejutnya si ibu bahawa putusnya rantai itu serentak dengan waktu datangnya si miskin yang meminta makanan darinya semalam.

:)

See?
Pertolongan Allah itu dekat. Sungguh dekat. Malah, tidak mampu dibayang akal manusia, tidak dapat diteka-teka.

Berusahalah menjadi hamba yang mencintai Tuhannya sepenuh masa. Buat baik tanpa mengira lapang atau sesak. Pasang harap pada Tuhan tanpa ada ragu dan resah.

Just remember this, bila kamu ingat Allah ketika senang, Allah akan ingat kamu ketika kamu susah.

How you treat Allah in your life is a direct reflection of how you want Allah treat you when you are in need.

Dunia memang susah. Tempat ujian. Tempat bersusah-payah. Medan Allah menguji hamba-Nya. Mencari jiwa yang terbaik dari sekian ramai jiwa-jiwa yang melata di muka dunia.

Kamu tak boleh hadapi kesakitan dunia ini sendirian. Cari Allah. Dekati Allah. You will find the solutions for every single problem that you have.

Image result for amazing pictures of nature for facebook cover

Have faith guys :)

23112016
Irbid, Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Panduan Lulus Temuduga Biasiswa

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungking juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda. Di sini saya ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera. Berikut antara nasihat dan panduan saya kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan. Bawa Kelainan Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia deng...