Skip to main content

Apakah Kamu Fikir Kesembuhan itu Sebuah Magik?

Diceritakan oleh Ustaz Khaled Basalamah ,
Ada seorang wanita dari German yang menghidap
Kanser. 2 minggu sebelum beliau akan menjalani
pembedahan , beliau telah berangkat ke Tanah Suci
Mekah untuk membuat umrah selama 14 hari.

Beliau menggunakan sepenuhnya masa di sana untuk
beribadah dan langsung tidak menyentuh makanan.
Di depan Kaabah, beliau tidak berdoa agar
disembuhkan. Beliau cuma menangis dan meratapi
segala dosa-dosanya dan kekurangan ibadah yang
dia telah lakukan.

Ditakdirkan datang seorang penjaga Masjidilharam
wanita menghampiri beliau. Mereka berbual dan
beliau ditanya penjaga itu tentang tujuannya
menziarahi tempat ibadah yang suci itu. Beliau
menyatakan bahawa beliau mahu menyegarkan
emosinya sementara sebelum mendapatkan rawatan
bagi penyakitnya yang kronik.

Penjaga wanita itu bertanya , ' Temanku. Doktor
Tidak mampu mengubati kamu. Orang yang sakit
juga mati. Orang yang sihat juga mati. Cuma Allah
Yang bisa menyembuhkan. Kamu jangan cuma
berserah kepada doktor, kamu juga harus ikhtiar
dengan usaha kamu sendiri. Mengapa kamu tidak
berdoa kepada Allah agar Dia sembuhkan kamu ?
Gunakan kesempatan kamu di sini untuk memanfaatkan air zam-zam disamping berdoa kepada Allah agar
Dia sembuhkan kamu. Kata Nabi, Air Zam-Zam itu
kesannya adalah pada apa yang kamu niatkan '

Sejak hari itu, sepanjang keberadaan beliau di Mekah,
beliau terus-terusan minum air zam-zam itu setiap hari
tanpa mengambil apa-apa makanan atau minuman lain.

Sekembalinya beliau dari Mekah, beliau pergi 
menemui doktornya ( beragama Nasrani ) untuk mendapatkan rawatan. Apa yang mengejutkan, doktor tersebut lebih
apabila pemeriksaan dilakukan sebelum rawatan,
didapati cell kanser telah hilang sama sekali!

Doktor tersebut begitu teruja dan bertanya dengan
beliau apa ubat yang dimakannya dan dengan siapa
dia telah berubat. Diceritakan lanjut perihal tentang air zam-zam 
dan doa yang telah dia ulangi sepanjangberada di 
Tanah Suci Mekah, terus saja Doktor tersebut
memeluk agama Islam.

Hmdulillah.

Image result for amazing pictures

Teman-teman,
Percayalah bahawa Allah itu Tuhan yang menyembuhkan. Berdoalah dengan level keyakinan
yang maximum, Dia pastikan kabulkan.
Telah terlihat berapa ramai yang sakit telah sembuh.
Andai kita tak minta, bagaimana Dia mahu beri?
Kalau kita tak usaha, apakah kita fikir kesembuhan itu
sebuah magik?

Doalah dan berusaha.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Panduan Lulus Temuduga Biasiswa

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungking juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda. Di sini saya ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera. Berikut antara nasihat dan panduan saya kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan. Bawa Kelainan Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia deng...