Skip to main content

Surah Al-Kauthar - Paling BEST

Mahu tahu satu coretan istimewa daripada Al-Quran ?

Pernah kan dengar surat Al-Kauthar? Surah yang hanya ada 3 ayat. Surah yang paling kita suka baca dalam solat. Sebab paling pendek. 😅

Surah yang 108 ini diturunkan di Mekah . Biarpun pendek, maknanya deep . Menjadi injection yang menyuburkan kegirangan di hati Rasulullah.

Rasulullah pernah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Qassim ketika sebelum baginda diangkat menjadi Rasul. Namun, Qassim wafat ketika usianya masih kecil.

Selepas kedatangan Islam, Allah memberi rezeki kepada Nabi kita yang agung dengan kelahiran anak lelaki lagi yang diberi nama Abdullah. Malangnya, tak sampai beberapa minggu lahir, Abdullah juga meninggal dunia mengikut jejak Qassim.

Maka berdukalah si Nabi akan pemergian putera baginda yang ini. Belum cukup dengan kedukaan ini, tokoh musyrikin Quraish ( Al-'As ibn Wa'il, 'Aqabah ibn Abi Mu'ait, Abu Lahab, Abu Jahal dan lain-lain ) pula mencincang perasaan lagi perasaan Nabi dengan mengejek baginda, ' Qod butira Muhammad! Qod butira Muhammad! '

Kata mereka, telah terputuslah keturunan Rasulullah. Rasulullah telah 'tempang' keturunan. Mereka malah gembira dengan kematian Abdullah kerana bagi mereka, pabila matinya Abdullah, maka baginda tak ada pewaris yang akan meneruskan kerja baginda menyampaikan dakwah Islamiyyah. Pada adat masyarakat Arab, memiliki anak lelaki merupakan satu kebanggaan kerana merekalah yang bakal menjadi pewaris keluarga dan keturunan. Sedang anak perempuan pula dihina dan direndahkan bagai tiada harga langsung. :(

Allah turunkan 3 ayat ini untuk memujuk baginda. Memang Nabi tiada anak lelaki tapi tak bermakna Nabi tiada pewaris yang bakal menyambung langsung tugas kenabian baginda.

Dalam ayat pertama, Allah khabarkan bahawa sebenarnya lagi banyak nikmat yang Allah telah berikan pada Nabi. Dalam tafsir Fi Zilalil Qur'an, diterangkan 6 nikmat iaitu ;

1- Nikmat nubuwwah dan hubungan dengan Allah
2- Nikmat Al-Quran
3- Nikmat Al-Mala'ul A'la
4- Nikmat sunnah yang berkekalan
5- Nikmat kebajikan yang banyak

Dan nikmat terakhir yang paling besar adalah seperti nama surah ini, iaitu nikmat Al-Khauthar.

Tahu apa itu Al-Khauthar?

Al-Khauthar ini sebuah sungai di syurga yang ditakung menjadi telaga yang diperbuat dari batu permata. Airnya putih lagi daripada susu, lebih manis dari madu dan barangsiapa yang minum darinya, maka tak akan dahaga lagi selamanya. :)

Related image

Itulah nikmat agung yang Allah beri kepada baginda.

Allah terangkan dalam ayat kedua menyeru agar Nabi bersyukur dengan nikmat ini melalui cara pengabdian diri dengan ikhlas kepada Allah dan buat korban sembelih binatang ternakan dengan menyebut Nama Allah. Diajarkan kita dalam ayat ini agar menjadi orang bersyukur setelah diberi kurniaan nikmat yang banyak.

Dan pada ayat terakhir, Allah mengutuk kaum Quraish yang mengejek Kekasih-Nya dengan mengatakan bahawa sesungguhnya bukan Nabi yang terputus keturunan tetapi merekalah golongan yang PALING TERPUTUS keturunannya. Hal ini dibuktikan sekarang pabila Nama Baginda masih kekal mekar meniti di bibir-bibir manusia sedang tiada siapa mengingat lagi nama-nama tokoh Quraish itu apatah lagi mahu diagung dan dijulang ke awan.

:)

See?

Luar biasa sangat surah yang pendek ini!
Semoga lepas ini, kita baca surah ini bukan sebab ia paling pendek, tapi sebab maknanya yang menjadi surah yang menggembirakan Rasulullah SAW, nabiyyuna yang terchenta ;)

---

Pre-pembentangan sebelum usrah kejap lagi. Doakan :)

19112016
Irbid, Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Panduan Lulus Temuduga Biasiswa

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungking juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda. Di sini saya ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera. Berikut antara nasihat dan panduan saya kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan. Bawa Kelainan Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia deng...