Skip to main content

Pantang Aku Orang Bermain-Main Dengan Masa!

Dia dah letakkan puntung rokok di mulut.

Ah sudah.

" 'Ammu. Mumkin bidun tadghin ? " Saya buat muka mengharap ; bagai si katak mengharap awan mendung mencurahkan hujan.

" No No.

Em. Just one . Ok? "

Hm . Ikut sukalah. Malas nak gadoh.

Saya lontarkan pandangan ke luar tingkap.

" Em. One in Amman. One in Irbid. Ok? "

Haa. Tengok. Demand pulak dia. Kenapa tak one pack in Amman , one pack iN Irbid ??

Ikut sukalah.
Ikut sukalah.
Ikut sukalah.

Hm. Tanak kawan!

" Only you don't like smoke ? "

" No! All of us hate smoke. " And smoker.

Rokok. Bukan saja bahaya pada diri yang merokok, tapi menyebar mudarat juga kepada makhluk hidup yang lain.

Rokok. Senang nak hisap , tapi susah nak rawat kesan² buruk akibat merokok ; Sakit jantung ( Coronary Heart Disease ) , Sakit paru², Stroke, Melingkup Gigi dan banyak lagi.

Kesannya tak kelihatan sekarang. Bakal menjelma tatkala 10-20 tahun akan datang . Klimaksnya, para perokok berpeluang untuk masuk kubur awal.

Saya memang tak senang dengan rokok dan perokok.
Tapi , ada sesuatu yang lebih tidak saya senangi berbanding rokok , yang mana kesannya lebih teruk dari mati — ia bakal menentukan syurga dan neraka — itulah dia si pembazir masa.

Buang masa. Memang best. Santai, relax² . Itu yang dirasai sekarang. Tapi, by time, kalau istiqomah dengan tabiat ini, memang boleh menempah binasa. Bukan saja di dunia, malah di akhirat juga!

Kalau tak pandai urus masa, habis melingkup kualiti diri sendiri, bakal binasa peluang untuk membuat kebaikan dan mencipta kecemerlangan hidup, akan terhapus masa² emas untuk kita mengumpul pahala.

Mengimbas kata² yang dikongsi salah seorang panel Talk Show di Konvensyen HEWI semalam . Katanya ,

" Akak ada anak 4 orang. Akak masih boleh urus anak², masak untuk diorang. Dan akak juga belajar macam adik² di Yarmouk. Kita ni banyak je masa. Siang, kelas sekejap saja. Banyak masa kita di rumah, boleh study. Akak kalau ada je masa lapang, akak akan study. Kalau akak yang ada ramai anak ni masih boleh study, patutnya adik² kat depan akak ni boleh buat lebih lagi sebab kamu semua ada lagi banyak masa. Patutnya semua dah mumtaz belaka.. "

Peh. Itu sentap Tuan Puan.

Cubalah jadi orang yang menghargai masa. Usaha untuk tepati masa. Disiplin. Tambah bila kita ada tanggungjawab terheret di pundak ; pelajar, pimpinan , ibu , suami , isteri .

Kalau ada buat janji , kena pergi meeting , ada study group , perlu hadir program , cubalah datang on time atau lebih baik before time .

Diakui kadang² banyak urusan adhock menghambat perancangan seharian yang kita atur lantas mengkucar-kacirkan plan asal.

Tidaklah salah tatkala perkara itu berlaku di luar kawalan. Cuma, jadilah orang yang beradab. Usah biarkan orang lain tertunggu-tunggu kita tanpa sebarang khabar dari kita. At least, maklum lebih awal kenapa lewat, bila akan sampai, mohon kemaafan, pinta keizinan untuk dipanjangkan waktu kehadiran.

Satu perkara yang sangat saya puji untuk team Konvensyen HEWI kali ini, tatkala meeting pertama kami yang harus bermula pada jam 6.30 petang tapi masing² sangat sibuk dengan kerja² before program yang belum selesai, bertalu-talu mesej dan call yang pengarah terima dari mereka yang memang tahu akan hadir lambat. Mereka maklumkan kelewatan mereka. Mereka tak bisu tanpa sebarang berita.

Inilah yang saya kira satu contoh yang baik; sikap yang harus disemai dalam peribadi seorang pemuda/i. Adab terjaga, semua orang pun selesa.

:)

Hidup yang hebat adalah hidup yang mudah dikawal. Hidup yang terkawal mudah diukur dan diatur.

Image result for amazing pictures of the world

Susah untuk menjaga masa ? Mustahil nak menjadi orang yang sharp time ?

Ketahuilah bahawa keberhasilan atau kejayaan yang baik itu adalah apabila kita mampu buat apa yang dikatakan oleh orang lain sebagai tidak mungkin.

May Allah strengthen your heart, guys. ^-^

29102016
Amman-Irbid , Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap