Skip to main content

" Nak taujihad, boleh? "

" Nak taujihad, boleh? "

Dia mencuit tangan saya dan cuba menganggu pergerakan tangan ini yang sibuk menyentuh skrin ipad.

Saya memandang dia, " Saya tak pandai la bagi taujihad. " Terus saya kembalikan pandangan ke skrin ipad dan lanjutkan bacaan buku softcopy Davidson's Medicine itu . Topik Malabsorption ini harus saya khatamkan hari ini jugak . Dah tak ada masa .

Kali ni dia tak menyerah. Sengaja dia mengusik-usik skrin ipad saya . Di zoom out dan zoom in teks bacaan yang sedang saya baca.

Aduhai.. Ini memang kes tak nak bagi saya study ni . Bas sudah mula bergerak meninggalkan stesen bas membawa muatan 40 orang ini menuju ke Stesen Bas Sheikh Khalil di Irbid.

Saya cubit tangan dia. " Nak kena budak ni. Awat nakal sangat tak tau? "

Dia gelak. " Bagi la taujihad pada saya.... " Dia meminta lagi separuh merayu.

" Taujihad apa la? Mind block la sekarang.. "

" Macamana awak kekalkan momentum study? "

Saya gelak. " Mana ada kekal pun momentum study saya. Naik turun kut... "

" Yer la.. Saya pun. Tapi macamana awak study? Awak kan sibuk memanjang. Kejap lagi nak jumpa orang sana sini.. "

" Betul.. Study saya tak baik mana pun. Saya sibuk sangat. Last weekend saya target nak habiskan 14 topik tapi sebab terpaksa keluar mantiqah untuk hadir program selama 2 hari , akhirnya cuma satu topik saja yang berjaya saya habiskan. Habis berantakan target study saya . "

" Habis tu, apa awak buat? "

" Hidop harus diteruskan. Saya go on saja la. Nak meraung pun tak guna. Ini adalah satu tadhiyyah . Sekarang ni , Buat saja apa yang mampu. Bila ada masa lapang, study. Kurangkan masa untuk benda yang tak penting. Sebabnya, saya tak tahu bila saya akan sibuk dan bila pulak Allah akan longgarkan masa saya.. "

Berterus-terang saya jelaskan kepadanya. Kadang-kadang rasa nak menangis bila hujung minggu atau waktu petang terpaksa keluar ke sana sini dan korbankan masa menelaah buku. Tapi saya lagi rasa nak meraung sedih bila lihat orang lain yang ada masa lapang yang banyak tapi dia buang waktu itu dengan tonton movie atau sembang-santai bagai tak perlu study.

" Macamana awak boleh jadi terlalu konfiden ? "

Hahahaha. Kali ini saya gelak kuat. Teringat peristiwa semalam masa mock OSCE. Sebenarnya , terlampau konfiden pun masalah jugak. Tambah lagi bila buat salah, tetap kita konfiden yang kita sentiasa betul.

" Cepatlah.. Jawab la soalan saya.. "

" Haila.. Saya punya prinsip, redah saja. Nak buat apa, buat. Redah. Terjah. Saya memang jenis akan dapatkan apa yang saya nak. Kalau saya tak nak, saya akan avoid benda tu sungguh-sungguh. Yang penting kita kena tahu apa kita nak, rancang target sendiri dengan baik. "

" Macamana awak cuba capai target awak ? "

" Selalu set dalam minda subconscious tentang apa yang kita nak. "

" Contohnya? "

" Contohnya, awak tahu tak? Perempuan yang pregnant, kalau dari awal pregnant dia tanam dalam diri dia yang dia nak bersalin normal, insyaAllah dia akan bersalin normal. Penting sangat minda separa sedar ni.

Kalau saya sendiri, dari tahun 1 belajar di Jordan, saya target nak capai kecemerlangan dalam akademik , persatuan , Al-Quran dan ilmu agama selama 6 tahun belajar di sini. "

" Habis tu, awak dapat tak apa yang awak nak? "

" Hmdulillah. Ada yang dapat, ada yang tak. Ada yang Allah beri, Ada yang Dia belum beri. Target saya dalam persatuan untuk mula dari bawah hingga ke peringkat yang tinggi dah tercapai sekarang. Tapi, akademik dan Al-Quran , Allah baru beri sedikit. InsyaAllah lepas saya turun dari persatuan nanti, saya akan buru target yang belum tercapai ini dengan bersungguh-sungguh. Kalau untuk sekarang, saya tahu saja diri saya tak mampu nak angkat atas semua sekali dalam satu-satu masa. Hanya berusaha untuk seimbangkan. Tapi tak apalah. Biasa la hidup. Kat sini Allah bagi lebih, kat sana Allah kurangkan sikit. "

" Macamana awak jaga Al-Quran? "

" Sedih sikitlah. Target saya nak habiskan tamhidi, mutaqaddimah dan dapatkan Ijazah Al-Quran. Tapi setakat ni baru habis tamhidi. Belajar mutaqaddimah pun tak habis sebab terpaksa stop lepas tercalon jadi Ketua HEWI. Sedih jugaklah. Tapi memang sungguh saya tak mampu nak bawa. Dari segi hafalan, setiap hari saya harus habiskan target murojaah. Saya masih ulang hafalan lama cuma tak buat hifz jadid. Susah nak fokus hafal yang baru. Dengan kerja persatuan dan belajar medik, ia sungguh-sungguh berat. Tapi, saya tak akan berhenti untuk terus lekat dengan Al-Quran. Target hafalan tetap saya sasarkan. Bila dah lapang nanti, saya kejar semula. "

" Macamana awak dengan roommate? "

" Hm. Bila di luar rumah saya penat, saya tak mampu nak layan lebih ahli rumah. Masa dengan mereka pun kurang. Rumah adalah tempat saya recharge energy. Saya lagi banyak Berdiam diri dan isi masa dengan study sebab di luar rumah dah terlampau sesak dengan pelbagai perkara..

Saya memang jenis yang akan banyak diam dan lebih suka mendengar bila fizikal dah penat. Kadang-kadang rasa bersalah dengan orang sekeliling sebab tak mampu meraikan sebaiknya. But, last few days, when I told my mom about this problem, she said that it's okay to be me right now. Luar kudrat nak ubah emosi sendiri bila penatjadi, tak payah paksa. Tapi tetaplah tersenyum agar orang lain tak salah faham dengan kita. I have practiced it alot. :) "

Asyik bersembang. Bas dah sampai di McDonald, tempat saya selalu turun. Kemas-kemas barang dan simpan ipad dalam beg.

Aduhai. Baru perasan. 20 minit dalam bas, tak habis jugak topik ini dibaca.

Garu kepala.

Image result for real amazing funny pictures of the world

Em.
Tapi bila tengok wajah rakan di sebelah yang tenang bila soalannya terjawab, maka terangkatlah rasa resah saya. InsyaAllah kheir. Moga ada keberkatan untuk setiap kebaikan yang kita buat.

Bas berhenti. Kaki diangkat untuk ke destinasi istirehat sementara ; rumahku syurgaku.

Tapi, saya belum lupa.

Bumi yang saya pijak tatkala ini adalah tempat berehat yang sementara. Akhirat itu yang kekal selamanya...

Bersabarlah wahai diri. =')

29112016
Irbid, Jordan.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap