Skip to main content

D.O.C.T.O.R - Menyeru Semangat Yang Hilang

Mukanya benar² serius. Tak senyum langsung.

Aku cuma memerhatikannya.

Tak tahan menanggung beribu tanda soal di kepala, maka aku bertanya.

" What's wrong ? "

" Hey. Have you filled the form ? "

" Huh ? What form ? "

" Did you know about the case ( incident ; accident ) yesterday ? "

" Yea. I know that . But, why we have to fill the form ? What form ? " Bercantum kening kanan dan kiri aku , lagi berkerut dahi ini bagai secebis kain buruk yang baru dikeluarkan dari spinner mesin basuh.

Sumpah aku tak paham apa yang lelaki ini maksudkan.

" Form to donate the blood .

You should fill them.

Why you still dont fill them ??! " Dia mengeleng-geleng kepala dan menepuk dahinya. Seolah-olah ini perkara serius , seolah-olah aku dah buat salah besaq !

Tapi??
Orang luar mana boleh derma darah, bro !

" What's wrong??! " Aku masih tak faham.

Related image

Dan tetiba dia sengih.

" No no. I just kidding. Haha"

What ?!!!

Terasa nak sumpah makhluk tuhan seorang ini menjadi katil hospital.

Haru-biru otak aku dibuatnya. Silap besar percaya pada lakonannya. Arab. Ergh!

Sememangnya hari ni terasa baru mendapat oksigen yang benar² segar . Terlalu segar dan bersemangat sampai kena bahan dengan groupmate pun masih tak perasan.

Oksigen 2 minggu lepas rasa macam dah 'expired'. Sesak nafas.

Setiap hari terasa bagai mayat hidop ber'white coat' yang terpaksa mengheret kaki ke hospital demi meneruskan kelangsungan hidop di bumi. Jumpa groupmate Arab, aku rasa macam nak lari. Malas nak sembang, malas nak bertegur sapa seperti biasa. Tak ada mood

Hmdulillah hari ini lebih okay. Lebih fokus daripada sebelumnya.

Tiada lagi alasan yang aku beri kepada groupmates ,

" Hari ni kita pegi hospital lewat sikit ya. Saya baru iron stokin ni . Baju belum iron. 🙊 "

" Hari ni kita ambil kes selsema sudah la ya.. Cepat sikit habis. 🙊🙊"

" Doktor lambat lagi datang, kan? Jom cari katil kosong jap, saya nak lelap 5 minit. Sakit kepala. 🙈"

Tamat minggu kedua Internal Medicine . ^-^

With every difficulty, there is relieve. 🙂
Just learn how to build a sandcastle happily ; step by step.

Usah risau apalagi gundah.
Sedih atau rasa nak menangis itu tidak salah — itu sememangnya sebuah perasaan anugerah, yang akhirnya memberi sedar bahawa hakikat hidup seorang hamba — mana bisa hidup berlepas dari Tuhannya.

Pergilah keresahan dan undanglah ketenangan.
Yakin dan percaya cuma pada Tuhan. 🙂

Retreat diri sendiri.
Masa untuk terbang semula! 🙂

26102016

Irbid, Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Panduan Lulus Temuduga Biasiswa

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungking juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda. Di sini saya ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera. Berikut antara nasihat dan panduan saya kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan. Bawa Kelainan Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia deng...