Skip to main content

TIPS 'CURI' HATI ROOMMATE YANG SIBUK BERPERSATUAN.

Al-Ukhuwah Mas’uliyyah, Laisal Ukhuwah Huwa Manfaah

Ukhuwah adalah sebuah tanggungjawab. Bukanlah ia sebuah advantage untuk kita ambil kesempatan. Apatah lagi ukhuwah yang terjalin antara ahli rumah atau roommate kita sendiri yang siang malam pagi petang kita tatap wajahnya .

Berhadapan dengan roommate yang berpersatuan dan kadang-kadang sangat sibuk dengan urusan di luar rumah bukanlah sesuatu yang ringan untuk diterima oleh kebanyakan orang yang tidak berada di tempat duduk yang sama. Cuma pesan saya, fahamilah bahawa rakan kita yang berpersatuan itu, masanya tidaklah sama dengan kita dan kadang-kala dia juga dihempap kepenatan yang luar biasa .

Untuk menjadi roommate yang baik , memahami dan disayangi, saya tinggalkan 3 tips penting di sini dengan kata kunci ; Dengar , Faham , Hargai .

1) DENGAR .

Jadi pendengar yang baik. Bila kita dapat jadi pendengar yang baik, roommate kita akan selesa untuk berkongsi sebarang cerita dan rasa di hati . Kadang-kadang , seseorang perempuan itu menceritakan masalahnya cumalah untuk didengari tekanan yang dia alami, bukan dia nak sangat pun orang beri cadangan solusi. Maka, cukuplah kita cuba pasang telinga dengan baik dan tunjukkan minat untuk mendengar. Ia sangat berkesan untuk memberi rasa nyaman kepada kawan kita dalam meluahkan tekanannya dan merasa dirinya penting. Bila kita berjaya buat orang lain terasa penting untuk kita , pasti dia akan cari kita lagi untuk berkongsi dan mendengar kata-katanya .

Menjadi pendengar yang baik juga membolehkan kita tahu perihal terperinci tentang kawan kita , berasa akrab dan tidak susah atau 'awkward' untuk bercakap 'heart-to-heart' dengannya. Walaubagaimanapun, harus difahami bahawa untuk menjadi pendengar yang baik memerlukan komitmen, empati dan rasa tanggungjawab yang tinggi. Ia memerlukan usaha keras dan pengorbanan dari diri kita sendiri namun ia adalah pengorbanan yang membuahkan hasil. Justeru, tanya diri kita, 'Apakah saya rela memberikan diri, waktu, dan hal lain yang saya miliki demi teman saya?'

Sama macam menguruskan kebun yang indah , untuk menjalinkan ukhuwah yang akrab, ia memerlukan banyak waktu dan usaha. Kita harus tulus untuk berbuat baik, tidak hipokrit dalam memperlihatkan keprihatinan kepada teman dan perlu sedia berkorban .

2) FAHAM

Cuba memahami dan fahamkan orang lain.

Bagaimana mahu memahami ? Kita harus tahu apa yang roommate kita suka dan tak suka. Usahakan sebaik mungkin untuk cari peluang buat apa yang dia suka . Jika tak mampu buat apa yang dia suka, elakkan pula buat apa yang dia kurang suka. Contohnya, kadang-kadang orang yang sibuk di luar , dia akan cuba cari cara untuk berehat dan 'release tension' yang dihadapinya. Kalau saya, saya lebih suka menyendiri , diam dan menulis. Ada orang yang akan cari suasana yang dia suka samada di rumah teman, di kedai makan atau di padang permainan. Kita cuba fahami kesukaan kawan kita dan bila kita sudah faham , maka kita akan lebih mudah bertoleransi dan memberi ruang kepadanya untuk berehat. Kita tak akan paksa dia untuk 24 hours dengan kita sebaliknya membiarkan dia buat apa yang dia suka. Kita juga akan lebih senang hati dan bersedia membantu rakan kita yang sibuk itu untuk ambil alih tugas-tugas rutin dalam bilik / di rumah sekiranya dia tidak sempat.

Fahamkan juga roommate kita tentang diri kita ; apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka. Cuba berterus-terang dan cakap 'direct'. Ramai orang yang lebih suka memendam dan cuma memberi isyarat atau kata-kata berlapik dengan harapan orang akan faham tentang dirinya. Harus diingat bahawa tak semua orang boleh faham perbuatan 'read between the lines' dan ini menyebabkan mereka gagal memahami kita lantas membuatkan kita berasa tidak dihargai dan terpinggir. Saya nasihatkan agar rancakkan komunikasi 2 hala dan banyakkan sembang 'heart-to-heart' dengan roommate. Biar semuanya jelas.

3) HARGAI

Cuba raikan dan hargai roommate. Bila kita menghargai orang lain dengan telus dan yakin, orang lain juga akan bertindak menghargai kita. Tidak susah sebenarnya nak tunjuk bahawa kita sangat bersyukur kerana ada peluang berkongsi bilik dengannya.

Gunakan ucapan sakti 'terima kasih, awak' sekiranya dia menyenangkan hati kita atau membantu kita . Jangan dilupa juga ucapan penyejuk hati ' saya minta maaf ' di saat kita pula yang gagal memenuhi keperluannya.

Tunjukkan sokongan kita kepada kawan kita yang sudah merelakan diri berkhidmat untuk komuniti itu. Sentiasa doakan dia dan beri kata-kata ransangan yang positif. Ini penting untuk menambat hatinya juga melegakan emosinya yang kadang-kadang terlampau penat memikirkan tentang kerja.

Lebih menarik rasanya jika kita dapat buat 'surprise' seperti belikan hadiah, tinggalkan nota comel di atas meja atau aturkan 'candle light dinner' dengannya. Pergh! Pastilah mengalir air matanya keharuan atas usaha kita itu sebab lazimnya manusia memang sangat suka dihargai, dipuji, atau dihadiahkan sesuatu.

💕Penutup💕

Seringkali makna persahabatan yang besar itu menjadi kecil kerana kita salah mengisi ruang di dalam persahabatan itu.

Berusahalah menjadi sahabat yang baik, memenuhi hak sebagai sahabat, menjaga aib dan maruah sahabatnya serta selalu pula mahu bersama berjuang di atas jalan kebenaran.

Ketika bercakap dengan teman, usahakan untuk bercakap dengan cara terbaik dan bahasa yang elok agar tidak menyakitinya. Ketika bergaul, usah mementingkan hak sendiri semata-mata tetapi ambil berat juga akan keperluan sahabat.

Akhirulkalam , sebelum tinta ini menamatkan lelahnya, suka juga untuk saya tinggalkan pesan buat diri dan teman-teman di mana-mana saf kepimpinan.

Benar. Kalian punya tanggungjawab besar dalam entiti tertentu.

Benar. Kalian punya hak untuk melepaskan penat dengan cara yang paling kalian senangi ; online 24 hours , tonton movie , hang out dengan teman-teman , stays up di rumah jiran , bersiar-siar dengan ahli usrah di taman dll tetapi kalian harus ingat bahawa kalian juga punya tanggungjawab di rumah juga ahli di dalamnya.

Sebagai seorang housemate atau roommate, ukhuwah dengan ahli rumah usah diabaikan. Sibuk macamana pun, bila bertembung dengan mereka di rumah, tetaplah tanyakan khabar . Update isu seputar kehidupan mereka.

Hak-hak dan kerja-kerja rumah jangan dilepas tangan. Bila ada kesempatan, ringankan tulang untuk membantu bereskan 'housekeeping'. Kalau terlalu sibuk mengalahkan Presiden Obama , maklumkan terus kepada teman-teman rumah supaya mereka tidak salah faham. Tapi, usahlah kesibukan menjadi alasan untuk kamu menjadi orang yang paling banyak berehat di rumah sedangkan ahli rumah yang lain berpenat-lelah buat kerja rumah.

Seharusnya , berada di kerusi pimpinan pastinya buat kita lebih tinggi 'common sense' berbanding orang lain. Andai masih mahu lepas tangan hal-hal berkaitan rumah dan lebih pentingkan keselesaan diri sendiri, maka saya nasihatkan berpersatuanlah di dalam hutan hujan tropika. Flora dan fauna adalah makhluk Tuhan yang tak kisah pun kalau kita kurang 'common sense' dengan mereka.

Qudwah qobla da'wah.









Pemimpin yang baik mampu menunjukkan contoh yang baik. Andai sudah pernah tersalah langkah, masih ada masa untuk mengundur dan berubah. Saya juga pernah buat salah dan dari salah saya bangkit untuk berjalan menghindari salah yang sama.

Indahkan Sahsiah , Mekarkan Da'wah .

10092016
Kulim, Kedah.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap