Skip to main content

D.O.C.T.O.R - Hari Pertama Di Pediatric Ward

Matanya juling. Kakinya kaku. Hanya kepala dan tangan bergerak bebas. Sesekali tercoret senyum di wajahnya.

Saya memerhatikan ibu muda yang asyik melayan kerenah anak berusia setahun itu. Si kecil itu sedang terbaring sedar di atas katil hospital.

Ditanya pada si ibu apa masalah anaknya itu.


Katanya , pada usia anak lelakinya itu 15 hari, dia sudahpun dibedah otak dan tulang belakang kerana masalah hydrocephalus ( abnormal accumulation of CSF di otak — kepala membesar ) juga spinal bifida ( type of birth defect called a neural tube defect. It occurs when the bones of the spine (vertebrae) don't form properly around part of the baby's spinal cord ). Tak cukup dengan itu, doktor juga sahkan anaknya lumpuh separuh badan - lower limb paralyzed

Menurut cerita si ibu, dia terpaksa melahirkan anaknya itu melalui pembedahan cesarean setelah doktor mengesahkan anaknya ada dua penyakit tersebut - congenital abnormalities.

Bayangkanlah.
Ibu ini baru sahaja berusia 23 tahun.
Baru dapat anak yang pertama, diuji pula dengan sakit anak yang sebegitu dahsyat.

Benarlah, hidup itu penuh dengan surprises. Tatkala kita membayangkan perkahwinan kita berbunga bahagia dengan kehadiran insan yang bernama suami juga kemeriahan melayan keletah anak-anak manja yang sihat ceria, Allah uji pula dengan takdir yang tidak disangka-sangka.

Image result for amazing pictures of the world

Bila round di wad pediatric ini, selalu saya dihambat rasa lemah dan hina. Allah itu nyata lebih berkuasa, bisa memutuskan apa sahaja yang Dia mahukan. Sihat sakit diri kita, suami dan anak-anak semuanya di luar bidang aturan kita.

Tidak sedikit saya melihat wajah-wajah ibu yang tabah menjaga anak yang sakit di hospital. Bukan mudah. Dengan tekanan empati seorang ibu terhadap anak yang sakit dan dilema untuk uruskan kehidupan si anak itu pada masa yang akan datang, pastilah penat otak nak membayang.

Ya Allah, pujuklah hati mereka agar tenang dengan ujian. Usah Kau biarkan ujian ini dilalui mereka tanpa hadir bersama hikmah yang mahu Kau singkap .

- Hari pertama di wad Pediatric -

03092016
Irbid, Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Panduan Lulus Temuduga Biasiswa

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungking juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda. Di sini saya ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera. Berikut antara nasihat dan panduan saya kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan. Bawa Kelainan Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia deng...