Skip to main content

D.O.C.T.O.R - Merokok

Dia terduduk atas katil hospital. Kaki dibiarkan lepas ke bawah. Digerak bebas. Jelas tampak kepenatan di wajahnya. Dada turun naik - terlihat kesukaran pada nafasnya .

Pabila saya mendekat, dia menyambut baik dan ramah. Tunjuk muka bagai orang yang sihat . Terharu pulak saya padahal baru tadi nampak kondisinya tenat.

" Pak cik free tak? Nak tanya soalan sikit, boleh? "

" Sila. Sila. Boleh saja.. " Dia mengizinkan. Suaranya ceria diiringi tawa kecil. Rasa sayu sungguh bila pesakit macam ni masih mahu melayan.

Saya nak ambil history patient ini. Nak berlatih focus history untuk exam nanti. Tak lama pun. Cuma 5 minit saja.

Memandangkan dia macam tak boleh nak cakap banyak, wanita di sisi katilnya membantu memberi maklumat .

" Dia kenapa? "

" Sakit dada. "

" Lama dah ke ? "

" Dah berbulan. "

" Hm. Ada penyakit kronik ke? Macam kencing manis, darah tinggi atau jantung? "

" Tak ada. Dia tak ada sakit kronik. "

" Umurnya berapa? "

" 33 tahun. "

Hah???

Saya terkejut. Serius saya ingat dia dah seusia abah saya. Perasan saja yang rambutnya masih hitam, tapi... rupa parasnya menunjukkan dia lebih tua dari usia dia. Ditambah dengan giginya yang banyak sudah hilang dan kalaupun berbaki, sudah hitam dan kekuningan.

Saya control riak wajah terkejut . Bimbang pulak pesakit di hadapan ini perasan akan perubahan ekspresi muka saya .

Selalunya , kalau sakit dada , kita akan tanya dia tentang sesak nafas, batuk dan radiation. Tak dilupa tentang status merokok pesakit.

" Pak cik merokok tak? "

Dia mengangguk.

Wanita tadi pula menambah, " Dia merokok banyakkkk sangat. "

Ye ke..

" Sejak bila? "

" Sejak umur 12 tahun. "

Rahang saya jatuh .

" Berapa batang rokok sehari? "

" Dia ni perokok tegar. Sehari dia merokok 8 hingga 9 kotak. Sejak masuk hospital ni la dah berkurang sikit jadi 1 - 2 kotak sahaja.. "

Satu dua kotak pun banyak tuh...

Sesekali terdengar batuk dari pesakit ini .

Aduhai...

Saya minta kawan sudahkan 5 minit untuk bertanya soalan berkaitan. Kemudian, cuba teka DDX.

Dia bagi,
COPD,
Bronchiectasis
dan Pneumonia.

Kemudian saya minta dia bagi satu investigation untuk patient.

Dia bagi,
Chest X-Ray.

Tepatlah tu.

Habis sesi itu, saya melangkah keluar.

Belum sempat beredar jauh, wanita yang tadi di samping patient datang mendekat. Wajahnya bermuram durja.

" Dia itu merokok terlalu kuat. Sakitnya itu pun disebabkan rokok. Doktor cakap dia ada cancer. "

Rahang jatuh lagi.

Lung cancer ke??
Unexpected.

Saya tetiba diserbu duka. Cancer kut...

Cuba lagi bertanya symptom berkaitan, " Dia ada batuk berdarah ke? "

" Ada. "

" Lama dah? "

" Berbulan-bulan. "

" Banyak ke? "

" Banyak. "

Hm. Sebenarnya saya cukup sensitif dengan penyakit lung cancer. Sebab, pesakit pertama yang saya jumpa ketika pertama kali melangkah ke hospital sejak naik ke tahun empat ini adalah seorang budak perempuan dari Syria yang baru berumur 12 tahun. Lung Cancer. Kerana terlalu sedih dengan sakit yang menimpa pesakit ini, saya terus ingat butiran-butiran tentang penyakit ini.

Merokok adalah salah satu puncanya .

Hari ni, saya round lagi di hospital yang sama. Pesakit ini masih di sini. Dia berlegar di ruang koridor sambil di tangannya ada secawan kopi panas. Saya ingat dia nak ambil angin di luar. Nafasnya masih terlihat sukar. Wanita semalam masih di sisinya. Tetap setia menemani. Saya tak tahu itu isterinya atau emaknya.

Tetiba..

Asap keluar dari mulutnya pesakit itu.

Eh?

Merokok???!

Dia masih merokok!

Biaq betul??

Saya geleng kepala.
Nafas dah sangkut, tapi masih tak tinggal rokok. Ibarat rokok pula jadi ubat .

Sometimes, I donna how to describe this kind of people. Ini baru satu scene. Sebenarnya, dah banyak kali tengok pesakit merokok dalam hospital. Yang merokok atas katil pun ada .

Adoi la.

Aneh sangat. Biarpun sedang sakit, masih tak berhenti merokok. Bukan mereka tak tahu bahaya rokok.

Tapi, bagai pejam mata buat-buat buta, mahu block minda buat-buat dungu, mereka masih setia bersama racun itu.

Image result for photography great

Saya fikir, mungkin kerana ketagih. Bila dah jadi tabiat, susahlah mahu lekang.

Bagai dosa manusia. Lagi selalu buat, lagi ia melekat. Kalau tinggal rasa tak nyaman. Tahu itu dosa. Tahu bahawa Allah tak suka si pendosa apatah lagi yang sengaja melakukannya. Tapi.. sebab dah sering terbiasa, maka bila tak buat jadi tak selesa .

Dosa dan rokok, bagai tak jauh beza .
Mudarat berjuta , tapi manusia masih suka .

Andai kita dapat lihat terus hitam dan buruk serta hancurnya struktur paru-paru setiap kali asap rokok melalui ruang-ruang salur pernafasan itu, pasti kita langsung tak berani pandang hatta penjual rokok itu sendiri.

Andai kita dapat lihat terus orang yang berbuat dosa itu bakal dijilat api ganas dari neraka , pasti kita takkan pernah langsung berniat mahu menjadi sahabat karib maksiat dan dosa.

Tapi, itulah.

Kesan rokok yang jelas akan dilihat selepas 10 tahun merokok. Boleh jadi 5 tahun ke atas juga sudah terlihat gangguan pada kesihatan.

Kesan dosa yang jelas akan dilihat tatkala nanti di hari perhitungan ; di hadapan Tuhan Pemilik Alam.

Allah tangguhkan dulu kesan rokok dan kesan dosa. Lama kemudian baru nampak kesan.

Sebab apa?

Sebab Dia nak uji , adakah kita ini benar-enar beriman pada perkhabaran-Nya di dalam Al-Quran ;

1) Si pendosa pasti akan meraung dalam neraka. Mereka akan minta untuk kembali ke dunia untuk berbuat amal soleh.

2) Perbuatan buruk akan memberi kesan buruk juga pada si pembuatnya. Kemudaratan di bumi adalah dari tangan-tangan manusia sendiri.

Bila ada yang masih buat lewa dan pandang ringan, maka tidaklah ia cuba menjauh dari rokok. Terus, habislah melingkup nikmat jasad yang sempurna yang Tuhan telah kurnia.

Begitu juga pabila manusia masih tak faham ayat-ayat Al-Quran dan tak cuba ambil tahu larangan-larangan Allah, maka teruslah ia berseronok dalam lautan dosa tanpa dia sedari bahawa perlahan-lahan dia sedang melemaskan diri sendiri dalam kemurkaan Tuhan . Dia lupa bahawa asalnya dia adalah kain putih tatkala dia lahir ke dunia, tapi tangannya sendiri menconteng dakwat kekal ke atas kain itu.

Moga Allah maafkan kita!

05122016
Irbid, Jordan.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap