Skip to main content

D.O.C.T.O.R - " Boleh tak saya nak peluk awak? "

Seorang pesakit di hospital sakit jiwa . Wanita muda belum berkahwin. Bekas guru bahasa Inggeris.

D.E.P.R.E.S.S.I.O.N

" Awak semua boleh tolong saya tak? "

" Cuba awak cerita dulu apa masalah awak? Baru la kami boleh tolong..."

Dia beralah. Maka, dia mula membuka kisah yang terpekung di dada.

Bermula pada tahun 2014, dia kehilangan seorang adik perempuan yang sangat rapat dengannya. Setelah itu, kehidupannya berubah. Dia hilang semangat untuk teruskan hidup. Tak boleh move on. Depression.

Pada tahun 2015, dia ambil keputusan berhenti kerja. Tak boleh dah nak teruskan kariernya sebagai guru. Keputusan ini dibantah oleh ibu bapa dan 8 adik-beradik perempuan yang tinggal bersamanya di rumah. Selama ini, hanya dia yang menyara keluarga sebab 2 adik-beradik lelaki yang lain sudah berhijrah dan ada hidup sendiri.

Sejak berhenti kerja, dia tak ada sumber kewangan. Poket kosong. Adik-beradik menjauh. Mak ayah tak habis salahkan dirinya. Dia dianggap tak guna. Saban hari dikutuk dan dimarah. Depressionnya bertambah.

Apabila tak tahan dengan kehidupan yang dihiasi caci maki, dia lari ke balai polis untuk membuat laporan. Tapi, kerana dia wanita, maka pihak polis menghubungi ibu bapanya semula.

Apa respon mak ayah dia?

" Anak kami tak sihat. Hantar saja ke hospital "

Dia dihantar ke hospital sakit jiwa di Amman. Tinggal diam di situ. Awalnya cuma untuk observation doktor.

Doktor cakap kalau dia okay, dia boleh keluar dari situ. Sebab, buat apa nak tinggal lama-lama kat hospital kalau dah sihat??

Dia enggan. Katanya, jika pulang ke rumah, dia akan kembali ke pangkuan keluarga yang tidak ingin menerimanya. Nanti-nanti pasti dia akan dituduh gila lagi dan akan kembali ke hospital. Cycle.

Bayangkan. Bila keluarga sendiri memulaukan diri. Sedang, dari rumahlah sepatutnya kita dapat belajar tentang cinta, mencari perlindungan dari bahaya, mencipta bahagia hingga ke syurga.

Tapi...
Sebaliknya pula berlaku.

" Boleh tak saya nak peluk awak? " Kumpulan pelajar ini hanya mengiyakan. Tatkala berlabuh wajahnya ke bahu seorang akhowat, maka pecahlah empangan air matanya.

" Alangkah seronoknya kalau adik-beradik saya sebaik awak semua..

Saya dah lama tak rasa ada orang yang faham dan sayangkan saya.. Saya rasa macam kehidupan saya dah berakhir.

Lebih baik saya mati saja. "

Dia mengakui bahawa keputusannya untuk berhenti kerja adalah keputusan yang paling bodoh yang pernah dia lakukan. Pabila dia ditanya kenapa tak cari kerja lain, katanya, rekod dirinya sudah buruk. Dah jadi pesakit psikitri, susah orang nak terima kerja.

Depress lagi .

Kasihan .

Kadang-kadang, masalah cuma simple. Tapi, bila diri kita anggap ia berat, sesakkan otak dengan pelbagai andaian yang tidak membumi, akhirnya semua memusnahkan diri sendiri.

Depression adalah satu masalah yang boleh menyerang sesiapa sahaja. Jika kesedihan melampau lebih dari 14 hari, anda mungkin boleh mengalami depression. Ia boleh membawa kepada penyakit schizophrenia ( sakit jiwa ) ; gelak menangis meraung tanpa sebab .

Sebab itu, kalau ada orang di sekeliling yang dirundung masalah, sedih berpanjangan, support dia. Jangan membawahkan dia. Sokongan moral dari kita bakal memeluk jiwanya untuk kembali berharap pada perkara yang positif .

Kata doktor, selalunya orang yang depress ini, ikatan dia dengan Tuhan adalah longgar. Maka, dia tak tahan ujian . Cepat putus harap dan rasa nak lari dari masalah. Padahal...

Mana mungkin kita lari dari masalah?

Image result for photography great

Semua yang hidup pasti punya masalah. Mustahil ada orang yang tak ada masalah.
Bayi ada masalah untuk dia cuba menggunakan dua kaki untuk berjalan.
Kanak-kanak kecil ada masalah untuk dia belajar mengayuh basikal roda tiga.
Budak tadika ada masalah dengan cara nak cari kawan yang rapat dengannya.
Pelajar sekolah rendah ada masalah untuk hafal sifir dan belajar kira-kira.
Orang dewasa ada masalah dengan ekonomi negara yang makin merudum bagai tahi bintang membelah bumi .

Semua orang yang hidup ada masalah!
Hanya mati tak ada masalah.
Maka, jika kita tak mahu masalah, maksudnya, kita mahu mati.

Jadi, kita ini nak ada masalah atau tidak?

😌

Berlapang dada dengan ujian dari Allah.
Yakinlah bahawa Allah tidak sesekali mahu membebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu.

La yukallifullahu illa wus'aha .

Jika Tuhan sekalian alam pun percaya pada kita yang kita mampu menghadapinya , kenapa kita pula tak percaya pada diri sendiri?

Kita pasti boleh!

Bagaimana ?

Cari Allah bila kita ada masalah . Bila Allah bagi kita cabaran, Dia tak akan biar kita sendirian melaluinya. Dia pasti bersama kita hingga ke hujung. Tapi, kitalah kena meminta dulu pertolongan .

Allah akan terus uji kita sampai satu saat, kita cuma cari Allah dan tak cari lagi manusia pabila kita penat dihentam ujian.

Amalkanlah ayat-ayat Al-Quran yang boleh menjadi bekal kekuatan. Ayat 1000 dinar dan banyak lagi yang boleh kita amalkan. Paling penting, usah lekang dari doa . Doa itulah kekuatan setiap insan.

We are too powerless to control everything even ourselves. Jadi, mintalah bantuan dari Allah. Dalam study, dalam kerja, dalam urus hal ehwal keluarga, dalam menyantuni orang sekeliling .

Indeed, Allah tak akan pernah kecewakan kita . :)

Have faith.

03122016
Irbid, Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Panduan Lulus Temuduga Biasiswa

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungking juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda. Di sini saya ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera. Berikut antara nasihat dan panduan saya kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan. Bawa Kelainan Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia deng...