Skip to main content

Posts

Wean Off Mission #daytwo

Hari kedua misi #weanoff anak. Berjaya! Pagi-pagi dia jaga, Tiada lagi ungkapan "nak mam" No breastfeeding dah..  Syukur! Tadi masih mamai. Al maklum baru bangun tidur jam 4 pagi. Dia pun terjaga. Nyaris saya nak bagi susu badan untuk tidurkan dia semula. Gulp!  Nasib la kita tersedar awal dan sempat tarik break, alhamdulillah anak faham. Tidur siang ini pun hanya minta diriba, dan terus dia plop!, lompat ke alam mimpi. Tak gaduh gusti nak susu botol apatah lagi susu badan "Lassttttt ja" Dia pujuk? Yaah mesti la. Tapi hati kena kental umi! Melting? Ada la sikit. Kesian, hm jangan ditanya.. Sob3 You know? Sebagai ibu yang menyusu penuh anak secara direct, emosi saya sendiri "sakit" untuk wean off anak. Yer la, tubuh dia hari ni membesar dengan jayanya kerana hari-hari minum susu ibunya. Emotional strongly attached lol Dulu masa "baru" dapat anak, tak peduli langsung wean off, potty train, asingkan tempat tidur anak, blw yada yada Bila anak makin p
Recent posts

Wean Off Mission #dayone

Kali ni memang tekad, nangislah sampai gegar langit dan bintang jatuh tak sempat dikutip, misi wean off tidak akan ku u-turn! Seperti dijangka, ia memang tak semudah dan smooth macam turun gelongsor di Sunway Lagoon. Penuh emosi ya ampun! Anak saya dah 2 tahun 3 bulan 17 hari. Masih direct breastfeeding siang dan malam tanpa gagal. 24 jam berkepit dengan bayang-bayang saya, bayangkanlah betapa mencabarnya misi nak wean off sa-orang anak sulung yang kita jaga bagai menatang minyak yang penuh nak melimpah. Hah!  Sekarang dah 4.25 petang. Dah ada 3 episod tangisan menyayat hati yang saya hadap. Kental. Jiwa tak boleh kendur awal. Misi kena teruskan. Ada rezeki, sehari dua dah boleh wean off sempurna. Kalau belum, maybe hari ketiga, atau keempat, atau kelima. Bila yang tepat? Entah. Hanya doa dipasak sesungguh-sungguhnya, agar niat ini dipermudah.  Sekarang, berjaya dah tidurkan si manja tercinta tanpa susu badan. Tapi.. Request dia lain maciam..  Nak umi dukung dia sambil berjalan. Statik

Setelah 25 Bulan Menjadi Ibu

Ini cerita tentang kamu — anakku 2 tahun yang lalu, Kukendong kamu yang beratnya mencecah 3.4kg, Kakimu kuat menendang lagaknya sa-orang Adiwira, Alismu cantik terlihat meski kau masih bayi yang kemerah-merahan, Suaramu nyaring, merdu kudengar bak muzik paling top dalam dunia Kini, "kg" dah bertambah "cm" makin tinggi Fizikal kamu berubah sekelip mata, Hingga sedar-sedar kau sudah boleh bertutur kata Telah 25 bulan kau kujaga Tanpa tewas walau 1 malam.  Ya, 24 jam waktumu indah bersama kehadiran sa-orang ibu, Minumanmu adalah susu yang paling natural tanpa gula tambahan,  Kau sungguh bertuah! Melihat kamu tumbuh besar, Hari ke hari dengan masa yang bergolek perlahan, Ku sedar satu perkara, Tidak hanya fizikalmu mendewasa, Malah akal fikirmu seriring sejalan jua Kamu sudah pintar mengajuk kata, Walaupun nafas masih pendek, tapi sering saja kamu berusaha menutur ayat kompleks yang belum sesuai dengan usiamu Aduh kelakar! Dan kupikir Tanggungjawab makin memberat di pun

"Dari Refund Menjadi Keuntungan."

Encik M meminta saya refund duitnya. "Saya tak tahu macamana. Sebelum jam 3, RM 107 dah ada dalam akaun saya." Tegas sekali mesejnya. Dup dap dup dap je saya baca. Mixed feeling weh, duit akan melayang.  Bila kena refund, saya bukan sahaja kehilangan untung, malah modal juga terbakar. Sebab item dah ditekan dalam sistem. Jadi modal akan jadi "pergi tak kembali". Lebih menyedihkan sebab episod pelanggan kechiwa ini bukan salah saya, tapi salah 3rd party yang menguruskan order ini iaitu runner. Kegagalan utamanya adalah menepati masa penghantaran. Delay lebih 2 jam! Mestilah orang marah kan? Masa itu pedang, kalau awak tak menyainginya, dia akan potong awak. Luka.  Sebagai agen yang berpengalaman, saya sudah hantar kesemua detail dan invois order lebih awal kepada runner tersebut. Ya, belajar dari pengalaman. Bila part kerja kita dah kemas dan tersusun, insyaAllah the rest will be okay. Itulah fikir saya sebab benda ni bawah kawalan diri sendiri. Apa yang kita tak bol

Awan Putih, Langit Biru dan Aku

Setiap kali habis sem, Ini pemandangan yang tak sabar saya nak nikmati Jordan - - > Malaysia Bukan tempoh penerbangan yang singkat!  Berada di sayap pesawat, Tempat duduk paling rapat dengan tingkap, Biru di atas, Awan putih separas mata, Wahh, indah! Mujur Helang tak bisa terbang setinggi pesawat, Kalau tidak mesti saya ada kenangan selfie dengan si eagle berparuh tajam itu. Kehkehkeh Sampai sekarang pun la, Saya suka warna biru dan putih, Ia memberi tenang . Saya jenis yang mudah nak termuntah. Bayangkanlah, 1st time jadi mummy nak muntah tengok Pampers anak sendiri 😂😂 Kerja di hospital, ada pesakit cirit atas lantai sebab diberi ubat sembelit pun kita yang nak termuntah 😂😂 Ada ibu mengandung muntah-muntah masa check up pun kita ikut nak join "beruwek-uwek" sama 😂😂 Tapi kita tahan, Cuba lawan, Dan caranya adalah dengan memandang langit Melihat kebiruan ciptaan bumbung tanpa tiang itu,  Auto otak tenang,  Perhatian otak dialih dari benda yang meloyakan tadi Dulu sam

3 Benda Ibu Jangan Buat Bila Anak Tantrum

"Diammm! Diamm! Diammm!" Haa begitu laungan seorang ibu yang dah bertukar jadi hulk Mujur warna kulit saja tak berubah hijau katak. Ghisau! Memang mencabar ya. Bila anak memekik tangis, Kita pulak badan dah letih; Baru balik kerja la, Baru habis memasak dan kemas rumah la.. So, bila anak bawah umur 6 tahun sedang beremosi, tantrum dan meraung bagai terkejut melihat pontianak naik motosikal bapak dia, apa seorang ibu nak buat? . ❌ Jangan membebel! Membazir air liur tau educate anak pom pang pon pang masa dia tengah panas. Lebih baik jimatkan air liur itu, boleh guna nanti untuk berzikir. Hoho Anak kecil tak boleh terima dah kata-kata anda. Sebab emosi lebih berkuasa waktu itu. Kena pilih waktu yang tenang kalau nak mengajar dan menasihati.  ❌ Bagi arahan! No la! Bayangkan seorang manusia disiram air teh ais tengah-tengah pasaraya. Dia pakai baju putih bak telekung plak tu. Lepaa tu anda bagi arahan suruh dia angkat peace tegak-tegak sebab nak ajak dia selfie untuk diviralkan d

' Ratu Tak Tenggelam ' — Jessop Penumpang Kapal Titanic Yang Terselamat

Nama sebenarnya, Violet Jessop. Ketika kanak-kanak, doktor pernah cakap dia hanya mampu hidup beberapa bulan sahaja lagi. Sebab dia menderita sakit TB. Keajaiban berlaku. Jessop survive. Dia buktikan dia aneh dan kuat semangat! Selepas kematian ayah pada usianya 16 tahun, Jessop berhijrah ke Eropah dan kerja sebagai pramugari pada tahun 1911. Bukan pramugari dalam badan pesawat yang terbang membelah awan Nano tau.  Jessop berkerja atas kapal. Jobskop kerja yang serupa macam pramugari atas udara buat.  Kali pertama Jessop kerja di syarikat Perkapalan Mewah under Company White Star, beliau melalui tragedi pertama yang dahsyat.  Kapal RMS Olympic yang dinaiki Jessop berlanggar dengan Cruises British di atas laut.  Apa yang berlaku?  Akibat pelanggaran itu menyebabkan badan kapal pecah hingga terbentuk 2 lubang besar yang lebih besar dari lobang hidung Mr Bean. Air laut pun dengan riang gumbiraaa masuk menjadi tetamu baru dalam kapal RMS Olympic itu. Emergency!  Mujurlah dalam