Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Kanak-Kanak Ribena >

Susah Nak Cari Lelaki Macam Ni . . .


" Akak tahu tak? Dulu masa sebelum kahwin, kakak ipar saya tu student biasa saja. Lain dengan abang saya yang memang selalu cemerlang. Maintain. Saya salute dengan abang. "

Saya mendengar. Tak mahu menyampuk bila melihat dia sangat eksited membuka cerita .

" Tapi, saya kagum sangat bila kakak ipar saya boleh improve study dia sejak berkahwin dan akhirnya grad dengan cemerlang, sama macam abang "

Wow! Hebatnya. Jarang saya mendengar kisah sebegini. Apa yang mendorong kejayaan senior dentist saya yang sorang ni?

Sebelum ni, saya acap kali bertembung dengan abang dan kakak iparnya itu di library universiti. Study berjemaah. Sekali tengok macam adik dan abang :) Kadang-2 bertembung juga di stesen bas universiti. Ke mana-2 bersama memandangkan mereka berdua satu course yang sama , satu batch pula.

" How are they doing that ? "

" Saya pernah pergi rumah abang masa diorang still study sini. Yer la, rumah saya tingkat atas je. Rumah diorang tingkat bawah. Selalu boleh lepak. Hehe "

Saya tersenyum. Dia memang rapat dengan abangnya. Itu pengakuannya dahulu.

" Apa yang saya selalu nampak , abang tak pernah bagi kakak ipar buat kerja rumah melainkan tugas memasak saja. Abang nak kakak tak penat buat kerja rumah dan boleh fokus study. Hatta, waktu memasak pun abang akan duduk kat meja makan dan buka buku teks. Dia akan baca buku dengan kuat supaya kakak dapat dengar juga. Tugas-2 lain macam kemas rumah, basuh pinggan , basuh pakaian... semua abang buat dengan senang hati. "

Kagum.
Adik, cerita la lagi .

"Saya untung sebab rumah saya pakai mesin auto. Kagum jugak dengan abang sebab dia basuh baju dengan mesin manual kut. Kalau saya yang kena pakai mesin manual, konfem saya futur awal. Kagum dengan abang. Dia tak benarkan kakak bantu kecuali sedikit. "

Susah tu nak jumpa lelaki yang boleh handle kerja rumah yang selalu disettlekan oleh barisan mak-mak kita kat Malaysia sana. Fuh.

"Akak tahu ? Kakak ipar saya dulu sebenarnya biasa-2 saja. Lepas kahwin baru nampak perubahan. Tudung semakin dilabuhkan. Pakaian pun longgar. " Dia tersenyum . Tak jemu memuji abangnya.

" Bagusnya abang awak. Untung kakak ipar awak, kan? "

" Dulu, masa dia bagi tahu mama yang dia nak kahwin , mama macam ragu-ragu sebab diorang muda lagi. Tengah belajar pula. Mama bimbang study diorang terganggu. "

" Habis tu, apa yang abang awak buat ? "

Dia ketawa. " Abang tak putus asa sebab dia memang betul-2 suka akan kakak. Walaupun abang dah memang bijak , dia study lagi kuat untuk dapatkan result yang lagi hebat . Dia nak buktikan pada mama yang dia boleh jaga dan maintain study dia. "

" Then , mama awak setuju ? "

" Aah. Mama akhirnya mengalah. Bila dah dapat restu mama , diorang pun kahwin. Abang kahwin bukan cuma untuk suka-suka. Dia bawa tanggungjawab yang besar dan janji dengan diri dia untuk pastikan kakak pun cemerlang dalam study. Akhirnya, dia berjaya buktikan bahawa impiannya bukan mimpi kosong. He really made it. "

Alhamdulillah. " Semoga urusan kerja diorang dipermudahkan di Malaysia. Akak doa moga awak pun dapat pasangan hidup yang baik , insya-Allah "

" Akak, bukan senang kan nak pilih calon suami ? "

Saya mengangguk. Betul. Lelaki memang ramai tapi lelaki yang benar-2 bertanggungjawab amat sedikit. Masih ada, jangan bimbang.

" Sebab tu kena pilih yang terbaik dan tak boleh terburu-buru. Nak pilih pasangan hidup sampai syurga bukan boleh pilih macam kita pilih lemang untuk dibuat juadah hari raya. Perlu banyak musyawarah dan istikharah. Doalah. Mudah-mudahan Allah beri kita yang terbaik . "

" Akak, mama saya pesan pilih lelaki yang betul-2 nak pada kita . Mudah-mudahan dia akan lebih bertanggungjawab dan berkorban untuk bina keluarganya. "

" Kheir, insya-Allah " :)

After all, Allah sentiasa tahu apa yang paling terbaik untuk hamba-Nya.

Jika buntu dan samar-samar untuk memilih jalan kehidupan, pulanglah pada Dia. Minta dan rayu pada Dia. Dia dengar dan Dia pasti akan beri apa yang kamu pinta.

Jodoh itu rahsia Tuhan. Usah cuba menduga-duga.

Kelak nanti apabila sampai masanya, Allah akan bentangkan jalan.


Sekarang nak kena buat apa?
Kena usaha. Usaha untuk menjadi hamba Allah yang soleh. Jaga aurat. Jaga solat. Jaga hati mak ayah. Lengkapkan diri dengan ilmu ; ilmu kehidupan -- ilmu yang akan melentur peribadi anak-anakmu kelak.

Be prepared.

18062016
Sik,Kedah

Yerterday, I HATE English. Today, I LOVE English

Berbual dengan adek bongsu yang dah setahun tak pernah jumpa di alam nyata . Semakin 'pemuda' bila saya lihat dia di hadapan mata. Padahal , beliau baru enam belas tahon usia.

" Angah, kenapa orang selalu gelak bila adik try speaking ? "

" Kenapa depa gelak ? "

" Depa kata adik guna broken english . "

" Cer try. "

" Contohnya . . . Are you try find death with me ?? "

😂😂😂

Sorry dik. *Laugh with tears*
Rasa nak berguling atas lantai masok bawah katil.

" Memang broken , dik. Takpa. Nanti angah ajar guna English yang betul. " *Sambung gelak*

----

" Angah ni, pi Jordan , balik Jordan . . Sama saja ! " Dia membebel.

Hairan. Sungguh saya tak faham. Apa maksudnya ?

" Apa yang sama ? "

" Tak membesaq. "

Cis. " Tapi angah dah makin tinggi la. Tinggi bertambah 2 cm taw! "

" Tapi, tetap kecik jugak. "

Grr. " Are you try find death with me ?? "

*Si kakak dah berjangkit guna broken english* 😭

Sememangnya , dulu pon saya memang guna broken English. Broken English is my language. Grammar berterabur. Struktur ayat tunggang-langgang macam Titanic nak karam. Memang sungguh tak pandai.

Tapi, sebab ada sorang kawan yang selalu support , paksa pergi library cari bahan bacaan bahasa Inggeris , selalu bantu memberi maksud untuk vocabulary baru yang kita tak faham , sedia betulkan pronounce kita yang salah , akhirnya saya mampu improve.

Dulu, saya memang dah putus asa. Sejak dari zaman UPSR, memang rasa tak boleh GO dengan English. Masa PMR pun. Bila naik form 5, lagi bertambah bimbang dengan SPM untuk subjek English. Tak putus-putus doa, asal boleh lulus. A- pon boleh la. Saya perlu dapat A lurus untuk apply biasiswa. Harap.

Akhirnya, Allah beri lebih. Lebih dari A- . Sungguh tidak disangka. Berkat doa ibu dan abah juga tu.

Hatta sekarang, dengan pembelajaran yang 100% dalam English dan pergaulan dengan batchmates yang 80% Arabians around the world -- Jordan, Egypt,Arab Saudi, Kuwait, Syria, Bahrein dan Palestin ( memang English diorang fluent macam native speaker ) , akhirnya saya dah boleh faham bila orang speaking , boleh juga bermuamalah dalam English dan boleh juga writing in english. Amazing!

Kuncinya ?

Yakin . Walaupun kita belum ada kemampuan, jangan penat berusaha dan mencuba.

Saya pegang satu sahaja, usaha yang sedikit tapi berterusan mampu menghasilkan perubahan. Asal kita istiqomah!

Jangan bimbang grammar masih longgar .
Jangan takut vocabulary masih di tahap sekolah rendah.
Jangan gentar bila pronunciation masih bunyi melayu.
It's okay guys. Hentam saja. Yang penting orang boleh faham apa yang anda tuturkan.
Once anda dah berani guna bahasa ini, sedikit-sedikit anda akan improve dengan sendirinya.

Saya suka belajar dari Chinese. Diorang sangat confidence bila speaking walaupun pada hakikatnya English diorang pun bukan dalam skema penggunaan yang betul. Tapi, tak apa. Orang tak kisah pun. Hatta kalau anda sendiri dengar diorang speaking pun anda hanya ternganga takjub. Tak sempat pun nak detect salah diorang keseluruhannya.

Berani la mencuba. Broken lebih baik dari bacul untuk mencuba.

:)

Belajar bahasa asing memang rumit. Tapi, kalau terus belajar setiap hari, insya-Allah Allah bantu. Man jadda wajada.

Untuk sesiapa yang dah boleh kuasai bahasa asing dengan baik, bantulah kawan-2 yang masih bertatih. Jangan pandang rendah pada mereka walau sebesar baby mikroorganisma pun.

Percayalah, kebaikan anda membantu mereka takkan pernah sia-2 . Allah lihat. Manusia ingat. Saya sendiri , belum pernah lupa jasa baik teman yang dah pernah menjadi tutor English saya ketika zaman saya belum pandai English dahulu.

Semoga Allah merahmatinya. :)

17062016
Kulim,Kedah

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =)

Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia?

Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara.

:)

Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero'

Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis.

Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas.

Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai dalam majlis rasmi. Tambah memang saya tapenah ada pengalaman. Tapi... Saya teringin!

Allah dengar suara hati saya. Dia tahu keinginan saya. Akhirnya saya mendapat jemputan untuk mengendalikan sebuah forum istimewa dalam sebuah majlis mega anjuran HEWI di Jordan ketika di Tahun Dua .

Gerun. Itulah pertama kali saya bakal berada di posisi sebagai moderator, dalam majlis yang cukup 'grand' dan meletop ditambah dengan gandingan tiga orang panel yang begitu hebat, berpengalaman dan terhormat.

Biarpun tak ada sesiapa yang melatih dan membimbing saya, peluang ini saya tidak lepaskan kerana ini sahaja masa untuk belajar. Saya tahu saya bakal berhadapan dengan cabaran yang cukup hebat sebab saya beginner, takde pengalaman. Tekanan pastinya sangat dahsyat sebab saya perlu melakukan YANG TERBAEK supaya saya tak memalukan diri sendiri di atas pentas.

Sungguh, detik itulah yang menjadi turning point dalam hidop saya , memberi saya 1001 pengalaman dan pembelajaran hingga saya boleh maju lebih jauh dalam bidang pengucapan awam.

Sebagai seorang yang jenis bersemangat, bersuara lantang walaupun halus macam pontianak menjerit, menjadi moderator lebih dekat di hati saya berbanding menjadi panel forum . Tugas moderator lagi simple, seronok dan merehatkan. Pengalaman menjadi panel dan moderator dalam 4 forum yang berbeza sepanjang belajar di Bumi Syam ini sudah cukop banyak mengajar saya selok-belok ketika berada di pentas forum. Walau bagaimanapun, saya akui bahawa saya perlu belajar lagi dan lagi kerana kehidupan takkan pernah berhenti mengajar kita untuk menjadi lebih baik. Betul tak ? ;)

Untuk penulisan kali ini, suka untuk saya berkongsi beberapa tips kepada anda. Mungkin dalam kalangan anda ada juga berminat untuk menjadi moderator forum. :)

Ingat, you can be a hero! Kita boleh belajar dari pengalaman orang lain. Yang penting jangan pernah takut untuk mencuba. :)

Semua yang bakal saya kongsikan ini adalah hasil dari pembelajaran dan pengalaman sendiri semasa membuat persiapan untuk menjadi moderator forum (dalam Konvensyen HEWI 2015) juga dicedok dari pengalaman pertama sebagai panel forum (dalam program GOAL 2015) di Jordan.

Are You Ready ? Let's start together.

Pertama ; Persiapan SEBELUM FORUM

1) Luruskan niat untuk belajar dan mengutip pengalaman KERANA ALLAH. Bukan untuk populariti. Bukan untuk berbangga muka kita boleh disumbat dalam poster

2) Ambil tahu everything tentang forum yang akan berlangsung.

i.. Tema dan Tajuk Forum.
ii.. Pusingan forum ( Selalunya ada dua hingga tiga pusingan. Kadang-2 pusingan terakhir adalah Q&A session )
iii.. Tempoh masa untuk setiap pusingan.
iv.. Jumlah Panel.
v.. Latar Belakang Panel.
vi.. Siapa audience anda.

Tips : Saya galakkan anda untuk cuba mendapatkan maklumat yang 'rare' tentang panel yang terlibat. Hal ini dapat menarik perhatian audience terhadap maklumat yang anda sampaikan ketika pembukaan forum kelak

3) Susun Soalan

Pada sesetengah forum, pihak penganjur telahpun siapkan soalan untuk anda. Sekiranya, pihak penganjur tidak menyiapkan soalan, maka anda bertanggungjawab untuk mengolah soalan yang akan dilontar kepada panel.

Tips : Susun soalan dengan baik. Bermula dari definisi sebagai pendahuluan, peranan , cara atau kesan sebagai huraian, dan tindakan atau nasihat sebagai penutup. Sampaikan kepada setiap panel tentang soalan yang akan anda tanya supaya mereka dapat membuat persiapan yang rapi.

4) Buat Skrip

Kenapa kena rangka skrip ? Perlu diingat bahawa moderator yang 'catchy' adalah moderator yang boleh berbicara spontan, santai dan mampu bawa humour yang tidak dibuat-buat.

Skrip penting untuk jadi guidance ketika anda mahu praktis bercakap SEBELUM forum. Tapi, jangan sesekali guna skrip ini KETIKA anda sedang berforum. Saya sungguh-2 melarang anda ! *muka serius* Tapi, anda boleh listkan point-2 penting dan soalan yang bakal anda tanya itu dalam nota kecil di buku, ipad atau conteng kat baju la kalau dah takde tempat sangat nak catat. Saya selalu tulis dalam telefon bimbit, sebab telefon bimbit saya kecil dan ringan maka lagi mudah untuk melihatnya.

Dengan ada skrip yang dikarang sendiri oleh anda, anda lebih mudah mengingati perjalanan forum, soalan yang akan dilontar pada panel dan paling penting anda sendiri dapat mencantikkan ayat yang bakal diucapkan anda ; ayat bombastik dan berbunga.

Tips : Prepare skrip seminggu sebelum forum. Hal ini dapat memberi ruang yang cukup untuk anda menghadam skrip tanpa perlu menghafal (hanya mengulang) dan mengubah suai skrip sekiranya mahu memperbaiki struktur ayat yang anda mahu gunakan di samping menyesuaikan skrip anda dengan peruntukkan masa yang mencukupi ( tak terlalu meleret, ringkas tapi menarik )

5) Practise Makes Perfect

Anda perlu buat latihan. Praktis bercakap. Pilih dan latih nada suara yang sesuai. Ini bakal membangkitkan keyakinan anda ketika hari berforum kelak. Saya sendiri akan prepare dan bercakap berulang kali skrip yang bakal saya ucapkan ketika forum. Kadang-2 lebih dari 5 kali ( termasuk sebelum tido ; ala-2 bedtime talking gitu )

6) Tenang , Rehat dan ENJOY!

Pastikan anda mendapat rehat yang cukop, tidur yang cukop, makan minum yang cukop dan make sure emosi anda stabil.

Buat praktis cakap yang terakhir sehari sebelum forum . Prepare pakaian yang paling menarik untuk anda pakai pada keesokan harinya dan sentiasa jaga mood hingga tiba hari untuk beraksi.

Katakan pada diri anda, 'SAYA BOLEH!!', sebab orang lain pon boleh.


Kedua ; Persiapan SEMASA FORUM


Satu - Kedudukan Kerusi Moderator

Pastikan kerusi anda tidak terlalu hujung . Sebolehnya berada di tengah-2 antara barisan panel supaya dapat memudahkan anda untuk berkomunikasi dengan panel terutama ketika mahu memberi notis masa.

Sekiranya anda berada jauh dari panel, ia sangat menyukarkan komunikasi. Perlu diingat bahawa orang yang selalu bercakap ni selalunya susah nak setop dan kadangkala kurang cakna dengan masa. Tugas anda selaku moderator yang baik (selain bertindak sebagai pemudah cara forum) anda juga perlu mengawal masa dengan baik. Kegagalan menjaga masa akan menyusahkan pihak penganjur terutama programmer program .

Tips : Anda digalakkan meninjau dahulu keadaan dewan sebelum forum bermula. Minta pihak penganjur susun kedudukan kerusi dengan seimbang sekiranya kerusi tidak disusun dengan baik.

Dua - Bagaimana Performance anda Semasa Beraksi Di Atas Pentas

Jaga intonasi suara -- eye contact dengan audience dan panel -- santai dan tidak tegang -- bijak menyusun kata.

Tips : Gunakan ayat bombastik bom bom bom serta lantunkan suara anda dengan bersemangat untuk mendapatkan first impression yang baik daripada audience. Ingat, anda perlu menjadi moderator yang catchy supaya forum tidak hambar.

Jika berada di dewan yang besaq macam padang bola, its okeh its orait. Pandang saja ke kanan dan ke kiri bergilir-gilir dalam tempoh masa berkala. Pandang semua penonton di bawah pentas.

Ketika memberi soalan kepada panel, lihat wajah panel untuk menunjukkan anda sedang berkomunikasi dengannya. Selalu saya melihat kelemahan kebanyakan moderator adalah mereka melantun soalan kepada panel tetapi mata mereka melihat audience. Agak aneh.

Anda pernah dengar DJ radio bercakap?

Sangat santai dan spontan. Kan?

Anda boleh bertindak seperti seorang DJ ketika mengendalikan forum. Kaedah ini saya pakai dan hasilnya , penonton begitu memberi tumpuan dan tertarik dengan performance sebegini.

Tiga - Soalan dan Respon / Ulasan Kepada Panel

Soalan kepada panel perlu disusun dengan baik untuk setiap pusingan. Pastikan anda faham setiap soalan yang mahu diberi dan lontarkan soalan dengan baik.

Seorang moderator juga perlu mengulas kembali apa yang disampaikan oleh panel ; point-2 penting, quote yang catchy atau summary sebelum beralih ke panel seterusnya.

Tips : Ketika panel bercakap kira-kira 15 minit hingga 20 minit, moderator selalu takdak kerja. Anda bolehlah berselfie dan tenangkan diri untuk beberapa minit pertama tapi pada minit-2 seterusnya, sila fokus pada isi pengucapan panel. Catat isi-2 menarik dan penting supaya anda boleh gunakannya untuk mengulas kembali selepas panel selesai bercakap .

Empat - Masa

Moderator yang baik adalah moderator yang bijak menguruskan masa forum . Diketahui bahawa masa di atas pentas sangat terhad. Pengurusan masa yang baik akan membantu setiap pusingan forum berjalan dengan baik dan para panel dapat bercakap dengan tenang.

Tips : Sebaik sahaja anda selesai melontar soalan kepada panel, catat masa ketika itu. Seterusnya, tambah tempoh masa untuk panel itu bercakap dan take note masa untuk panel itu selesai bercakap. 4 minit sebelum tiba ke minit terakhir , hantar nota masa kepada panel. 4 minit adalah masa yang sangat optimum untuk memberi ruang kepada panel menamatkan pengucapannya dengan baik ; Panel dapat ulang kembali point-2 penting supaya audience jelas dan panel tak setop mengejut.

Contoh :
Panel mula cakap - 11.00 am
Tempoh bercakap - 15 minit
Tempoh tamat cakap - 11.15 am
Masa hantar notis masa- 11.11 am

Kalau cara saya, sekiranya panel telah melewati masa yang ditetapkan dan tidak nampak tanda-2 mahu berhenti, saya akan hantar notis-masa-dah-tamat sebagai nota kedua. Selalunya panel akan akur selepas menerima notis kedua dan akan berhenti bercakap.

Lima - Sesi Soal Jawab

Ketika mengendalikan sesi soal jawab, moderator perlu cakna dengan soalan dan individu yang bertanya. Moderator juga perlu bijak menguruskan masa yang diperuntukkan untuk setiap audience yang bertanya , adil dalam memilih audience dan cuba memahami dengan baik soalan yang dikemukakan.

Tips : Pastikan anda menerangkan dahulu cara bertanya soalan sebelum sesi Q&A ini bermula. Minta audience sebutkan nama dan maklumat tambahan yang dirasakan perlu sebelum bertanya soalan. Minta audience angkat tangan dan berdiri supaya runner mudah menyerahkan mikrofon kepada mereka dan panel juga dapat mengenal pasti orang yang bertanya. Tegaskan kepada audience supaya bertanya soalan yang ringkas dan padat. Hal ini penting untuk pengurusan masa yang baik. Sebolehnya tetapkan satu orang satu soalan agar individu lain juga dapat peluang untuk bertanya soalan.

Catat soalan yang ditanya dan nama orang yang bertanya dalam nota kecil ; edarkan nota itu kepada panel yang bakal menjawab soalan tersebut. Tujuan mencatatkan nama individu yang bertanya adalah supaya kita dapat mencari semula orang tersebut sekiranya memerlukan maklumat tambahan untuk menyokong atau membantu panel bagi menjawab soalan.

Pilih individu yang paling awal mengangkat tangan sekiranya ramai yang mahu bertanya soalan. Pastikan peluang bertanya diberi sama rata untuk audience perempuan dan lelaki.

Ketiga ; Persiapan SELEPAS FORUM

Satu - Mohon Tidur.

Tidur - Satu benda yang wajib untuk saya buat selepas selesai forum. Bukan tidur atas pentas atau ketika masih di dewan. Balek rumah tidoq la.

Tugas sebagai panel atau moderator memang tak dinafikan sangat menggunakan tenaga yang banyak. Penat dan letih itu biasa. Jadi, jangan segan dan ragu untuk tidur supaya tenaga anda dapat dikembalikan semula

Dua - Feedback dan Muhasabah

Imbas kembali detik-2 forum yang telah berlalu. Cari di mana kelemahan anda yang perlu diperbaiki dan kesalahan yang tidak boleh diulang pada masa akan datang. Senaraikan perkara yang anda nak buat tetapi tak terbuat ketika forum berjalan, take note dan berjanji kepada diri anda untuk melakukannya pada masa akan datang.

Tanya kepada audience di bawah pentas ( sejurus selepas forum atau sehari selepas forum ) tentang performance yang anda lakukan. Hal ini dapat memperincikan dan menambah perkara yang perlu anda beri perhatian dalam proses muhasabah


Keempat : PENUTUP

Habeh! Hmdulillah.
Tahniah kerana sudi meluangkan masa untuk meneliti tulisan ini. Kandungan penulisan ini semuanya saya karang berdasarkan pengalaman berforum di Jordan.


19062016
Pokok Sena, Kedah

60% Darah Hilang -- Sekarang Jantung Bengkak

Hari ni saya ikut menghantar adik saya mendaftar di Universiti Sultan Azlan Syah di Kuala Kangsar, Perak.

Di sana, Allah pertemukan saya dengan seorang gadis kecil berumur 18 tahun. Anak bongsu daripada 8 orang hadek-beradek ini telahpun kehilangan emak ketika beliau di tingkatan dua.

"Kak, saya ni sakit. Anemia"

Ouh. Saya mengangguk. Anemia. Biasa la tu. Adik saya dahulu pon sakit kurang darah jugak. Teruk. Sampai tak ke sekolah selama 3 bulan.

Melihat saya beriak biasa apabila mendengar penyakitnya, beliau menambah, "Sakit saya ni teruk, kak. 60% darah hilang.."

Ternganga mulut saya dengan radius 2cm.

Itu dahsyat!
60% bukan sikit, dik. Boleh bawa maut. Silap hari bulan dah 6 kaki bawah tanah.

Ibu saya bertanya lanjut kepadanya, "Sakit Anemia sebab apa?"

"Dulu, saya main hoki. Masa form 3. Malang tak berbau, bola hoki yang dipukul budak lelaki kena rahim saya. Pendarahan teruk sangat."

Allah. Saya garu pipi. Rasa macam nak garu tapak kaki pon ada. Rahimnya tercedera.

"Sekarang, okay tak lagi?"

"Alhamdulillah, okay dah. Sekarang dah stabil cuma masih dapat treatment dan ada temu janji dengan doktor.. Cuma.."

"Cuma apa?"

"Cuma masalahnya sebab darah kurang banyak, jadi jantung terpaksa kerja keras.. Sekarang, jantung bengkak."

Saya diam. Merenung dalam-2 wajahnya. Tenang sahaja, tak ada riak gusar atau bimbang. Dia kelihatan begitu redha dengan takdirnya. Saya begitu kagum. Terselit rasa syukur atas kesihatan yang Allah beri selama ini sedangkan ramai manusia yang diuji pelbagai masalah kesihatan.

Sungguh, kesihatan adalah segala-galanya. Kalau kaya ; harta dan khazanah donia melimpah bagai Tsunami baru melanda, duit pon terlalu banyak sampaikan bank pon takdak ruang dah nak simpan, tanah kebun pon seluas stadium bola di Argentina, rumah banglo 5 tingkat 20 tandas 20 cleaner toilet ... tapi, kalau kesihatan merudum walau cuma sakit gigi je, habeh hidop. Rasa hilang nikmat hidup walaupun oxygen masih bermaharajalela keluar masuk lubang hidung.

Macam biasa, ibu saya terus memberi khidmat nasihat kesihatan. Ibu saya hanya pelajar sains tulen masa sekolah menengah. Beliau bukan nurse apalagi doktor. Tapi, ilmu mediknya mantop jiddan hingga kadang bikin budak medik macam saya ni pulak yang ternganga. Memang padu!

Ibu memberi nasihat kepadanya, amalkan minum jus pegaga yang diblend bersama madu. Sangat baik untuk orang yang kurang darah. Adik saya dirawat macam tu di samping ambil ubat doktor. Alhamdulillah, dia mampu kembali ke sekolah, siap boleh jadi ahli sukan sekolah lagi. Power .

Ibu juga minta dia amalkan minum air buah manjakani yang direbus. Itu sangat baik untuk susutkan jantung yang membengkak.

Dia tersenyum. Kasihan saya melihatnya. Emak tak ada untuk bagi guidance hatta kakaknya terus saja balik sejurus menghantarnya ke kolej penginapan pelajar. Banyak benda beliau perlu berdikari. Bayangkan kalau kita di tempatnya, aduhai.. Mana mampu nak tahan rasa di hati. Sunggoh diri ini bersyukur dan chenta pada ibu dan abahku sepenuh hati kerana Allah lebih dari chenta spongebob terhadap spatula dan siputnya, Jerry.

Itu ujian untuk adek tersebut. Biarpun masih muda, saya yakin jiwanya kuat, hatinya kental. Sebab itu Allah uji hidopnya sedemikian rupa. Walau dikategorikan sebagai pesakit gynecology , beliau tak putus asa untuk belajar. Bidang Usuluddin menjadi pilihannya biarpun beliau merupakan pelajar kelas sains.

Begitulah hidop. Memang ada pelbagai rencah ujian. Ibarat makan nasi, tak best kalau tak dicampur dengan lauk-pauk pelbagai rasa. Biar ada manis, masam dan masin, barulah enak nasi menjadi santapan.

Selalu kita pening kepala apabila doktor sahkan kita menghadapi sesuatu penyakit.

Hatta, kalau terkena demam campak atau demam denggi pon kita dah bimbang tak senang hati.

Apa lagi kalau kanser atau kerosakan organ. Tentu lebih membimbangkan. Boleh bergegar otak nak fikir implikasi penyakit tersebut kepada hidop kita.

Orang yang ada sakit, perlu sangat menjaga emosi. Selalu positifkan fikiran kerana fikiran yang positif terbukti mampu menjadi terapi yang tip top dalam merawat apa-2 penyakit.

Paling penting, bersangka baiklah pada Tuhan. Ujian kesihatan , kemiskinan , kelaparan atau kegagalan memang Allah sengaja beri kepada hamba-Nya untuk membersihkan dosa dan up kan tahap keimanan .

Kadang-2, kita selalu fikir bahawa penyakit kita lagi teruk. Sakit kita lagi melarat. Kita putus asa untuk berubat kerana rasa macam tak ada lagi ubat yang boleh merawat kita.

Sampai, kita lupa bahawa Allah tak turunkan apa-2 penyakit melainkan diturunkan bersama penawar.

Sampai, kita lupa bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Apa yang penting adalah kita coba berusaha untuk berubat.

Ingatlah, teruk sakit yang Allah beri kepada kita, ada insan lain yang lagi teruk kesihatannya diuji.

Saya belum masuk dunia klinikal tapi melalui cerita-2 senior yang round hospital setiap hari, mereka banyak menghadapi pelbagai jenis sakit dan kes-2 kesihatan yang lagi menyayat hati. Belum lagi masalah kesihatan pesakit yang diCombine 2 in 1 dengan masalah keluarga.

Untuk anda yang sedang diuji sakit, yakinlah bahawa Allah sayang pada anda. Jangan susah hati sebaliknya tanamkan keyakinan pada Tuhan Yang Maha Tinggi.

Mintalah selalu kekuatan dan doalah kepada Tuhan agar sakit kita menjadi kafarah dosa .

Yakin ya. Kalau Allah bisa menyembuhkan orang kafir atau orang fasik, kenapa tidak Allah juga bisa menyembuhkan hamba-hamba yang menjadi kesayangan-Nya ?


:)

Terus berubat. Jangan putus asa.
Terus berdoa. Allah dengar rintihan hati anda.

15062016
Kuala Kangsar, Perak

Ex-peh-peh-tation Manosiya

Soalan :

" Adakah memenuhi kehendak dan harapan ( expectation) MANUSIA kepada kita itu dikira baik walaupun sebenarnya kita TERLUKA ? TERPAKSA dalam REDHA atas nama ukhuwah dan usrah . "

Respon Soalan :

Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dalam penulisannya ada menyebutkan , " Hidup ini bukan untuk memenuhi kehendak manusia. Jika kehendak manusia yang perlu dipenuhi, maka kita perlu ingat bahawa hawa nafsu manusia itu sentiasa membesar dan tak berperhentian. Tetapi, penuhilah kehendak Allah ! Di sana kita akan merasa kepuasan dan ketenangan . . . "

Very nice words, indeed !

Selalu gegendang telinga kita diketuk dengan kata-2 yang menyatakan bahawa buat sesuatu hanya kerana Allah, bukan kerana manusia.

Benar. Benar sekali.

'Buat sesuatu kerana Allah' .

Mungkin kerana peri pentingnya memahkotakan niat kerana Allah dalam apa pun jua perbuatan manusia maka hadis yang menyebutkan tentang niat merupakan hadis yang paling awal dihuraikan dalam Kitab Hadith Arbain karangan Imam Nawawi.

Selalulah tanya diri sendiri , why you do what yo do ?
Menjadi keharusan buat kita untuk melakukan analisa bagi setiap perbuatan atau apa-2 perubahan yang kita ingin lakukan.

Cari sebab kenaPa kita buat benda tu.

Kalau buat apa jadi?
Kalau tak buat apa jadi?
Untuk siapa kita buat?

Pastikan setiap analisa itu kita datangkan bersama konklusi. Jangan pula terperangkap atau biarkan diri dengan information overload.

Apabila kita tahu 'reason WHY' untuk perkara-2 yang mahu kita lakukan itu dengan baik , maka kita akan lebih passionate untuk melakukannya.
Tidak ada rasa terpaksa.
Tidak tersentuh rasa didera.

Orang obesiti boleh kurus.
Perokok boleh berhenti merokok.
Penagih dadah boleh berhenti menagih dadah.

Cuma kita kena beri mereka sebab yang KUAT supaya kita dapat pujuk mereka untuk berubah.

Dan sesungguhnya tak ada motivasi yang paling ampuh atau tidak ada 'reason WHY' yang paling kukuh di donia ini melainkan apabila segalanya kita letakkan HANYA KERANA ALLAH ;

Niat kerana Allah.
Prosesnya mengikut kehendak Allah.
Matlamatnya cuma Allah.

Perlu disimpan kemas dalam ingatan bahawa bahagia itu bakal digenggam oleh mereka yang sentiasa cuba memenuhi semua 'expectation' Tuhan sedangkan bagi mereka yang cuba memenuhi segala 'expectation' , kehendak dan pandangan manusia , maka sesungguhnya dia sedang menempah tiket derita untuk diwayangkan sepanjang hidupnya. Jiwanya bakal sakit!

Ketahuilah yang kita ni manusia lemah.
Tak mampu pun nak penuhi kehendak manusia yang pelbagai .

Tiada siapa boleh menjamin bahawa perasaan bahagia bakal mencoret hati apabila kita cuba mengejar pandangan manusia terhadap kita .

Mungkin kita berjaya untuk lunaskan expectation mereka dalam beberapa perkara , tapi untuk mengejar dan menyempurnakan kesemuanya, ia adalah sesuatu yang mustahil.

Lain manusia, lain cara fikirnya.
Beza makhluk, maka berbeza jua kehendaknya.
Kerana apa?
Kerana manusia itu punya hawa nafsu dan selamanya mereka tak akan pernah puas. Tak akan.

Adakah salah untuk cuba memenangi hati manusia dengan memenuhi kehendak mereka ?

Bagi saya , tidak salah . Tapi, berpada-pada.

Cuma keutamaan di sini adalah teliti dan penuhi dahulu hak-2 kita terhadap manusia di sekeliling ; ibu bapa, housemate, classmate, usrahmate, kucing peliharaan, ayam dalam reban, jiran tetangga. Memenuhi hak itu lebih aula ke atas kita kerana hak itu merupakan tanggungjawab yang kita wajib laksanakan .

Manakala kehendak manusia terhadap kita pula adalah 'option'. Buat sekadar mampu ; tidak ala kadar hingga orang lain terasa hati dengan kita dan tidak pula berlebih-lebihan sehingga mengundang perit di jiwa sendiri.

Tinta Ustaz Emran Ahmad pernah menukilkan , " MUSTAHIL kita dapat memenuhi kehendak manusia walau siapa pun dia , baik ibu bapa , suami , isteri atau anak-anak . Tapi , penuhilah 'HAK' mereka , bukan kehendak. "

KEHENDAK MANUSIA VS KEHENDAK ALLAH

Memenuhi kehendak manusia adalah option.
Memenuhi kehendak Allah adalah mandatory.

Perlu bijak membezakan kehendak Allah dengan kehendak manusia.

Contoh situasi :

Zirafiyah menasihati Buayah agar memakai stokin apabila mahu keluar dari rumah kerana katanya kaki itu adalah aurat bagi muslimah.

Zirafiyah menghadiahkan Buayah stokin berkualiti tinggi thorbaek dari ladang yang diperbuat daripada bulu kambing biri-2 yang dibelinya dari Turki 10 tahun lepas ( dengan harapan Buayah akan suka stokin itu dan akan menutup aurat dengan sempurna setiap kali keluaq rumah). Stokin tersebut masih elok cuma sedikit berlubang ( lubang 1.5 cm di bahagian atas ) kerana telah digigit oleh tikus mondok yang kelaparan yang menghuni almari bajunya sejak sekian lama. Zirafiyah mengharapkan Buayah dapat pakai stokin itu setiap kali nak keluar rumah untuk ke kuliyah atau ketika mahu keluar study di Gourmet.

Apa respon Buayah ?

Buayah menerima dengan senang hati nasihat itu namun dia tidak mahu memakai stokin pemberian Zirafiyah. Katanya, dia lagi sanggup membalut kakinya dengan plastik hitam yang ditampal cellophane tape daripada memakai stokin tersebut.

So what ?

:)

Apabila melihat situasi ini, adakah tindakan Buayah itu salah apabila dia menolak permintaan sahabatnya untuk memakai stokin itu?

Buayah TIDAK SALAH sekiranya dia hanya tidak mahu memenuhi kehendak Zirafiyah untuk memakai stokin itu. Permintaan itu merupakan kehendak MANUSIA. Option. Dia berhak membuat keputusannya samada mahu memakai atau tidak memakainya.

Tapi, dia sedang/akan melakukan KESALAHAN sekiranya dia tetap berdegil untuk tidak menutup kakinya ketika mahu keluar rumah kerana perintah menutup aurat dengan sempurna itu bukan daripada manusia, tetapi daripada ALLAH. Kehendak ALLAH.

Jelas?

Memaksa diri untuk memenuhi kehendak orang lain sehingga diri sendiri tertekan dan sakit jiwa adalah satu tindakan yang tidak bijak. Bayangkan sekiranya Buayah tetap memakai stokin tebal pemberian Zirafiyah itu walaupun pada hakikatnya dia agak alergi dengan bahan yang berbulu, adakah tindakan itu baik dan wajar untuknya?

Mungkin secara zahirnya -- 'baik' sebab dilihat Buayah cuba menjaga hati dan perasaan temannya. Tapi jika diteliti lebih dalam, itu merupakan suatu perkara yang agak memberatkan bagi diri Buayah sendiri. Maka, tindakan Buayah menolak kehendak Zirafiyah adalah satu penyelesaian yang wajar.

Cuma perlu diingat bahawa orang yang baik itu adalah orang yang paling beradab dan menjaga akhlak. Dalam meraikan sahabat-2 dan menjaga ukhuwah , sangat penting untuk kita meneliti CARA kita menyantuni sahabat-2 kita.

Sekiranya kita TIDAK MAMPU memenuhi kehendak mereka, jelaskan dengan berhemah sebab dan rasional atas tindakan kita itu. Terangkan dengan baik apa mahunya kita dan apa yang kita tidak mahu agar mereka lebih faham dan bersikap empati kepada kita.

'TIDAK DINAMAKAN REDHA JIKA MASIH TERPAKSA'

Redha berasal dari kata ra,dhi,ya -- yardha yang bererti menerima suatu perkara dengan lapang dada tanpa merasa kecewa ataupun tertekan.

(Al-Mausu’ah Al-Islamiyyah Al-‘Ammah: 698).

Jika menerima dalam keadaan hati separuh mahu separuh benci, itu namanya pasrah. Menyerah.

Redha itu ikhlas sedangkan pasrah itu menyerah.

Pasrah menghasilkan sikap fatalisme sedangkan redha pula akan melahirkan sikap optimistisme.

Konklusinya , semat dalam ingatan untuk kita sentiasa jadikan 'reason WHY' untuk setiap perkara yang kita buat itu cuma KERANA ALLAH. Jika mahu memenuhi kehendak manusia, silakan. Memenuhi kehendak manusia itu bakal mencetuskan bahagia di hati mereka dan itu merupakan satu perkara yang baik. :) Tetapi! Buatlah dengan ikhlas dan biarlah mengikut kudrat yang termampu. Sekiranya tidak mampu, terangkan dengan baik sebab-sebabnya.

Jangan sesekali cuba paksa diri memenuhi kehendak MANUSIA.
Tapi, kita perlu paksa diri untuk memenuhi kehendak ALLAH TAALA.

Akhir kalam,

Majulah sukan untuk negara.

Sekiyan, terima kasih , sayang dan chenta .

Yang benar ,
Manusia Marhaen (MaMa)

14062016
Kulim,Kedah

Ibu Bapa . Hargai Sebelom Terlambat

Tangisan itu semakin kuat.

Allahu.. Anak raksasa mana yang mengamuk ni?

Volume headphone saya tinggikan. Suara Sheikh Mishari mengalunkan bacaan Surah Ali-Imran menenggelamkan tangisan si kecil di seat hadapan saya.

Dik, hakak nak tidoq ni. Awat hang nanges dahsyat sangat. Abes warga satu flight terpinga-pinga dan pening kepala.

Pesawat terus terbang tenang merentas langit malam. Sedikit pun tak terjejas walaupun bunyi tangisan si kecil ini kian menggila. Dah jam 10.45 malam. Lagi setengah jam nak sampai Hamad International Airport, airport yang paling ai rindu.

Dari belakang, saya mengusha pasangan suami isteri Chinese di hadapan. Si bapa tenang dan sabar membantu isterinya menenangkan anak. Anak diorang ni tak menangis suruh bukak lampu tau. :3 Tapi, biasalah, budak-2 usia 3 tahun macam ni boleh meragam bila-2 masa.

Tersentuh dengan cara dan kesabaran suami isteri ini mendiamkan si kecil yang tak tahu bahawa tangisannya yang merdu itu sedikit menggoncang ketenteraman passengers yang lain.

Terfikir dalam hati, bukan senang nak hadapi situasi sebegini.
Bila anak meragam di tempat public, itu satu cabaran besar untuk dihadapi.
Perlu bijak ; menenangkan anak tanpa emosi dan perlu cekap ; agar penumpang sekeliling tak rasa mak ayah tak pandai jaga anak. Dilema

Banyak kali melihat situasi sebegini. Uruskan anak yang seusia rebung ini pasti sulit sekali.

Tapi, kagumnya , mak ayah tak pernah give up.
Mereka tenang dan sabar, tak marah-marah. Biarpun kadang terpaksa tebal muka dengan kerenah si anak yang tak mengerti apa-2, tetap layanan mereka high class untuk si anak.

Kagum.

Betapa mak ayah kita dahulunya begitu tabah membesarkan kita yang pastinya penuh ragam dan nakal.

Betapa banyak pengorbanan yang terus dilaburkan kepada anak-anak demi melihat keperluan mereka sempurna.

Betapa menggunung kaseh dan chenta yang tak ada sempadan untuk si anak walau seburuk apa pun anak mereka .

Itulah kehebatan chenta.
Hebat lagi Ar-Rahim, pencipta rasa chenta itu.

Wahai anak, hargai mereka saat kamu sudah dewasa.
Usah hancurkan perasaan mereka tatkala kamu bebal dan marah dengan apa jua keputusan mereka.
Jangan sesekali abaikan mereka saat kamu sudah berjaya.
Bertolak-ansur dan santunilah mereka biarpun kamu terpaksa berkorban rasa.

Ingat jasa mereka pada kamu tika kamu masih keanak-anakan dahulu kala.
Tidak ada satu khazanah berharga pon di donia ini yang mampu ditukar ganti dengan pengorbanan mereka membeli satu lampin pakai buang untuk kamu.

Haa.
Tak kira lagi yang lain-2.

Hargai mak ayah anda setiap hari.
Agar kamu tak meratap dan menangis penyesalan saat jasad mereka sudah tiada lagi. Sob.


Qasrus Syuhada
08062016
Doha,Qatar

GembiraKan HidopMu

Masa berlalu lajuuuuuu sekali.
Tit Tit Tit. Jarum jam berdetik.
Zass Zass Zass kalendar di pangkah.

Naaah. Hari ini sudah 7 haribulan!
Hari terakhir nak menghadap imtihan.

Satu jam lagi bakal masuk dewan.
Seploh jam lagi bakal terbang merentas awan.
Nak ke mana tu?

Malaysia ! 😂

Baru tadi rasa stress dan tertekan.
Exam dah hampir tapi tak sempat mengulang.
Tempat exam pula dah lama tak jejak kaki. Hampir setahun , maka ingat-2 lupa kat mana lokasi.
Pergi exam sendiri sebab ramai dah kengkawan yang menapak balik dulu Malaysia tinggalkan minoriti yang masih perlu habeskan imtihan.
Kawan pula minta bantu hantarkan barang di tempat yang jauh dari tempat exam. Mudah saja, cuma hantar. Tapi hati tetap rasa berat. Serabut.

Macam hilang punca.

Tapi, tetiba dibisik satu suara.

Tips untuk tenang -- Gembira.

Cuba gembira walau hati menafikannya.
Cuba gembira walau jiwa tengah kacau bilau bagai nenek kucing baru kehilangan cucunya.
Cuba untuk gembira, maka ketenangan akan menyapa.

Tarik nafas laju laju.
Qas, jum gembira!

Gembira nak exam.
Gembira nak cari tempat peperiksaan.
Gembira nak hantar barang.
Gembira jalan sendiri-sendiri melilau dalam universiti.

Dan . .
Berkesan !
Dah rasa sedikit tenang.
Keserabutan dah lari yang tinggal hanyalah senyuman di wajah yang kian berseri. Berseri sebab beberapa detik lagi bakal merdeka. 😂😂

Serius.

Dalam hidup ini, sentiasa positif. Biar kena hempap apa pun jenis ujian, terus senyum dan positifkan minda. Maka, everything akan jadi smooth dan mudah.

Paling penting, tolong jangan lupa ini : ( رب يسر ولا تعسر )

😊

*Muhun doakan saya ; Moga dapat berperang dengan penuh skill dan bergaya di dewan peperiksaan dan dapat sampai ke Malaysia dengan bahagia.


Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Qasrus Syuhada
7062016
Irbid, Jordan

Sehari SebeLom Exam


" Qas, bittaufiq untuk lagi 2 papers. Go go goooo ! "

Ternganga saya dibuatnya. Dia bercakap sambil buat gaya kungfu panda . Dahsyat.

Tak pernah tengok dia begitu bersemangat. Selalu nampak malu-2 arnab saja dia. Aneh.

" Eh. Lagi 3 papers la awak . . " Saya membetulkan.

" Oh ya? Gooo! Lagi 3 papers. Awak boleh! "

Huh? Aneh dia ni.

" Erk, awak balek Malaysia bila ? "

" Hari ni. Malam nanti pergi airport. " Senyuman paling indah bak ratu semut baru jumpa calon suami dilemparkan kepada saya.

Waaa! Patutlah bahagia semacam!
Sememangnya pelajar Dentist dah tamat berjihad di medan peperiksaan lebih awal dari pelajar Medik. Maka, berhip hip horrey mereka counting down untuk pulang ke Malaysia dan menikmati momen-2 iftor dan sahur bersama famili terchenta.

Saya ? Masih bergelut dengan imtihan yang masih mengasak kepala. Hari ini dua papers ; management dan ethics.

Esok, satu paper Final. Dan ... Lepas tu? Habes !
Malaysia, Mu tunggu aku datang.

Hari ini juga hari pertama berpuasa di Jordan . Tatkala ahli bayt rumah sendiri sudah lesap belaka , mujur ada teman yang sudi tumpangkan rumah. Kalau tidak... terpaksalah hari ni sahur makan hati dan iftor dengan air mata .

Esok lusa bakal menyaksikan pemergian teman-2 yang bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan umrah. Untung sangat! Berpuasa di sana tentunya memberi manifestasi syukur dan rasa yang luar biasa indah.

Didoakan semoga puasa kita kali ini lebih baik dari sebelumnya. Garap Ramadhan kita lebih cantik dari tahun-2 lepas.

Bukan semua orang Allah beri kesempatan untuk menjadi tetamu Ramadhan. Ada orang yang meninggal padahal sehari saja lagi Ramadhan mahu sampai.

Maka, anda yang masih hidup.
Allah telah peluang mengutip pahala buat bekal di akhirat sana. Dia juga dah kurniakan kudrat untuk anda berjuang menahan diri dari makan dan minum serta melatih diri untuk menjadi orang yang bertaqwa. Dodabes okay. 30 hari kursus tarbiyah kita dah bermula. Semoga sukses sehingga ke akhirnya.


By the way, doa orang berpuasa ni lain macam sikit kualitinya. Maka, muhunlah jasa baik kalian semua untuk mendoakan kesejahteraan perut saya dan juga akal fikiran saya yang bakal berentap sebentar lagi di dewan peperiksaan.

Saya ada sekaki payung saja ni untuk dibuat senjata. Bazooka dan M16 takde. Semoga saya menang la dalam pertempuran ini. 🌂


May Allah ease . Salam Ramadhan Al-Mubarak. :)

Qasrus Syuhada
06062016
Irbid, Jordan

Kawan VS Teman

Berjalan pulang selepas baru berjihad di medan peperiksaan midterm -- Uro-Genital System (UGS) , saya singgah sebentar untuk beli air di sebuah kedai runcit.

Panas cuaca hari tu begitu menduga iman . Belum lagi masuk Ramadhan. Kalau dah masok bulan puasa, Nak kena tunggu iftor baru boleh telan bergelen-gelen air. Mujur saya bukan di Mesir kerana khabarnya negara itu lagi panas dari negara yang saya sedang pijak sekarang. Bertabahlah makhluk-2 di Mesir. Semuga kalian sabar. Di padang Mahsyar nanti lagi panas. Matahari yang besar gedabak tu cuma sejengkal dari kepala. Huntunglah panas-2 kita sekarang ni pun, matahari masih di luar bumi. Bercukurlah.

" Qas. Jum pergi saloon. Nak basuh kepala la. Penangan exam tadi buat otak bergoyang-goyang. Cuaca pulak panas. Habes neuron menggelegak macam mee spaghetti kena rebus. "

Haha. " Jum! Saya on saja. Tapi, kita habeskan dulu ayaq ni, okay? "

Minum.

Fuh. Leganya macam orang sembelit baru balek tandas. Erk.

Nikmat Tuhan. Kenyang, sihat, gembira, tenang -- semuanya juga nikmat dari Dia. Alhamdulillah.

Tetiba, si dia di sebelah bersuara, " Qas , salah ke kalau kita memilih untuk selesa berkawan dengan orang tertentu sahaja ?

Erm, maksud saya. Kita kawan saja dengan semua orang tapi ada certain-2 orang sahaja yang kita betul-2 boleh perform diri kita dalam keadaan diri kita yang sebenar. Takde kaver apa-2. Macam kita dengan mak kita. Kita behave dengan dia sebagaimana diri kita yang sebenar . "

Minum lagi.

Oh. Menarik soklan ini.

Pandang dia. Senyum. " Bagi saya, tak salah. Kita boleh kawan dengan semua orang , tapi tak semua orang kita boleh jadikan dia teman. Kawan dan teman ; itu ada beda . "

Berkelip-kelip matanya mendengar.

Sambung, " Awak tahu, semua perkara ni berkaitan hati. Dan apa sahaja yang berkaitan hati, ia di luar kawalan kita. Rasulullah SAW sendiri kita tahu baginda berpoligami. Demi Allah, kita mengetahui yang baginda memang tak pernah bias dalam mencukupkan keperluan isteri-isterinya dan memberi layanan yang sama rata saja pada mereka. Cuma, bila ditanya siapa isteri yang paling baginda sayang, pastinya jawapan yang akan diberi -- Saidatina Khadijah ; isteri pertama bagindalah yang paling baginda cintai.

Adakah ini bermakna Rasulullah SAW tidak adil apabila kecintaan baginda pada Saidatina Khadijah adalah lebih up sikit daripada isteri-2 baginda yang lain ?

Tentulah tidak!

Salahkah baginda kerana lebih cenderung pada seseorang lebih dari yang lain.

Tidak. Manusia itu miliki hati dan hati itu taboleh dipaksa.

Seketul hati itu memang diluar kawalan kita. Kita tak boleh paksa hati untuk menerima orang yang tidak kita terima dan kita jugak tak boleh paksa diri untuk menolak orang yang kita sayang . . "

Dia pula tersenyum. " Betul! Saya pernah dengar benda ni. "

" Asal sahaja kita tak abaikan hak-2 ukhuwah dengan kawan-2 yang lain, itu sudah cukup baik .. "

Dia mengangguk.


***

Orang introvert, temannya cuma sedikit. Bukan sebab dia memilih orang untuk dijadikan sahabat, tapi jiwanya itu hanya boleh masuk pada sebahagian orang.

Adakah dia tidak berkawan dengan orang lain?

Tak. Dia boleh bergaul dengan orang lain. Kawannya ramai. Tapi, temannya sahaja yang sedikit. Hanya orang yang terpilih yang boleh jadi temannya ; yang boleh membuka ruang selesa untuk dirinya meluah rasa dan berkongsi apa-2 cerita.

Saya introvert. :)

Qasrus Syuhada
05062016
Irbid, Jordan

Kahwin VS Quran

*Serius post Panjang. Sediakan tisu untuk lap peluh.

" Qas, bila kau nak kahwin? "

Gelak. Gelak kuat-2. Kalau boleh berguling, nak je berguling-guling atas bumi sambil gelak tepuk-2 lantai. Tapi, nasib masa tu atas jalan raya. Berguling atas jalan sambil gelak keluar air mata bakal memberi risiko yang tinggi untuk saya dicekup oleh orang awam untuk dibawa ke hospital psychiatric. Elak.

" Saya tak fikir lagi la. Baru tahun satu. Quran pun baru nak start hafal, bila nak habis pun , entahlah . "

Dia diam dengan respon saya yang masih dalam gelak tawa bersisa. Kelakar sunggoh!

Giliran saya pula bertanya, " Kau tak nak try ke hafal Quran ? "

Diam. Diam yang panjang. Kemudian baru dia buka mulut untuk menjawab soalan saya, " Aku tak bolehlah hafal quran. Susah. Aku tak hebat macam kau. Kau tak apalah mungkin dah pernah menghafal sebelum ni. "

Giliran saya pula terdiam.

Jauh sudut hati mahu saya khabarkan padanya, ' Aku juga masih mencuba. Beginner. Mentah. Peneroka. Lambat. Aku juga masih bawah, teman.. ' 🙁

Saya mula start menghafal masa KAFA. Itupun surah-2 simple lagi easy dari juzu' 30. Masuk ke Sekolah Menengah, hafal surah panjang-2 sikit sebab kena belajar subjek Quran Tajwid dan hafal juga potongan ayat dari surah panjang yang wujud dalam Al-Quran masa belajar subjek Tafsir.

Untuk menghafal Al-Quran dengan tujuan mahu jadi Hafizah? Belum pernah serius. Selepas lulus interview untuk menjadi penuntut di sebuah Tahfiz di Jordan baru saya mula panaskan usaha untuk menjadi penghafal Al-Quran yang serius.

" Kau tak nak cuba ke? Aku pun sebenarnya baru mula. Beginner. "

Dia ketawa kecil. " Tak apa lah. AKU TAK LAYAK. "

Sampai di satu round board , kami masing-2 membawa haluan sendiri. Dia pulang ke rumahnya dan saya menapak cari jalan pulang ke rumah sendiri. Berpisah.

Namun, kata-2 sahabat saya itu tidak berpisah dari ingatan saya.

AKU TAK LAYAK.

AKU TAK LAYAK.

AKU TAK LAYAK.

Kau tak layak?
Kau ingat aku layak sangat ke?

Kesat air mata.

Saya pernah gagal dalam interview untuk masuk Darul Quran sehingga semangat dan tekad saya untuk menghafaz Quran menjadi kaku dan suam-2 kuku. Lemah.

Namun, Allah tidak biarkan saya terus-terusan patah semangat dah putus asa. Ditakdirkan ketika Minggu Taaruf Siswa, seorang kakak lepasan DQ mencadangkan saya untuk masuk ke sebuah Tahfiz kelolaan pelajar melayu di Irbid, Jordan. Saya tak yakin dan masih ragu-2 tambah memori gagal interview masih terpahat dalam ingatan. Tragis. Dahla bergaduh dengan panel. Aish.

Berbelah-bahagi.

Tapi, demi meraikan dia yang bersungguh-sungguh mahu saya teruskan niat untuk menghafaz Al-Quran , maka saya isi spreadsheet yang dibuka untuk pelajar-2 baru dari Universiti Yarmouk dan JUST yang berminat mahu menjadi pelajar Tahfiz separuh masa.

Perancangan Allah selalu tak tercapai dek akal. Dalam berpuluh-puluh calon yang saya kira lagi layak dan kuat ingatan dari saya, Allah telah luluskan saya dalam temuduga kali ini. Berkat doa ibu juga mungkin. Walaupun saya tak mampu habiskan ujian hafalan, tapi pihak Tahfiz tetap beri peluang untuk saya menjadi pelajar mereka untuk generasi Tahfiz yang ke 9. Group saya - Gen-9 Akhowat. Saya tambah bersemangat untuk menghafaz apabila ada Kakak Pembimbing yang akan mendengar hafalan saya di samping teman-2 satu group yang turut ada keinginan yang tinggi mahu menghafaz. Lagi membahagiakan jiwa raga baldi penyepit baju dan tong gas, teman baik saya dari sekolah menengah pun turut bersama saya membina kenangan sebagai penghafaz Quran di bumi Syam ini. Teruja lagi tapecaya.

Saya bertambah confidence dan percaya bahawa saya boleh meskipun saya belajar Medik dan ada komitmen dengan jawatan penting dalam batch dan persatuan. Ditambah dengan bisnes yang saya jalankan untuk bantu dan sepot kakak yang sedang belajar di Mesir, masa saya kian terhad. Tapi, tak apa. Saya tetap berani mencuba. Sebab, saya telah jumpa dan melihat satu sosok insan hebat di bumi Syam ini ; seorang kakak Dentist yang juga baru mula menghafal di Jordan ketika Tahun 1 dan dia berjaya khatam 30 juz Al-Quran ketika di awal Tahun 3 - dalam keadaan sedang memegang jawatan Tertinggi dalam Persatuan Zon. Terinspirasi!

Join group menghafaz Quran, tak semestinya kau akan terus laju cemerlang menghafal dengan bergaya tanpa ada ujian melanda.

Saya juga diuji. Tambah kita baru nak bertapak dari garisan pemula. Memanglah mencabar. Perjalanan ini sumpah panjang. Dah la takde R&R, once dah start , kau kena kuat untuk teruskan. Ujian tu banyak la.

Ujian baru nak adapt dengan posisi sebagai orang yang menghafaz Quran dalam masa yang sama perlu bawa pelajaran yang kritikal berat.
Ujian bila kita paling lambat nak cari cara sesuai untuk menghafaz dan mengulang.
Ujian bila diamuk kesibukan yang membuat kita tersungkur dari disiplin kepada Al-Quran.
Ujian jealous bila teman kita lagi laju hafalan dan lagi banyak menghantar hafazan kepada pembimbing.
Dan ujian lagi maha dahsyat yang bikin jantung kadang kala cedera adalah apabila kita LUPA apa yang dihafal.

Memang, menghafaz itu tidak mudah. Kalam Allah yang mulia itu, kalau kita nak menjadi 'penjaga'nya bukan la mudah. Sangat tak mudah. Sebab itu, kena ada kekuatan, disiplin dan istiqomah. Paling penting, dekat dengan Allah. Jauh dari maksiat , lekang dari dosa.

Pohon selalu kekuatan dari petunjuk dari Allah, maka Dia pasti bantu memudahkan hafalan dan gigihkan semangat. Yang susah akan jadi mudah bila Allah bantu. Senyum.

Yang penting lagi, berani CUBA dan MULA dari sekarang. Biar sikit, biar lambat, kau kena ingat. Benda yang sikit, tapi kalau kau konsisten buat, ia akan mencambahkan perbezaan. Tapi, kalau kau BACUL, PENGECUT dan awal-2 lagi nak jadi SURRENDER, selamanya kau tak akan dapat. Langkah bendul halangan di hadapan, kau akan nampak dunia baru yang lebih luar biasa.

Saya masih belum kamil hafazan Al-Quran. Masih merangkak dalam percubaan. Tatkala jatuh, cuba kumpul semangat untuk bangkit kembali kerana cita-2 saya mahu jadi ' Encyclopedia Al-Quran ' . Nyata tidak mudah tambah bila terlalu sibuk dengan pelajaran dan persatuan, tapi percayalah manisnya di penghujung pasti kekal selamanya. Ini pengorbanan yang mahu dipersembahkan untuk Allah pabila bertemu denganNya buat pertama kali nanti. Haruslah tetap terus walau kadang jatuh ke bawah.

Saya mencuba biarpun lambat. Sekarang dah tahun 3. Tetap ada hasilnya biarpun sedikit. Cuba kalau saya juga cakap 'AKU TAK LAYAK' dan tidak bermula ketika di Tahun 1? Pastinya pengalaman selama 3 tahun bersama Al-Quran ini tak mampu dipahat rapi dalam memori. Sedih!


Tips sedikit sahaja dari saya untuk sesiapa yang mahu bermula mendampingi Quran walau tak ada sesiapa yang membimbing.

Satu. Tahu kenapa SAYA nak kuasai Quran. Cari sendiri dan senaraikan. Kelebihan di dunia ( kita dan orang lain ) dan di akhirat nanti.

Kalau saya, satu benda yang saya sangat jealous dengan para huffaz dan saya sendiri rasa menyesal tak menghafal dari awal adalah kerana dapat rasa betapa nikmat dan seronoknya bila telinga mendengar mana-2 ayat Quran dibacakan orang dan kita dah HAFAL ayat tu. SubhanaAllah, ini nikmat paling mengharukan.

Dan, anda? Cari. Kenapa mahu hafal Quran. Cari kenapa seronoknya bila dapat kuasai Al-Quran. Cari, cari dan cari. Baca atau bertanya.

Dua. Minta Kekuatan Dari Dia.

Kita ni lemah. Manusia biasa yang tak ada kudrat yang lebih. Nak harap diri hafal satu baris ayat pun susah sebenarnya kerana kita ni tak lekang dari kelupaan dan rasa mahu putus asa. Maka, mintalah dari Allah si Pencipta Kekuatan. Minta Dia tsabatkan hati, kuatkan kita dan beri kemudahan untuk mengingat ayat-2 mulia ini.

Tiga. Strategi dan Sikap.

Sangat penting! Biar ada perancangan yang jelas, kenal tahu cara paling baik yang kita boleh praktik dalam mendampingi Quran ( cara hafal, waktu hafal, cara mengulang, dengan siapa nak tasme3, siapa yang boleh jadi booster untuk kita dalam menghafal Quran ) . Bila dah jelas, dah tahu, baru semangat lagi membukit mahu ceburkan diri dalam sungai. Eh. Dalam Al-Quran . 😊

Dan Sikap paling penting. Setiap penghafal Quran itu baik dan antara yang paling baik dari kalangan mereka adalah apabila mereka disiplin dalam bermulazamah yakni mengulang dengan hafazan. Setiap pengulangan itu akan kekal jadi kena maintain. Disiplin dan juhud kena ada. Bulatkan tekad dan minta doa dari mak ayah. Paling best kalau diorang boleh selalu follow up kita dan bagi semangat.

Sekali lagi ya. Menghafal Quran tak mudah tapi sampai bila kita nak lari dari benda yang payah. Usia muda kita ni cuma sekali sahaja. Kalau tak guna masa sekarang untuk bersusah-susah sedikit demi nikmat yang besar, bila lagi kita nak mula?

Tunggu ketika ajal sudah di hadapan mata ?
Berani jumpa Tuhan dalam keadaan tak bawa apa-2 ?
Berani ?

Saya tanya sekali lagi.

Berani ?

02062016
Irbid, Jordan

Bila Guru Quran yang paling disegani yang call kita !

" Assalamualaikum, Qas. Keifahaluki? "
Suara ini! Kelembutan suara yang hanya ada pada satu-2 insan yang luar biasa yang pernah aku jumpa! Aku kenal suara ini!

Ya robb!

" Qas, enti bila imtihan ? "

" Sabtu ni baru start , akak. "

" InshaAllah, kheir. Kheir. Bittaufiq. Nti ma3a najah, inshaAllah. Qas balik Malaysia tak? "

" Balik kak. Lepas imtihan, terus fly "

" Ouh. Ana cadang nak buat kelas mutaqaddimah bulan 6 ni. Ana baru nak ajak enti join. "

" Ya Allah, akak! Sayangnya. Nak join..! "

" Tak apa. Tak apa. Kheir Qas. Enti balik, enti ulang semula Kitab Munir. Mantapkan hafalan. InshaAllah, ana doakan enti dapat habiskan Mutaqaddimah dan sambung Ijazah. "

" Akak.. "

" Kheir, Qas. InshaAllah, kalau ada rezeki, lepas cuti nanti mungkin kita cuba buat kelas mutaqaddimah lagi. Kitaorg tengok dulu macamana.. "

" Akak, terima kasih masih ingat saya.. "

Sungguh. Menghabiskan Kitab Tajwid itu bukan cita-2 aku. Aku lebih fokus pada hafalan Quran. Tapi, beliau terlalu kuat mendorong aku agar aku benar-2 berjaya khatam kitab ini dengan ijazah. Ijazah Al-Quran. Tinggi sekali hasratnya pada aku. Sejak aku dari tahun satu. MasyaAllah.

Dia guruku yang paling aku kagumi.
Akhlaknya dengan manusia, adabnya dengan ilmu, caranya menyantuni pelajar dan guru...
Kalian akan ternganga tidak percaya pabila mengenal sosok insan yang membesar di Singapura ini.

Doanya pada anak murid kecil seperti saya agar menjunjung ilmu Al-Quran setinggi bintang di angkasa, pastinya bikin hati ini melonjak gembira.


Terima kasih guruku yang mulia! Semoga kasih Allah bersamamu!

01062016
Irbid, Jordan