Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Kanak-Kanak Ribena >

Persatuan Atau Pelajaran??

Ktak! Ktak! *Sedang menaip*

"Huh? Khusyuknya Horlickiyah ni mengadap laptop. Dari pagi sampai petang non-stop. Orang kerja pejabat pun ada brake. Hmm. Tengah baca lekcenot kut. Bagus betul ! Nak tegurlah."

Nescafeyah menghampiri temannya itu. *Tepuk bahu dengan kadar kelajuan 20km/h*
" Waaa. bagusnya kau. Study eh? Good Good. Ganbatte ! "

" Erk. Tak ada lah. Tengah buat kerja persatuan ni. Sambil-2 tu main DOTA kejap. "

Apa?? Mati-2 aku ingat kau tengah study. CESS !
*Cekik*

"AAA! Apa salah aku, woi?" Nafas Horlickiyah tersekat-sekat bagai lembu baru kena sembelih sempena kenduri kahwin anak Mak Cik Qorurah.

"Kau nak tahu satu cerita tak? Dulu, ada seorang perempuan, dia macam kau la. Ada jawatan dalam persatuan. Selalu cakap persatuan itu penting, kena utamakan, bersungguh-sungguh buat kerja, disiplin. Tetapi, sayangnya dia selalu abaikan masa study dia, tak bersungguh-sungguh pun belajar atau murojaah. Dia lagi pentingkan persatuan tanpa peduli dengan pelajaran yang semakin merudum. Siapalah yang mahu respect dengan dia ? Orang lagi hilang tsiqah kepadanya. It's okay kalau dia memang study tapi pelajaran masih belum stabil. Yang jadi masalah apabila pelajaran dikesampingkan terus. Kita keluar meredah atmosfera bumi, melangkah lautan berjuta-juta inci dari negara sendiri adalah untuk belajar kan?"

Nescafeyah menarik nafas sebentar. Sempat dia lompat bintang dua tiga kali sebelum menyambung sesi 'membasuh' temannya itu.

"Pointnya ialah hebat setara manapun kita sebagai seorang pemimpin tapi kalau kita mengtong sampahkan amanah sebagai seorang pelajar, semuanya bakal hancuss ! Pemimpin yang sepatutnya menjadi role model atau qudwah, menjadi penyatu yang membawa keamanan dalam komuniti bagai ultraman menyelamatkan bumi daripada raksasa pemusnah, menjadi tempat ahli meluah rasa,mencari suntikan taujihad dan motivasi ketika mereka hampir jatuh dan lemah bakal sebaliknya dipandang serong oleh ahli sendiri."

Diam. Nescafeyah memandang Horlickiyah. " Kau mahu ke suatu hari nanti benda yang sama berlaku pada kau??! "

Mata berkaca-kaca. Pandangan Horlickiyah jatuh ke bumi. Kelihatan beberapa ekor semut sedang berhoi-hoi ya hoi bekerjasama mengangkat bangkai seekor nyamuk gergasi di lantai. Setitik air mata keinsafan dari tubir mata Horlickiyah tumpah menghentam gerombolan makhluk Tuhan itu bagaikan tahi bintang menyentuh permukaan bumi. Berselera puak-2 semut itu, malang sekali.

Laptop ditutup. "Baiklah, aku nak pi study dulu. Terima kasih Peah. "

Alhamdulillah, segaris senyuman terukir di wajah Nescafeyah. Akhirnya !

Bahagia dia dengan sikap Horlickiyah yang sedia menerima teguran. Setiap teguran dan kritikan yang konstruktif tidak pernah dipandang sepi olehnya. Inilah pemimpin yang kita mahu!

=)

Mahu jadi pemimpin atau mendapatkan jawatan dalam apa-apa posisi itu semudah ABC, tetapi untuk menjaga imej dan tsiqah sebagai seorang pemimpin itu adalah seperti quadratic algebra. Payah oi!

Orang mungkin boleh mengangkat nama kita sebagai pemimpin, memberi kita peluang untuk berbakti dalam mana-mana ruang kepimpinan tetapi apabila kita melakukan satu kesalahan, semua jasa, khidmat bakti dan penat-lelah kita selama ini bakal kabur di mata ahli. Seolah-olah mereka on the spot terkena Acute Angle-closure Glaucoma! Wahai.


Buat semua pimpinan dari sekecil-kecil posisi seperti Ketua Kebersihan Tandas Rumah sehinggalah ke pucuk pimpinan yang tertinggi, anda pelajar dan dalam masa yang sama anda ada amanah lain yang tergalas di pundak. Tak perlu nak perform sampai bergelar pemegang CGPA 4 rata setiap sem ( kalau dapat, itu pencapaian yang membanggakan ! *Tepuk sikit* ), cukuplah anda bijak dalam menjaga dan menguruskan amanah sebagai seorang pelajar juga sebagai pimpinan ( terutama bagi orang yang berjawatan keliling perut tu, lagi la kena waspada ) Bijak seimbangkan waktu, uruskan hidup dengan baik. Semoga Allah merahmati kalian atas kesanggupan merentang percuma jasa, masa dan tenaga untuk komuniti .

Jangan kerana kita, orang yang berpersatuan dipandang rendah.
Lagi penting, jangan kerana kita, Islam menjadi fitnah di mata dunia. NauzubiLlahu min zalik !

May Allah bless us .

10042016
Irbid, Jordan

Hadiah Itu Dibuatnya Lapik Tong Gas...

Sahabat , cuba awak bayangkan ...

Awak belikan sepasang blouse yang cukup menawan dipandang manusia,

Warna yang lembut ,

Fabrik yang bermutu tinggi ,

Harga yang cukup untuk mengempiskan body dompet tanpa perlu berdiet lebih di mana-mana mall lain ,

Dan awak bungkus cantik blouse itu dan letak dalam beg kecil dan comel yang juga sangat mahal harganya .

Awak bersusah-payah drive sorang diri sebab nak pergi ke rumah seseorang yang jaraknya lebih 2 marhalah. Siap kena saman dengan polis trafik sebab anda lupa nak bawa lesen kereta kerana terlalu teruja nak bagi hadiah istimewa ini kepada beliau .

Apabila sampai di rumahnya , awak dapati beliau takde kat rumah. Hmm. Awak tak kisah pun walau jari awak dah membiru tekan loceng dan dial nombornya berkali-kali. Last-2 awak pun letak je beg comel tu kat pintu rumahnya dengan sticky note warna pink yang tertulis ,

' Awak, special gift ni untuk awak tau. Jaga baik-baik. Saya sayang awak dan saya harap awak manfaatkan gift ni sebaiknya ... '

Sebulan selepas itu , awak terasa nak ziarah teman awak yang sorang ni .

Jadi , awak pun drive lagi sekali . Kali ni awak dah bawa lesen kereta sebab awak takut pisang berbuah dua kali di atas lebuh raya yang serupa walau bukan pada waktu yang sama .

Tapi , sadisnya awak kena jugak saman sekali lagi sebab awak pandu lebih dari had laju yang sepatutnya. Dah tu, sebab excited punya pasal , awak juga main potong je kereta lain guna jalan belah kiri .

Adoyy. Mana boleh lagutu..
Awak hanya mampu tepuk dahi dan ketawa . Takpe. Yang penting , aku boleh sampai rumahnya dengan selamat .

Apabila sampai , dia jemput awak masuk dan dia minta awak tunggu kat living room . Dia nak buat air kat awak sebab dia kesian awak susah drive jauh-2 semata-mata nak ziarah dia .

Awak cakap , ' he he . Jom la . Aku tolong kau buat air jugak . ' Lalu awak pergi ke dapur dan . . .

Terbuntang luas mata awak bila awak tengok ,

Blouse yang awak pernah kasi pada teman awak tu , dia buat alas atau kain lapik tong gas dapur dia yang ada logo Petronas tu .

Awak marah. Marah sangat . Tak tertahan rasanya . Angin terasa naik ke kepala macam asap yang keluar dari paip curut milik Popeye The Sailor Man tut tut itu

Hina sangat ke pemberian yang aku bagi sampai dia sanggup buat macam tu ? Fikir awak.

Aku beli pakai duit poket aku sendiri kut lepas jimat banyak sebab puasa Isnin Khamis selama 2 tahun . Huh.

Awak tak nak cakap banyak . Awak ambil handbag awak dah awak cabut keluar dari rumah tu .

Malas dah nak fikir .
Tak Nak Dah bagi apa-2 kat spesies manusia tak tahu bersyukur ni .

Awak tak menyesal pon dah TERbagi hadiah pada dia cuma lepas ni awak akan fikir sembilan puloh sembilan kali atau buat solat istikharah 40 malam berturut-turut kalau terasa nak bagi hadiah lagi pada dia .

* * *

Sahabat , see?
Kita , manusia pon akan rasa menyampah dengan orang yang tak tahu berterima kasih .

Bagaimana la Allah , Tuhan yang Terlalu Baik pada kita tu ya ??

Dia bagi kita tubuh badan yang lengkap pancaindera.

Dia bagi kita kurniaan akal yang mampu berfikir dengan cerdas.

Dia bagi kita fitrah yang mencintai kebaikan dan membenci kejahatan.

Dia kurniakan kita masa yang sangat banyak dan umur yang lebih dari 24 jam lamanya

Dengan harapan ...

Kita akan menjadi Hamba Yang Bersyukur , Yang Akan Taat sebagai HAMBA Kepada-Nya sebagaimana hamba yang selayaknya bertindak kepada seorang Tuan.

Dengan harapan ...

Kita akan cuba gunakan segala nikmat yang Dia bagi untuk manfaatkan usia pendek di dunia ini untuk menyuburkan amal yang bakal dipersembahkan kepada-Nya kelak.

Dengan harapan ...

Kita akan jaga diri kita dan saudara-saudara kita dari dilipat hawa nafsu dan dikafan oleh bisikan iblis yang sentiasa ada je idea nak sesatkan makhluk Tuhan yang bernama maknusia.

Tapi , ramai antara kita yang bertindak sebaliknya .

Kita pung pang pung pang orang kat komen facebook bila ada post viral dari beliau lagaknya bagai kita tahu semua , paling perfect dalam donia.
Tapi , solat 5 waktu kita masih skip skip. Aurat pergelangan tangan dan kaki kita buat bodo. Mata kita tak kesah untuk menatap gambar-gambar ajnabi di Facebook , Insta dan Twitter . Tak cukop dengan itu, kita stalk lagi manusia so-called hensem untuk puaskan nafsu sendiri.

Kita tak guna masa dengan sebaiknya. Peratusan masa ...

untuk solat sunat,
untuk bertafakur dan bermuhasabah,
untuk duduk dalam majlis ilmu atau menadah telinga dengar ceramah di Tube Anda (YouTube) ,
untuk menatap-membaca-mendengar-mentadabbur ayat-ayat sakti Al-Quranul Karim yang turun dari langit spesel untuk kita ,
untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan sahabat-sahabat ,
untuk membaca buku-buku ilmiah yang memenuhi keperluan intelektual dan menaikkan iman

ADALAH LEBIH SEDIKIT berbanding Peratusan masa kita ...

untuk duduk atas sofa menatap penuh minat screen empat segi tepat telefon bimbit,
untuk baring atas katil sambil mata tengok laptop layan runningman atau berjuta movie yang tersimpan dalam hard disc,
untuk berdiri tepi tingkat sambil conteng-conteng tingkap dengan tulisan kosong tah hape hape masa berchit-chat dengan lelaki bukan mahram yang tidak halal lagi tidak tahu dia cukop solat lima waktu ke tak,
untuk stay up tak tidur bermalam-malam semata-mata nak khatam novel chenta yang baru dibeli di kedai Popular berdekatan rumah nenek angkat sebelah ayah saudara cousin kita.
untuk meronda pasaraya buang masa cuci mata dan tonton wayang cerita pelik-pelik hingga tak tahu bila siang bila malam bila kiamat.

Lalu , apa kita fikir Tuhan suka dengan tindak-tanduk kita selama ini ?
Dia beri segala-gala kepada kita ( biarpun belum lengkap semua tapi cukup la nak survive sebagai seorang manusia di muka bumi Allah Taala ini ) , Tapi kita hanya mengtongsampahkan kurniaan ini dengan buat benda yang begitu merugikan diri sendiri. Rugi di dunia. Rugi di akhirat.

Sahabat, jom kita refleksi ?
Kita dah dengar ramai yang meninggal dunia sedang umurnya masih sebaya kita.
Kita dah dengar ramai yang ditimpa sakit tak sembuh-sembuh hingga tak mampu hidup macam manusia biasa sedang umurnya masih muda , belum sampai 20-an.

Apakah kita mahu tunggu Allah direct tegur dan beri kesedaran kepada kita tika Malaikat Izrael telah muncul di depan mata dan makhluk Allah bernama Kematian telah siap sedia menjalankan tugasnya ??

Jadilah hamba Allah yang tahu bersyukur .
Rancang masa seharian dengan baik dan teliti . Peruntukkan portion masa yang betul - bila nak solat , berQuran , bermedia sosial , ziarah teman , call mak ayah , majlis ilmu , usrah dll . Jangan main hentam saja hidop kat dunia ni , guna masa ikut suka.

Gunakan la apa yang Allah beri dengan baik . Jadi Muslim yang Bijak. Aim mahu jadi Ulul Albab. Target nak jadi manusia solehah yang disayangi Allah.

Biar ruang hidup kita yang begitu singkat di dunia tidak berlalu dengan sia-sia.
Jangan sedihkan diri di hari tua pabila hari mudamu hari ini tidak kau guna untuk membuat amal soleh sebanyak-banyaknya .

Redha Allah matlamat kita , tujuan kita .
Bukan dunia . Bukan wang . Bukan Kecantikan . Bukan pangkat yang besar . Bukan anak suami . Bukan set pinggan mangkuk yang mahal dan pakaian warna-warni yang dibanggakan .

Sebab itu, kain kafan tak ada poket . Peringatan pada kita , mati nanti kita zero ; tak bawak apa-apa.

Semoga Mak Cik Hidayah dan Pak Cik Taufiq memeluk hati anda dan menjadi asbab untuk anda mula lakukan perubahan penting untuk diri sendiri . Segalanya atas kehendak Allah jua .

29062016
Kulim,Kedah

1st Birthday With Family Since Ai Di Obersi

Recall memorable event from past two hours..

Jam 12.02 am Waktu Malaysia .

Telinga terdengar lagu birthday macam yang selalu terdengar di Gourmet . Eh? Di Jordan kah aku ?


Tak. Tak. Masih kat Malaysia.

Blur. Bakpe tengah-2 malam pasang lagu ni ? Nak kejut sahur ? Awal lagi.
Nak ajak tahajjud ? Baik pasang lagu Selimut Putih. Insaf sikit.

Berat nanang.
Paksa buka mata luas-2.

Suddenly, ibu bought me a special gift.
Tarik tangan ke living room.
Kakak showed us a birthday video. Dia buat sendiri kut. Gagah.
Abah recite doa selamat.
Berlangsungla upacara telan kek secara berjemaah di tengah-2 malam buta.

πŸ˜‚

Unforgettable tazkirah 1 minit from ibu ,

" Masa semakin berlalu. Hmpa makin meningkat usia dan ibu abah semakin tua. Apa-2 pun yang terjadi, duduk baik-2 adik-beradik , jangan bergaduh. " Sobs.

😒

Thanks Allah for this memorable moment in my life . First birthday celebration with family after 4 years sejak study di INTEC. First opportunity untuk raya dengan family members yang cukup sejak 5 tahun asyik beraya tak cukup korum.

Duhai..

Indeed, if you look at what you have in life, you'll always have more. If you look at what you don't have in life , you'll never have enough.

Countless blessing Allah gives us without asking. Let's take a moment to say Alhamdulillah for everything that we have. :)

Allah is the best planner at all. Have faith!
May Allah gives me strength to upgrade the quality and quantity of preparation for hereafter. Insya-Allah.

Thanks for your du'as. :) May Allah bless

27062016
Kulim,Kedah

Kakak Mujahadah Bersama Adiknya , Istiqomah



*Serius panjang. Sediakan tisu untuk lap peluh.

Nafsu Nafsu Nafsu .
Perlu ke kita perangi dan hapuskan Nafsu ??
Adakah semua nafsu itu busuk dan jahat ??

:)

Tidak. Kita tak perlu hapuskan nafsu ,cuma perlu kawal. Kerna nafsu itu perlu dan penting untuk manusia

Tanpa nafsu , ibu anda di rumah pasti tak excited pon nak siapkan juadah berbuka puasa bila anda yang belajar jauh melangkaui laut ( oversea ) pulang ke Malaysia .

Tanpa nafsu , pasti ayah anda tak selera pon nak mesin rumput di halaman rumah anda walau rumput , lalang , pokok kurma , pokok balak , rumpai laut , rumpai longkang dah berselerak tumbuh dengan begitu subur hingga dah bikin rumah anda kelihatan macam hutan belantara .

Tanpa nafsu , tentu anda sendiri malas nak bukak buku sebab tak rasa kejayaan dalam akademik itu perlu untuk ceriakan mak ayah anda dengan result anda yang gempak dan boOm ketika sudah grad nanti .

Hah? Nampak ?

Nafsu penting tak ?

Pentiiiiing. Kalau manusia tak bernafsu , punahlah . Hancurlah. Dukalah donia ni.

Cuma, manusia selalu tersalah . Manusia sepatutnya menjadi TUAN kepada nafsu tapi pada kebanyakkan waktu , manusia sering menjadikan nafsu sebagai TUHAN. Duhai. Ini fakta yang benar-benar sadis di galaksi bima sakti !

Maka, apekah yang bakal berlaku ?

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan penutup atas penglihatannya? 

[al-Jatsiyah, 45:23]

Koyak.

Allahu.

Tahu tak ? Andai kita mahu mengawal nafsu dan bijak menambah amal soleh, maka kita pasti lebih baik daripada malaikat biarpun malaikat itu terkenal sebagai makhluk Tuhan yang paling taat . Sebabnya , malaikat itu taat beribadah kerana mereka takdak nafsu ; nak makan , nak tido , nak tonton Conjuring 2 , nak basuh kayen . Hmm.

Tapi, kalau kita tewas dengan nafsu , maka sesungguhnya kita adalah lebih terokz daripada binatang . Sebabnya , haiwan dok buat loqlaq sebab mereka tak ada akal sedangkan kita ada akal , mampu berfikir dan membezakan antara yang baik dan yang buruk .

Jadi, macamana nak jadi lebih baik daripada malaikat dan menghindarkan diri jadi lebih teruk daripada binatang ?

"Dan adapon orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sungguh sorgalah tempat tinggal(nya)."

[an-Nazia't, 79:40-41] 


Jawapannya ... Menahan diri >  MUJAHADAH !

Tu kan. Jawapan dari Allah . Direct untuk kita !

Mohon terkesima 2 minit.

Nah, apa pengertian mujahadah?

Tak ada perkataan yang benar-benar memaknakan perkataan mujahadah yang sebenar-benarnya di dalam Bahasa Melayu. Betul, selalu telinga kita dengar mujahadah maksudnya BERSUNGGUH-SUNGGUH. Tapi , sebenarnya erti mujahadah itu jauh lebih signifikan daripada sekadar makna 'bersungguh-sungguh' .

Mujahadah itu beerti KESUNGGUHAN anda dengan SEGALA daya upaya dan titis-titis peloh berharga untuk mendapatkan something .

Mujahadah itu bermaksud BERKORBAN dengan SEGALA apa yang kita punya .

Mujahadah itu juga didefinasikan sebagai sanggup MENGGADAIKAN JIWA demi menggenggam sebuah keinginan atau impian.

Mujahadah bukan hanya fighting benda yang simple-apple untuk kita tinggalkan . 

Bukan jugak dengan push diri untuk buat something yang sememangnya kita dah selesa untuk membuatnya .


Bukan jugak buat something hanya pabila kita sedang senang , tubuh sedang sihat dan lemak sedang berlapis atau ketika poket sedang melimpah dengan harta donia.


Tapi, mujahadah itu adalah apabila kita fight segala kelodak jahiliyyah yang berlopak busuk di hati . Push diri menjauhi perkara yang melingkupkan jiwa dan menipiskan iman walau benda tu kita sangaaaat suka dan susah nak bercerai dengannya walaupun kena keluar masuk mahkamah. Er. Dan mujahadah itu adalah pabila kita paksa diri untuk tetap habiskan bacaan Al-Mulk walau diri dah teramat mengantuk , paksa diri untuk bantu teman yang dalam kesusahan biarpun diri kita pon terhimpit dengan kesibukan yang membeban dan paksa diri untuk bersedekah pada mak cik pegang tabung di pasar malam walaupun poket kita dah kemarau panjang lepas membeli juadah di setiap gerai .

Mujahadah itu walaupun nampak macam biasa tapi sesungguhnya ia sangat mahal pada pandangan Tuhan Yang Esa.


Payah? Memang la.
Susah? Of course la.

Tapi, Allah sentiasa ada untuk menguatkan dan memberi panduan.

"Dan orang-orang yang berjihad (bersungguh-sungguh) untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik." 

[al-Ankabut, 29:69]

Ganjarannya ?


"..Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam sorgaKu." 

[al-Fajr, 89:27-30] 

Lap air mata.

Sebab itu teman-teman . Bila sebut mujahadah , kita kena paksa diri kita walau kita tak suka . Motivasikan diri untuk tidak terus bersenang-lenang dalam zon selesa . Practise selalu untuk kebalkan diri dengan kesusahan dan ketidakselesaan.

Kerana itu, mujahadah adalah jihad yang paling hampir dengan diri kita. Mujahadah adalah jihad yang paling dekat di hati.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik." 

[al-Ankabut, 29:69]


Ya, mujahadah itu payah, namun kepayahan itulah yang menghidupkan.


Ya, mujahadanh itu susah, namun kesusahan itulah yang menyegarkan.


Ya, mujahadah itu sakit, namun kesakitan itulah yang memberi kelazatan kepada sebuah keimanan


Ya, mujahadah itu perit, namun keperitan itulah yang memberi makna kepada erti sebuah perjuangan.


Ya, mujahadah itu pahit, kerana sorga itu manis. :)



Mujahadah tidak menjanjikan istiqomah tetapi setiap yang istiqomah sesungguhnya dia sedang bermujahadah.

Istiqomah itu apa ?

Istiqomah itu bukannya konsisten melakukan sesuatu yang sudah menjadi tabiat kita. Bukan juga berterusan melaksanakan sesuatu yang amat mudah dan remeh untuk kita. Dan bukan juga berkekalan melakukan sesuatu perkara yang kita tahu statusnya adalah kacang goreng cap tangan sahaja.


Tetapi istiqomah adalah konsisten dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu amal kebaikan yang pastinya sukar untuk kita kekalkan. Istiqomah itu adalah dengan kita berterusan melawan hawa nafsu dan keinginan diri sendiri agar kita terus berkekalan dalam redha dan chenta Tuhan. Dan istiqomah itu adalah dengan kita tidak meninggalkan bacaan al-Quran kita walaupon sesibuk mana pon kita, kita tidak melupakan bacaan doa-doa maathur kita setiap pagi dan petang meskipon kita terkejar-kejar ke sana dan ke sini dan kita terus-menerus dalam biah yang solehah walaupon kita diasak dan ditekan dari pelbagai arah. Istiqamah itu besar nilainya di sisi Allah, meskipon kecil pada pandangan manusia.

Maka , bila kita perlu istiqomah ?

Satu . Orang yang ingin berhijrah daripada dunia jahiliahnya.


Dua . Orang yang ingin berubah daripada tabiat yang buruk kepada tabiat yang lebih baik, sekaligus meninggalkan tabiatnya yang buruk.

Tiga . Orang yang ingin menjadikan rutin hariannya produktif tanpa sesaat pun mensia-siakan masanya di dunia.

Bagaimana mahu istiqomah ?


󾀇 Set niat sentiasa . Cuma kerana ALLLAH. Matlamat kena jelas.

Tahu kenapa AKU kena berubah . Jangan jadikan pandangan manusia sebagai neraca amalan. Culasnya kita untuk membuat suatu anjakan paradigma yang positif bukan kerana kita tidak punya kekuatan, tetapi kerana kita lemah dengan lontaran komen dan pandangan orang . Maka perubahan altimet dan yang paling fundamental untuk kita laksanakan sebagai langkah pertama untuk berubah adalah dengan mengubah neraca amalan kita; daripada neraca pandangan manusia kepada pandangan Allah yang abadi.

󾀇 Doa dan Taubat

Untuk istiqomah , anda perlu kekuatan . Maka, berdoalah kepada Tuhan agar Dia beri anda kekuatan yang anda perlukan . Bertaubatlah sentiasa kerana ia motivasi yang positif untuk meningkatkan keyakinan anda ketika berdoa . Terasa dekat dengan Tuhan dan terinspirasi mahu lekang dari dosa yang biasa terbuat .

󾀇 Cari persekitaran yang baik ; biah solehah dan kawan yang soleh .

Masih ingat kisah seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang dan beliau mahu kembali bertaubat ? Ingat apa nasihat seorang yang 'alim dan soleh kepada lelaki tersebut ? Kata 'alim itu , Allah boleh mengampunkan dosanya dan beliau menasihatkan lelaki tersebut agar berhijrah dari tempat tinggalnya . Kenapa kena berpindah ? Untuk dapatkan suasana yang baru . Teman yang baru . Terus duduk dalam kelompok yang selalu tidak alergi dengan maksiat akan mengheret diri kita untuk menjadi serupa mereka . Sebab itu , persekitaran sangat penting . Ubah.

󾀇 Baca Sirah Rasulullah SAW dan cerita orang-orang soleh.
Takdak kisah paling legend dalam donia ini melainkan kisah yang sangat baik untuk ditatap dan diteladani iaitu kisah hidup Nabi kita dan para sahabat serta tabi3 tabi3iin . Menyelami hidup orang yang baik akan membius kapsul semangat dan motivasi untuk kita lebih cenderung mahu menjadi seperti mereka . Maka, biasakan diri dengan kisah-kisah sebegini samada melalui pembacaan atau kuliah-kuliah agama di Tube Anda atau masejid.

󾀇 Berubah sedikit-sedikit dan bersistem

If you fail to plan , you plan to fail

Buat sistem dan perancangan anda sendiri tentang target diri anda ; apa yang anda mahu ubah. Apa yang anda mahu hijrahkan itu?

Tuliskan dalam diari atas pada kertas A4 dan tampal di tempat yang anda selalu boleh lihat. Target setiap bulan , apa yang anda mahu ubah dan review semula target itu apabila anda sudah di hujung bulan.

Perubahan itu tidak semestinya besar. Perubahan itu tidak semestinya lompatan kepercayaan (Baca: Leap of faith). Cukuplah suatu perubahan minor yang positif. Cukuplah suatu perubahan yang kecil dan tampaknya seperti insignifikan, tetapi perubahan yang baik.

Asalkan berubah.

Sekiranya anda sekarang ini merokok tujuh batang rokok setiap lapan jam, mungkin anda boleh kurangkannya kepada lima batang. Itu satu perubahan yang baik.

Sekiranya anda selama ini bersolat di hujung-hujung waktu, mungkin kini anda boleh cuba pula untuk solat di tengah-tengah waktu. Itu juga satu perubahan.

Jika sekarang ini anda susah betul nak buka dan baca al-Quran, mungkin kini anda boleh mulakan dengan membaca tiga Qul atau ayat-ayat pendak dahulu. Ya, itu juga satu perubahan.

Kalau kini anda gemar pakai baju yang ketat-ketat sehingga menampakkan enam pack (untuk lelaki) atau tudung yang singkat lagi mini sehingga tiada bezanya anda dengan orang yang tidak bertudung (untuk perempuan), mungkin sudah tiba masanya untuk anda melonggarkan pakaian anda dan melabuhkan tudung anda. Ya, itu pon perubahan juga.

Pokoknya, berubah. Dan istiqomah dengan perubahan itu.

Nabi SAW bersabda:

"Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit." 

[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

󾀇 Biasakan diri memberi kebaikan .
Orang yang selalu buat baik, pantang nampak peluang buat baik dia mahu rebut , maka Allah akan tingkatkan imannya. Iman itu bertambah dengan pertambahan amal soleh. Bukan kena tunggu iman bertambah baru kita akan tergerak mahu beramal soleh. Faham molek.

󾀇 Tingkat visualisasi balasan Allah di dunia dan akhirat.
Juga salah satu sumber motivasi dan peringatan . Selalu baca tentang syurga dan neraka . Baca kisah penghuni syurga dan neraka . Hal ini dapat membangkitkan kefahaman dan kesedaran anda tentang hidop yang bagaimana yang menjadi pilihan anda selepas mati dan dibangkitkan semula kelak. Dan anda tahu bahawa pilihan itu bermula dari kehidupan anda sekarang . Jika mahu syurga , harus jadi baik . Soleh. Jika mahu neraka .. Erk. Ada ke yang mahu menginap di hotel neraka untuk semalam dua ?

Telan air liur.

󾀇 Banyakkan bersyukur dan berzikir 

Walaupun anda berjaya ubah SATU perkara yang KECIL , itu juga nikmat dari Tuhan . Bila banyak anda bersyukur, Allah akan tambah nikmat itu lagi dan lagi . Kesannya ? Kita akan lebih bersedia jiwa raga ampaian baju dan pagar besi untuk melakukan perubahan yang lebih besar dan berkualiti . Bersyukur itu dari semudah menyebut lafaz 'Alhamdulillah' apabila target perubahan yang anda sasarkan berjaya dicapai atau boleh juga sujud syukur atau solat sunat.

Teruslah mujahadah untuk istiqomah . Semoga Allah beri anda pelukan kasih sayangnya.

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Rabb kami ialah Allah" kemudian mereka istiqomah pada pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu"." 

(QS. Fushilat: 30)



24062016
Kulim, Kedah

Berkat Doa I B U

Berkat doa seorang ibu ,
Anak yang sah sah markahnya tak lulus dan tak boleh naik tahun disahkan LULUS dan BERJAYA NAIK TAHUN pengajian .

Berkat doa seorang ibu ,
Anak yang lari dari rumah pulang semula ke rumah kerana dakwaannya bahawa dia mendengar suara ibunya ketika tidur .

Berkat doa seorang ibu ,
Anak yang sakit kembali sembuh seperti sedia kala tak sampai tempoh seminggu .

Berkat doa seorang ibu ,
Anak yang coba menghampiri jurang maksiat terkantoi dan kembali bertaubat memeluk kasih Tuhannya .

Berkat doa seorang ibu ,
Anak yang lambat dapat jodoh akhirnya dipinang pemuda soleh tatkala dirinya hampir berputus asa mengharap hadirnya lelaki yang mahu mengambilnya sebagai isteri .

Berkat doa seorang ibu ,
Si Musa yang dihanyutkan ke sungai selamat sampai di istana Firaun dan akhirnya dipelihara dengan penuh kasih sayang oleh warga istana .


Doa ibu ada kuasa .

Kuasa berganda .
Lebih sakti.
Lebih Allah terima tanpa banyak tapisan .

Jika baik doa ibu untuk anaknya , maka baik jua lah kesannya kepada si anak .

Ingat , kita tak boleh mendoakan benda yang buruk untuk orang lain dan Allah juga tak akan makbulkan doa yang buruk .

Tapi , jika doa yang buruk itu keluar dari mulut seorang ibu atau terlintas di hati seorang ibu , maka ia hal berkecuali . Allah akan makbulkan .

Sebab itu , seorang pemuda soleh telah difitnah berzina dengan seorang pelacur yang menyebabkan pelacur itu mengandung anak luar nikah ( dan akhirnya Allah selamatkan beliau dari fitnah itu ) hanya kerana ibunya terasa hati apabila beliau tidak menyahut panggilan ibunya .

Wahai ibu ibu ,
Doakan setiap hari kesejahteraan untuk anakmu .
Doakan selalu keselamatan mereka di dunia dan di akhirat .
Doakan biar Allah jaga dan pelihara mereka sentiasa .
Kau lihatlah , dunia hari ini sungguh tidak selamat .

Pengaruh kawan ,
Pengaruh media massa ,
Pengaruh keadaan donia , cuaca dan pelbagai kemaksiatan yang kian melata di atas bumi .

Siapa boleh menjamin keselamatan anakmu jika bukan Tuhan yang Maha Kuasa

Siapa bisa memberi kekayaan dan menghindarkan anakmu dari kefakiran jika bukan Tuhan yang Maha Kaya .

Siapa yang berkuasa memelihara anakmu dari dibelit dosa dan noda tatkala dia jauh dari pandangan matamu jika bukan Tuhan yang Maha Melihat .

Wahai ibu ibu ,
Bentuk diri anak-anakmu dengan ilmu . Kuatkan didikanmu itu dengan doa .

Usah pandang enteng kuasa doa dalam melentur hati dan peribadi anak-anakmu yang kian membesar .
Hatta jika mereka berumah tangga eskeletor sekalipun , doamu sentiasa didamba mereka .

Pelihara mulutmu dari mendoakan keburukan buat si anak . Sebaliknya terus mendoakan biar Allah beri taufiq , hidayah dan hikmah untuk si anak .

Wahai gadis ,
Sebelum kamu bakal menjadi isteri kelak ,
Sebelum kamu bakal menjadi ibu kelak ,
Berdoalah dari sekarang agar kehidupan mu di depan hari diberkati Tuhan. Doa biar Allah beri yang TERBAIK untuk kamu .

Ingat , didikan yang terbaik untuk anak-anak kamu bermula dari sekarang ; di saat kamu masih bujang .

Maka , jangan putus menganyam doa kepada Dia Tuhan Yang Satu . Doa agar dia tunjukkan kamu track hidop yang benar , ajarkan kamu ilmu yang benar , ilhamkan kamu cara penyelesaian masalah yang benar . Agar menjadilah kamu insan yang baik sebelum kamu melentur peribadi putera puteri mu kelak.

22062016
Kulim , Kedah