Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Sedekah Menjemput Rezeki

Jangan takut untuk bersedekah kerana bimbang miskin, bersedekahlah! Sesungguhnya, orang miskin itu adalah orang yang takut untuk bersedekah ! :) Serius, bersedekah itu power. Kesannya hebat. Lebih hebat dari kesan kuasa sakti pari-pari atau Nenek Bertha dalam Sinetron Bawang Putih Bawang Merah tu. Siapa yang boleh rasa kehebatan sedekah? Hanya orang yang melakukannya sahaja yang tahu. Buat dulu, baru tahu. Ada orang yang terus-terusan berjaya menggapai kecemerlangan dalam pelajaran. Bila ditanya, apa rahsianya ? Sedekah. Ada orang bila dihempap susah, susah itu tak melekat lama padanya. Solusi datang bertimpa-timpa maka akhirnya masalah lenyap dari menggigit hidupnya. Bila ditanya, kenapa begitu mudah ? Sedekah. Tak penting banyak mana kamu sedekah. Tak perlu pun kosongkan akaun bank semata-mata mahu mengamalkan amalan simple-miple-apple ni. Takyah kempiskan dompet pun untuk memberi kepada orang. Biarpun dengan jumlah yang sedikit, tapi berterusan, itu sudah cukup

D.O.C.T.O.R - Dokter Paling Digeruni VS Aku Yang Selamba

Hari ni dikhabarkan akan round di hospital dengan doktor garang lagi menakutkan. Kemungkinan lagi menyeramkan dari Pontianak Harum Sundal Malam atau Toyol Hijau Mata Tiga. 🙊 Doktor Shadi Hamouri. Bukan kami budak Melayu saja yang bimbang dengan doktor ini, tapi pelajar Arab sendiri pon ketaq lutut. Pelajar Arab jarang nak takutkan doktor tapi kalau diorang cakap takut pada satu² doktor itu, maka ia menunjukkan bahawa doktor itu memang menakutkan. Group untuk round surgery kali ini lebih best dan osem. Group baru ini hanya ada 4 pelajar perempuan Arab dan 7 pelajar lelaki Arab. Campur saya dan 3 lagi kawan melayu, semuanya berjumlah 15 orang. Inilah group B1, group yang sangat sempoi dan serius dalam belajar. Tak banyak main² dan lebih beradab. Tak sama dengan group yang sebelum ni, mereka begitu ramah, suka cakap banyak dan bersembang, suka berebut nak jawab soalan doktor menyebabkan sukar untuk saya menyelit jawapan, suka berdebat dengan doktor, suka datang lambat, suk

Dua Jenis Ihsan

" Awak... Macamana nak jadi rajen macam awak..? " Sengaja aku menembak soalan. Mana tahu boleh dapat tips percuma. Perjalanan lebih 500m dari hospital ke stesen bas universiti pada petang ini terlalu extreme. Angin yang kuat dan awan yang mendung tidaklah aku halang kewujudannya, cuma masalah besaq di sini adalah pabila baru kusedari bahawa pakaian aku cuma la senipis kain kafan. Lupa nak pakai blazer atau sweater seperti kebiasaan sepanjang musim sejuk di bumi Syam ini. Silap besaq! Maka memang menggigil la badan kerana ketebalan lemak badan yang aku rasa cuma setebal pemadam Stabilo itu tak mampu menahan sejuknya cuaca. " Eh, bukan ke awak memang dah rajin dari dulu? " - Dia membuat kenyataan tidak rasmi. Mujur tak ada wartawan tika itu. Jika tak, mungkin aku rasa benda ni akan masuk berita TV tempatan . Eheh. " Mana ada.. Awak la lagi rajen. Saya ni tak study pun lagi. " - Aku pula membuat penafian. " Awak la... Semua cakap awak

Letak Allah Di Hadapan

Ada hari, Aku melihat ada manusia yang risau fikirkan anaknya yang harus dibedah jantung. Ada hari, Aku melihat ada manusia yang bimbang akan suaminya yang ada sakit mental dan bisa mencederakan dirinya yang mengandung 9 bulan juga 4 anak yang lain. Ada hari, Aku melihat ada manusia yang pening fikirkan kos pengajian perubatan tahun akhir yang terpaksa ditanggung sendiri sebab pernah repeat year. Ada hari, Aku melihat ada manusia berperang perasaan dingin dengan manusia yang telah menyakitinya namun tak pernah rasa bersalah mahu bersemuka minta maaf. Ada hari, Aku melihat ada manusia yang hari² hanyut dengan cita² dunia sampai sanggup menindas manusia lain di sisinya. Maka, hari ini telah aku tahu . Sungguhlah — dunia itu penuh dengan masalah. Kaya dengan ujian. Tak pernah kering dengan dugaan. Letak Allah di hadapan. Letak Allah di hadapan. Letak Allah di hadapan. Kata seorang sister kepadaku. Seriyes lah. Andai tak ada iman yang kuat, Andai tak t

" I hate doctor! "

Mata budak 11 tahun itu terbuka luas bila melihat gambar baby baru keluar dari rahim ibu itu. " Huh? Whats that? " " This is a baby who was born through an operation " — Senyum . Muka Suhail nampak tak percaya. " Baby??! Why he has such the white layers in his skin ?? " " Eh. Actually this is a baby girl. The white layers are what we call lanugo. They re the hair that protect the baby in her mother's womb " " Uh.. Baby girl. Em.. Why I cant see that layers at my little brother after he was born? " " Thats because they had been cleaned soon after his was born. " Tiba-tiba adik Suhail, Freid pula bertanya. " What is that? " — Dia tunjuk pada tali pusat bayi itu. " Thats what we call umbilical cord. " " Hows the baby live in that womb? " " Through that umbilical cord. They got oxygen, nutrient and antibody from their mother through it. " " How they e

Ceritera Mabit Di KLIA

Baru acah² nak mabit di surau bertilamkan sejadah empuk yang berketebalan 1cm, tiba² kena halau . Angkat kaki. Angkat beg. Heret diri Ye lah. Memang surau bukan tempat tidoq. Aku akui. Rupanya, bukan aku seorang yang dihambat duka dek memikirkan tiada tempat untuk bermalam sementara menanti flight pada esok hari. Terserempak dengan tiga manusia lain yang juga senasib. Seorang berumur 29 tahun yang berkerja sebagai juruaudit- terpaksa bermalam di KLIA sebab terlepas flight untuk ke Kelantan. Dua orang lagi berumur 20 tahun dan 19 tahun, pelajar diploma sebuah universiti perguruan yang mahu terbang ke Sabah untuk berhip hip horrey di rumah selama 3 minggu sempena cuti sem. Maka, membawalah diri kami berempat yang ditakdirkan Tuhan bertemu mata di bumi KLIA itu. Mencari tempat berteduh dari kedukaan yang melanda. Jam sudah menunjukkan 2 pagi. Sejuk . Airport sudah lengang. Manusia makin kurang. Kurang bukan pupus - Semua orang dah masuk mimpi. Mimpi dapat free seat

D.O.C.T.O.R - Hemorrhoid Tu Buasir

" Patient saya ada inguinal hernia. Lelaki, umur 15 tahun. " " 15 tahun?? " " Aah. " Doktor seperti berfikir lama. Nampak macam beliau agak tertarik dengan kes yang saya ambil pagi ni. " Dia benarkan awak untuk periksa dia tak? " " Tak doktor. Dia malu. " Dia agak susah nak angguk kepala bila saya tanya " mumkin ana biddi asyuf hada intifagh? " . Bila tengok reaksi dia macam tu, faham sajalah yang beliau agak malu. Maybe sebab saya perempuan. Saya pun tade la nak paksa jugak tambah saya sendiri tak bawak chaperone. Dahi doktor pun agak berkerut waktu tu. " Hm. Mungkin sebab dia budak lagi. " Si Faisal dengan begitu cergas bangun berdiri lalu dia menuju ke pintu. Bersedia nak bukak pintu, " Doktor! Kes dia menarik la ; Hernia untuk budak 15 tahun. Biar saya yang pegi tanya patient tu dulu boleh ke tak untuk kita examine dia. " Doktor angguk. Membenarkan. " Bilik mana ye patient t

Albania Boys In Qatar Airway

Dah dalam flight Qatar. Akan bertolak di Doha. Seat kali ini bersebelahan dengan 2 kanak² Arab lelaki. Diorang asyik tengah pilih movie. Tiba² screen tayang doa naik kenderaan. Cepat² aku angkat tangan. Doa. Dia tengok aku. Dia pun angkat tangan. Haha. Comel. Macam adik dah tengok budak² ni. Tiba² dia toleh padaku. " How to put this remote to its place? " Tali remote stuck. Aku try. Try lagi. Niat nak bantu. Dan akhirnya, berjaya..! Dia senyum. " Thanks " Perjalanan kali ni agak menarik. Ada adik yang boleh dilayan. :) __ " What is the best? " - Spontan saya gelak bila mendengar soalannya. Pramugara itu merendahkan badan untuk bercakap dengan budak umur 11 tahun itu. " We have bread with chicken that mix with vegetable of tomyam flavour . " Terkebil-kebil mata Suhail memandangnya. " Just give me what you have said. " Saya gelak lagi. Lagi kuat. Lawaklah budak ni. Nampaklah dia pun tak faham me

Doktor Garang VS Doktor Baik

" Kan best kalau semua doktor baik macam Dr Haitham. Lagi pelajar suka. Kenapa la nak jadi garang dan psycho sangat? " Aku tersenyum. Faham sahaja gelodak perasaan dia. Siapa yang tak kecut perut bila kena berhadapan dengan doktor yang garang? Lagi menakutkan , dah la garang, lepas tu suka point orang untuk ditembak soalan. Fuh. Boleh berpeluh 3 botol sepanjang berjam-jam bersama doktor tu. " Semua orang ada ego. Kadang-2 lagi hebat orang tu, ego dia lagi tinggi. " Dan boleh jadi ada doktor yang sengaja tunjuk garang macam kucing kena cabut misai sebab nak anak muridnya fokus. Tak main-main. :) " Ye la. Tapi kalau jadi biasa-biasa pun apa salahnya? Tengok macam Dr Haitham. Skill dia pun hebat kut, ilmu banyak tapi tak adalah nak tunjuk yang dia pakar sangat. Lemah-lembut je dia, suara dia pun sentiasa dijaga tak ditinggikan. Saya rasa suara saya lagi kuat dari suara dia. " Aku tersengih pulak. Geleng kepala. Tak habeh lagi dia nak mintak semua do

Wanita Syria Hamil 9 Bulan

Wanita berjubah hitam itu menghampiri aku . Gulp ! Perutnya buncit ke depan . Kawan aku baru ajar, perut buncit macam tu kita sebut sebagai 'baby bump' . ( Selama ni aku ingat 'baby bump' tu macam 'baby kick'. ) Mukanya kelihatan penat sekali. Macam baru lepas balik dari memotong getah di waktu tengahari yang mataharinya menegak bagai tengah berada di padang mahsyar. Bezanya matahari tu jauh dari kepala , sedang matahari di akhirat nanti cuma sejengkal dari kepala kita. " Tolong saya " Hm . Aku perhatikan wanita ini . Minggu lepas macam dah pernah jumpa.. Ya! Betul sangat. Dia wanita yang sama. Hari ini kami bertemu lagi - juga di tempat yang sama iaitu di Masjid Jami'ah Yarmouk. Aku tak jadi menyambung bacaan Quran. Kitab suci itu aku tutup dan pegang erat dalam dakapan. " Tolong apa ? " Aku cuba meminta penjelasan. " Saya kena pergi hospital jam 8.30 malam nanti. " Wanita lewat 20-an yang berasal dari

Perempuan Dan Jeans

" Boleh ke perempuan muslim pakai Jeans?? " Boleh tak? Boleh ke? Boleh atau tidak?? Jawapannya? Bila ada orang lapar, kita jangan terus bagi pada dia burger King dengan lapisan 5 keju serta curahan bergelen-gelen sos dan mayonis di dalamnya. Sebaliknya, kita AJARkan dia cara nak buat burger sendiri. So that, dia tak perlu keluar pi beli burger setiap kali kebulur nak baham makanan tu. Burger sekarang mahal kut, GST lagi. Kalau kau anak Perdana Menteri Afrika, ye, tak apa. Beli je banyak-2. It's okeh. Tapi kalau kau anak orang kebanyakan, belajarlah masak sendiri. Foin? Instead of I say ' Yes ' or ' No ' untuk pertanyaan tentang Jeans tersebut, saya rasa lebih baik saya ajarkan sesuatu yang lebih worth it. :) Dalam memilih pakaian, ada tiga peraturan yang kita harus teliti. 1- Dress Code ( Mematuhi syariat atau tidak? ) 2- Comfort ( Bahagia tak jiwa raga dengan pakaian tu atau kita lagi gumbira bila tak pakai ? ) 3- Fashion ( Mengiku

" Macamana Nak Tarik Non-muslim Pada Islam ? "

" Macamana nak tarik non-muslim pada Islam ? " Pertama kali saya bertaamul dengan non-muslim adalah ketika masuk kelas intensif bahasa Inggeris masa darjah 6. Only me, muslim. Only me, year 6. Yang lain semua chinese, lower than 12 years old. Masa tu, I never know about all of those stuff ; da'wah? TarbiyaH? or etc. Nope. Never at all. Dan sekarang rasa menyesal sangat sebab terfikir masa boleh 'masuk' dengan adik-2 chinese tu semua sebenarnya masa yang terbaik untuk play a role as a da'ie. Allah bagi peluang kedua. Selepas gagal masuk DQ, terpaksa la heret kaki ke PLKN dalam hati separuh rela. But, I appreciate that moment very well. Berpeluang kenal dengan ramai teman-teman Chinese dan Indian yang sangat mengkagumkan . Disiplin, kesungguhan, peribadi dan ihtirom kepada jurulatih. Mantiap. I tried my best to show them what we call 'qudwah'. Solat awal waktu, jaga masa, jaga pakaian, jaga tingkah laku dan sentiasa awasi kata-kata. Pendek kata, m

Jaga Al-Quran, Allah Jaga Kita.

" Saya fail lagi la.. Nak balance masa untuk study dan hafaz Quran.. " Suaranya di sebelah mengetuk gegendang telingaku. Aku celikkan mata. Terus mata ini terkena panahan cahaya matahari yang bersinar garang. Segera aku tarik langsir tingkap bas itu. Cahaya UV! Nanti hitam la kulit. Dah tak handsome.. Kepala dah rasa berasap. Kelas dari jam 8.00 am berderet sampai jam 2.00pm — hangus neuron dek panasnya obor-obor cahaya ilmu yang baru masuk . Fuh.. Baru rasa nak berehat sementara jauh lagi perjalanan. Namun, terpaksa liquidkan hasrat mahu tidur dalam bas itu. Nak layan cik adik sorang ni. " Eh? Awak hafaz Quran? Bukan ke awak baca Quran je. Ijazah lagi kan sekarang? Ke dah habis..? " Aku bertanya. Minta dicerahkan mata hati. Agak bingung. Setahu aku, pelajar ijazah cuma kena tilawah depan sheikhah. " Saya masih ijazah lagi. Tapi kena tambah jugak dua juzu' hafalan baru. Requirement untuk ijazah.. " Fulamak..! Dengkinya aku dengan dia. Dia

D.O.C.T.O.R - Mahu Genius? Kawanlah Dengan Si Kancil!

" Ya Allah , bagi lah aku dapat kawan dengan dia.. " Itulah doa saya di satu petang. Bunyinya macam keanak-anakkan. Doa budak tingkatan 2. Tapi, Allah Maha Kaya. Sungguh, dia mendengar setiap request dari hamba-Nya. Biarpun, hanya sekali saya pernah menutur doa itu. Biarpun, saya hanya budak hingusan yang tak tahu apa-2 ketika itu. Tidak sampai sebulan , dia dulu yang mula mendekat. Bermula dari pertanyaannya tentang tips mengarang cerpen bertema Palestin kepada saya , Kami mula berinteraksi sebagai rakan satu batch. Padahal selama ini, tak pernah pun kenal. Berborak dan makan satu meja lagi la tak pernah! Sungguh, kalau diberi sebuah kapal Titanic yang di dalamnya ada Doraemon dan ratusan guni berisi Dorayaki pun takkan mampu menandingi keseronokan saya dapat bertegur sapa dengan dia. Allah masih belum jemu menampar saya dengan keajaiban sebuah doa. Beberapa bulan selepas itu, tahun baru menjelma . Tahun 2015, kami telah naik ke Tingkatan 3. Pada hari

Wahai Penuntut Ilmu! Dakap Cemerlang Erat-Erat.

Asal bergelar pelajar, memang kita tak lari dari rasa ingin sentiasa jadi 'pelajar genius' , 'pelajar harapan guru, ibu bapa, nenek moyang dan jiran tetangga eskelator tali rapia' atau paling lekehpun ' Pelajar No 1 dalam kelas ' Pernah juga disearch pada Sheikh El-Google Tahu Semua pada zaman kain sekolah warna biru terang dahulu kala. ' Tips menjadi Cemerlang Gemilang Terbilang ' ' Cara jadi genius tanpa baca buku ' ' Petua meningkatkan ingatan walaupun Selalu Tertelan Semut Kerengga ' ' Bagaimana mahu ke menara gading tanpa ambik UPSR, PMR dan SPM? ' Pengsan. Memang banyak pun yang Sheikh El-Google boleh bagi. Banyak sampai tak terhitung dengan kalkulator apatah lagi jari tangan dan kaki. Semuanya dibaca sekali lalu. Tak lekat. Mungkin sikitlah kut yang TERgum tanpa sedar dan TERamal tanpa mahu. Kengkawan pon pernah dan banyak jugak berkongsi, ' Weh, ada orang bagi tahu aku. Nak study, kita kena tutup aura

Tiru Waktu Tidur Cara Nabi

Nabi ajar kita cara hidup sihat, Namun kita pandai ajar diri sendiri dengan rutin hidup yang tidak sihat. . Rasulullah SAW itu kebiasaannya tidur mubasyarah selepas Isya' dan bangun di awal pagi . Dalam kata lain, Rasulullah SAW bangun awal dan tidur awal . Dalam hadis Bukhari , no hadis 568, Rasulullah SAW melarang orang yang tidur sebelum waktu Isya' dan melarang sahabat-sahabat bersembang atau bergosip atau melakukan perkara yang tidak bermanfaat selepas waktu Isya'. Rasulullah SAW sendiri hanya berbual sedikit dengan para isteri dan kemudian terus tidur atau jika ada perbincangan masalah dengan para sahabat, baginda akan duduk bersama dan setelah selesai akan langsung tidur. Bangun awal? Ya, untuk bertahajjud. Tahajjud itu adalah solat yang kita buat selepas kita tidur. Waktunya? Kita bahagikan malam itu kepada tiga bahagian. Awal malam, pertengahan malam dan akhir malam. Tahajjud dibuat pada pertengahan atau lewat sikit dari perte

Rompakan Yang Mengundang Pahala

"Beliau seorang pensyarah di Universiti Yarmouk, Jordan." Naqibah usrah yang saya hormati itu mula membuka cerita. Pernah ketika beliau sedang belajar pHD di Universiti Yarmouk, perniagaan ayahnya mengalami masalah . Kewangan jatuh merudum bagai tahi bintang di angkasa jatuh menendang permukaan bumi. Lagi menyesakkan dada adalah apabila beliau mendapat tahu bahawa yuran pengajian juga telah dinaikkan. Bertambah mahal! Tidak mudah untuknya menerima hakikat ini. Tambah lagi, selama ini cuma ayahnya sahaja yang menanggung pembelajarannya di Jordan. Oh ya. Lupa mahu selitkan latar belakang pensyarah ini. Beliau bukanlah orang Jordan. Beliau berasal dari Kuwait. Beliau menyambung pelajaran di Jordan sambil menjadi guru sandaran di sekolah. Walau bagaimanapun, kewangannya tetap masih longgar . Paling menyakitkan perasaannya, ayahnya menyarankan agar beliau berhenti saja belajar dan pulang semula ke negara asalnya. Beliau enggan..! Katanya, cita-citaku mahu jadi doktor

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit.