Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Kanak-Kanak Ribena >

Antara Kedai Kek Dan PMR ; Aku Di Persimpangan

Dulu masa saya belajar di sekolah menengah ,
Saya buat part-time ; buka kedai kek sendiri .
Saya buka kedai tanpa modal .
Bila perniagaan dah makin maju, untung dah banyak ,
saya upgrade kedai saya supaya jadi lebih baik .
Dari hari ke hari , semakin ramai yang datang membeli kek.

Syukur sangat. Tapi tu la...
Saya tinggal di asrama. Kat asrama mana boleh bawa
laptop atau komputer . Internet pon tak ada . Aduhai .
Maka, saya hanya mampu uruskan perniagaan kek saya
apabila balik bercuti. 2 minggu sekali.

Tak silap saya , masa tu nak dekat PMR dah.
Saya sepatutnya tumpukan perhatian pada study .
Tapi, bila balik je kampung , konfem saya tak study .
Sebabnya? Saya lebih pentingkan perniagaan saya tu la..

Tapi , sampai satu hari , hurm...
Entah macamana, ada subjek yang saya dapat terok sangat.
Dah tak ingat subjek apa , tapi memang terok la.
Saya target dalam ujian bulanan ( sebelum PMR ) untuk dapatkan
9A tapi sebab subjek tu je yang ada problem , target saya hancur lebur bagai raksasa yang di'fire' otromen tiga. Debu jadinya.

Nanges.

Sejak itu, saya rasa insap sangat . Saya tak nak gadaikan
pelajaran saya hanya kerana nak kejarkan kekayaan yang
tak mampu digapai tangan . Untung perniagaan yang mencecah
jutaan ringgit tu tak dapat pon saya nak guna untuk hantar
ibu abah saya pergi umrah. Alah.. Nak beli maggie sepaket pon
mustahil jiddan . Akhirnya , saya ambil keputusan jitu setelah
memasang tekad yang utuh untuk pencen berniaga.

Satu hari , lepas kaki jejak saja rumah ( ketika pulang bermalam ) ,
saya terus serbu komputer . ON segera PC dan terus mata ini cari
sesuatu . Hari itu , saya tekad . Segala-galanya bakal saya
cantas. Sebab saya mahu berubah. Kalau tidak hari ini, bila lagi?

Dengan lafaz ' BismiLlah ' , saya terus delete Game
CakeMania yang sangat saya chentai itu . Dah hampir
setahun saya usahakan kedai kek yang mewah itu atas
titik peluh saya. Kadang dari pagi sampai malam berusaha
untuk buka kedai sepanjang masa , nak jana pendapatan lebih.
Nak naik level baru.

Tapi, lepas saya sedar kechentaan pada kedai yang tak wujud
di alam nyata itu telah sedikit hampir merobekkan masa depan saya,
saya terus ambil keputusan drastik untuk buang segala-galanya dari hidop saya. Selepas itu, kehidupan saya makin stabil dan aman damai.
Ibu dan bapa burung di awanan masih bebas terbang mencari rezeki untuk anak-anak makan walau saya dah pencen berniaga.

Bahagia.

Oleh itu wahai teman, usah terperangkap dengan sesuatu yang menyeronokkan kerana tak semua benda best itu baik dan tak semua benda tak best itu tak baik.

Kadang-kadang, mahu move on or let it something go tu bukan mudah. Tapi, kita kena jugak paksa diri sendiri untuk kuat dan moving on.

Sebab , kalau bukan kita yang berubah , siapa lagi nak ubah kita ?

Siapa lagi, puan-puan ?

07092016
Kulim, Kedah

Image result for cake mania

Kisah Semut Masuk Telinga

Seekor semut masuk ke dalam telinga saya semasa saya tengah tidoq.

Saya lari-2 gaya heroin Hindustan ke arah ibu .

" Ibu, ada makhluk Tuhan sesat dalam telinga angah. Maybe dia ingat ini Gua Batu Cave tapi sebenaqnya dia silap , ni gua telinga manusia yang penuh pancaroba "

Saya rasa tak selesa di telinga. Bising. Bunyinya krek krek krek . Saya agak, mungkin semut itu sedang buat kawad kaki berirama . Kadang-2 bunyi itu hilang . Saya rasa waktu tu dia tengah rehat-2 dalam telinga saya selepas penat berkawad.

Saya pasti yang masuk ke telinga saya kali ini memang seekor semut sebab saya sangat yakin bahawa ulat gonggok mana muat nak masuk telinga saya . Dia tu gemok kot ; selalu durhaka pada dietnya .

Dulu pernah sekali di asrama , semut masuk lagi dalam telinga saya. Itu yang dah kali ke berapa tah ? Saya pun tak ingat (Saya rasa saya patut buat diari 'Persinggahan Semut Ke Telingaku' . Mungkin ia hikayat yang menarik untuk diceritakan kepada anak cucu cicit cucoq kelak ) . Masa peristiwa tu berlaku, saya dalam bilik dan tengah tidoq lepas Subuh. Saya rasa semut ni cuba nak bagi tazkirah kepada saya supaya jangan tidur lepas subuh. Kah!

Saya cari kawan saya ( dalam dorm tu ) yang paling bersifat keibuan. Saya berbaring di ribaannya dan tunjuk muka paling terok dan stress di donia. Memang dia pun tengah kalut sangat masa tu . Satu dorm saya pun kalut dan kaget gaya macam ada orang masuk hantu padahal saya cuma dimasuki semut .

Hebat la semut ni, mampu buat semua orang rasa gabra espeseli saya sendiri la .

Depa ambik tourchlight dan suluh telinga saya . Kemudian depa ramai-ramai seru semut dengan Lagu Misya Omar yang dimodifaid ..

" Seharum malam yang menggoda
Sekadar dipandang usah dipuja
Kau pasti tak percaya kasih ku bukan
Untukmu sayang...

Tiada ku sangka kau sungguh kejam
Kau masok telinga kawan kami yang kau dendam ( gulp? )
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila waktu dah tiba, kau milikku

Keluarlah , Cinta hatiku
Oh hentikanlah menghantuiku
Hmmm...Keluarlah oh keluarlah padaku
Ku pulangkan kesan hidupmu "

Tiba-tiba..... Memang keluaq sungguh semut tu!

Saya lega sangat.

Saya rasa semut tu bukan keluaq sebab namanya diseru, tapi dia tak tahan kot dengan bau mulut kawan-kawan saya tu, semua pakat tak gosok gigi lepas tu dok bisik-2 mantera kat telinga saya . Semua orang baru bangun tidoq kut ( satu spesies dengan saya ; tidoq lepas Subuh ). Bukan semut tu ja yang rasa nak lari jauh-jauh, saya ni pun rasa nak lari keluaq bilik waktu tu jugak.

Adoy la.

Saya ni memang akan panik setiap kali ada makhluk Tuhan yang singgah menjadikan telinga saya R&R. Nebes sikit. Ibu saya pesan suruh layan tetamu dengan baik. Tetamu adalah raja. Saya bimbang telinga saya kurang kondusif untuk depa berehat dan membuatkan depa kurang selesa. Kalau letak air conditioner dan Astro, maybe saya rasa lega sikit sebab depa boleh rehat dengan tenang.

Masalahnya...
Telinga saya mana la ada kabel letrik.

Kalau di rumah, saya memang akan cari ibu kalau semut masuk telinga. Ibu selalunya akan letak kapur kasut [ Er. Mungkin yang lebih tepat --> kapur barus atau kapur masuk tu kowt (? ) ] di telinga saya yang kemasukam semut itu dan minta saya pejam mata, tutup hidung dan telinga satu lagi .

Cuma hari ini pelik sikit sebab ibu mintak saya tutup mata , hidung , telinga yang satu lagi dan mulut juga ! Saya tak tau nak bernafas guna saluran mana. Guna pusat mungkin ?

Ibu suluh cahaya lampu torchlight milik abah . Terang . Sangat terang. Seterang lampu mentol di reban ayam nenek di kampung . Kami sama-sama harap semut tu berminat dengan cahaya lampu ini dan akan keluar segera dari telinga saya .

Emm. Tapi...
Usaha kami gagal.
Dia tak mau keluaq. Bunyi krek krek krek pun sekejap ada sekejap takdak.

Kata ibu, ' dia mungkin sesat kut sebab tersangkut jugak kat taik telinga angah. Cuci telinga dak ? '

Saya cakap saya memang cuci dan korek telinga selalu. Dulu saya futur juga nak melakukan rutin ini sebab saya belajaq dalam Medicine , doktor cakap bahawa telinga kita tak perlu dikorek dan JANGAN dikorek tambah-tambah kalau hang pakai putik kapas tu. Ia ada sistem semulajadi untuk mengeluarkan taik telinga secara automatik. Walaubagaimanapun , saya rasa sifat tabi'e taik telinga saya memang tak keluaq sendiri , jadi saya harus korek sendiri agar tidak pekak disebabkan kemalasan diri sendiri.

Saya kesian sebenaqnya dengan semut ni sebab tentu dia teraba-raba dalam kegelapan. Tak ada cahaya sebab mana ada lampu telinga untuk dia melalui lorong menuju ke eardrum. Kesiyan dia.

Kalau ada doraemon di abad ini , pastilah saya akan pinjam terowong ajaibnya yang boleh kecilkan barang tu ; so bolehlah saya kecilkan tourchlight untuk diberi pada semut tu ; semoga dia sentiasa berada di jalan yang benar...

Mujurlah semut tu (kemungkinan) dapat detect cahaya dari luar yang menembusi telinga. Kalau dia tak buta mata dan tak buta hati , pastilah dia dapat keluar dari kegelapan yang menyelubungi. Saya yakin.

Semut , walaupun kecil dan kelihatan tidak gagah seperti kita yang berat badan menjangkaui 40kg ini , sebenarnya tetap berguna .

Allah tak ciptakan sesuatu melainkan ada sebab-sebabnya yang tersendiri. Kisah semut ada disebut dalam Al-Quran bahkan ada surah khusus yang dinamakan dengan nama makhluk ini.

Yang kecil tak semestinya lemah. Kita dah lihat betapa banyak haiwan kecil yang menjadi tentera Tuhan. Ababil si burung kenit yang berjaya memusnahkan Tentera Bergajah Abrahah. Labah-labah yang ringan tapi dah bantu menutupi Gua Hira' dengan sarangnya agar tidaklah dapat Kaum Kafir Quraish menjejaki susuk tubuh Rasulullah. Begitu juga dengan kisah Raja Namrud atau nama sebenarnya Namrudz bin Kan'aan yang dikurniakan kecerdasan akal yang luar biasa dan akhirnya menjadi takbur , atheis dan mengaku Tuhan juga telah menikahi ibunya sendiri yang mana akhirnya Allah mencabut nyawanya hanya disebabkan oleh seekor nyamuk yang berjaya menembusi telinga menuju ke otaknya.

Allah terus-terusan menunjukkan kepada kita kekuasaanNya melalui apa jua ciptaan Dia di dunia ini . Dia harap kita celik akal , cerah mata fizikal dan mata hati untuk berfikir dan menginsafi. Tapi, ramai sekali antara kita yang gagal untuk melihat .

Aneh.

Sejarah yang mencoretkan keingkaran manusia yang akhirnya telah ditumpaskan oleh tentera Allah bertubuh kecil itu menunjukkan bahawa Allah berkuasa melakukan apa sahaja untuk 'mengajar' mana-2 hamba -Nya di muka bumi ini yang kurang ajar , tidak lagi mampu diajar , durhaka dan ingkar.

Seharusnya kita insaf dan sedar bahawa kita ni cuma manusia kerdil yang sepatutnya selalu merendah diri dan hati kepada Tuhan . Taboleh takbur dan perlu patuh atas segala suruhannya terutama berkaitan dengan ibadah kita dan tanggungjawab kita dalam menegakkan ajaran agama Islam keseluruhannya di muka bumi ini , bukan sahaja di Malaysia , tapi seluruh donia . Kalau ada makhluk lain di Planet Marikh atau di atas bulan sana , maka tidaklah terkecuali mereka itu untuk merasai rahmat agama suci ini.

Untuk itu, di kesempatan ini , suka lagi gumbira saya mahu menyeru kepada kawan-kawan agar kita semua cakna dengan isu semasa di negara kita lebih-lebih lagi berkaitan isu RUU 355 iaitu usaha pemindaan Akta 355 , Mahkamah Syari'ah ke arah yang lebih baik .

Sesungguhnya , usaha ini mendapat sokongan daripada DS Najib sendiri, badan NGO dan yang terbaru Mufti Wilayah juga mewajibkan seluruh ahli Parlimen Muslim menyokong pindaan ini pada sidang parlimen akan datang.

Guys?

Kalau bukan kita yang muslim ini menyokong apa sahaja usaha pembaikan untuk kemaslahatan agama kita ini, siapa lagi?

Siapa?

Kita orang Islam dan kitalah yang harus bersama-sama membantu usaha murni ini biarpun hanya dengan usaha yang kecil . Jadi... Jom support !

:)

By the way, tentang semut yang masuk telinga saya tadi, dah tak dengaq bunyi krek krek krek tu. Saya fikir dia dah futur untuk cari jalan keluar dan sesak nafas sebab terlalu penat dan stress. Saya rasa dia dah mati! Saya sedekahkan Al-Fatihah semoga tenang dia di alam yang satu lagi . Saya harap ia redha terkebumikan dalam telinga saya bernisankam bulu telinga .

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un.

Sekiyan , terima kasot.

06092016
Kulim , Kedah , MY

Image result for CUTE CHILD in ant

Indonesia, Here I Come !

Bila mata menjamah kecomelan gumpalan awan ,
Terus otak laju melakar wajah Goku San ,
Tapi kata Abah ; usah dipuja apa jua makhluk Tuhan ,
Sebaliknya agungkanlah Pencipta segala ciptaan .

4 hari ziarah saudara di Kucingan , Indonesia ,
Semuanya pada speaking bahasa Jawa ,
Tobat aku tak faham apa² ,
Hanya mampu angguk geleng enggak iya .
Tapi Alhamdulillah , kerabat di sini baik dan bagus belaka .

Kamar kecil ( Baca : Tandas ) di desa ada di luar rumah mereka ,
Malam hari aku rembat sahaja entah siapa punya sandal yang wajahnya persis milik Cinderella ,
Tatkala aku keluar dari toilet setelah beberapa lama ,
Terlihat seorang kakak menunggu aku di muka pintu dengan wajahnya tersimbah bulan punya cahaya ,
" Nah... Ini dia yang aku tunggu... "

Aku fikir dia mahu berkenalan dengan aku dan sangat excited sampai sanggup tunggu aku depan pintu .

Aku bertanya " Emangnya mbak nungguin shiapa ? "

" Sepatu ku "

"..." Kah!

Aku berdehem koh koh koh 3 kali untuk melapangkan gelodak di trachea
Lalu laju² buat larian pecut 100m ke bilik dengan harapan setinggi awan nano agar otak aku amnesia tiba² dan lupa segalanya segera .

Telah berakhir 4 hari 3 malam di Lampung Selatan , Indonesia. :)

Sungguh,
Menghubungkan silaturrahim itu bagai menulis buku .
Lama masa diambil untuk menulis ,
Tapi singkat sahaja detik untuk memusnahkan jika kita bakar dengan tergesa dan melulu .

Semoga jauh² aku bertandang ke negara orang untuk menjalin silaturrahim ini menghasilkan kitab ukhuwah yang kebal dan tak lut dek tembusan apa² senjata pemusnah persaudaraan atau gampang dikunyah anasir permusuhan , insyaAllah.

"Travel helps reset your current path for a bit, reminds you that life is bigger that what you've been seeing everyday and makes your problem small compared to it. Go travel , gi supermarket guna jalan jauh "

— Taka —

14 tahun aku memasang impian,
Mahu membelah alam bersama ayah dan bonda di awanan ,
Akhirnya angan² direalitikan oleh Tuhan ,
Maka bahagia jiwa raga segala perasaan .

Hmdulillah.
Tamat percutian tanpa internet.

Sekiyan .
Semoga bertambah berat badan .

05092016
Soekarno-Hatta International Airport , Indonesia

Image result for CUTE CHILD in airport

Kenapa ORANG GILA Jarang Sakit?!

Bakteria! Bakteria! Makan tak basuh tangan , bakteria masuk perut nanti. Sakit . "

Inilah antara ayat² azimat yang selalu saya gunakan bila ada orang makan tak basuh tangan ; espeseli makan depan saya.

" Kenapa kalau kita makan tak basuh tangan, kita sakit tapi orang gila yang makan memang tak basuh tangan, makan pulak sisa makanan di tepi² jalan, mereka jarang sakit. Why? "

Saya termenung. Soalan cepu plastik yang tidak diduga.

" Hmm. Sebab dia gila kut, jadi dia pun tak tahu dia sakit. "

" Tak la. Majoriti orang gila tak sakit atau susah jatuh sakit. Teka kenapa ? "

" Hmm.. I have no idea la.. Sebab apa ? Cepat la bagi tahu jawapan. "

Seriyes, baru terfikir jugak. Perut kita sensitif dengan makanan rosak , kotor dan tercemar tapi orang yang kurang waras boleh pulak watlexwatpis selongkar tong sampah cari makanan. Apekah mereka lebih kebal dari manusia yang waras??

" Jawapannya begini...

Sakit manusia itu terletak pada 2 tempat utama. Kebanyakkannya berpunca dari dua tempat utama iaitu sakit dari perut dan sakit yang datang dari psikologi ; depression , anxiety etc yang lantas menjejaskan imuniti badan. " Pelajar Syari'ah ini mula bersyarah kepada saya a.k.a pelajar perubatan.

Peh .

Saya cuma mengangguk. Betul sangat. Tepat dengan fakta sains.

" Perut yang disuap dengan makanan tanpa had ibarat buang sampah ke dalam tong sampah sebenarnya boleh menjemput pelbagai penyakit menjadi teman setia kita. "

" Orang gila, dia tak fikir apa². Otaknya tak sesak nak otakkilat ( baca : brainstorm ) tentang macamana nak langsaikan hutang scholarship , nak fikir bila nak caj handphone , nak kalut masak itu masak ini setiap hari. Hidopnya freedom setiap detik. Yang duduk di Hospital Tanjung Rambutan lagi bahagia dan gumbira "

Oic! Bijaknya ana!! I got it!

" Berbeza dengan kita yang normal , otak selalu sesak nak fikir macam² benda. Bila serabut, kita cepat tertekan. Sistem pertahanan badan mudah menjadi lemah dan bakteria yang cute² dan tak merbahaya mudah saja bertukar jadi musuh yang menyinga bila termasuk dalam badan. Itu sebab badan kita lebih sensitif berbanding badan orang gila. "

That's it. Pengekalan fisiologi badan yang normal bergantung pada otak kita , pada cara fikir kita.

Orang yang positif , tenang dan ceria jarang ditimpa penyakit kerana sistem imuniti yang kuat menjadi kubu kuat dalam menumpaskan makhluk Tuhan yang bersaiz mikro itu dari buat kacau.

Kita tak perlu jadi gila untuk sihat.
Kita cuma perlu urus minda dan cara fikir yang sihat dan harmoni agar jiwa terus tenteram sekaligus kita terhindar dari stress dan imuniti badan bertambah kuad.

Zikir , baca Al-Quran , Qiamulail dan amalan² sunat yang lain adalah terapi mujarab untuk mengapai misi dan visi jiwa sihat agar kita tak mudah masok hospital .

Jom hidup sihat dengan istiqomah memantapkan amalan rohani dan penjagaan kesihatan yang lain !

Semoga terus sihat untuk menjadi petugas Islam yang kompeten, cerdas dan cergas.

:)

Sekiyan, terima kasot.

02092016
Penang International Airport, MY.

Image result for CUTE CHILD think

Chit-Chat That Blow My Mind !

" Dengar ni... Sebelum masuk ke kandungan ibu , Allah telahpun mencipta jodoh kita malah kita juga pernah bertemu jodoh kita sebelum masuk ke alam rahim. "

Dia pandang kakak. " Sha, ingat tak kita pernah bertemu dulu² sebelum kita lahir ? "



Kakak macam malu. " I don't know. I don't know what is this. "

Senyum.

" Sebab itu, bila kita terserempak jodoh kita, ia akan langsung masuk ke hati. "

" Peh. Kalau jumpa ramai orang dan semua macam masuk terus ke hati saja, ramai la jodoh kita. "

 Gurau saya.

Abang ipar saya ni kuat membaca. Ilmu tinggi. Tok pun macam suka bila dia cerita bab² ilmiah. Bila tok cuba nak bersembang dengan dia dalam bahasa Kedah Tunjang , dia angguk² macam faham. Tapi once dia toleh saya, dia tanya " What she said? I don't understand. "



Belajaq sebut ' ayaq ' pun tergeliat lidah lagi, guane nak faham bahasa kedah tok yang pekat likat tu ? Saya nak cakap macam ni kat abang ipar tapi hasrat ini terpaksa saya simpan dalam Bank Simpanan Nasional sebab saya sedar bahawa saya pun tak faham apa yang tok cakap. Kah!

" Angah. Ruh atau jasad yang tercipta dahulu ? " Abang cuba bukak perbincangan lagi.

" Em. Ruh kut. "

" Tapi, setelah 40 hari lepas jasad tercipta baru Allah tiupkan ruh. Jadi ruh atas jasad dulu yang tercipta? " Dia menabur ragu tatkala otak aku masih melanglang mencari jawapan.

" Hmm. Jasad kut. Nabi Adam dicipta jasadnya dulu, kemudian baru la ruh. "

" Kita cerita tentang manusia biasa. Ruh atas jasad dulu ? "

" Kalau dalam sains, badan dulu jadi pastu baru deria lain berfungsi ( lepas ruh masuk jasad ) Jasad dulu kut "

Lidah aku tak pernah gagal nak sebut 'kut' sebagai penutup jawapan. Keraguan dimana-mana.

" Salah. Ruh dulu. Allah cipta ruh dulu kemudian baru jasad. "

" Oic. Betul dah tadi. "

" Sebab itu, tanggungjawab ibadah fardhu yang tertanggung pada individu muslim itu adalah pada ruhnya , bukan jasad.

Maka, jika orang itu tak ada tangan atau kaki sekalipun, dia tetap perlu solat. Kerana jasadnya sahaja tak sempurna, tapi ruh masih sempurna. Taklif ibadah itu diletak pada ruh. "

Peh. I don't know about this before.
Nyata ilmu dan pembacaan saya masih kurang dan perlu dengar lagi abang bersyarah.

Ombak yang menjamah kaki, kita tak akan kenal ia lagi. Tapi, ilmu yang melekat pada diri, selamanya bermanfaat walau selepas kita mati. Ilmu penting.

Kemerdekaan mengajar kita untuk hidup dengan menyantuni ilmu dan menjunjung budi pekerti yang murni. Tanpa kedua-duanya , akan terlihatlah si dungu di mana-mana melelong maruah diri demi cebisan rezeki haram dari hasil menjual negara sendiri.

Beringat-ingat.

Jangan cuma rajin isi perut, isilah juga otak dengan ilmu agar kau jadi insan yang bermutu.

Sehati Sejiwa.
Salam Kemerdekaan Yang Ke-59 :)

31082016
Kulim, Kedah, Malaysia
Image result for CUTE CHILD STUDY

Khidmat Atas Kerelaan Itu Lebih 'Menyelerakan'

Dah lama saya tak buat nota.
Selama ini cuma baca nota yang sudah tersedia ditambah dengan slide dan buku rujukan.
Kali terakhir saya buat nota adalah untuk subjek bahasa Arab dan bahasa Inggeris , 2 tahun yang lalu ; ketika masih di tahun satu.

Hari ni , exam .
Last paper .

Pertama kali saya berjaya buat nota lecture yang lengkap. Tulis tangan.

94 muka surat nota yang terhasil setelah menulis setiap hari selama 6 jam untuk tempoh seminggu ini , saya filekan dan kongsi dengan kawan-2 Arab dan Melayu yang ambil subjek yang sama. Home Garden.

Ironinya, walaupun nota dah siap, saya masih belum habis baca. Belum.

Diyakini sepenuh air yang mengisi mesin basuh bahawa mungkin ada dalam kalangan teman-2 saya dah habis pun menelaah setiap muka surat nota saya. Anehnya, yang membuat nota ini juga tak habis-2 baca, boleh pula menulis lagi post ini. Ahah.

Nota. Saya memang tak buat nota study.

Bila dah baik tahun dua, tahun tiga, saya tak mampu nak buat nota yang lengkap. Tertanggung di bahu banyak amanah yang perlu dilaksana, masa kian menjadi sikit dan sempit.

Bukan tak terasa nak buat nota , tapi sebab diri ini jenis yang perfectionist ; nota kena perfect, lawa, kemas. Kalau tak memenuhi kreateria yang jiwa ini mahu, maka nota tak akan siap atau nota yang separuh siap tapi tak akan dibaca selama-lamanya.

Begitulah.

Cuma kali ini, dalam sejarah. Bila nota lengkap ini mampu disempurnakan dengan penuh mujahadah . Peluh bergelen-gelen nak lawan rasa malas dan mahu mengalah.

Akhirnya, kepuasan mula bertamu di hati pabila mampu melihat nota sendiri dapat ditulis hingga ke huruf terakhir.

Bila kita bantu orang, Allah bantu kita.

Serius.

Saya share nota ini dengan rakan-2 sebab tahu tak ramai yang dapat siapkan nota ketika dalam kelas tambah untuk subjek ini , kami tak dapat rujukan slide dari doktor. Nota sepenuhnya bergantung kepada apa yang doktor cakap di dalam kelas. [ Saya doa semoga nota saya ini membantu mereka ]

Ajaib sekali. Saya tak habis baca, tapi langsung tak gabra. Masih dalam pembacaan untuk habiskan apa yang tersisa, terasa segalanya sangat mudah.

Pabila saya mulakan pembacaan nota ini, terasa begitu ringan segala-galanya masuk ke kepala. Tak susah!

Terasa seronok pula bila dapat menghadam ilmu dari tulisan sendiri dan begitu selesa apabila susunan ilmu itu ditulis mengikut kefahaman kita. Osmosis terus!

Benarlah, bila membaca harus menulis. Bila belajar harus menulis. Bacaan dan penulisan tak boleh berpisah , cerai , talak.

Allah berfirman dalam surah Al-'Alaq , 'Yang mengajarkan dengan pena' .

Tidak mesti tidak, menulis itu memang satu keperluan sebenarnya.

Benar, ilmu itu di dada. Cuma sebelum ia sampai lekat di dada, haruslah ia diulang-ulang sentiasa. Nak ulang kena baca. Nak baca kena tulis. Imam Syafie sendiri juga sanggup mengutip cebisan kertas dari jalanan untuk digunakannya bagi mencatat ilmu yang dipelajari.

Nah? Jadi, kenapa pula kita harus bermalasan nak buat nota? Sudah tanggungjawab seorang pelajar untuk juhud dalam menguasai ilmu .

6 Persediaan Ilmu Yang Perlu Ada Dalam Diri Pendakwah ( Baca : Pemuda/i Islam & Mahasiswa/i )

1. Tsaqofah Dinniyyah
( Ilmu Quran , Sunnah & Fiqh )

2. Tsaqofah Tarihiyyah
( Sejarah Islam , Sejarah Dunia , Sejarah Malaysia )

3. Tsaqofah Adab & Lughoh
( Ilmu Bahasa & Sastera )

4. Tsaqofah Insaniah
( Ilmu Psikologi , Kemasyarakatan , Akhlak , Falsafah , Tarbiah )

5. Tsaqofah I'lmiyyah
( Pengkhususan masing² )

6. Tsaqofah Waqiyyah
( Pengetahuan tentang Masyarakat Di Malaysia )

— Rujukan Dari Kitab Thaqafah Ad Da'iyah : Al Imam Dr Yusuf Al-Qaradhawi —

Nak kuasai ilmu, harus redah segala step yang perlu , termasuklah buat nota.

Dah buat nota, tolong baca.
Jangan tak baca. Jangan jadi macam saya.

Peringatan untuk diri sendiri , semoga kesempatan kali ini setelah dapat menyiapkan nota malah dapat pula dikongsi bersama teman-2 akan menjadi batu loncatan untuk saya lebih gigih menulis ilmu-2 yang bakal dipelajari lagi selepas ini. InshaAllah.

:)

23082016
Irbid,

Cabaran Beranak Di Luar Negara ; Jordan

Detik yang paling menggetirkan bagi seorang perempuan adalah saat mahu melahirkan anak ketika berjauhan dari keluarga. Tambah-2 jika itu kelahiran pertama. Anak sulung.

Semalam , usai solat Isya' , kakak rumah saya mengetuk pintu bilik . Saya sudah pun ready to sleep , memang dah lompat atas katil. Terlalu penat setelah seharian mengulangkaji subjek elektif untuk imtihan hari Ahad dan Selasa akan datang.

" Dik, tolong tengok-tengokkan handphone akak ya. Akak nak tidur sekejap. Akak bimbang tak sedar kalau Kak Madihan call nanti. "

" Eh? Kenapa dengan Kak Madihan? "

" Maybe dia akan bersalin malam ni. Dia mintak akak temankan.

Yer la, kat Jordan ni, lelaki memang tak boleh masuk langsung labour room walaupun suami kepada patient. "

Dup Dap Dup Dap.

Saya pula yang berdebar.
Orang nak beranak , pastilah kita juga jadi tak keruan.
Emergency case kalau dah memang sakit nak bersalin.
Tak dapat saya bayangkan bagaimana perasaan Kak Madihan dan suaminya saat itu.

Begitulah.
Jauh di rantau orang. Hanya suami menjadi peneman. Keluarga hanya mampu memberi semangat dari tanah air yang jauh.

Bukan mudah untuk menghadapi detik sebegini.
Pastinya saat itu bakal bikin empangan peluh pecah.
Debar. Takut. Excited. Macam-2 ada.

Pastinya pengalaman ini bakal disimpan kemas dalam ingatan dan bakal dibungkus dengan gebar memori long-term untuk dicerita buat sanak-saudara di kampung halaman kelak.

Sudah banyak kali diri ini menyaksikan kakak-2 senior yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak di negara orang. Sungguh, mereka begitu kuat. Saya jatuh kagum.

Kalau di Malaysia , tentu ada family yang boleh membantu sedikit-sebanyak.
Suami juga boleh menemani isteri saat baby sudah mahu keluar melihat dunia.
Tapi, tidak di Jordan. Polisi yang ketat memang tak membenarkan lelaki menerobos ke labour room. Jadi, haruslah bersiap sedia prepare apa yang patut sebelum detik climax itu tiba.

Dan bangun pagi ini, saya tanya kakak rumah , " Kak Madihan dah bersalin ke? "

" Belum lagi? Bukaan masih kecil. Doktor suruh balik dulu . "

" Eh? Tak boleh ke stay je hospital. Kesian kan ibu mengandung nak kena ulang-alik pergi hospital. Padahal memang dah hari ni due. "

" Tak boleh. Hospital di Jordan tak bagi stay selagi belum betul-betul sakit. "

Hm.
Tambah satu lagi kesulitan.

Saya letakkan diri saya di posisi kakak tersebut.
Aduhai, bagaimana la mahu kuat?
Tak terjangkau otak nak fikir jauh.
Mungkin naluri keibuanlah yang mungkin memberi badai kekuatan dan ransangan untuk cekal dan berani.

Doa saya , semoga anak yang bakal lahir itu menjadi ulama' kecil yang bakal menceriakan ibu bapanya di dunia dan akhirat.

Biar terbayar jerih-payah si ibu dalam mengandungkannya selama 9 bulan.
Biar terlunas hutang kepada si ayah yang menanti si ibu dalam keadaan berteka-teki lagi sarat kebimbangan.

Mudah-mudahan , lahirnya zuriat itu di bumi anbiya' ini kelak menjadi petanda muncul lagi ulama' pewaris nabi, inshaAllah.

:)

Allahuyusahhil , kak.

19082016
Irbid, Jordan.

Image result for CUTE CHILD STUDY

Kenali Pakar Bedah Tertua di Bumi !

Kenali Pakar Bedah Tertua di Bumi !

Beliau la Alla Ilyinichna Levushkima, berumur 87 tahun dari Rusia.

Hingga kini masih bekerja sebagai surgeon di hospital. Wow!

Beliau ini memegang rekod baik sebagai pakar bedah dengan 'zero fatality' sepanjang melakukan 100 pembedahan dalam masa setahun. Fuh!

Kalau nak tahu lagi ,
Masa di zaman rebung lagi hingusan , beliau bercita-cita nak jadi Geologist tapi tup tup ditakdirkan dia terbaca buku-buku tentang doktor yang akhirnya mengheret inspirasi dirinya ke arah bidang pembedahan.

Kerana tingginya cuma 150 cm, hanya kurang 4 cm dari saya ( eh? ) , maka setiap kali beliau mahu menjalankan pembedahan , pembantunya akan bagi small platform untuk dia berdiri di atasnya.

Memang beliau ini pakar bedah tertua juga di Rusia dan walaupun terlalu tua , matanya masih elok dan tangannya tak shake . Lagi hebat bila masa beliau berumur 67 tahun m beliau dah buat perform sebanyak 10 000 pembedahan! Ayuhlah kita ternganga beramai-ramai.

Beliau hanya berkerja selama 4 hari bermula pada jam 8 pagi ( terima patient ) di klinik dan akan pergi hospital pada jam 11 pagi untuk bedah-bedah orang.

Beliau tak pernah berkahwin tapi tetap mempunyai anak di bawah tanggungan. Itulah dia 8 ekor anak kuching yang dia kutip dari tepi jalan dan menyelamatkan makhluk Tuhan yang tidak berdosa itu dari mati katak begitu saja tanpa sebarang pembelaan. Burung-burung pun selalu terbang dan hinggap di tingkap rumahnya sebab beliau ni suka sangatlah bagi makanan pada burung-burung itu.

Alla Ilinichna tinggal di apartment . Bila dia tak bekerja yakni cuti , dia akan menjaga anak saudaranya yang OKU.

Alla tahu rahsia kehidupan. Baru-2 ni beliau dianugerahkan ' Anugerah Vocation ' dan diiktiraf sebagai doktor terbaik di Rusia. Memang patut beliau menerima anugerah ini atas kesetiaan, kompeten dan tingginya komitmen dalam berkhidmat. Orang lain tak shabar-2 nak pencen , tapi berbeza dengan Alla , dia masih sedia mahu mencurah tenaga selagi jantungnya bisa terus mengepam darah dalam badan.

" I work and everything. I have nothing to do in retirement. Doctor - it is not just a profession, a way of life "

Doctor ❣

17082016
Irbid, Jordan.



Terjah Hospital Kali Ke-2

" Just use my stethescope. It's okay... "
" Ermm.. But... "
" No no. Its okay. Now try to hear my tracheae, my lung, my.. "
Warghh.. Malunya . Tapi, senior ini betul-2 bersungguh nak mengajar.
" Don't be shy. Just ask anything you want. If you don't know it now, you'll never know it forever. "
Sobs.
Hari ini saya buat aktiviti terjah hospital dan 'kacau' pesakit-pesakit yang ada di sana lagi. Tapi, kali ni tak terlalu hilang punca sangat.
Ditemani dua gadis arab yang masing-2 sudah di tahun akhir perubatan , saya telah berpeluang bersua secara direct dengan patient. Sebelum ni cuma berani main cak-cak je dengan patient di sebalik tirai hospital.
Masih di wad pediatric, bermula dengan patient pertama yang berumur 12 tahun , warga Palestin. Beliau batuk berdarah yang sangat teruk dan banyak sekali sejak dari April dan disyaki ada ketumbuhan dalam lung dia. Esok bakal dioperate.
Untuk patient ni, saya diajar teknik macamana nak ambil history patient. Terlalu banyak soalan yang perlu ditanya . Walaupun sakitnya lebih berkait dengan respiratory system, saya tetap kena tanya patient tentang GI system ( mulut , trachea, stomach, anal ), CVS dan sebagainya.
Saya garu-2 kepala jugak sebab bimbang dan takut mak patient dan adik yang sakit ni jadi annoying dan bertukar jadi raksasa gorgon bila kakak-2 senior Arab ni bertanya dalam bahasa Arab dan translate pula dalam bahasa Inggeris kepada saya. Bertubi-tubi soalan ditanya. Kadang-2 , soalan berulang. Aduhai. Serba-salah saya dibuatnya. Tapi, senior ni relax dan selamber badak air 78 kg saja terus tanya itu dan ini . Memang begitulah rutin yang sepatutnya. Dalam membuat diagnosis, chief complaint dari patient sangat penting dan perlu dimasukkan dalam laporan dengan mengekalkan istilah asal yang disebut oleh patient, tak boleh pakai medical jargon. Laporan ni la nak kena bentang pada senior doctor atau specialist nanti.
Salah seorang senior arab yang bawa saya jalan-2 tawaf hospital ni bernama Serine . Kakak bercermin mata ini dari Tunisia. English dia soooo good . Terkagum saya dengan diri sendiri sebab saya pun tak tahu macamana saya masih boleh faham apa yang dia cakap walaupun dia speaking English laju macam kenderaan Wonderpet. Malah, lagi laju juga daripada lagu rap. Hanya penguasaan bahasa Arabnya sahaja yang sedikit kurang sebab katanya, dia banyak guna bahasa Perancis di negaranya ( Tunisia ). She said that she tried hard to learn Arabic since she is in 4th year studying medicine. Now, you know what? She even can sembang-2 dengan kawan arab dia in Arabic language very fluently. Waaa. Big clap for her ..
Banyak kali dia cakap, ' you are like me. I was also started learn Arabic here, in Jordan. If I can do that, so why you can't do, huh? You can try learning it from now! '
Waaa.
Memang sangat kagum dengan Serine ni. Begitu cekap, lincah dan sangat menjaga masa. Itu sememangnya ciri-ciri yang perlu ada pada seorang doktor.
Kawan dia pula namanya Doha. Doha ada adik perempuan yang study medicine dalam batch saya jugak. Doha memang hebatlah kechek Arabnya . Yer la sebab dia memang orang Arab Jordan yang asli. Pengetahuan dia dalam clinical skill pun mashaAllah !Memang kita boleh bagi 5 bintang setengah pada dia. Daebak sangat!
Kami terjah pula seorang lagi patient yang berumur 9 bulan. Belum boleh bercakap.
Of course la, haha.
Bulu mata baby ni lentik sangat, badannya chubby dan sungguh best kalau dibuat bantal peluk. Eheh.
Kakak senior ni suruh saya teka umur baby comel ni dengan memberi banyak klu berkaitan sign normal yang selalu wujud pada budak seusia ini.
Teka teka teka.
Memang berbelit kepala otak ni nak fikir . Saya tak tahu nak kasi jawapan apa.
Tapi yang kagumnya, kakak-2 ni dapat mengagak umur baby ni dengan tepat tanpa bertanya kepada emaknya.
Maka, terasalah di situ bahawa saya perlu buat revision lebih lagi sebab saya dah pernah belajar semua itu, cuma tak dapat recall balik semua fakta. Aduhai.
Seterusnya , saya kena belajar buat physical examination. Kami pick randomly seorang patient, umurnya 9 tahun. Yaseen namanya dan dia baru saja menjalani pembedahan di perut yang disebabkan oleh hernia.
Doktor dah benarkan dia pulang. Tapi, sebab senior-2 ni nak ajar saya bagaimana nak buat pemeriksaan fizikal, kami tahan kejap budak lelaki ni. Memang malu-2 dia sebab kakak-2 ni nak check bahagian shoulder, chest dan axis yang lain, jadi kena selak baju sikit.
Dik, awak malu ke?
Akak pun malu jugak dengan awak. Haha.
Serius, saya pun memang malu la jugak sebab first time buat kerja-2 ni . Kalau saya kat tempat Yaseen, dah confirm 200% saya akan lari terjun katil hospital , masuk toilet dan kunci ketat-2 sebab tak nak keluar dah. Malu.
Tapi, mujur sebab Yaseen ni kecil lagi, saya pon buat-2 lah macho sikit ala-2 hero Hindustan walaupun dalam hati dup dap dup dap macam nak melompat keluar dah jantung ini .
Untuk pemeriksaan fizikal , saya perlu check dahulu badan patient samada ada rash , mass atau parut di mana-2. Ini termasuk dalam kategori inspection. Ada 4 lagi basic steps lain iaitu palpation, percussion, auscultation, and olfactory examination. Saya kena la belajar macamana nak check chest expansion, lung resonance, breath sounds dan lain-2.
Masa ni la baru first time saya belajar guna stethescope. I never know that the stethescope ada kunci jugak. I think that's why my mum said that my stethescope is rosak walaupun baru beli sebab katanya dia tak dengar bunyi apa-2 bila letak kat jantung dia. Duhai. Saya rasa memang stethescope tu terkunci. Haha
Other things I learnt from that session ;
Belajar check nadi patient.
Revise balik tentang resonance.
Cuba cakna dengan symmetry tracheae patient, tulang-2 dan sebagainya.
Kesimpulannya, banyak sangat benda yang ai tatau.
๐Ÿ˜ญ
" You'll never learn it all by this time. Just take step by step. You need more time. Slowly you will get to know all of them soon, InshaAllah "
Hm. Memang pon.
2 jam 30 minit meronda wad pembedahan kanak-kanak itu, tak cukop untuk saya kuasai semua teknik yang perlu diketahui.
Bahasa Arab lagi yang nak kena lancar. Kena la latih broca dan Wernick centre kat otak ni untuk kerja lebih keras.
Relation antara symptoms patient lagi yang perlu dibrain habis-habisan.
Chief complaint patient yang kadang-2 bikin otak kita memutar 360 darjah lagi.
Nak buat physical examination yang perlukan penelitian yang tinggi itu lagi.
Sob sob.
Ini baru check budak-budak.
Belum lagi dapat patient yang dewasa.
Saya ni dah la pemalu tahap gaban .
Dengan perempuan pun malu, dengan lelaki lagi la saya malu.
Kalau terlalu malu, saya akan diam , muka merah , tak boleh fokus dan rasa nak menyorok dalam stokin.
Em.
Tapi, sebab next month dah kena jadikan hospital sebagai rumah kedua, penghuni hospital sebagai tetamu tetap, doktor-doktor pakar sebagai ibu bapa angkat, maka haruslah saya ketepikan perasaan malu itu.
Kalau malu, tak boleh belajar.
Kalau malu, banyak tak tahu.
Kalau malu, silap-2 hari bulan, awak akan ketinggalan banyak benda.

Image result for CUTE CHILD STUDY

Nak jadi doktor , tak boleh malu.
Dengan patient harus ramah dan berani.
Jangan cepat panik dan harus selalu berlakon berani walaupun peluh awak tu dah mengalir banyak macam empangan pecah.
Semua ini tak mampu pun nak dicapai oleh seorang manusia biasa macam saya. Sangat tak mampu.
Hatta 3 tahun saya belajar medik selama ini pon, tetap saya rasa tak mampu sebenarnya.
Tapi, macamana boleh redah jugak?
Macamana boleh habiskan jugak 3 tahun yang mencabar ini?
Sebab Allah yang bantu.
Hidup kita , susah atau senang macamana pun, stick dengan Tuhan selalu. Itu saja petuanya.
Allah bagi ujian pada kita berbeza ikut kemampuan.
Expands our limit dan ketahuilah kita boleh buat apa sahaja perkara yang kita rasakan berat itu. Orang lain boleh, tak kan kita taboleh??
Dekatlah dengan Allah, banyak benda yang awak akan rasa ringan meski ia sebenarnya berat nanang.
Untuk setiap masalah, menangislah pada Allah.
Dia rindu tangisan kamu.
Sebab itu dihadirkan ujian yang menyesak otak ini,
Agar . .
Kamu sudi menghamburkan segala rasa sesak itu di hadapan-Nya.
Sesungguhnya, Dia sedang menunggu kamu. =')
16082016
Irbid, Jordan

Image result for CUTE CHILD STUDY

Diari Pertama Kali QASRUS Di Hospital

Tangannya kekal meletakkan oxygen mass di mulut kanak-kanak kecil itu.

Matanya memandang kami dan menggariskan sedikit senyuman. Masih mampu tersenyum biarpun tergambar riak pilu bercampur pasrah dan tabah di wajahnya.

" Assalamu'alaikum. Kami ni bakal pelajar tahun 4 perubatan. Maaf menganggu.

Berapa umur anak awak ni? "

" 1 tahun lebih "

Saya memandang sayu. Mata pesakit ini tidak berkelip sedikit pun. Hanya memandang syiling hospital. Tak sedikit pun terganggu dengan kehadiran kami.

Saya lihat kakinya sekali-sekali bergetar. Muscle spasms.

No idea. Saya tak tahu beliau sakit apa.
Otak blur. Tambah baru saja lepas exam subjek Psychology sebentar tadi. Dah penat nak perah otak fikir dan buat perkaitan dan observation dari apa yang dilihat pada pesakit.

Aduhai. Bertabahlah wahai ibu!
Memang , tiada siapa yang mahu anaknya sakit.
Tak ada yang rela melihat anak terbaring lesu di katil hospital.
Tapi, apakah daya kita mahu menolak ujian dari Tuhan?

Ini kali pertama saya menjelajah King Abdullah University Hospital . Sebelum ini hanya berani meronda di ruang legar hospital. Tapi kali ini, saya beranikan diri buat-buat macam pelajar klinikal , pakai lab coat dan sesuka hati ronda wad kanak-kanak di tingkat 3 hospital itu.

Hospital itu ada 10 tingkat semuanya. Orang awam yang melihat saya tersenyum dan menunduk hormat.

Acah-acah doktor. Tapi takde stethescope. Kad Pelajar Klinikal pun takde. Haha. Aci redah saja ni.

Excited sangat nak masuk hospital pada sem hadapan.
Moga aktiviti jalan-jalan dalam hospital kali ini akan membius semangat diri ini agar mahu belajar bersungguh-sungguh.

Bukan senang nak survive dalam dunia klinikal.
Banyak zero yang mampu jadi hero.
Tapi ada juga zero yang terlajak jatuh ke level negative.

Fuh. Hati mesti sado. Harus kuat dan rajin.
Jadi doktor , bukan sekadar angkut stethescope atas leher dan bergaya dengan lab coat bagai model muslimah di atas pentas. No no.

Tugas doktor ialah merawat pesakit.

Mahu rawat pesakit, kena kumpul maklumat.

Nak kumpul maklumat, kena bersembang dengan pesakit.

Nak bersembang dengan pesakit, kalau cakap bahasa melayu, silap-silap dia lempaq kerusi hospital kat hang. Mahu tidak mahu, kena bercakap Bahasa Arab. Kena lancar Bahasa Arab. Kena faham Bahasa Arab.

Dah dapat maklumat , kena pulak check pesakit. Teknik kena betul supaya tak tersalah buat diagnosis nanti. Alatan perubatan kena pandai guna.

Dah dapat history patient , dah buat pemeriksaan fizikal, kena la perah otak macam Detektif Conan untuk cari tahu apa masalah pesakit ini , apa penyakit dia . Untuk buat diagnosis ini tak boleh suka-suki tembak saja. Diagnosis ini akan menentukan rawatan yang nak diberi. Mahu tak mahu, perlu ada ilmu dalam membuat penilaian. Ilmu yang dah dipelajari selama 3 tahun sebelum masuk klinikal kena pakai semula ketika fasa ini. Penting!

Dah dapat diagnosis, kena decide test apa yang sesuai untuk confirmkan diagnosis itu. Kalau tak tahu? Parah.

Saya terjah lagi satu bilik lain dalam wad kanak-kanak itu. Melihat seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan 5 tahun sedang disuap makan oleh emaknya. Nampak macam dah sihat.

Sekali lagi saya dan rakan kenalkan diri . Ini step pertama ketika melawat patient selepas berdiri di sebelah kanan katil patient.

" Anak awak ni sakit apa ? "

" Cystic Fibrosis, " kata si emaknya. " Dia dah selesai menjalani pembedahan, sudah semakin sihat "

Alhamdulillah. Kami tersenyum senang.

Seronok sekali bila melihat si kecil ini kembali sihat.
Dari muka yang tidak bermaya sudah muncul wajah yang ceria.

Itulah tugas seorang doktor.
Dia tak mampu menyembuhkan tapi hanya menjadi perantara yang akan berusaha melakukan apa sahaja untuk merawat pesakitnya.

Hanya bertunjangkan niat yang satu. Moga pesakit ini sembuh. Sihat sentiasa. Pulih seperti biasa. Dapat hidup macam manusia lainnya. Moga-moga mereka ini pula yang bakal menggerakkan rantai-rantai perjuangan Islam kelak.

Rakan saya menoleh kepada saya ,

" Kita kena belajar bersungguh-sungguh tau, Qasrus . "

" Ye. Betul tu. Tapi, tak mudahkan semua ni? "

" Hmm. Tu la. Lepas ni, kalau ada yang cakap belajar medik tu senang, baling dia dengan selipar jepun. "

Haha.

Begitulah kisah pertama saya menjejak kaki di hospital.
Begitu awkward tapi nak pergi jugak.
Nampak doktor senior , lari.
Terserempak dengan residents, sorok muka.
Bertembung dengan pelajar tahun 6, garu-garu kepala.

Image result for CUTE CHILD STUDY

Semoga permulaan ini bakal memuncakkan kekentalan jiwa.
Banyak lagi cabaran yang terbentang luas di hadapan.

Mohon doa sahabat-2 ,
Doakan saya menjadi doktor yang berjiwa hamba.

:)

14082016
Irbid, Jordan.

Bila Rasa Bersalah Menghantui .

Pernah tak ?
Kita terbuat salah kepada seseorang. Serius ni! Tak sengaja. Rasa bersalah sangat. Nak minta maaf , tapi malu dan serius tak mampu.

Bila dah balik rumah , baru rasa menyesal. Baru teringat semula salah tadi . Baru rasa menyampah dengan diri sendiri why I didnt say something or anything sebagai tanda minta maaf??


Pernah tak ?
Kita terbuat sesuatu yang kurang proper. Kita rasa tak patut buat benda tu. Tapi, kita terbuat jugak. Dah pesan pada diri banyak kali, jangan buat, tapi masih buat lagi.

Bila dah balik rumah, baru termenung seorang diri. Baru rasa marah tak tentu hala dengan diri sendiri. Why I did the things that I didnt want to do, huh?

Sesal. Marah. Sedih. Silih berganti rasa yang yang hadir.

Itulah saat kita muhasabah diri sendiri, banyak benda tak tercontrol setiap hari.
Banyak perkara yang masih bercorak dengan nanah , masih dipaku dengan uncommon sense dan masih dihujani lemah di mana-mana saja perbuatan kita.

Orang yang hatinya sensitif, dia akan cepat sedar salahnya. Jiwanya cepat menjerit apabila ada anggota tubuhnya yang terbuat salah laku.
Tiada ketenteraman walaupun namanya 'Sakinah' .
Tiada kebahagiaan walaupun namanya 'Saidah'.
Rasa tak bijak walaupun namanya 'Zakiah'.

Hmm.

Bila bersalah dengan orang, laju-2 minta maaf.
Baru hati tenang.

Bila terbuat sesuatu yang improper, azam dengan diri sendiri untuk tidak lagi jatuh dalam lubang yang sama, hindari salah yang sama buat kali kedua.

Bila bersalah dengan Tuhan, malulah pada diri sendiri. Kesallah pada diri sendiri. Marahlah pada diri sendiri.

Malu itu akan mendidik.
Sesal itu akan mentarbiah.
Marah itu akan mengawasi.
Agar tidak lagi tegar biarkan diri berani melanggar prinsip diri.

Sebab itu kita sangat dianjurkan, minta maaf sebelum berpisah dengan teman-2 .

Sebab itu kita digalakkan banyak buat solat sunat taubat dan lazimi lisan dengan istighfar. Orang soleh dahulu sangat rajin buat solat sunat taubat ; awal pagi sebelum subuh, waktu isyraq, selepas maghrib dan juga selepas isya' . Dah soleh , tapi masih tak putus bertaubat. Hebat ? Ye. Sangat hebat, patut kita contohi.

Doalah selalu. Biar hati kita yang keras ini lembut. Biar ia segera sensitif dengan benda-benda yang salah agar terus dapat bagi warning kepada otak , ' You can't do that forever ' .

Biar islah terus melingkari ruang hidup.
Biar diri jadi musleh , jadi muslim yang tinggi common sense dan jadi manusia yang baik di mata Allah juga makhluknya yang lain.

Saya doa , semoga Allah kurniakan kita hati yang lembut dan sentiasa dekat dengan kebaikan dan semoga Allah yang mengawal diri kita di saat kita tak mampu kawal diri sendiri. InshaAllah :)

13082016
Irbid, Jordan.

Image result for CUTE CHILD STUDY

Cabaran Kanak-Kanak Medik Dan Dentist

" Masa akak dalam round Psychiatric , Doktor akak pernah cerita tentang seorang bapa yang tanam anak perempuannya di sekitar rumah. "

" Kat mana tu , kak ? "

" Kat sini la. "

" Serius ? Tak ada orang lapor ke polis ? "

" Bapa dia baran sangat kut. Orang kampung pun tak berani buat apa-apa. "

๐Ÿ˜จ

***

" Akak exam tadi. Tapi patient akak tidur. Dah la berdengkur. Akak susah nak dengar heart beat dia sebab macam sama je bunyi dengkur dia dengan heart beat... "

๐Ÿ˜‚

***

" Patient akak ni macam ada mental disorder je . "

" Eh? Kenapa akak cakap macam tu ? "

" Yerla. Akak cakap banyak kali dah , treatment untuk gigi dia esok , di Yarmouk. Tapi dia terus jugak tanya soalan ; bila / kat mana "

" Dia nak cari modal borak dengan akak kut.. "

" Tapi , akak tak larat nak balas. Dia ulang benda yang sama.. "

" Ke dia ada OCD atau Delirium? Hehe. Dia tu perempuan ke laki kak ? "

" Perempuan. 19 tahun. Masa akak jumpa kat klinik , dia diam je. Tak banyak cakap pun.. "

" Dia nak kawan dengan akak kut.. "

" Ada lagi satu patient yang pernah akak rawat gigi dia. Dah kahwin , ada anak. Tapi selalu sangat mesej akak, tanya khabar akak, puji itu ini "

" Yang ini laki ke perempuan? "

" Lelaki "

Em. Kronik kak. Kronik!

๐Ÿ˜…

***

Begitulah...

Acap kali saya mendengar kisah² klinikal dari housemate rumah saya. Dua orang senior perubatan dan seorang senior pergigian.

Rasa beruntung...

Banyak pengalaman dan cerita mereka di klinik dapat telinga ini menumpang dengar dan jiwa ini menghadam lumat ; mencipta tali kekuatan sendiri dan membina azam juga semangat yang tinggi.

Dunia klinikal...

Tinggal sebulan lagi saya akan menjejakkan kaki ke alam klinikal ; dunia lab coat putih , pen tak lepas di tangan , stethoscope tak hilang di leher , patient hari² depan mata.

Setelah 3 tahun berhempas-pulas menghadap suka duka duka duka dalam alam pre-klinikal , maka tak lama lagi akan berdepan pula dengan masam manis alam baru ; klinikal.

Penat belajar ni. Siapa kata menjadi pelajar itu sangat relax ? Kalau anda masih relax dan santai sedangkan anda berdiri atas title ' pelajar ' , maka anda masih belum dikira sedang belajar. Ketahuilah bahawa yang dinamakan pelajar itu adalah orang yang gigih menuntut ilmu tanpa lelah dan jemu dan sayangkan masa² yang dia miliki dari terbazir dengan aktiviti duduk saja. Dia banyak benda kena buat ; murojaah, buat nota, munakhosyah, latih tubi dan tugas² sampingan lain yang menanti.

" Tahu tak ? Terkejut sangat akak. "

" Sebab apa, kak ? "

" Hari tu, akak baru nak masuk klinik tapi terkejut sangat bila tetiba tengok doktor tengah baca buku. "

" Doktor baca buku ? Buku teks ke ? "

" Aah . Dia bawa buku teks pergi klinik dan baca. Siap menghafal lagi. Segan sangat akak yang masih student ni , tak segigih dia. Dia tu dah jadi doktor pakar pun , masih rajin bawa buku . . . "

Manusia itu kompleks...

Sepanjang saya berada dalam persatuan di alam kampus , pelbagai jenis manusia saya jumpa. Benar, rambut sama hitam, bulu mata melentik sama, lubang hidup bersaiz serupa, tapi hati tak semestinya matching dan sentiasa senada dengan kita. Maka , harus terus belajar dalam memahami manusia , dunia dan bagaimana mahu mengadaptasi dengan semua ini.

Malah kelak jika diizinkan Tuhan untuk saya berkhidmat sebagai seorang doktor, tetaplah tak lari dan renggang dari terjebak dengan pelbagai manusia yang bermillion bahkan berbillion ragam ini.

Latihan yang mengasak...

" Akak , sebelum kita treat patients, kita kena dengar complain dia dulu kan. Masalahnya kita kat Jordan . Patient kita cakap Arab. Tambah kalau yang agak berusia tu, mesti rumit untuk otak kita terjemahkan apa yang dia cakap..."

" Sebab itu, kalau kawan Arab kita study sehari 12 jam , kita kena study double dari mereka "

Dan saya pun terlopong , ternganga , dan termenung lagi tak percaya. Besar cabaran klinikal kelak. Bayang² dan debaran kian boleh dirasa. Namun, tetaplah perasaan excited itu memuncak di dada.

Ketahanan perlu ada.
Jiwa kena sado.
Keyakinan mesti tinggi.
Berani mencuba dan jangan takut gagal.
Jadikan doa sebagai kekuatan kerna meskipun bumi ini dilitupi permaidani besi yang menutup, tetaplah hamparan langit terbuka untuk mengangkat setiap doa kita. Yakin!

Bagaimana harus kuat?

Apabila orang lain berjaya dan boleh lepasi segala halangan, mengapa kita tak boleh?
Kita juga haruslah boleh! Kerna kita hebat. Percaya diri kita hebat sebab itu Allah beri kita detik yang mencabar untuk diredah.

Melihat orang lain, jadikan inspirasi .
Tajdid niat selalu, biar jelas matlamat diri .
Untuk apa aku lakukan semua ini ?
Untuk siapa aku akan mempersembahkan amal ini ?
Jika jawapannya 'Allah' di stage pertama , maka tiadalah rugi, tiadalah kecewa, tiadalah lemah jiwa.

Kerana apa?
Kerana Allah itu kekuatan.
Nak cari kekuatan,
Buatlah sesuatu kerana Dia , untuk Dia.

12082016
Irbid , Jordan

Image result for CUTE CHILD STUDY

Qasrus Dah Grad Pre-Clinical !

Mencecah RM 8 o o

Nilai yang sangat tinggi.
Kalau beli megi , dah boleh buat stok 12 bulan dan makan dengan sepenoh hati tanpa henti-henti.

Semoga belian ini menjadi pelaburan yang tidak sia-sia.

- Muslimah Meddie -

#LetsGoToTheHospital
#ClinicalLife

May Allah ease ^-^

07082016
Irbid, Jordan

Pelajar Ini Menakjubkan !

" Hebat !

Awak sangat sibuk dengan tanggungjawab besar dalam persatuan dan kerja-kerja luar. Cari duit lagi untuk sara adik-beradik. Tapi, sangat luar biasa when you can got higher marks than those students yang tak terikat dengan apa-apa komitmen .

Awak buat macamana ? "

Tertanya-tanya rahsia si dia . Dalam diam diri ini jatuh berguling-guling kagum dengannya .

How she can do it ?
How she survives dalam kesibukan yang tidak pernah mahu menunjukkan tanda-tanda lampu isyarat merah ; non-stop.

" Saya BUKAN PELAJAR BIJAK pun. Kalau tengok balik rekod markah saya ketika sem sebelum-2 ni, nak label sebagai budak genius atau bijak memang jauhnya bagai Makkah dengan Malaysia la. Markah pon tak pernah kaler berterbangan ( baca : flying colour ). "

" Sekarang ni awak dah berbeza. Awak buat apa dan macamana ? "

" Tak adalah beza sangat saya ini. Sekarang pun saya masih BANYAK TIDUR , BANYAK MAKAN , BANYAK ONLINE . Haha. "

Huh? Aneh. Bergurau ke dia ni ?
Macamana orang banyak MAKAN , banyak TIDUR , banyak ONLINE boleh score markah yang baik ??

" Er. Tapi, macamana boleh pandai ? "

" Kan saya dah cakap, saya tak pandai pun. Kalau pandai, tentu dari first year saya dapat dean list , president list , sultan list bla bla bla

Kan ? "

" Erk... Habeh tu ? Ni markah melangit tinggi ni apedia ?? "

" Dulu, saya tak faham. Saya tak tahu. Saya cuma tahu attitude yang baik tapi behaviour yang saya amalkan adalah salah. Rahsianya cuma pada behaviour . You change your behavior , you can change everything . "

What??
Attitude? Behavior? Bukan sama ke ??

Dia macam faham apa yang berjoging dalam benak saya. Tak lama lepas tu, dia sambung bersyarah, " Attitude adalah konsep yang kita fikirkan betul , kita ambil dari pembacaan atau melihat model yang ditunjukkan orang lain. Behaviour pulak adalah benda yang kita amalkan. Apabila behaviour kita ikut attitude yang baik , like I said before, you can change everything , you can change your world! "

Hurm..

" Compleks sangatlah awak. Cuba cerita terus , apa je behaviour awak yang dulu dan behaviour awak yang sekarang ? Di mana bezanya ? Apa yang awak dah ubah ? "

Dia tersenyum.

" Dulu saya selalu ada konflik dengan masa. As you know, saya sangat sibuk. Bukan senang nak imbangkan pelajaran , persatuan , business dan perkara-perkara lain. Saya selalu berdoa dan berdoa moga Allah berikan jalan keluar untuk masalah 'tak cukup masa' dan saya selalu doa Allah beri saya keberkatan waktu.

Indeed , saya mahu berjaya dalam hidup. Berjaya dalam pelajaran , amanah dalam tanggungjawab yang tergalas di pundak juga mahu jadi hamba Allah yang mumtaz mutabaah amalnya walaupun sering diasak kesibukan pada setiap waktu.

Setelah bertahun , akhirnya Dia tunjukkan jalan . "

" What ? "

" Saya baru diberi kesedaran bahawa masa saya banyak je selama ini. Walaupun sibuk, semua orang tak boleh bohong bahawa dia ada banyak masa sebenarnya.

Silap saya selama ini, saya gagal manfaatkan masa yang berkualiti. Masa yang banyak selalu terhabis dengan kualiti yang rendah . "

Diam. Masa yang berkualiti.
Hurm...

" Kerana kegagalan saya menjadikan masa saya berkualiti, saya tak boleh perform yang terbaik dalam pelajaran walaupun hasrat saya tinggi untuk menjadi pelajar 'scorer' dalam batch. Mujurlah saya masih mampu survive untuk dapatkan markah yang cukup-cukup makan. Kehidupan saya juga baik cuma ada masa tertentu yang saya selalu rasa tunggang-langgang, banyak benda tak settle, dan paling kronik bila saya tak mampu nak uruskan dengan baik public relation saya terutama dengan orang terdekat. Saya susah nak raikan orang lain kerana saya terlalu fikir tentang kesibukan diri saya dan banyak benda yang saya tak dapat settlekan.

Waktu tu saya mula sedar. Saya banyak utamakan perkara yang tak penting daripada perkara yang penting dan perkara-perkara yang harus diutamakan.
Saya baru sedar. Saya masih 'kanak-kanak tadika' dalam menguruskan 24 jam masa yang Allah beri.

Alangkah teruknya... "

" Jadi, apa yang awak buat ? "

" Saya ubah hidup saya. Saya guna app isoTimer di handphone untuk schedule jadual mingguan saya terutama berkaitan program persatuan , meeting , usrah , exam dan lain-lain.

Saya juga listkan perkara-perkara penting yang saya mahu lakukan dalam masa yang terdekat. Untuk perkara yang tak berapa urgent , saya guna pen hitam dan biru manakala untuk perkara yang perlu disegerakan, saya tulis dengan warna merah.

Saya juga disiplinkan diri untuk pembahagian masa ; masa tidur , masa makan , masa untuk housekeeping, masa untuk online atau balas mesej penting / tak penting , masa untuk call parents , masa untuk Al-Quran , masa untuk study dan masa untuk ziarah teman-teman.

Saya cuba buat dan test dalam seminggu. Alhamdulillah, ia berkesan! Saya rasa hidup saya semakin terurus. Study saya laju walaupun terpaksa ke sana sini untuk join program dan meeting.

Dulu, pagi nak exam pun saya masih tak habis baca material.
Sekarang, berbeza sangat. Pagi nak exam, saya dah selesai ulangkaji pelajaran lebih dari 2 kali , berjaya jawab soalan-soalan past year dan boleh baca summary material.

It's amazing!

Image result for CUTE CHILD STUDY

Pergi exam pun rasa tenang sebab dah berjaya cover semua silibus. "

SubhanAllah!

Tahniah sahabat!
Indeed, Allah telah menjawab doa-doanya selama ini.
Instinct untuk dia berubah dan membuat perubahan itu juga tentunya dari Allah.
Mungkin sebab dia dah banyak tolong orang, tolong persatuan , maka Allah bantu dia,

Saya kira , kerana masa dirinya kini sudah teratur, maka dia mampu menyeimbangkan rutin hariannya . Then, secara tak langsung , dia dapat meningkat kualiti dalam setiap perkara yang dia lakukan terutamanya dalam pelajaran.

Tetapi, saya masih tak puas hati...
Ada yang belum saya korek dan gali.
Selagi mampu, saya akan cuba cari. Cari sampai dapat.

" Macamana jadual awak seharian ? Dari bangun pagi sampai tidur di malam hari ? "

Dia tersenyum.

" Saya tidur seawal jam 9.00 malam atau selepas Isya' . Saya dengar Sheikh Zainul Asri pernah cakap, waktu paling berkualiti untuk kita rehat atau tidur adalah sekitar selepas Isya'.

Saya bangun pada jam 2.00 pagi atau 3.00 pagi untuk Solat Tahajjud dan baca Al-Quran. Kadang-kadang saya bersama Al-Quran sampai Subuh. Kadang-kadang saya tidur semula dan bangun bila azan Subuh dah berkumandang.

Lepas solat Subuh, saya baca Quran sikit. Kemudian saya akan cuba buka buku. Sejam selepas Subuh, saya akan tidur sekejap kalau terlalu mengantuk. Selalunya tak lama , cuma dalam 15 min hingga 30 min sahaja.

Lepas tu, bangun la. Buat breakfast sendiri dan makan. Setiap pagi saya wajibkan diri saya untuk makan sebab dah tahu memang seharian akan penat ke kelas. Rumah pulak memang jauh dari universiti. Lepas makan, saya kemas-kemas sikit dapur dan terus siapkan baju yang mahu dipakai ke kuliyah. Last sekali, mandi dan bersiap untuk ke kelas. Sebelum keluar rumah, saya pastikan dah siap berwudhu so boleh terus solat dhuha. Keluar saja dari rumah, saya akan matikan internet dan silencekan telefon.

Di kelas, saya duduk di seat hadapan. Kalau pensyarah duduk atas stage dan ajar guna slide, saya duduk belakang sikit supaya tak perlu mendongak kepala. Tapi, tetap di bahagian hadapan hall. Saya jarang menulis nota dalam kelas sebab doktor selalu cakap laju. Lagipun, material yang diajarkan dapat diakses dengan mudah untuk dibuat ulangkaji, so takde masalah. Kalau kelas yang doktor mengajar guna papan putih, maka saya akan salin apa yang dia tulis sambil telinga dengar dengan teliti dan mulut merespon sekiranya doktor bertanya.

Habis saja kelas di Universiti, saya akan terus ke library. Selalunya saya peruntukkan 2-3 jam di library untuk study. Tak kisah apa-apa subjek. Sebab saya memang jenis study sorang-sorang dan tak boleh study dalam keadaan bising, memang library tempat paling ideal untuk saya. Sepanjang waktu di library, saya 'larang' diri saya untuk online sebarang media sosial walaupun you know.. Internet library laju macam Ferarri. Haha.

Disiplin kena ada. Lepas saya buat macam ni, ternyata kualiti masa study saya bertambah. Saya dapat fokus lebih dan study lebih banyak. Suasana orang study di library juga banyak menyokong saya untuk stay strong dan bersemangat untuk study.

On the way nak balik rumah, barulah saya buka phone dan on mobile data. Segala notifikesyen saya check dan segala mesej saya balas. Baru senang hati dan rasa dapat meraikan semua orang. Dah selesai semak akaun facebook, whatsapp, twitter, yahoomail, mesengger, telegram atau insta, barulah saya off semula internet.

Scrolling media sosial ? Dah lama saya tinggalkan.
Sebab? Sebab saya sayang masa saya. Scrolling social media dah terlalu banyak waste my time. Bukan itu sahaja, ia juga dah jadi penyebab saya gagal seimbangkan masa untuk buat kerja-kerja yang lebih penting. Sadis.

Sampai di rumah, saya akan makan apa yang ada untuk mengisi perut. Tengahari pun wajib makan walaupun kat rumah tak ada yang masak. Carilah apa-apa yang boleh dibaham. Selepas makan, selalunya saya biasakan diri untuk bergerak. Kalau duduk termenung, goyang kaki goyang perut, alamatnya memang tidurLah.

Waktu sementara nak tunggu asar, saya akan baca bahan bacaan selain akademik atau buat housekeeping. Dah masuk asar, boleh terus solat dan selepas asar saya akan selesaikan satu per satu list-to-do. Penekanan diberi pada kerja yang ditulis dengan warna merah.

Hampir masuk waktu maghrib, saya akan bersihkan diri dan bersedia untuk solat. Lepas solat, macam biasa kita baca Al-Quran sampai waktu mahgrib. Kadang-kadang saya break untuk dinner sebab biasanya waktu lepas maghrib housemate dah siap masak. Then, habis je solat Isya' terus ucap good night to the world. Hehe. The end. "

Wow. Saya ternganga. " Awak tak penat? "

" Tentulah tak. Saya lagi seronok sebab semua benda saya dapat uruskan dengan baik. Setiap hari terasa gembira dan bahagia. Kalau hari cuti, lain sikitlah jadualnya. "

" Awak ada apa-apa amalan tak yang awak selalu buat setiap hari? "

" Biasakan qiamulail , baca Quran , solat sunat Dhuha , solat sunat rawatib espeseli sebelum solat Subuh, sedekah , amalkan mathurat atau manzil dan wajibkan diri dengan surah-surah pilihan. Kalau saya, saya prefer untuk baca Yassin dan Al-Waqiah pada waktu pagi. 10 ayat awal dan akhir surah Al-Kahfi, surah Ad-Dukhan dan surah Al-Mulk pula pada waktu malam. Paling penting, sentiasa keep in touch dengan parents , minta diorang doakan kita selalu. "

" Awak. Hebatlah. Tak tahu nak komen macamana lagi. Beza tak hidup awak sekarang dengan yang dulu? "

" Of course lah. Hehe. Dulu saya tidur jam 11.00 malam atau 12.00 malam dan bangun lepas subuh. Tak sempat nak qiamulail. Itupun masih mengantuk. Pergi kelas pun mengantuk, tak boleh fokus dan tidur.

Dulu, saya tak pernah study di library. Lepas kelas je terus saya balik. You know? Perjalanan yang jauh dari universiti untuk pulang ke rumah menyebabkan saya penat dan bila sampai rumah, terus nak berehat ( tidur, scrolling media sosial, tengok movie dll ).

Nak buka buku? Hmm. Memang tak lalu. Penat kut.

Masa saya waktu tu sangat tak berkualiti. Kualiti study berada di paras akar di saat orang lain dah boleh sampai ke pucuk paling atas. Pengurusan hidup tunggang-langgang macam lori ais terbalik. Hancur.

Mujur saya tahu apa fokus saya.

Akademik, persatuan, Al-Quran, business dan penguasaan bahasa serta ilmu-ilmu tambahan.

All of those things menyebabkan saya bertekad untuk ubah hidup agar dapat adapt dengan situasi sekarang. Hmdulillah, He knows me and He helps me a lot. Semuanya dari Dia juga... "

" Tahniah awak. Cerita awak ni sangat mengispirasikan saya. "

" Hehe. Tak adalah. Saya biasa-biasa sahaja. Cuma awak kena ingat satu perkara je, orang biasa boleh jadi luar biasa apabila dia buat benda yang betul . Semoga Allah bantu kita semua ya.. "

Sobs. You're really inspiring me.

Betul, memang senang kita nak cakap - Biasakan yang betul, betulkan yang biasa - tapi praktikalnya ternyata tidak mudah.

Ada orang yang ambik masa bertahun untuk berubah. Susah. Penat. Payah. Jalan yang penuh peluh dan air mata.

Tapi, sekiranya ada tekad yang kuat dan betul-betul meminta kepada Allah , inshaAllah , jalan yang payah pasti akan jadi mudah dan masa yang panjang tentu bakal jadi singkat.

Salam perjuangan dan Selamat bertahan, sahabatku !

Irbid, Jordan
27062016

Image result for CUTE CHILD STUDY

Adakah Kerana Aku BODOH ?

Bila rasa susah dalam belajar , ingatlah jangan sesekali label diri sendiri dengan perkataan 'bodoh' .

Awak cerdik sebenarnya.
Ingat tak dulu masa mula-mula nak hafal sifir 1 sampai sifir 12 ?
Mula-mula rasa susah bila tengok nombor berderet-deret tu.
Tapi , kalau hari ini (sekarang) kita tengok balik sifir , kita mesti akan kata ,

'It is sooo easy. Pelik kalau orang cakap sifir tu susah. Senang macam nak buka picu alat pemadam api je kut.' *Flip the umbrella*

Kenapa kita boleh cakap senang ?

Sebab kita dah hafal sifir itu. Banyak kali ulang. Banyak kali guna. Guna pula buka waktu exam saja, dalam hidup seharian pun kita masih guna.

See?

Semua ilmu pun macam tu.
Ulanglah. Hafallah. Lazimi murojaah.
InshaAllah, ilmu itu akan lekat dalam dada.

' Erk. Susahlah nak hafal. Otak saya dah tumpul. Saya dah tua '

Kamu salah.
Otak kamu masih boleh berfungsi dengan baik.
Kamu masih boleh serap banyak lagi ilmu.
Kapasiti otak yang Allah cipta untuk setiap manusia itu sangat luas. Sebab itu orang berusia 60-an pun masih boleh dapat master, phD dan sebagainya.

Jangan cakap ' otak sudah tumpul ' , tapi cakaplah yang ' aku banyak dosa , sebab itu ilmu payah masuk '

Kadang-kadang, kita sengaja nak ponteng kelas atau bermalas-malasan pergi ke kelas.
Kadang-kadang, kita tak hormat guru di hadapan yang sedang mengajar. Kita main henset , main game , main set set tom bak dengan kawan hadapan.
Kadang-kadang, kita tak hormat mak ayah.
Kadang-kadang, kita tak jaga mulut , mata dan telinga dari bermaksiat kepada Allah.
Kadang-kadang... Hurm. Banyak sebenarnya kadang-kadang kita ni, kan?

Maka, lazimi solat sunat taubat, istighfar dan sadaqah. That's all what you can do. Remember in your mind that ilmu itu cahaya dan cahaya tidak akan sesekali menembusi hati yang kotor dan gelap. Gelap dengan dosa. Tinggalkanlah dosa besar dan kurangkanlah dosa kecil.

Antara faktor lain kenapa kita susah nak dapat ilmu walau dah beratus kali baca muka surat atau ayat yang sama adalah disebabkan pemakananan.

Cari makanan yang halal dan suci cara penyediaan dan bahan-bahannya.
Cari tukang masak yang solat dan menutup aurat.
Zaman belajar ini, usahakanlah untuk kurangkan makanan yang masam atau jajan atau yang banyak perasa. Tak elok untuk kesihatan neuron dan tak elok juga untuk buah pinggang.

' Hurm, otak saya senang je nak osmosis apa yang dah dibaca. Masalahnya, saya tak ada masa nak membaca dan ek... kadang-kadang rasa malas juga nak membaca '

Malas. Ubatnya rajin.
Kamu akan rajin apabila kamu ada masa yang cukup dan ada fokus yang tinggi.

Sebab itu, buat peruntukkan masa study dan jadikan masa khusus untuk study itu masa yang berkualiti.
Kualiti? Macamana nak jadikan masa study berkualiti?

Pastikan perut tidak dalam keadaan kebuluran macam zaman Perang Ketiga Dunia.
Letak tepi henfon , ipad , laptop , atau segala gadjet yang kamu ada. Tak ada kekuatan ? Off WIFI.
Cari tempat yang tenang, merdeka dari kebisingan manusia dan ada pencahayaan serta pengudaraan yang baik.

:)

See?
All of that can make you easy in your studies as long as you wanna do it.

Ingat, kamu tak bodoh.
Kamu cuma perlu lakukan sedikit perubahan sikap dan cara hidup , lepas tu , kamu pasti akan rasa kamu bijak.

Bijak meninggalkan kebiasaan yang salah dan melakukan rutin yang betul.

:)

21072016
Ramtha, Jordan

Image result for student life

Cara Menasihati Adek-Beradik

Salam akak. Macam mana kita nak tegur adik-beradik kita yang lebih tua. Dan dia agak susah menerima teguran disebabkan dirinya yang suka berfikiran negatif. Tambahan lagi, dia juga tak laksanakan apa yang Allah suruh secara sempurna.

___

Wsalam adik yang tersayang.

Pertama sekali, kenali karakter kakak/abang kita. Apa yang dia suka dan apa dia tak suka. Untuk menjadi da'ie, kita kena tambat hati mad'u. Berwataklah sebagai seorang adik yang disenangi mereka kerana itu akan membuatkan hati mereka lembut dan mudah mendengar kata kita. ^-^

Kedua, jadikan diri kita sendiri sebagai qudwah. Tunjukkan kepada mereka perilaku dan akhlak yang terbaik dalam diri kita. Tak perlu minta mereka melihat, tapi mata hati mereka tetap akan menjeling melihat kita. Tak perlu desak mereka mencontohi kita, tapi suatu hati nanti fikiran mereka yang akan mengasak diri mereka untuk mengikuti kita. n_n

Ketiga dan terakhir, doa. Never underestimate doa. Percayalah, hati manusia itu lembut dan boleh dilentur. Yang berkuasa melakukannya adalah pencipta hati itu sendiri yakni Allah Azza Wa Jalla. Sebagaimana batu yang keras kedekung, hentak ke kepala konfem benjol 5 inci pon boleh berlekuk apabila air mengalir terus-terusan ke atasnya, pastilah lagi mudah bagi Allah untuk mengubah hati manusia yang keras dengan hikmah, hidayah dan taufiQ-Nya.

Lalu, tunggu apa lagi, dik?

Sentiasa tadah tangan, doakan insan yang kita sayang. Biar semuanya kembali ke jalan yang lurus, berjoging atas trek kebaikan dan bersama berusaha untuk dekatkan diri kepada Allah, Tuhan Kita yang Maha Hebat

09072016,
Irbid,Jordan

Image result for siblings


Beli Dan Beli Tapi Tak Baca U.U

Tiada kerugian bila duit dilabur untuk beli buku.
Tapi, agak merugikan bila beli beli beli tapi tak baca.

Tamparan untuk diri sendiri.

Pantang tengok buku, nak beli.
Tapi tak baca pun.

Yang tengah diri diri tu , semua tak baca lagi.
Koyak plastik pun belum.
Ada yang dah 3 tahun jadi penghuni almari, satu huruf pun ana tak sempat hadam lagi. Aduhai.

Ya robb. Inshafkanlah daku.

17072016
Irbid, Jordan


17




" Pemuda Yang Bagaimana Yang Mahu Kamu Nikahi ? "


" Pemuda yang bagaimana yang mahu kamu nikahi ? "

" Pemuda sejati "

" Pemuda sejati itu serupa apa menurut pandanganmu ? "


" Ia pemuda yang berilmu dan bertaqwa .

Dia suka dengan ilmu dan mengamalkannya . Maka, dia tahu apa yang haq , apa yang batil .

Dia memakai pakaian taqwa sepanjang masa . Maka , Allah adalah keutamaannya. Dia pasti berusaha menampilkan akhlak terbaik dari dirinya serta melunaskan hak-hak utama terhadap orang sekeliling , espeseli keluarga .

Dengan ilmu dan taqwa , dia akan bawa pasangan dan zuriatnya menuju ke syurga Allah Taala.

Inikan cara yang jelas bagaimana mahu bercinta sampai syurga ? "

:)

Pemuda serupa apa yang menjadi pilihan kalian ?
Tanya diri sendiri .

08072016
Irbid,Jordan

Image result for PEMUDA ISLAM

Ucapan Exclusive Semperna SyawaL

Tuan Puan.

Berapa banyak dah kita dengar Rakyat Malaysia yang pergi selama-lamanya sepanjang 30 hari Ramadan ini ?

Tahu tak ?

Mereka pon tak tahu bahawa Ramadan ini adalah Ramadan yang terakhir buat mereka.

Mereka pon tak tahu bahawa mereka tak akan jumpa dah Ramadan seterusnya.

Sebenarnya, bukan mereka yang sudah balik ke RahmatuLlah itu sahaja yang tidak tahu hal ini.

Kita yang sudah balik ke kampung untuk beraya ini pon sama jugak. Kita pon tak tahu apekah Ramadan akan datang masih menerima kita sebagai tetamunya?

Kita tak tahu teman-teman.

Tak tahu.

๐Ÿ˜

Sebentar tadi saya sempat singgah untuk solat Mahgrib di sebuah masjid. Tak ramai jemaah wanita di malam raya ini , cuma seorang saja.

Selepas solat, terus imam bertakbir raya. Sayu dan mendayu-dayu.

Tsk. Tsk. Tsk.

Tiba-tiba terdengar sedu-sedan dari sebelah kanan saya. Saya menoleh. Terlihat mata wanita tadi basah. Hidungnya merah.

Saya fikir , mungkin tatkala mendengar takbir raya ini, dia sedih mengenang nostalgia raya yang dulu bersama orang-orang tersayang yang sudah tiada lagi di dunia ini.

Bila bersalam dengannya , dia bersuara , " Sedihnya... Dah habis dah kan Ramadan tahun ni . . . "

Zass. Zass.

Sentap mak, nak.

Salah. Sangkaan saya salah sama sekali.

Terharu saya dengar kata-kata beliau itu.

Takbir raya yang mendayu-dayu ini memang sedih pabila memalu gegendang telinga tambah-tambah buat si anak perantauan yang berada jauh dari tanah air. Tapi kan, sebenarnya lagi sedih apabila mengenang hakikat bahawa Ramadan tahun ini sudah pun pergi. Pergi tak kembali.

Entah bakal bertemu lagi atau tidak?
Entah amal yang terbuat sepanjang Ramadan ini bakal diterima Tuhan atau tidak?

Kita tiada jawapan.

Wahai teman-teman ,
Pada malam raya pada awal Syawal ini, semoga kalian masih ingat satu perkara.
Ketahuilah bahawa malam ini doa kita sangat mustajab.
Berdoalah kepada Dia agar kita disampaikan lagi pada Ramadan seterusnya.
Berdoalah kepada Dia moga kita tidak izinkan oleh-Nya untuk bermalas-malasan beribadah walaupun telah keluar dari madrasah Ramadan.

Insya-Allah.

Sama-sama kita doa. Mohon doa buat saya juga.

Solat Tasbih dan banyakkan juga takbir ๐Ÿ™ƒ

Akhir kata, janganlah maen mercun, tolong la mak buat ketupat palas.

Yang terlalu banyak duit raya , boleh PM saya , nanti saya bagi nombor account bank . InsyaAllah , saya buka seluas-luasnya peluang kepada kalian untuk membuat pahala menderma. Saya masih kanak-kanak yang syuker sangat kalau ada orang bagi duet raya. Saya masih muda.

Demikiyanlah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Kullu 3am Wa Antum Bilkheir .

05072016
Kulim, Kedah


2 Perkara PENTING Sebelum Berkahwin

" Awak dah ada orang ke belum ? "

Gulp .

Apabila seseorang gadis ditanya tentang status ke-availabilitian-nya oleh pihak ketiga ( orang tengah yang selalunya terdiri daripada pasangan mutazawwijin ) itu sebenarnya sesuatu yang begitu menggoncang ketenangan jiwa raga.

Bisa menghadirkan pusaran darah dalam vena cava dengan kelajuan yang infiniti juga akan menyebabkan getaran jantung pada setiap detik berdetak kencang bagai Tsunami sedang menghempap Pantai Batu Ferringhi.

Soalan ini lebih mencemaskan berbanding detik apabila ada seorang lelaki yang datang berdepan dengan anda direct one-by-one dan eye-to-eye lantas melutut sambil menghulurkan sekuntum mawar hampir layu yang dibelinya di Pasar Tani sebelah rumah nenek anda lalu dia berkata , " Sudikah kamu menjadi isteriku? "

Mungkin tetap terkejut dan ada la sikit rasa terharu tetapi , perasaannya jelas berbeda berbanding situasi pertama.

Kerana apa ?

Kerana lelaki yang menggunakan orang tengah itu tentunya lebih terhormat lagi berilmu dan begitu menghormati wali anda ( dia tidak langsung berhubung dengan anda ; menjaga adab )

dan

Kerana anda juga tidak akan tahu siapa lelaki yang menggunakan orang tengah untuk bertanyakan tentang status anda ( samada sudah berpunya atau belum ) selagi mana anda tidak menyatakan ;

" Saya belum ada sesiapa "

dan

" Saya sudah bersedia untuk ada seseorang "

Inilah prosedur menggunakan orang tengah yakni khidmat bait muslim yang perlu kita faham.

Persoalannya , jika ada dalam kalangan kalian yang ditanya soalan serupa ini , apa yang akan kalian jawab ?

Apakah anda akan ktak! ktak! ktak! cabut lari dengan terompah yang masih di kaki sebaik sahaja ditanyakam soalan ini

atau

anda akan selamber badak air di circus menjawab soalan ini dengan penuh yakin dan bergaya ?

Jika anda ada menyiapkan jawapan yang pantas untuk soalan itu , apa pula rasional untuk setiap jawapan yang anda berikan itu ??

Untuk penulisan kali ini , saya suka lagi gumbira ( sampai rasa nak melompat-lompat ceria di belakang dinasour dari kepalanya hingga ke ekor ) untuk mengajak anda sama-sama berfikir tentang masa hadapan .

Ya, anda gadis yang mempunyai masa hadapan.
Anda perlu merancang masa hadapan anda kerana orang yang gagal merancang sebenarnya sedang merancang untuk gagal. You are decider for your further.

Samada anda mahu menjawab ' Ya ' atau ' Tidak ' untuk pertanyaan orang yang cuba mentaqdim / menyunting mawar bunga di kebun mak abah kau / melamar / meminang anda , anda perlu mempertimbangkan dan bertanyakan diri sendiri persediaan anda dalam beberapa perkara.

Image result for baitul muslim

๐ŸŒนPertama , sejauh mana ilmu dan kemahiran yang anda ada untuk berumahtangga-eskalator-lif.

Ilmu hidup. Sangat penting.
Ilmu agama. Lagi penting.

Kerna ilmu itu pedoman yang bakal menegur kita apabila terbuat silap dan cela.
Ilmu itu cahaya yang bakal menyuluh jalan tatkala kita rasa buntu lagi tak tahu.

Apa ilmunya?

1) Ilmu nak didik anak.

Penting.
Kerna didikan awal si cilik dari sentuhan seorang ibu ( anda la tu ) bakal memberi kesan yang besar untuk peribadinya sepanjang hidup meniti usia membesar dan matang. Tentu kita mahu anak-anak kita jadi anak yang berkualiti dari segi peribadi , akhlak , intelektual serta baik juga kesihatannya, bukan?

Maka,
Tak perlu tunggu ada nyawa dalam rahim baru anda mahu tergesa-gesa nak serbu kedai buku cari buku itu dan ini atau termenung depan Tube Anda ( baca : YouTube ) untuk mendengar ceramah tentang pendidikan awal anak-anak. Anda boleh mula dari sekarang. Hari ni , guys! :)

2) Ilmu nak mengurus rumahtangga.

Pasti kita mahu kediaman kita menjadi syurga bahagia yang selalu membangkitkan keharmonian dan ketenangan, bukan? Jika rumah sendiri asyik berselerak , kain baju tidak dilipat elok sebaliknya bersepah hingga dalam peti ais pun ada, sawang penuh di syiling seolah-olah anda sedang berkongsi kediaman dengan labah-labah dari gua zaman Paleolitik , bawah sofa penuh sampah-plastik-majalah-botol susu-alat tulis-tasbih , sinki penuh lumut dan sisa , halaman rumah dibanjiri hiasan lalang dan rumput panjang . . .

Maka,
Di mana bahagia itu ? Tidak ke semak mata memandang dan sesak dada nak inhale dan exhale setiap hari di rumah yang macam Titanic nak tenggelam itu?? Fikirkan.

3) Ilmu memasak dan kecekapan di dapur

Bukan tugas utama seorang isteri untuk doa ploh empat jam di dapur tetapi jika anda mahu memenangi hati suami , maka cara terbaik adalah dengan mengasah bakat anda dalam menyediakan hidangan terbaik , berkualiti , halal, bersih, dan sedap hingga menjilat pergelangan tangan.

Kata ibu saya , masakan isteri merupakan kunci jika mahu menambat hati si suami. Hakikatnya , mana ada suami yang tidak suka makan masakan isteri sendiri jika isterinya pandai memasak, kan? Bukan sahaja poket mereka tak kempis sebab tak perlu beli atau makan di luar , malah hidangan setiap hari juga tidak diragui kebersihan bahan dan cara penyediaannya.

Maka,
Belajarlah memasak. Tak perlu jadi pakar macam Chef Wan atau tukang masak di Hotel Mewah Concorde itu. Cukuplah anda tahu benda-benda asas, cekap mengatur urusan di dapur dan cara memasak yang betul, boleh membezakan garam gula serta suka mencuba resepi . Lama-lama nanti akan mahir dengan sendiri untuk berkungfu di dapur. No worries.

4) Ilmu Al-Quran

Tentu anda mahu keluarga terutama zuriat anda kelak celik mindanya dengan Al-Quran , kan? Mahu jadi muslim yang baik maka tidak mesti tidak jangan pernah tinggalkan pedoman yang diajarkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Anak-anak perlu didodoikan dengan Al-Quran sejak mereka dalam kandungan lagi ( terutama apabila usia kandungan mencecah 4 bulan ke atas - saat ini sistem pendengaran fetus telah mula berfungsi ) agar apabila lahir nanti , kecenderungan mereka terhadap Al-Quran akan jadi lebih tinggi dan mereka akan mudah membaca serta menghafaz Al-Quran sejak kecil. You can see Nailah , anak Ustaz Sakaratulmaut yang comel dan cerdik itu.

Maka, cuba kuasai pembacaan Al-Quran dan tadabbur isinya. Tak semestinya anda perlu bertarannum macam Juara Akademi Al-Quran Musim Ke-32. Cukup anda tahu baca Al-Quran , tahu asas hukum tajwid dan faham serba-sedikit tentang ilmu wahyu.

5) Ilmu Agama dan Dunia

Anak-anak yang membesar nanti pasti akan mula berfikir dan sentiasa suka melontar soalan kepada anda. Ibu bapa yang berilmu pasti dapat menyantuni anak-anak dengan jawapan yang logik dan tidak berbohong apabila anak-anak bertanya soalan yang luar biasa dari kebiasaan manusia biasa berfikir . Biasa la tu. Setakat tanya ' Mama, nape lembu tak pakai baju ye ? ' itu lagi biasa.

Penting sangat ni. Ibu bapa yang berilmu juga akan dapat kuatkan tauhid anak-anak apabila mereka bijak membuat perkaitan soalan anak itu dengan ilmu ketuhanan. Anda boleh lihat contoh ini dari Page Aminah Azali di Fesbuk. Saya kagum bagaimana approachment oleh Ismail Ariffin Lepat dalam mendidik anak-anaknya mengenal Tuhan sejak di usia rebung mereka.

Maka, anda harus belajar tentang agama dari sekarang. Tak dilupa ilmu tentang dunia ; ekonomi, sains, politik, isu semasa . Dekati majlis ilmu yang berbayar atau percuma. Tahan diri dan dengar siri program ilmiah di kaca telebesen ( jangan asyik layan teletubbies dan runningman saja... ) . Berkawan dengan orang yang bicaranya kaya dengan ilmu dan apabila ditanya kepadanya, dia mampu meraikan persoalan kita dengan jawapan yang berintelektual dan beradab.

6) Ilmu kesihatan

Ini juga penting, sis. Tak semestinya kalau anda bukan seorang pelajar sains , perubatan , nursing , pharmacy atau nutrisi maka anda tolak jauh isu kesihatan ini dari sisi kehidupan anda.

Jangan!

Ilmu ini begitu penting tau, kawan-kawan. Isu berkaitan kesihatan merangkumi aspek yang luas samada yang melibatkan wanita, lelaki dan kanak-kanak.

Contohnya mudah yang boleh saya beri ; hari ini Allah pertemukan saya dengan seorang wanita yang saya kira mungkin usianya dalam lingkungan 30-an.

Dia bercerita tentang kelebihan anak bongsunya berbanding anak-anaknya yang lain. Anak yang berusia baru 7 tahun itu celik mata hati, bijak dan cerdas ( top 3 di sekolah ) , petah berkata-kata dan matang berfikir ( dia pernah menyuarakan cita-citanya mahu jadi ustaz sebab mahu mendoakan dan menyolatkan jenazah mak ayahnya kelak ) serta menghormati guru ( dia telefon setiap guru tadikanya untuk berterima kasih atas ilmu yang telah diajarkan kepadanya apabila dia berjaya menerima anugerah kecemerlangan akademik di sekolah ) .

Nah! Takjub betul saya mendengar.

Di hujung cerita wanita itu kepada saya, dia mendedahkan kekecewaannya kerana dia baru tahu bahawa susu ibu sangat penting untuk pembesaran anak-anak.

Dia menyatakan bahawa hanya anaknya yang bongsu itu sahaja yang menyusu badan lebih dari 2 tahun sedangkan anak-anaknya yang lain tidak sampai pun 2 tahun. Katanya lagi, kalau dia tahu fakta itu lebih awal, pastinya akan diusahakan untuk penuhi tempoh menyusu 2 tahun untuk semua anak-anaknya. Kini, setelah dia tahu akan kepentingan susu ibu berbanding susu formula , dia pula mempromosikan kelebihan susu ibu kepada orang lain.

Nampak tak betapa pentingnya ilmu ?

Penting , kan?

:)

Jika kita tak tahu , kita rugi.
Jika kita serba-tahu, kita untung. Malah orang lain pun turut menerima dan menumpang manfaat dari ilmu yang kita ada.

Maka, anda perlu biasakan diri dengan info-info umum tentang kesihatan. Baca bacaan tambahan tentang isu semasa yang berkaitan kesihatan ( contoh yang femes sekarang ialah vaksin ) dan cuba follow page kesihatan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia.

Erm.

Anda masih mampu ke ni nak dengar saya berceloteh tentang ini?

Aduhai.

Saya nampak peluh anda sudah hampir menitis ke baju. Jemput ambil tisu dan tariklah nafas sesaat dua.

Ayuh kita sambung! *Mata bersinar-sinar*

๐ŸŒนKedua. Elemen penting yang perlu anda ambil perhatian sebelum berkata 'Ya' atau 'Tidak' kepada seseorang lelaki yang melamar anda ialah ' Keizinan Ibu Bapa'

Teman-teman yang solehah.

Tidak ada keberkatan untuk seorang anak melainkan apabila tindak-tanduk dan keputusannya itu diredha orang tua. Tambah membahagiakan jika mereka merestui kita di samping mendoakan keberkatan hidup buat kita.

Maka, selain istikharah dalam meminta petunjuk dari Allah , jangan lupa cari mak ayah untuk bermusyawarah. Bincang dengan terbuka. Heart to heart. Liver to liver. Kidney to kidney. Mereka lagi makan asam garam gula temikai susu lebih awal dari kita. Minta nasihat dan panduan mereka. Tentunya pedoman daripada mereka itu lebih dekat dan cenderung pada kesesuaian diri kita kerana pastinya mereka sebagai ibu bapa lebih faham akan kondisi anak . Masakan tidak kerna merekalah insan yang membesarkan kita sejak kaki kita cuma sebesar saiz ibu jari hingga kini dah besar macam saiz novel yang dijual di Kedai Buku Popular itu.

Untuk yang terakhirnya ,
Anda , anda dan anda .

Bijaklah berfikir dalam merancang hidup diri sendiri.
Tak ada orang yang akan 100% corakkan hidup kita melainkan diri kita sendiri.

Teman...
Silap merancang masih boleh diperbetul.

Belum merancang masih belum terlambat untuk bermula.

Tapi kalau malas merancang dan malas berusaha untuk hilangkan-malas-merancang itu -- even dah panjang lebar saya terang tentang kepentingan persediaan anda ketika masih bujang ini . . . ?

Hmm.

Anda la yang rugi.
Berudu di dalam kolam ikan tok wan saya tak mati pun kalau anda tak mahu fikir pasal ini dari sekarang .

Aman .
Fikir-fikirkan dan selamat beramal. :)

04072016
Kulim, Kedah