Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Kanak-Kanak Ribena >

Introvert Versus Dewasa

'Kamu tahun berapa?'

'Tahun 1. Ana sanfuurah'

Teringat soal jawab yang sudah biasa dan cair di mulut ketika pertama kali menjawat jawatan sebagai mahasiswa kampus.

Dengar saja macam gah.
Mahasiswa.
Kampus.
Perghh...!

Bahkan, dahulu ketika zaman sekolah, bila ditanya, 'Kamu tingkatan berapa?'

Hendak menjawab 'Tingkatan 5' pun saya pasti berfikir dalam-dalam. Serius arr aku dah besaq. Tingkatan 5. Rasa tak sampai 24 jam pun saya bergelar pelajar tingkatan 1. Hump. (Aku terasa masih muda) Kenapa tetiba boleh menjadi begitu tua?? Masa yang laju atau aku yang lupa bahawa masa itu tak pernah perlahan?

Masa terus bergolek riang seakan tidak lagi mahu mengundur ke belakang . Dan, hakikatnya memang begitu. Waktu tidak pernah mundur walau sedetik. Walau sesaat.

Dewasa.
Apa itu yang dipanggil dewasa?

Dewasa itu bukan bermaksud saat kamu sudah join kelab-rakyat-umur-angka-dua-di-hadapan.
Dewasa itu juga bukan apabila kamu sudah memiliki aset dan harta berganda dari yang dimiliki Qarun.
Dewasa itu bukan apabila kamu sudah bijak menggoreng telur dadar tanpa hangit dan membancuh susu tepung bayi dengan cemerlang.
Dewasa itu juga bukan sejenis snek yang dijual di kedai-2 kat tepi jalan. Lagi bukan!

Dewasa atau matang itu adalah apabila dada kamu lapang dengan teguran dan bijak dalam pemikiran dan tindakan.

'Jangan terlalu emosi'
'As a leader, you must be profesional'
'Banyakkan respon dalam meeting'
'Jadi seseorang yang dapat suarakan teguran kepada komuniti secara terus dan hikmah'


Yah. Saya akui saya masih belum dewasa apabila memikirkan banyak pula alasan bertubu-tubi menghentam kepala apabila membaca komen dan sudut pandang orang terhadap diri sendiri. Belum lapang dada. Hampeh.

Kerana diri ini lebih senang bicaranya dalam kalangan akhowat sahaja.
Lebih selesa bergerak dan bermeeting-meetong dalam kalangan akhowat sahaja.
Lebih mampu sempoi, santai dan stabil bila dalam kalangan akhowat saja.

Maka , itulah punca lagi best diam dari berkata-kata apabila ikhwah dan akhwat duduk di satu ruang yang sama.

Maaf. Maafkan diri ini tatkala masih terbelenggu dengan biah puteri puteri yang menjadi syurga indah sejak 7 tahun lepas.
Asifah apabila diri ini masih tak mampu memanjat tembok untuk keluar dari dunia introvert yang menjadi zon selesa sejak dahulu kala.
Ampunkan diri ini apabila masih dipaku dengan rendah diri dan rasa kalian lebih macho dan bergaya dari saya.

Maaf. Maafkan saya.
Terima kasih atas tulisan yang bermakna.
Kerana pastilah sesuatu yang bermakna itu tak akan dilupa.
Dan komfem juga ia akan menjadi batu loncatan untuk aku menjadi lebih baik dari masa ke semasa.

I know, ourselves are too powerless over things that are beyond our control.

So no matter what kind of situation we're facing, when we feel like everything's falling apart and there's no way we could make it through, this is the point where our dependencies on Allah become overwhelmed. Because He heard the most in our weakest condition.

Just trust in the beautiful plannings of Allah. Truly He knows best.

Terima kasih Allah.
When He brings you in a situation,
Then, He also will brings you through it.

Have faith. Hmdulillah. ^-^

Bahagia.


Berat Berat Berat Yang Membahagiakan

Tak lama dahulu, bahu ini pernah 'jatuh' hampir tiga bulan.
Jatuh dek beratnya pangkat di kiri dan kanan bahu.



KETUA AGAMA WIRAWATI KEM PLKN REKREASI BELIA, BALING

Pangkat biru yang dipakai itu sebenarnya ringan sahaja apabila dilihat secara zahir.
Tapi apabila otak laju memikirkan tanggungjawab yang perlu dipikul, itu yang buat bahu terasa berat bagai menggalas beg berisi tong gas baru beli. Adeh.

Tugas saya tidak terhad kepada 'menyeru' para wirawati muslim ke musolla setiap kali waktu solat tiba sahaja, malah lebih dari itu.
Apabila ditanya tentang sesuatu permasalahan agama, saya perlu merungkaikan dengan baik.
Apabila ada sahabat wirawati yang melalukan kesalahan, saya bertanggungjawab memberi penjelasan untuk membetulkan.
Apabila ada pertikaian dengan sahabat bukan muslim, saya yang perlu redakan.
Banyak. Banyak lagi yang perlu dilakukan.

Ya, menjadi da'ie itu tidak mudah.
Bukan sahaja perlu membetulkan, tetapi skill untuk mendekati perlu ada.
Ia rumit apabila tanggungjawab itu perlu dilaksanakan dalam masa kurang daripada 2 bulan.
Tentu dan pastilah kesempurnaan itu tak mampu digapai. Tapi, saya mencuba.

Setelah 'grad' daripada PLKN, saya terasa bagai menjadi batu yang kian kukuh.
Bukan kerana sudah tahu menggunakan senjata M16,
Bukan juga kerana berat badan dah up up up high kerana hari-hari diberi makan sebanyak 6 kali di sana. Bukan!
Tapi kerana apa saya lalui sepanjang di PLKN, pengalaman menjadi kepimpinan itu membuatkan saya tersedar dari lena. Bukan sekali, tapi berkali-kali.

Tapi, apabila melanjutkan pelajaran di INTEC, saya terasa mahu cuci tangan daripada sebarang jawatan. Konon, mahu tumpukan perhatian kepada pelajaran. Eheh. Bajet.

Tapi, mana mungkin diri ini lari dari kesukaan diri. Mana mungkin!
Saya tak suka menjadi orang yang pasif. Saya suka aktif.
Saya tidak gemar duduk goyang kaki dan berkhayal. Saya suka kerja.
Tidak senang. Terasa diri tidak berfungsi ketika di INTEC kerana tidak mempunyai sebarang taklif.
Hari demi hari, terasa kualiti semakin menurun.
Keyakinan untuk ke hadapan juga kian susut.

Apabila mula menjejak kaki ke bumi Jordan, saya bertekad.
Untuk tidak lagi menghumban diri dalam keadaan yang lapang tanpa sebarang taklif. Bosan. Kosong.
Impian menjadi nyata.
Tahun pertama di sana, saya meraih tempat sebagai Timbalan Presiden batch perubatan dan pergigian Tahun 1, JUST dan dalam masa yang sama saya bergerak juga sebagai AJK Multimedia kecil bagi JKK di persatuan zon.
Tahun berikutnya, diri ini ditempatkan pula pada posisi Timbalan Pengerusi JKK Pembangunan Rohani. Segera terimbas kembali kenangan di PLKN. Tak sama tapi macam serupa. Dengan tanggungjawab yang lebih besar, tentulah ia lebih mencabar.



Semalam, selesai pertemuan dengan semua AJK di bawah JKK Pembangunan Rohani Permai.
Bersama muhasabah tentang gerak kerja kami selama 6 bulan bergerak, oh, tentu dan pasti terlihat kelompongan di mana-mana. Saya belajar dari mereka. Kesalahan yang mereka lakukan adalah kesalahan saya juga. Turut disentuh tentang isu ikhtilat yang semakin serius dalam komuniti ini dan sudah pasti kami di kerusi pihak yang bertanggungjawab tidak senang duduk. Bangga bila melihat anak buah melontari idea dan solusi yang tidak mampu saya fikirkan sebelum ini. Kreatif dan unik. Moga Allah mudahkan kerja kami dalam menyuburkan suasana baik dalam kalangan kami. In shaa Allah.

Alhamdulillah, terlalu banyak yang saya belajar melalui jalan ini. Jalan persatuan.
Menjadi budak buku itu baik tapi lagi baik andai dapat melangkah bersama di jalan persatuan.
Kerana ia adalah didikan untuk seseorang yang kecil agar ia menjadi besar.
Mudah-mudahan, ilmu ini berguna pada masa hadapan. Pasti dan tentu.

Moga majulah unit kami untuk kemaslahatan JKK PR.
Majulah JKK PR untuk komuniti PERMAI.
Paling penting, majulah diri sendiri untuk mengejar redha Allah Taala.

In shaa Allah ! Qasrus Qawiyy.