Skip to main content

Wean Off Mission #dayone

Kali ni memang tekad, nangislah sampai gegar langit dan bintang jatuh tak sempat dikutip, misi wean off tidak akan ku u-turn!

Seperti dijangka, ia memang tak semudah dan smooth macam turun gelongsor di Sunway Lagoon. Penuh emosi ya ampun!

Anak saya dah 2 tahun 3 bulan 17 hari.
Masih direct breastfeeding siang dan malam tanpa gagal.

24 jam berkepit dengan bayang-bayang saya, bayangkanlah betapa mencabarnya misi nak wean off sa-orang anak sulung yang kita jaga bagai menatang minyak yang penuh nak melimpah. Hah! 

Sekarang dah 4.25 petang. Dah ada 3 episod tangisan menyayat hati yang saya hadap. Kental. Jiwa tak boleh kendur awal. Misi kena teruskan.

Ada rezeki, sehari dua dah boleh wean off sempurna. Kalau belum, maybe hari ketiga, atau keempat, atau kelima. Bila yang tepat? Entah. Hanya doa dipasak sesungguh-sungguhnya, agar niat ini dipermudah. 

Sekarang, berjaya dah tidurkan si manja tercinta tanpa susu badan. Tapi.. Request dia lain maciam.. 

Nak umi dukung dia sambil berjalan. Statik macam lampu traffic tak dibenarkan!

Nak umi buka app drawing kanak-kanak feberet dia dan mewarna depan dia! Perlu cantik dan dapat "award" weh! 

Nak tidur dengan umi taknak tidur dengan baba, biarpun baba tu baru sampai hari ni dari KL setelah seminggu outstation. Lemak aih! 

Dan Umi telah "terlajak" janji kat dia nak beli scooter comel kaler pink kalau dia sudi diam dan tidur tanpa susu umi. Bala! 😂😭 (Dah siap dah add to cart kat Tik Tok. Kalau misi ni berjaya, kita pinjam kad kredit baba 😆)


Begitulah kisah hari pertama cobaan wean off yang serius.

Sebelum-sebelum ni ada beberapa trial, tapi hangus.

Bulan pertama selepas dia naik 2 tahun, Umi terlalu drastik nak off susu badan. Excited la kan. Kita membilang hari nak pencen susu badan.

Tapi, 

Approach yang keras dan tegas buatkan misi berhenti sekerat jalan.

Hati tak cukup kental menyebabkan tak sampai 1 minit 30 saat anak menangis kita dah layankan kehendak dia.

Saya buat tanpa ilmu. Sesal sungguh! 

Jadi kali ni saya dah bertekad setebal kamus dewan bahasa dan pustaka. Sebelum dia capai umur 2 tahun 4 Bulan, sebelum sampai birthday umi yang ke - 28, operasi wean off tidak boleh gagal!

Dah study serba sedikit preparation untuk wean off anak. Jadi hari ni memang officially execute plan. Kita dah siap pesan pada orang sekeliling supaya diorang pun alert dan faham lebih awal. Risau la kan, nanti orang ingat kita saja dera anak sebab nak kumpul air mata dia untuk hidang kat puteri gunung Ledang. Ceh.

'Ala kulli hal, tahniah para ibu yang berjaya hadapi phase ini. Ai kagum you guys ada hati sado.

Doakan saya kekal steady hingga malam ni, esok dan sampai misi complete guys!

Majulah Ummu Aisyah Sofia untuk wean off anak!


Qasrus Syuhada 
Usaha Eskalator Jaya
Kulim, Kedah
18 Jun 2023

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid022p1eBgk9zvJ6TZkpYdcVKVBXmH6K1vMxUYS5WLJLLkBEbZWRC8x38CHotAbqDYGLl&id=100009749018515&mibextid=Nif5oz

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

Hafaz Al-Quran. Susah Ya?

Susah ya hafaz Al-Quran?  Dahulu, ibu bagi tahu saya, orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran digelar "hafizah" .  Seorang "hafizah" sangat la hebat. Ibu suruh saya jadi "hafizah". Dalam masa yang sama, ibu jugak doktrin saya suruh jadi doktor bila besaq nanti. Akhirnya, bila kawan-kawan bagi buku biodata, kat bahagian cita-cita tu, mesti saya akan tulis " Doktor yang hafizah " . Bila cikgu tanya dalam kelas, " apa cita-cita kamu? " . Saya dengan mata penuh bersinar-sinar macam cahaya lampu di reban ayam nenek mesti akan jawab, " doktor yang hafizah! "  Fuh. Yakin betul! Takde ragu walau sebesaq bakteria pun. Padahal, umur ketika itu baru 7 tahun. Masa ini, saya pun tak tahu yang "hafizah" tu adalah gelaran untuk orang yang dah hafal 30 juzu' Al-Quran. Saya ingat, kalau dah hafaz dari surah An-Nas sampai surah Ad-Dhuha dah kira "hafizah" lah. Ternyata saya salah.  Naik ke ting...