Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Kanak-Kanak Ribena >

80 Qursh Untuk Beli Hikmah Allah

Mata leka memerhatikan lelaki itu tatkala melewati lobi bangunan Medicine.

Sedang bervideo call agaknya.
Anehnya, tiada suara kedengaran. Tangannya diangkat membuat pelbagai tanda isyarat. Laju macam kereta F1. Langsung tak dapat difahami.

Hati mentafsir apa yang dilihat. Bisu barangkali. Perlahan tangan menyentuh mulut sendiri. 'Alhamdulillah, aku masih sempurna. Allah beri aku nikmat mulut dan suara sedangkan dia bermulut namun tak mampu bersuara. Ya Allah, jadikan lisanku ini lisan yang baik, jauh dari kata-2 yang menyakiti orang lain. Menyakiti hati orang, susah sekali nak mendapat maaf. '

Jalan lagi.

Sejurus sampai di ruang legar bangunan Medicine itu, kaki ini terhenti.

Tarik nafas. Lepas.
Again. Tarik nafas lepas. Ready!
Aku dah bersedia nak 'main' explorace untuk cari bilik small discussion di bangunan itu. Sumpah, memang tak ingat kat koordinat mana diorang bina bilik physiology tu.

Tetiba..

' Group discussion hari ni batal. '

Waw.. Sedikit blur rasanya.
Pelbagai riak menari di wajah rakan-2.
Antara kecewa dan gembira.
Aku?
Wahha. Terasa macam nak lompat bintang, matahari dan bulan. Badan rasa ringan macam layang-layang baru 'disepak' ribut Katrina.

Otak ligat berfikir. Baru sampai universiti, nak kena patah balik ke rumah ke?

Tak apalah. Ada hikmah ni.

Kaki melangkah kembali. Menyusun tapak untuk kembali ke rumahku syurgaku. Bakal menempuh semula 30 minit perjalanan untuk pulang.

Turun dari bas, menapak di pinggir jalan. Terlihat seorang insan bertongkat dua. Berkaki, tapi anehnya ia seolah-olah langsung tidak berfungsi. Tongkat dihayun laju membawa tubuhnya ke hadapan sedangkan kakinya yang berbalut seluar jeans itu hanya menurut ayunan tongkat bagaikan bungkusan cokelat cadbury yang melayang-layang ditiup angin.

Tak sengaja terpandang kaki sendiri. 'Ya Allah, alangkah hinanya aku kalau masih tak pandai mensyukuri sepasang kaki ini. Andai nikmat kaki ini ditarik, habislah aku tak boleh nak gerak ke sana sini. Tamatlah perjalanan aku untuk teruskan perjuangan menuntut ilmu di sini. Moga kaki ini Engkau jaga dari melangkah ke tempat yang hina..'

Buku 'Kesayangan' karya Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi yang berjaya aku khatamkan masa travel ke Mesir dulu begitu membekas dalam hati.

'Setiap ujian ada hikmahnya' . Satu-satunya ibrah yang setiap hari mengait redha dan menganyam sabar dalam hidup hamba kecil ini.

Untuk peristiwa yang Allah saksikan hari ni,
batalnya small group discussion, bagiku ia sarat dengan hikmah.

Tak mengapalah.
Allah dah bagi 'hadiah' pada aku selama 2 jam di luar rumah tadi.

Terserempak dengan insan kurang upaya yang menampar lembut pengajaran dalam hati.

.

Berpeluang call dan berborak-santai dengan ibu selama 15 minit sepanjang berjalan dari rumah nak ke stesen bas setelah dua hari diapit kesibukan yang menggagalkan diri untuk menghubunginya

.

Hirup O2 banyak-2 sambil exercise jalan kaki di pagi hari.

.

Berjaya habiskan pembacaan case tentang Stroke dalam bas tadi.

.

Dan ada modal nak menconteng fesbuk pagi-2 hari macam ni.

Haa..
Banyakkan hikmahnya?

Untuk 80 qursh tambang yang dah terbang,
It's okeh. Hikmah yang dapat lagi bernilai.

Selalu ada cinta Allah untuk setiap saat yang Dia beri pada kita.
Yang penting, cari hikmah dan yakin pada Allah.
Pilihan untuk tenang dan redha itu ada, cuma kita, antara 'mahu' atau 'tidak mahu' sahaja.

:)

Rutin Yang Luar Biasa Indah!

Pagi jam 6.45 pagi, kaki mula menapak keluar dari pintu rumah. Sendirian.

Saya kira saya orang yang paling awal keluar meredah sejuk pagi untuk ke kelas. Oh tidak...
Ada yang lagi awal. Dari kejauhan saya dapat melihat dengan jelas susuk tubuh seseorang yang sedang mengais rezeki di celahan timbunan sampah, mencari tin-tin kosong dan bahan buangan manusia yang boleh diguna pakai semula. Ya... Inilah motivasi saya setiap hari. Selalu saya titipkan nasihat buat diri, alangkah hinanya aku sekiranya masih bermain-main dengan peluang yang Allah beri.

Di saat saya boleh belajar di menara gading, ada orang yang bersesak-sesak terpaksa kerja dan tinggalkan pelajaran demi sesuap nasi buat keluarga.

Di saat saya tak perlu fikirpun yuran universiti dah selesai ke belum ( sebab MARA dah uruskan semuanya ), ada orang yang perlu ke sana ke sini meminta dana dan bantuan kewangan untuk melangsaikan hutang pada universiti..

Begitu banyak kemudahan yang Allah beri, tapi acap kali masalah yang kecil bikin manusia bernasib baik ini masih nak rebel dan merungut. Alahai.

Kaki dah melintas jalan besar yang memisahkan antara kawasan Syimali dan Athar Irbid. Segera tangan mencapai telefon, macam biasa aplikasi mobilevoip saya tekan.

+60448438**

Talian disambung. Jordan---Malaysia.

'Hello, Assalamualaikum. Ibu?'

'Waalaikumussalam. Angah ke ni.'

'Hurm, angah ni....'

'Sihat?' Kebiasaannya saya yang akan tanya ibu, sihat ke tak? Tapi kali ni, ibu lagi laju bertanya.

'Sihat... Tapi, tak ada mood lah ibu..'

'Hurm, ibu tahu dah..' Terkesima saya. Naluri ibu memang begitu kuat. 

Angin pagi tu sepoi-sepoi bahasa arab meniup tudung litup warna biru yang saya pakai. Segar. Tenang. Kenderaan pun tak banyak tika ini. Masih awal pagi kan...

'Ibu.. Angah stresslah dengan sister sorang ni. Pagi-2 dah bikin mood angah berantakan.'

'Kenapa ni? Dia buat apa?'

'Takdak common sense lah dia ni. Pagi lepas subuh dah call mak ayah dia. Takdak masalah pun nak call. Yang jadi masalah tu bila dia cakap kuat. Ganggu angah nak study. Kalau sembang 2-3 minit, boleh tahanlah ibu, tapi ni dah berminit-minit. Angah kan mudah terganggu, cepat hilang fokus..'

'Bilik angah kan besar? Apa masalahnya?'

'Masalahnya dia cakap kuat sangat..'

'Berdehemlah sebagai isyarat supaya dia slowkan suara..'

'Tak dengar. Dia pakai headphone. Angah pun malu alah nak tegur'

Sedih. Saya hanya mampu meluah kepada ibu. It is difficult for me to face to face with her ( the sister ) and explain from A to Z that i can't stay calm with this situation. Benar-benar menganggu! Tapi saya hanya mampu pendam. Entah.

Suara dicorong telefon kedengaran lagi. 'Alhamdulillah, anak-2 ibu tak pernah buat macam tu kan? Ada timbang-rasa dan hormat privacy orang lain. Jaga adab bila berkongsi bilik..'

Urm. Tapi itulah, orang lain tak macam itu. Kan best kalau semua ibu mengajar anaknya supaya lebih peka dengan orang lain?

'Angah jangan stress. Banyakkan berdoa. Sedekahkan Al-Fatihah untuk sister tu ya.. Angah jangan bebankan fikiran dengan masalah-masalah macam ni. Delete satu per satu. Jangan biar diri terganggu. Angah kena fokus benda lebih besar, nak study, persatuan lagi.. Kan?'

Hurm. Begitulah ibu. Tidak letih menawarkan ubat yang bikin hati ini sejuk. Panas menjadi dingin. Serabut bertukar tenang. Oh ibu, andai kala ini kamu di hadapanku, pasti tubuhmu akan aku peluk, bahumu akan jadi tempat aku melepas rasa. Rasa yang berat lagi menyesakkan dada. Penatnya hidup ini ibu...

Semalam pada waktu yang sama, saya mengadu pada ibu. Kekangan masa yang saya perlu tempuhi sebab perlu bawa tugas persatuan yang besar menyebabkan saya tak mampu nak all-out untuk belajar. Hajat di hati mahu habiskan baca slide, lectures note dan sekali buat nota kaki untuk rujukan ekspress ketika imtihan bakal menjelma diri kelak. Tapi, saya macam putus fius. Hilang punca. Kurang dari dua minggu sahaja lagi, saya benar-benar tak ada masa! Setiap hari juga terpaksa ke hulu hilir menyelesaikan pelbagai urusan yang terus memenuhi setiap detik masa yang saya miliki. Allah!

Suara lembut di hujung saya tak jerih memberi kata-kata inspirasi..' Angah... Bila diri rasa betul-betul tak mampu nak buat apa yang kita betul-betul nak, pada waktu tu, kita kena tahu bahawa Allah saja yang mampu bantu kita. Kan? Baca ayat 1000 dinar dan setiap pagi sedekahkan al-fatihah untuk ibu abah, okay.

Ternyata nasihat ibu memang terkesan di hati. Pagi itu juga saya amalkan dan hasilnya begitu menakjubkan. Sepanjang kelas saya mampu fokus dan Allah sentiasa memudahkan saya. Murah rezeki pun ya jugak. Pergi kedai beli barang, terus je dapat diskaun. MasyaAllah.. !

Begitulah rutin saya setiap pagi apabila mula sahaja sem 2 ini. Awal pagi keluar, call ibu dan buat sesi curhat sambil berjalan kaki lebih kurang 15 minit sebelum sampai ke mujamma' Sheikh Khalil untuk naik bas ke universiti.

Rutin yang menenangkan. Setiap pagi dapat taujihat dan doa dari si dia tersayang. Nikmat yang jarang-jarang dimiliki orang. Saya cuma berjauhan dengan ibu kerana terpisah dek jarak berjuta-juta inci. Ada orang yang terpisah dengan ibunya dek alam yang berbeza.

Syukurlah. Aku masih punya ibu di dunia ini.
Terima kasih ibu!

Meeting Terakhir PERMAI

Semalam. Selesai perjumpaan atau perhimpunan terakhir pimpinan Persatuan Mahasiswa Irbid Jordan sesi 2015/2016.

Meeting muhasabah yang terakhir ini pastinya yang bakal masuk dalam lipatan kenangan hidup seorang Qasrus.

Bermula jam 7 malam, pertemuan terakhir para pimpinan yang bakal pencen lagi 3 hari ni berlangsung di Bayt Wafa', Hijazi.

Macam biasa, saya kutip terus pengalaman. Cuba belajar. Meeting muhasabah JKK tidak sama dengan meeting muhasabah di peringkat Persatuan Zon, iaitu peringkat yang lebih tinggi. Bukan saja perbincangan tentang program yang telah dilaksanakan, muhasabah dasar pon tak ketinggalan untuk dimasukkan dalam agenda.

Tak tahu bagaimana mahu diungkap isi hati  melalui tulisan kecil di ruang ini. Semalam telinga menangkap satu kata-kata dari salah seorang rakan sekerja, ' Kalau kita renung balik setahun yang telah berlalu sampailah hari ni perjumpaan kita yang terakhir, kita dapat tengok balik betapa cantiknya tract yang Allah dah susun dalam hidup kita..'

Benar. Hati saya tak mampu langsung menafikannya. Memegang mandat dalam JKK Pembangunan Rohani saya kira bukan sesuatu yang as easy as ABC or Alip Ba Ta. Dengar 'Pembangunan Rohani' pun dah bikin bulu roma belakang tengkuk meremang semacam. Bukan mudah. Serius. Nak cover biah solehah dalam komuniti besar seramai seribu lebih ini begitu mencabar.

Mencabar dalam menyusun gerak kerja yang harus dijaga kualiti dan pencapaian akhir program.
Mencabar nak urus AJK di bawah kita yang pastinya memiliki pelbagai kerenah yang tak terjangka dek otak. Belum masuk fatrah yang sunggoh panjang untuk saya biasakan diri bekerja dengan Inche Bos yang luar biasa pelik punya happy-go-luckynya. Adeh.

Perit. Penat usah dicerita. Berkajang kertas pun belum mampu explain betapa menggilanya perasaan dan mood sepanjang sesi ini. Allah!

Setiap yang berlaku ada hikmah.
Besar hikmah saya terjun dalam PERMAI.
Banyak benda Allah ajar saya dari rakan-2 sekerja saya yang pastinya bakal saya aplikasi dan gunakan pula dalam team saya yang akan datang. Kerja lagi.. Adeh.

Inilah kehidupan. Pembelajaran.
Persatuan yang saya masuk tika ini telah banyak mengubah dan mengajar saya sebagaimana persatuan di sekolah dahulu melakukan hal yang serupa kepada saya.

Ikhlas. Cekal dan kuat semangat. Tersusun dalam urusan. Critical Thinking. Sabar. Cakna kebajikan. Tenang menyusun kata atau perancangan. Banyaaak lagi la! Pastinya semua ini begitu penting untuk masa depan saya ketika menjadi seorang doktor kelas. Biidznillah jika Allah izinkan diri ini berkhidmat untuk ummah.

Terakhir. Tiada kata lain mampu terucap melainkan infiniti penghargaan untuk seluruh rakan AMM PERMAI yang begitu banyak tinggalkan impak dalam muamalah saya dengan manusia.

Manusia is a complex creature in this world. One thing to deal with this creature is by learning about them through your dealing with them. HmduliLlah 'ala kulli hal. Terima kasih Allah for this opportunity. I really appreaciate it.

Hanya mengharapkan apa sahaja yang saya lalui dalam kehidupan yang sumpah sikit ini dapat jadikan saya hamba Allah yang betul-2 meletakkan pergantungan dan pengharapan kepada Penciptanya, bukan pada manusia. Tidak sama sekali.

_______________

Yesterday I told my friends that I had skipped my ** cycle. One question they asked me, ' Qasrus? Are you stress???'

Erk. Hehe.
I don't know.
Urm.. Maybe?

I need time to retreat myself. Do something that I love like writing what on my mind in this belog.

Wallah! Wishing you all guys to always make some du'a for me. May He gives me the strength to go through all these ibtila' and berkati my times, my life. In shaa Allah

Dari PR Aku Bermula...

(Disklemor : Post ini akan menggunakan perkataan 'aku' untuk menggantikan perkataan 'saya'. Kata penulis, dia nak rasa lebih zuuk bila menulis pengalaman sendiri menggunakan perkataan 'aku'. Tak kisahlah 'aku' 'saya' atau 'ana', hampa bacalah dengan penuh chenta sebab serius artikel ni ditulis dengan perasaan chenta yang menggebu macam bulu arnab kat rumah Mak Cik Leha..)

.

PR. Dulu tak kenal pun siapa makhluk ni.

Dua tahun lalu. Selepas direject dalam interview untuk apply unit multimedia persatuan, PR datang melamar aku.

Dalam riang dalam gembira, terlepas segala sedih dan putus asa. Aku berkhidmat dalam PR sebagai kanak-2 riang yang baru belajar nak create poster yang lebih berkualiti dari sebelumnya. Sendirian tanpa bimbingan. Begitu bersungguh-sungguh aku buat kerja sebab terlalu rindu dengan kerja-2 multimedia yang aku pernah pegang pada zaman sekolah dulu.

Aku tak pandai Photoshop. Yang aku tahu, Photoscape dan Power Point je untuk buat poster. Ini mungkin menjadi sebab konkrit kenapa aku tak layak untuk pegang multimedia persatuan.

PR. Dia yang kenalkan aku dengan Photoshop. Lepas aku berkenalan, aku teroka sendirian photoshop . Tekan. Tekan. Setiap poster PR aku jadikan bahan eksperimen dan tempat aku belajar . Hasil uji kaji aku nilai melalui komen orang terhadap poster yang aku buat.

Lama berkhidmat dalam PR, aku terjatuh chenta. Tak sanggup rasa nak tinggalkan PR. Lubuk pahala. Setiap poster yang aku hasilkan untuk ajak orang ke majlis ilmu atau poster yang memberi kefahaman tentang Islam, aku selalu niatkan ia sebagai saham pahala aku. Ironinya, aku hanya bikin poster mengajak orang tapi Aku tak mampu pun nak join majlis-2 ilmu tu sebab lokasi rumah dulu yang jauh dan tak ada teman nak bersama.

Di Pustel, masa meeting 2nd last sebelum meeting muhasabah, aku dah gelisah. Pengerusi PR cakap ini meeting 2nd last. Lepas habis meeting muhasabah, habislah kerja aku dalam PR. Pedih macam kena siat dengan pedang samurai je bila aku dengar stetmen tu.

Tak sanggup.

Aku tak nak lepaskan PR sebab aku sayang PR. Banyak aku belajar dari PR. PR laluan pertama ketika diri baru nak merangkak dalam dunia kepimpinan dan multimedia.

Akhirnya, aku tekad. Aku apply nak bawa PR persatuan dan Allah memudahkan niat aku.

Itu cerita setahun lalu.

Kini,setahun dah berakhir.
Cepat sangat masa berlalu.
Macam air yang keluar dari paip yang bocor. Laju.

Dalam gembira terselit duka.
Bahu ringan sedikit selepas berjaya habiskan satu sesi memimpin PR. Tapi sebak yang datang lagi banyak menyerbu.

Mungkin aku bakal rindukan team PR sesi ini sebagaimana rindu menebal untuk kembali duduk dalam meeting team PR sebelumnya.

Aneh.

Sebenarnya, yang aku rindukan itu bukan meeting. Tapi, yang aku rindukan itu adalah suasana yang telah berjaya membina diri aku untuk menjadi lebih bijak memimpin diri sendiri.

Setahun itu, ceritanya sangat panjang. Sebaik mungkin aku karang cerita ini dengan penuh amanah dan komitmen yang tinggi agar bila dah sampai ke muka surat akhir, aku tidak rasa ragu dan takut. Dan paling penting, aku tak akan kechewa walau cerita ini tak dipublish di mana-2 dimensi kerana aku tahu aku dah cuba sebaik mungkin dengan daya usaha kecil yang aku punya.

Hanya pintaku, moga Allah redha.
Moga Allah terima. Moga Allah jadikan amal ini pembantuku di dunia satu lagi setelah aku tinggalkan dunia yang fana ini.

Team PR 15/16, selamanya di hati. Takkan pernah luput dari ingatan selagi hayat dikandung badan.
Bakal merindui suasana meeting kita yang meriah. Bakal merindui logo PR yang aku bikin sendiri untuk PR sesi ini. :'(

Semoga Allah balas jasa antum yang telah menjadi kaki dan tangan aku yang lemah dan marhaen ini sekaligus menjadi jantung PR yang terus istiqomah mengepam tenaga selama 12 bulan.

JazakumuLlahu kheir.

'Jiwa Ukhrawi, Mardhatillah Menanti'