Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Kanak-Kanak Ribena >

"Kite Pergi Umrah Dengan Suami.."

" Qasrus, awak pergi mana cuti ni? " WhaBab hwin bulan 2 s. Memang rasa nak be

Saya masih ingat ketika pertama kali berjumpa, ' Akak!! Lepas ni kita nak pergi mana? Macamana saya nak jumpa dengan suami saya? '

Iffah menyangka saya lebih tua padahal kami sebaya. Amboi. Berkedut sangatkah kulit beta sampai tuan hamba panggil beta yang kiut ini ' kakak'?? Sob Sob.

Tapi! Tapi! Itu tak adalah menggegarkan cerebrum dalam kepala ni sangat. Yang paling kuat getaran pada gegendang telinga ni adalah apabila terpacul soalan tentang 'suami' itu. 

Aih? Lagu mana baru mai dah ada suami? Ana dah dua tahun lebih, bukan takat suami, murakib tetap pon belum dapat. Ops!Aiseh. Maju dan terkehadapan sangat sanfuurah ni sorang. Cuma saya sedikit bingung dengan pertanyaannya itu.

"Suami??"

" Ye. Suami saya, Yusuf. Dia tak sampai lagi ni.."

Begitulah kisah bermula. Perkenalan di awal minggu Sambutan Pelajar Baru Irbid 2015. Selain Iffah, saya juga menjadi umi penyayang ( baca : mentor bergaya lagi osem ) kepad 3 orang puteri sanfuurah jurusan medik yang memang 3 ketul saja yang datang pada tahun ini. Dan sorang lagi sister beraura superwoman yang datang dari IKIP, sama dengan Iffah.

Minggu itu saja, lebih dari 5 kali saya turun ke balad untuk bawa kanak-2 riang baru nak belajar hidup di oversea ni meronda sekitar kawasan itu. Trip adik-2 JUST saya asingkan dengan trip Iffah. Kalau trip Iffah, saya angkut sekali dengan suami dia. Suami dia pon macam dah jadi mentee tak bertauliah saya, terpaksa saya culik dari mentor beliau. Yerla, mana sanggup ambo nak pisahkan dua jiwa yang telah bersatu itu. Kui kui kui.  Iffah sekali dengan suaminya saya bawa meronda di sekitar Irbid. Turun balad saja dah dua tiga kali.

Sepanjang kena pasangan ini, satu perkara yang buat saya begitu teruja adalah bila dapat tahu Iffah ni memang lejen la dalam bab memasak. Tak cukup dengan itu, dia juga begitu bermurah hati, jiwa raga, tong gas, peti ais untuk buat majlis makan-2. Weh. Manusia tak ada esophagus saja kut yang menolak kalau orang nak bagi makanan free. Paling best, suaminya juga ada kecenderungan yang serupa.

Jujurnya, saya dapat rasakan Iffah sangat beruntung sebab dapat suami yang begitu baik. Dari view saya sepanjang mengenali suaminya, memang lelaki ini 1 dalam 1000. Ala-2 superman Melayu terakhir gituh. Hoho

Solat jemaah full di masjid walaupun kadang hujan dan panas. Subuh pon tak pernah skip. Allahu..
Selalu bantu isterinya yang kuat memasak itu di dapur tambah bab-2 mengemas. Memang lejen. Sebab itu Iffah tak jemu buat jamuan, sebab ada tukang kemas dapur, basuh pinggan dan sapu sampah.
Suaminya juga sangat menjaga pergaulan. Saya sendiri pernah beberapa kali berurusan dengan suaminya, memang beliau sangat tsiqah. Kalau bertembung di tengah jalan, tak akan mengangkat wajah langsung memandang perempuan. Bab tsiqah takyah cerita panjang, memang tip top. Rasanya Iffah pon tak payah nak risau si suami yang tampan itu terjatuh hati pada yang lain. 

Dan Iffah ni spesies yang paling suka bercakap.Semua benda dia nak cakap. Kagumnya, suaminya tak pernah letih untuk melayan. Paling tak pun, kalau dah penat, suaminya akan biar je dia bercakap dan tutup telinga. Haha. Tapi, tak pernah bising pun.

Iffah ni juga ada migrain yang teruk. Pon begitu, memang handered persen lah suaminya jaga bab ubat dan keperluan lain. Tambah kalau time dia sakit, memang suaminya lah jadi nurse dan doktor lejen tak diiktiraf.

Alangkah beruntungnya Iffah.
Dapat lelaki yang sebegitu baik akhlak dan peribadi. Rupa pon ada dan suara pun emas.

Saya yakin, suami dia memang jenis tak tengok rupa paras atau paling tepat pada fizikal. Badan tak slim macam cicak kobeng, kulit tak secerah awan pawana, no problem. Itu penilaian saya terhadap beliau kerana kalau melihat pada ukuran itu, pastilah Siti Nurhaliza yang menjadi pilihan hatinya, bukan Iffah. Eh. 

Tak perlu hurai lebih jauh. Cuma saya doakan yang terbaik untuk pasangan ini, semoga kuat terus menghadapi cabaran yang bakal dum dum menghentam di hadapan. Dan dalam diam, saya juga berdoa moga diberi kebaikan yang serupa.

Memilih pasangan hidup yang baik itu tak senang macam nak basuh pinggan. Andai dah dapat, Allah dah beri, memanglah harus bersyukur. Melihat Iffah dan suaminya, saya jadi berharap agar lebih ramai lagi lelaki perkasa seperti Yusuf dalam dunia ini.

Yang baik peribadi.
Yang memilih isteri bukan kerana rupa paras tapi kerana agama. Persis seperti yang Nabi telah ajarkan. Alangkah!

Jika ramai pemuda Islam seperti ini, maka tentulah tak gusar mawar agama yang tidak memiliki kelebihan dari sudut fizikal.

May Allah gives us the best partner that loves us for the sake of Allah and we love him because his love to Allah more than His creatures.

BiidziniLlah. ^_^



One day Before I Finish My 1st Sem

Akhirnya!!

Saya ada mid-term 20 Januari yang lalu.
Hari ini 23 Januari dan esok 24 Januari. Esok Final.

3 hari berlalu laju. Saya langsung tak ada mood nak baca buku.

I don't know why?
Asyik tidur tidur tidur.
Bila nak selak lekcenot saja, tangan mesti gatal nak onLine fesbuk pula.

Tepuk kepala 5 kali.

Selalunya, bila syndrome macam ni datang, itu tanda hati sedang tak tenteram. Banyak fikir. Terlalu risau.

Fuh..
Hidup ini memang sangat mencabar, kan?
Orang tengok kita macam Spiderman, kuat, gagah, boleh rempuh masalah, hakikatnya kita pon lemah. Tapi kita cuba juga redah sebab kalau selalu tenggelam dalam masalah, kita akan terus murung sedangkan masalah terus menyerbu satu demi satu.

Orang lain dah travel.
Orang lain dah balek Malaysia.
Saya masih di Jordan mengira hari, bila nak habes imtihan.
Esok dijangka ribut salji, kalau betul-2 berlaku, maka imtihan pasti ditangguh dan tertangguh lagi hasrat saya nak habeh exam cepat-2.

Bukan saya nak sangat bercuti.
Tak excited pon nak pergi oversea ( baca : Mesir ) pada 29 hb ni.

Yang saya nak,
Nak rasa sikit saja kerehatan. Nak buat apa yang saya nak buat tanpa rasa terbantut atau terbatas dengan keperluan untuk saya berada depan buku. Alahai.
Mungkin bila buat apa yang saya nak buat, masalah dunia yang sedang mengepung diri dan masalah hati yang kian membengkak ini bakal segera pergi. Mungkin.

Allah. Hidup ini penuh dengan turun naik. Macam ECG lah. Kalau tak turun naik, straight line saja, itu tanda kau dah mati.

They said, "come on Qasrus! Sikit je lagi."

Ya..!! Saya cuba untuk kuat.
Dah 3 hari saya futur. Lemah. Rasa membuak nak baca tapi badan menolak.
Hari ini, saya gagahkan diri.
Cuba juga untuk habiskan material.

Just one step, Qas. Do everything you have to do. Forget the problems and enjoy your life! Problems will never stop disturbing you, so just keep calm and face with them with smiley. Smile!

The most important one, always raise your hands and keep asking Allah to ease your life. He knows what has happened to you and He knows the solutions of all those things. Have faith Qasrus. He is nearer to you than your jugular vein.

In shaa Allah, you are never alone in this world.

Sedarlah! Ramai Kut Yang Miskin Tapi Nak BelajaQ!

Dia whatsapp aku dari kejauhan.

' Angah. Terdesak ni. Duit tak berapa nak cukup. Barang kat Mesir makin naik, duit yang ibu abah bagi jadi sikit bila duit Malaysia makin turun. Esok nak raya tak terasa dan tak prepare apa-2. Asyik pikir macamana nak cari duit. Kesian ibu abah.. '

And you know..
Urm. I just can sit down and melengung, how can I help you, sis?

Kalau VOiP jalan laju, nak je bagi semua keuntungan pada enti. (T.T)

And she said again,

' Tak apa lah. Nanti lepas jual itu ini bla bla bla, in shaa Allah, dapatlah sikit kut untung untuk support belanja kat sini '

#Nanges.

Adoi. Susahnya orang yang tak ada tajaan.
Orang di Mesir pon rasa terbeban, apatah lagi yang di Jordan?

Terasa insaf sendiri.

Teruknya...
Orang yang Allah bagi peluang untuk dibiaya oleh pihak-2 tertentu ( walaupun bukan 100% ), yang tak perlu fikirkan sangat soal kewangan pon walaupun sedikit terjejas apabila duit Malaysia turun,
Tapi,
Masih masih masih main-main dalam pelajaran.
Masih nak ponteng kelas, tak hormat doktor dan tak nak baca buku.

Teruknya !!

(Qasrus, mata awak adalah mata yang pertama membaca tulisan ini.)
#MohonSedar

Anda Sedang Menempah Maut!

Kita memang boleh sorok dosa yang kita buat daripada manusia.

Tapi jangan menafikan.

Di sebalik penampilan kita di hadapan manusia yang relax ala-2 selamba badak buat dosa itu, sebenarnya dalam diri kita bergolak dan berperang dengan kegelisahan kerana sedang memecahkan tembok taat kepada Allah.

Kerana apa?
Kerana kita sendiri sedar, hanya kita dan Allah sahaja yang tahu dosa itu.
Maka kita ini, badan kita mula bertindak ; menghasilkan hormon kortisol yang mampu menghentak kita dengan rasa risau dan dilema / konflik rumit tahap tak boleh selesai sepanjang zaman .

Sebab itu perlunya taubat dan berazam nak berhenti buat dosa.
Taubat menghadirkan ketenangan, merendahkan paras hormon tadi.

Kalau buat dosa dan tapenah nak bertaubat,
Anda sedang mengundang penyakit fizikal dan menempah maut.
So, boleh lah nak simpulkan, orang yang rajen dan istiqomah buat dosa itu adalah orang yang sedang membunuh diri.

(Bacakan Yassin kepadanya.
Nak Lagi best, tambah talkin siap-2.)

Oxytocin Cinta

Kenapa seorang ibu terlalu menyayangi anaknya??

Why . . .  ?
Why . . .  ?
Why . . .  ??!

Kerana Allah ada pinjamkan sedikit kasih sayangNya kepada para ibu supaya mereka sayang pula kepada anak-2 mereka.

Allah mengUpkan jumlah hormon Oxytocin yang akan menyemarakkan kasih sayang seorang ibu.
Allah gandakan lagi kekuatan Oxytocin ini dengan kehadiran rakan seperjuangannya ; Endophrine dan Prolactin.

( Endophrine menyembuhkan segera luka bersalin dan meniupkan rasa bahagia dalam jiwa si ibu dan hubungan emosi dengan baby hingga membuatkannya seakan lupa sakit bersalin . Sebab tu, jangan pelik kalau hari ni perempuan yang bersalin kata tak nak beranak dah, tapi tahun depan kita jumpa lagi muka dia dekat labour room. )

( Prolactin meransang pengeluaran susu untuk si anak dan memindahkan hormon Oxytocin kepada baby untuk menimbulkan rasa nyaman )

Hebat?
Ya .. Sangat !

Andai tak ada trio hormon kasih sayang ini, jika anda terlajak memasukkan kepala dalam mesin basuh atau terkurung dalam peti ais pon mak anda tak akan peduli.

Tapi!
Kerana adanya hormon ini, maka seorang ibu itu automatik akan memiliki rasa altruisme ( pentingkan anak dari diri sendiri ), lembut dan berkasih sayang serta terus sado dan rajen besarkan anak sampai pandai lompat bintang.

Maha suci Allah yang sunggoh Hebat !

#MutiaraMaryam