Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Kanak-Kanak Ribena >

Doktor?

Hampir ke titik akhir.

Cuma berbaki satu system lagi yang perlu saya tempuh sebelum mengorak langkah ke alam klinikal.

Klinikal. Unbelievable. Ini introduksi kehidupan kerjaya saya selepas ini. Kerjaya sebagai seorang doktor.

Doktor. 'Saya nak jadi doktor bila besar nanti..'

Dulu, kata-2 ini hanya bermain di bibir secara tidak serius. Tak habis fikir macamana la nak jadi doktor. Kos pembelajaran yang nilainya hampir setengah juta. Aku mahu korek dari mana wang ringgit?

Biasiswa ?
Hanya mampu ketawa.

Layakkah saya untuk ditaja orang. Bahasa Inggeris pun sangkut, konfem tak lepas temuduga. Itu fikirku dahulu.

Dalam menggantung cita bersemi 1000 keraguan.

Tapi, sungguh. Allah lagi tahu.

Sungguh, perancangan Allah lebih baik. Tak mampu saya duga.

MARA meletakkan nama saya sebagai antara pelajar yang ditaja untuk belajar dalam bidang perubatan . Lebih menakjubkan, bukan di Malaysia , tapi di Jordan !

Apa lagi baki keraguan yang mahu disimpan tatkala menerima perkhabaran ini?

Tanpa temuduga , hanya dengan peperiksaan 100 soalan psychology yang dijawab bersama ribuan calon lepasan SPM di seluruh Malaysia, Allah memberi saya peluang untuk menjadi pelajar yang lulus untuk ditaja MARA.

Tidal mampu menuturkan kalam lain melainkan lafaz tasyakkur yang selalu bermain di lisan tatkala mengingatkan uniknya perancangan Tuhan ini.

Kini, ya. Saya adalah pelajar Tahun 3 di fakulti perubatan University of Science And Technology di Jordan.

Setelah menempuh dua tahun lebih pengajian dalam bidang ini, saya belajar tinggi rendah kehidupan seorang hamba. Belajar mengenal lebih banyak tentang diri sendiri dan tentunya mengasah lebih tajam pergantungan kepada Pencipta.

21 tahun usia saya. Berbaki lagi 3 tahun dan pada usia 24 tahun, saya bakal dipanggil 'doktor' oleh para pesakit atau paling tidak pun , masyarakat terdekat.

Saya faham dan percaya, setiap manusia ada aturan yang telah Allah tetapkan.

Setiap manusia ada cerita tentang kisah hidupnya. Ada naik, ada turun.

Dan semua manusia pasti suka untuk mengaku bahawa cerita hidupnya paling istimewa.

Begitu juga saya. Setiap episod hidup saya dari titik mula mengenal diri sendiri sehingga akhirnya kematangan kian mendewasakan diri, saya sangat suka untuk mengatakan bahawa cerita hidup saya paling istimewa .

Biar ada yang mengatakan mereka punya kisah lebih hebat dan menakjubkan tapi tetap saya akan mengatakan, 'kisah aku lebih indah!'

:)

Untuk adik-2 yang masih di bangku sekolah, teruskan belajar dan jangan penat memasang impian yang tinggi. Tak rugi. Bila kita letakkan sasaran yang kita spesifik dan jelas, inshaAllah langkah kita akan lebih yakin.

Imsyi dugri !

01062016
Irbid,Jordan

*muhun doa teman-2 solehah buat saya, si kecil yang masih bawah ilmunya. Imtihan makin dekat, doakan saya semakin yakin dan rajen.

Futur Di Hari Mengira Tarikh Exam

" Sedihnya dunia ni.....! Ramai yang pakat habis dah exam.
Ada yang siap nak ke umrah.
Ada yang dah balik Malaysia.
Ada yang dah boleh ziarah sini-sana.
Rumah sendiri pon makin susut manusia di dalamnya.
Tinggal Angah saja yang agak lambat habes exam. Start pon belum.
Sorang-sorang saja nanti kat rumahhhh bila nak dekat puasa.
Sahur nanti sendiri. Bukak puasa pon seorang diri.
Sedihnya!
Huwa a a a 😭😭 "

*Tadah Air Mata Dalam Cawan*

" Dalam kubur nanti pun sorang-2 jugak.
Baca Lailaha illa Allah .
Allah kan ada . . . ? " - Abah

Gulp.

Deepnyer. Tak jadi dah kita nak emo lebih-2.

*Sedut semula air mata*

" Angah . . Adatlah.

Ada itu lawannya tiada. Suka itu lawannya sedih. Hari ni, kita dalam duka. Tempuh! Ujian Allah.

Yang penting kita kena ingat, kita kena bertanggungjawab. Tanggungjawab angah study. Jadi, itu pentinglah. Tak ada mood sekalipun, nak atau tak nak, tetap kena terus belajar. Ada kawan atau tak, itu cuma persekitaran. Kitalah yang kena kuat. Kena hadapi.

Fatrah menghampiri exam ni, masa itu sangat emas. Jangan biar ia terbuang macam tu sahaja disebabkan mood yang tak elok. Hasil positif usaha kita nanti akan nampak di kemudian hari. Result usaha keras kita itu yang akan bayar balik segala pengorbanan dan kedukaan kita hari ni.

Jadi, kena kuat. Nak kuat, serah diri pada Allah. . . " - Ibu

Tudiaaa...

Kering terus air mata kita. Kering-kontang macam kemarau 7 tahun masa zaman Nabi Yusuf.

Duhai.

Tiada yang menguatkan diri yang lemah melainkan Allah yang kuat.

Tiada yang memberi kebahagiaan saat diri kita luka melainkan Allah yang hebat.

Semoga Tuhan mengurniakan kudrat lebih ciket pada si kecil ini. Macam tak biasa dia duduk sorang-2 kat rumah padahal masa Tahun 1 dulu pernah saja hampir berbulan duduk seorang. Survive je. Hidup je sampai hari ni. Dah naik Tahun 3, manja berlapis. Tumbuk kang. *Dush* *Dush*

Hurm, sebenarnya.. .. .. Aikenduit la. AiKuad. Kan?

Allah is always by your side.
You are not alone, Qas!

31052016
Irbid,Jordan


P/S: Muhun puan-2 doakan budak ni sorang. Dia ni memang laguni, mudah distracted. Kalau puan-2 nak kasi taujihat, nasihat, atau hantar makanan free ke rumahnya pon buleh . Boleh sangat. Sangat-sangat.

Ayat Pelindung Diri Ketika Keluar Rumah

Bila kita ; perempuan. Single. Duduk luar negara.

Tak boleh dua ploh empat jam nak pakai murakib ke mana-2, melainkan ketika waktu malam , selepas waktu qarar.

Waktu lain?

Tidak mesti tidak, kena jaga diri sendiri.
Tidak mesti tidak, tahap kewaspadaan perlu lebih tinggi.

Tak sama macam masa di Malaysia.
Nak ke mana-2, abah boleh bawakan.
Nak singgah mana-2, adik-2 boleh temankan.

Tapi, kat luar negara, you have to do everything alone. Kalau ada kawan yang solehah yang boleh diajak berkepit ke mana-2, beruntunglah.

Tapi, sampai bila nak harap pada kawan?
Dia juga punya komitmen tersendiri.

Nak tak nak, kita sendiri kena bijak bawa diri.

Tambah kalau kawasan rumah memang kawasan black area. Ape je yang tak ada ; ragut, perompak, flasher, pemerhati wanita. Semua pon ada.

Walau arab ni nampak semua sama, rambut hitam, hidung mancung pipi tersorong-sorong (eh?), tinggi lampai macam tiang bendera Malaysia, hati mereka ada yang baik macam malaikat menjelma manusia, ada juga yang macam sampah serupa jin penunggu hutan belantara ; selalu nak ambil kesempatan.

Pernah teman terdekat saya mengadu dia diekori oleh lelaki arab ketika berjalan nak ke rumah kawannya. Diekori oleh arab itu biasa dan saya pun pernah sekali mengalaminya ketika zaman sanfuurah dahulu kala. Cuma, saya tak sangka mereka juga mengikut perempuan berpurdah (teman saya itu berpurdah dan selalu bertudung hitam sahaja), kerana saya fikir yang berpurdah lebih selamat. Duhai! Rupanya tak! Tambah lagi , mereka juga berani pulak ikut anak dara orang ketika siang hari, pada waktu matahari masih mewarnai langit !

Apekah?
Nampak tak di situ?

Kat mana-2 pun tak selamat.
Bila-2 pun tak selamat.

Pakaian labuh dan bertutup macamana pun tak selamat. Yang pakai dahsyat-2 lagi double triple lah mengundang bencana!

Dah tu? Bagaimana kita tak sakit kepala lagi khuatir bagai menanti anak kucing mahu beranak?

Kita nak jalan ke kuliah pun kena tengok kanan kiri, pandang depan belakang. Rasa macam kat mana-2 pun ada si penjahat tengah mengintip, bagai semua yang lalu-lalang di sekeliling kita itu punya niat tak baik.

Apakah daya? Bukan mahu bersangka buruk tapi terpaksa berjaga-jaga kerana malang tidak berbau, tidak terasa, tidak dilihat dan tidak ada orang nak miscol awak atau jerit kat telinga awak untuk bagi tahu ada orang jahat kat tepi awak.

Ibu selalu pesan.
Dan pesanan ibu ini penting untuk saya sebagai seorang gadis yang berada jauh dari keluarga.
Rasanya pesan ibu ini untuk sesiapa juga penting. Saya rasa.

Kata ibu, sebelum keluar rumah, awal-2 lagi letak pergantungan pada Allah.

Kita ni, kalau bawa bodyguard di kanan, kiri, depan, belakang, tenggara, barat laut, barat daya, timur laut sekali pon , belum tentu terjamin keselamatan.

Kerana apa?

Makhluk itu lemah. Kadang-2 tetap terdedah kepada bahaya.

Sebenar-benar keamanan itu ada pada Allah. Maka, cari perlindungan dari Allah tika mana kita tiada pilihan dan terpaksa bergerak sendiri.

Maka, selalu dititipkan pesan oleh ibu kepada saya. Sebelum melangkah keluar rumah,

Jangan lupa baca ;

- Al-Fatihah senafas
- Ayat kursi
- 3 Qul
(بسم الله الذي لا يضر ... إلى آخر اية) -
(أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق) -

Dan sepanjang berjalan tu baca terus-terusan (حسبنا الله ونعم الوكيل )

Sebaik-baik pelindung itu adalah Allah.

Semoga diri kita, harta kita dan orang-2 di sekeliling kita terus berada dalam lindungan dan jaminan keselamatan dari Allah.

29052016
Irbid,Jordan


*Imtihan tangguh. Mood menulis ON. ^-^

Usah Berhenti

Pernah ketika sedang membaca nota yang agak tebal tentang satu topik yang begitu menarik tapi bikin otak ini serabut, neuron lari lintang-pukang macam tengah main police and thieve dan rasa begitu tak mampu mahu teruskan pembacaan sampai ke akhir.

Masa tu, macam-2 bisikan datang.
Mungkin bisikan syaiton . Mungkin juga cuma monolog jiwa.

'Dah la. Tidur dulu. Nanti baru sambung. Benda susah, takyah gagah nak teruskan.'

'Persetankanlah nota ni. Susah tahap gaban. Dah la banyak benda nak kena ingat. Grr'

'Alah. Takyah bacalah. Tak masuk ni dalam exam. Tak masuk, tak masuk. Yakin.'

Pengsan.

Pernah berhadapan dengan dilema kronik tahap kanser stage empat ini??

Duhai.

Bila diri berdepan dengan konflik yang begitu dahsyat bagai sedang bertempur dalam Peperangan Di Zaman Jepun Menjajah Tanah Malayu, tiada siapa yang tahu.

Bila rasa nak terkam dan baham pintu sebab terlalu penat otak nak mencerna ilmu, tak siapa peduli.

Bila rasa nak bebas terbang macam Superman dari bangunan rumah sendiri menuju ke Puncak Gunung Kinabalu, tak siapa tanya.

Bila rasa nak lepas stress dengan lumba makan papan grad AAA bersama jemaah anai-2 di pintu tandas rumah nenek jiran, tak siapa sokong. Erk.

Tak siapa tahu susah payah kita dalam menuntut ilmu.

Tapi , ada satu yang memerhati kita dari mula sampai akhir, tahu serba-serbi setiap ilmu yang kita tengah cuba nak kuasai, bisa menjadi pemudah untuk kita faham ilmu itu..

Siapa?

Dialah Tuhan Yang Maha Mengetahui.
Pemilik segala ilmu yang ada di langit dan bumi.
Tatkala serabut, minta pada Dia.
Dia boleh merungkaikan kerumitan menjadi kemudahan.
Ketika mahu menyerah kalah, doa pada Dia.
Dia bisa menguatkan jiwa agar terus gagah melangkah.

Yang penting, jangan hilang pengharapan pada Tuhan.

Bila rasa lemah, cari kekuatan semula dari Allah.
Jangan berhenti dan berpatah langkah.
Teruskan berjalan biarpun seinci. Biarpun satu cm. Biarpun satu mm.

Usaha kecil yang berterusan pasti membuahkan hasil yang lumayan, mencambahkan perubahan yang tak terjangkau dek akal.

Maka, saya teruskan membaca dan membaca hingga habis nota tersebut tanpa sedar !

Dan ketika itu, rasa sesuatu.
Asal jiwa kuat, hati sado, kau akan dapat apa yang kau mahu. Asal jangan berhenti. Jangan !

Kata Allah, berusahalah.
Kata Nabi, bersungguh-sungguhlah.
Maka, anda. Usahalah dengan bersungguh. InshaAllah, kejayaan dalam genggaman.

Ilmu memang susah pada permulaan. Tapi ia akan menjadi mudah pada pengakhiran jika engkau tak letih mengulang.

Kullu tikrar, taqrar.
Setiap yang diulang, akan kekal.

Wahai penuntut ilmu, bila tiba di titik lemah,

Katakan pada dirimu itu, aku boleh. Aku kuat. Aku tak boleh setop. Ilmu ini penting. Allah bless me with the opportunity to learn it. Saya kena berjuang dan cuba faham. Kuat. Saya kuat!

Dan jika masih tak boleh go. Langsung tak boleh.

Berhenti belajar sebentar dan terus berwudhu. Lakukan solat sunat 2 rakaat. Minta pada Tuhan. Direct. Minta apa yang kamu mahu. InshaAllah, ada kesan.



Seterusnya ?
Teruskan pembelajaranmu. Usah berhenti. 😊

26052016
Irbid,Jordan

Kejut Orang Tahajud, Matinya Husnul Khotimah

" Biarkan saya! Tak perlu bagi apa-2 rawatan. Tak payah cucuk atau beri apa-2 ubat. Saya dah nampak kematian di hadapan saya ! " Lontaran kata dari remaja muda itu mengejutkan para doktor yang mahu menyelamatkannya.

Kritikal.

Kemalangan yang menimpa remaja itu memberi kecederaan yang maha dahsyat kepadanya. Namun anehnya, berbeza dengan pesakit lain yang pastinya akan meraung-raung kesakitan ( double triple lagi kronik daripada wanita yang sakit nak melahirkan anak ) apabila menghadapi kecederaan seteruk itu, remaja ini hanya tenang dan seolah-olah redha sahaja.

Tidak lama kemudian, dengan izin dan ketentuan Allah, nafas terakhirnya dilepaskan. Maka, terbanglah roh dari jasad remaja ini menemui Tuhannya. Pergi selamanya. Tidak lagi kembali.

Cerita tak berakhir di situ.

Doktor yang terlibat dalam menguruskan pesakitnya ini masih dibelenggu kebingungan. Keanehan yang jarang-2 ditemui!

Bagaimana mungkin pesakit ini dah tahu yang dia akan mati?
Bagaimana pula dia boleh cakap dia nampak kematian di hadapannya?

Tatkala menyampaikan berita kematian pesakit ini kepada kedua orang tuanya, doktor ini sempat menyelit soalan. Tak boleh tak tanya! Persoalan ini terlalu menghimpit urat saraf dan segala neuron di otaknya.

" Tuan, kalau boleh saya tahu, apakah amalan soleh anak tuan sehingga kematiannya begitu baik dan menenangkan sekali? Dia dah redha dulu sebelum Tuhan ambil nyawanya.. "

Bapanya terkesima dengan persoalan itu. Dia juga tidak pasti apa amalan yang sering atau terus-terusan dilakukan si anak yang telah pergi itu.

" Doktor, saya pun tak pasti. Cuba, arwah anak saya ini, satu tabiat yang dia tak pernah tinggal selama ni, kalau dia bangun malam untuk solat, dia selalu akan kejutkan saya dan isteri juga untuk turut bertahajjud. "

Kejutkan orang lain bertahajjud. Itu rahsianya !

SubhanAllah !

Cerita ini memberi kesan yang begitu menampar-nampar jiwa saya. Hebat sekali. Bagaimana sesuatu yang kecil bisa memberi impak yang besar kepada hidup remaja ini. Siapa sahaja dalam galaksi bima sakti ini yang tidak mahu husnul khotimah ? Ada??

Jika ada, suruh dia terjun bangunan 17 tingkat sekarang! Heh.
Kita mungkin antara orang yang sering kali direzekikan untuk mudah bangun malam.
Bertahajjud jam 3 pagi.
Menangis di tikar sejadah menyesali dosa-2 yang telah dilakukan diri.
Membaca Al-Quran tatkala ayam pun belum bangun tidur lagi.

Allahu.. Penghuni syurga betul.

Kita mungkin lebih faham dan arif tentang kelebihan solat malam sehingga terus istiqomah tak meninggalkannya.

Kita ingat kata-2 Nabi kepada Abdullah Ibn Umar bahawa Abdullah akan jadi orang paling baik sekiranya dia bangun malam dan sejak itu juga Abdullah kurang sekali tidurnya dan banyak solat di malam hari.

Kita juga takut nak tinggalkan solat malam bila teringat juga kata-2 Nabi terhadap seorang lelaki ( ketika zaman baginda ) yang jika tidur, dia hanya terjaga apabila telah Subuh, dia tidak lagi solat malam. Apa kata Nabi terhadapnya? Kata Nabi, sesungguhnya syaitan telah kencing di telinganya. Gulp.

Kita tahu semua itu!

Maka, kitalah orang paling bersungguh solat malam.

Tidak mahu tinggal.

Kita juga mahu rebut darjat menjadi orang yang terbaik pabila berusaha sehabis daya untuk mendirikan solat malam. Bukankah penghuni syurga itu adalah daripada kalangan manusia-2 terpilih? Pastinya yang terpilih itulah yang terbaik!

Kita mahu jadi penghuni syurga, maka kita usaha buat amalan soleh ini. Mahu juga jadi yang terbaik. Paling menebal iman dan taqwa. Fuh.

Salahkah?

Tidak. Tidak sama sekali . Tidak salah sikit pun walaupun sebesar mikroorganisma .

Tapi, soalan saya, berapa ramai yang apabila dia bangun di pagi hari, dia akan kejut juga rakan-2 rumahnya? Dia kejut ahli keluarganya? Dia kejut kucing dan ayam-2 di rebannya ? Erk.

Susah sekali! Selalu kita lebih pentingkan diri sendiri. Biar sahaja teman kita diulit mimpi hingga ke subuh. Yang penting aku dah bangun tahajjud. Aku paling soleh!

Pengsan.

Lupakah kita bahawa Rasulullah Solla Allahu 'alahi wa sallam sendiri pernah bangun malam dan mengejutkan Saiyidina Ali dan Fatimah ? Nah. Lantas, mengapa kita pula rasa terlebih mulia dengan tidak melakukan hal yang sama??

Teman-2, syurga itu luas. Bukan untuk kita seorang. Bosanlah kalau yang menghuninya cuma kita seorang. Alangkah best dan osemnya bila kita dapat marathon 100 m di kebun-2 syurga dan berenang kuak kupu-2 di punca air yang mengalir dalam syurga bersama teman dan ahli keluarga kita? Alangkah!

Maka, why not we try our best to invite others ; join us to perform qiamullail?

:)

Saya menulis tentang ini tak menunjukkan saya paling istiqomah bangun malam. Juga tak menunjukkan bahawa saya juga sangat rajen kejut seluruh penghuni di kediaman saya untuk solat malam. Oh, sadis!

Saya hanya suka menulis, tulis apa yang saya tahu.

Namun , tertanggung kewajipan ke atas saya untuk menulis sesuatu yang baik.

Moga dengan tulisan ini sama-2 dapat memberi ihtimam kePada kalian yang membaca dan semoga ia menjadi asbab untuk Allah kurniakan kekuatan hati untuk saya istiqomah bangun malam, rajen juga ajak orang lain bangun malam dan sama-2 kita dipermudahkan dalam pembelajaran dan urusan seharian.

Teman, moga kita semua dapat berusaha untuk mengamalkan apa yang seharusnya kita lakukan.

Bangun malam itu menguatkan jiwa. Very impoten. Tambah untuk penuntut ilmu seperti saya dan anda.

Tapi, lagi baik jika kita ajak sekali teman-2 dan ahli keluarga kita untuk bersama join kita buat pahala ; Imarahkan malam kita dengan ibadah kepada Tuhan yang Esa.

Bukan seorang. Tapi, beramai-ramai.

Ramadhan dah dekat ni.
Boleh practise dan warming up dari sekarang.

May Allah bless us.


:)

23052016
Irbid,Jordan

Akhlak Baek, Sampai Mati Orang Sanjung

Mak Cik Emy. Aicol

Saya tak kenal mana mak cik ini. Saya budak Jordan. Bumi UIA pon saya tak pernah jejak kaki.
Pemergian Mak Cik Emy baru-baru ni begitu menarik perhatian saya.

Kenapa lak?
Apa kaitannya dengan saya?
Saya bukan kenal dia.

Ya. Betul. Saya tak kenal.

Tapi, pemergian insan biasa ini meninggalkan impak luar biasa kepada yang mengenalinya. Hingga impak itu turut membias diri saya yang jauh dari tanah Malaysia ini.

Dia baik sangat. Selalu doakan pelajar-2 sini.

Dia sanggup bawa balik telekung surau dan basuh telekung tundi rumahnya supaya orang boleh solat dengan selesa bila pakai telekung-2 tu.

Dia selalu peluk cium pelajar-2 sini macam anak sendiri.

Dia Tak pernah gagal menuturkan nasihat luhur dari sanubari.

Akhlaknya baik. Nasihatnya selalu terkesan di hati yang mendengar.

Dia bekerja dengan gigih demi anaknya. Kentalnya dia menjadi seorang ibu.

Hebat.

Insan biasa-biasa, jauh sekali menjadi insan terkenal sampai masuk telebesen atau surat khabar di mana-mana negara.

Tapi, dia diangkat bagai adiwira tatkala telah pergi ruhnya meninggalkan dunia yang fana. Lagaknya bagai Ahmad Ammar yang sampai hari ni dicanang-canang namanya. Selebriti langit !

Benarlah. Miskin itu tak bererti kita tak punya harapan untuk menjadi kaya.

Biar miskin harta, tapi pabila jiwamu kaya, engkau manusia paling bahagia. Engkau diiktiraf manusia paling kaya !

Kaya itu tak semesti pabila harta melimpah-ruah bagai Si Qarun yang akhirnya lupa daratan. Orang kaya bakal jadi paling dhaif dan fakir di dunia andai selalu mendabik dada memandang hina pada manusia.

Saya belajar, akhlak itu adalah segala-galanya.

Tidak pada rupa.
Tidak pada harta.
Dengan akhlak, kau mampu sentuh hati sesiapa sahaja.
Dengan akhlak, kau bakal jadi ikutan manusia walau kau bukan sesiapa.
Kerana itu, terutusnya Nabi SAW adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Dan benar janji Tuhan, andai kau ikut apa ajaran Nabi, kau bahagia.

Bukan saja bahagia ketika paru-parumu masih mampu menukar ganti oksigen dan karbon dioksida, bahkan tika jasadmu telah selamat bersemadi di bawah tanah juga, kau bakal tetap bahagia. Namamu, sikapmu, kata-2 yang pernah terbit di lisanmu bakal terus menjadi ingat kasih di hati manusia di dunia.

Al-Fatihah Mak Cik Emy.

Akhlakmu buat diri ini rasa kerdil.
Kamu pergi dalam bahagia dan buat manusia pula yang menangis hiba.
Semoga Tuhan menyambut kamu dalam dakapan kasih dan cinta.

Kamu qudwah manusia. Akhlak kamu telah melekat di jiwa ini! Kamu bukan sahaja petugas kebersihan di UIA, tapi kamu juga dah bersihkan mentaliti manusia terhadap orang yang tidak berharta. Kaya jiwa.


Qasrus Syuhada
18052016
Irbid,Jordan

Jangan Takut Bersedekah

Jangan takut untuk bersedekah kerana bimbang miskin, bersedekahlah! Sesungguhnya, orang miskin itu adalah orang yang takut untuk bersedekah !

:)

Serius, bersedekah itu power. Kesannya hebat. Lebih hebat dari kesan kuasa sakti pari-pari atau Nenek Bertha dalam Sinetron Bawang Putih Bawang Merah tu.

Siapa yang boleh rasa kehebatan sedekah?
Hanya orang yang melakukannya sahaja yang tahu.
Buat dulu, baru tahu.

Ada orang yang terus-terusan berjaya menggapai kecemerlangan dalam pelajaran. Bila ditanya, apa rahsianya ?

Sedekah.

Ada orang bila dihempap susah, susah itu tak melekat lama padanya. Solusi datang bertimpa-timpa maka akhirnya masalah lenyap dari menggigit hidupnya. Bila ditanya, kenapa begitu mudah ?

Sedekah.

Tak penting banyak mana kamu sedekah.
Tak perlu pun kosongkan akaun bank semata-mata mahu mengamalkan amalan simple-miple-apple ni.
Takyah kempiskan dompet pun untuk memberi kepada orang.
Biarpun dengan jumlah yang sedikit, tapi berterusan, itu sudah cukup memadai.

Itu bila bicaranya tentang wang.

Aduhai. Jika memang poket kita rabak, akaun bank juga hanya terisi sekupang dua, dompet kita pula sudah berbulan tiada penghuni kertas berwarna-warni itu, apa tiada harapankah mahu merebut pahala bersedekah sekaligus menjadi antara hamba Tuhan yang dimuliakan kerana amalan memberi ini??

Oh ya!

Jangan pernah lupa.

Biarpun dah banyak semut yang kamu pernah telan dan kunyah sejak kamu lahir ke dunia sampai sekarang sudah dewasa, tolonglah.. Tolong ingat fakta ini!

Kamu boleh lupa benda lain tapi tidak yang ini.. ;
Sedekah itu tidak hanya pada wang.
Jika kamu tidak punya wang, bersedekahlah guna kudrat atau perbuatan yang baik.

Alihkan duri di jalanan.

Bantu Mak Cik Peyahui binti Man angkat kain di jemuran.

Tausilkan maggie yang dipesan dari rakan di blok A ke rakan di blok M.

Isi minyak motor rakan secara percuma dengan kerelaan jiwa raga baldi tong gas.

Bacakan surat khabar untuk nenek yang ada masalah pendengaran.

Masakkan brekfes, lunch dan dinner untuk jiran tetangga satu taman. Err.

Boleh belaka!

Tapi .. Tapi.. Kalau badan juga selalu sakit, tak punya kesihatan yang baik. Gimana?

Jika anda tidak punya wang dan kudrat, bersedekahlah dengan melebarkan inci bibir anda yang merah merekah itu lantas maniskan muka seperti popcorn karamel yang dicurah 3 baldi madu asli pabila bertemu dengan manusia. Sesiapa saja.

Itu juga sedekah!

Tapi, saya yakin. Jika anda mampu membeli mobile data untuk dapatkan akses internet dengan kelajuan melebihi seekor kura-2 berkaki lapan demi dapat terus istiqomah online efbi dan scroll wall saya ( eheh ), maka pastinya dalam poket anda tetap ada baki beberapa keping duit syiling.

Kan ?
Berikan apa yang tinggal itu pada manusia lain. Biarpun hanya SEDIKIT.

KAN DAH CAKAP BANYAK KALI SEBELUM NI!
SIKIT TAKPA, ASAL KONSISTEN.

OKAY?

Tak dengaq!

Okay tak?

Mohon la jawab. Saya tak dengar suara anda.

Okay?

Kuat sikit lagi, boleh?

Okay??

OK!!!!  * kata anda dengan penuh bersemangat ; Terlampau semangat hingga bergegar otot muka bagai dipijak raksasa dan gugur pula sehelai bulu hidung bagai bunga cinta layu di pusara. Err *

Kekayaan itu perlu dibahagi.
Yang berharta lebih, diberi pada yang kurang berkemampuan.
Barulah aman damai bumi ini.
Si kaya tidak dilihat sombong, si miskin tidak merendah diri. Sama membantu.

Ingatlah!

Apa yang kamu beri, itulah yang kamu bakal miliki di akhirat nanti.
Sedangkan apa yang kamu simpan, itulah yang bakal kamu hilang dan rugi.
Berilah sebanyak yang mampu. Lagi banyak lagi baik.
Berterusan , bukan sekerat jalan. Bukan hanya pabila ada manusia memerhati. Bukan memberi untuk meraih populariti.

Allah cinta pada hambaNya yang istiqomah.
Amalan soleh itu tidak bakal dipandang ringan oleh Tuhan.

Dia melihat.
Dia memerhati.

Maka yakinlah, sedekah jariah itulah yang bakal membantu kamu saat jasad sudah menginap di kuburan.

Kebaikan yang kecil pasti ditimbang sebagai amalan kebajikan.

Asal ianya ikhlas.

Ikhlas wahai teman.

Ikhlas.



Qasrus Syuhada
17052016
Irbid,Jordan

Bangkit Setelah Jatuh Itu Luar Biasa !

Jatuh itu biasa, tapi bangkit dari jatuh itu luar biasa.

Usah menyerah untuk terus mencuba. Jauhi trial and error, tapi buatlah trial and learn. Bertahanlah dan rasai nikmat berTuhan !

Saya dulu selalu dihembus kata-2 keramat ini, " Selalunya orang yang terus-terusan score atau berjaya masa zaman sekolah, nanti mesti dia akan diuji dengan result yang biasa-2 atau kurang baik masa di alam unibersiti "

Acap kali mendengar lafaz ini hingga diri jadi bimbang.
Bimbang ia benar-2 berlaku.

Jujurnya, jika ditanya bagaimana result zaman sekolah rendah, zaman sekolah menengah, boleh dengan senang hati suka ria joget-2 zapin nak habaq kat orang,

' Alhamdulillaah, saya jaranglah dapat top 10. Top 3 tu selalu. ' Phew.

' Ho ho. Anugerah akademik dan saya memang tak boleh dipisahkan. Asal ada anugerah, sayalah penerimanya. Asal saya, memang adalah anugerahnya. ' Pengsan.

' Urmp. Result ke? Bolehlah. Biasa-2 saja. Cuma nama tu ada la dalam senarai pelajar harapan guru untuk dapat rezab meletop macam bom di Hiroshima, Jepun tu. . ' Ceh.

Itu dulu.

Zaman ketika hidup benar-2 terfokus pada study.
Tiada henpon. Tiada wasap. Tiada efbi.
Duduk asrama, asal bosan bukak buku.
Kalau penat tidur. Bangun semula, baca lagi buku.

Buku. Buku. Buku.
Zaman buku sentiasa di sisi.

Tapi, bila dah melangkah keluar dari zaman sekolah,
Tidak lagi terikat dengan peraturan sekolah,
Semuanya berubah, bertukar dan bermanipulasi tiba-2.
Hidup bagai dihimpit dengan pelbagai dilema.
Masa. Teknologi. Amanah. Pelajaran yang semakin memberat.

Dan?

Akhirnya, kata-2 keramat yang pernah melanggar gegendang telinga dulu benar-2 terjadi.

Result di alam kampus tidak lagi boleh dibanggakan.

Setiap sem, markahnya ala kadar. Cukup makan. Orang kata, asal lepas dah kena bersyukur. Kau budak medik. Medik tu susah. Biasalah kalau tak dapat highest atau paling lekeh 80% dan ke atas.

Sedih selalu menerpa jiwa.

Bagai dipakai dengan pakaian ' Kau Bukan Lagi Scorer ', selalu rasa inferior membelenggu diri.

Bukan mudah mahu cari cara study terbaik untuk diri sendiri.

Kadang banyak kali mencuba , cara itu dan cara ini , resultnya tetap hanya selesa di paras selamat. Aneh.

Tapi, saya selalu percaya, Tuhan sentiasa ada.

I make a trial and I learn.

Learn many things that I can't imagine before.

Biar , kadang hidup kena juga berada di kasut orang yang resultnya biasa-2. Baru kita kenal erti struggle yang sebenar. Baru diri bagai sentiasa cuba mencari Tuhan dan terus meminta, Ya Allah, berikan jalan. Jalan bagaimana dulunya semangatku waja, juhudku tinggi, cinta menebal pada ilmu.

Tahu tak?

Dari tempat yang rendah, baru kita boleh belajar bahawa Tuhan itu Tinggi. Diketuk agar usah langsung menyisa rasa bongkak mahupun sombong. Ilmu itu milik Tuhan.

Berapa pun buku yang telah kamu buka, baca dan hadam,

Lama mana pun masa yang telah terguna untuk kamu menelaah pelajaran,

Ingatlah! Hafalan dan ingatan serta kefahaman kamu tentang ilmu itu datangnya dari Tuhan. Andai Dia tak izin untuk kamu menjadi orang yang membawa ilmu itu di dada, maka tidaklah kamu mampu mempergunakannya hatta mahu luah dalam imtihan juga bakal rumit.

Percayalah, ilmu selalu datang pada orang yang rendah hatinya. Bagai air yang hanya menakung di tempat yang rendah, maha rendahkan hati dalam menuntut ilmu. Ajarlah diri untuk sentiasa berkata, ' Aku tidak tahu ' berbanding ' Aku tahu dah semua benda '.

Dekatkan diri pada Tuhan.
Jauhi maksiat , dosa dan noda.
Berusaha dan beranilah memasang impian besar.
Tuhan pasti makbul, asal anda mengikut sunnatuLlahnya, iaitu, berusaha dan jaga solat sebaiknya.



:)

Please friends, let us keep praying for each other. I know, everyone has their own struggle. Indeed, only Allah can ease all of those things for us. So, just ask Him , ask His help. He always there to hear our deep voice. Faith !

Qasrus Syuhada
17052016
Irbid,Jordan

:)

Erti Bahagia

Adakah dengan kecomelan setara Chini Maruko Chan , kehenseman mengalahkan Saif Ali Khan , intelek setinggi tembok besaq China dan kekayaaan seluas padang bola di Amerika Selatan itu yang bakal membawa kebahagiaan hakiki dalam hati ?

Tak. Selagi mana hati masih jauh dari Dia.

Kadangkala , kita terlalu mengukur bahagia dengan kaca mata yang dibentangkan barat.

Lawa tu kena macam Angeline, baru sempurna dan bahagia.
Cerdik tu kena macam Einstein, baru dihormati dan bahagia

Wah wah.

Kalau itu sahaja skema untuk setiap perspektif bahagia, maka si Angeline dan Einstein sahajalah orang paling bahagia dalam dunia!

Pengsan.

Maka, kau dan aku, muka tak macam Angeline tapi macam Mak Limah Balik Kampung, otak tak berintelektual tinggi macam Einstein boleh cipta mentol dan lampu sedang kita cuma boleh cipta akaun fesbuk ( itu pun akaun sendiri , bukan system fesbuk ), maka bukanlah kita dari makhluk Tuhan yang bahagia. Begitu ?

Saya tanya ni.

Begitu kah ?

Kah? Kah?

Duhai sahabat, duhai teman.

Bahagia itu pabila hatimu mencintai Tuhan dan mencintai apa-2 yang dicintai Tuhan ; Rasulullah Solla Allahu 3alahi wasallam dan agamanya serta pengikut bagi agamanya yakni orang-2 muslim yang beriman dengan adanya hari kebangkitan.

Saya mendengar ceramah forum daripada Ustaz Ebit Lew yang ketika itu bergandingan dengan Ustazah Hafizah Musa sebagai rakan penelnya.

Ustaz menceritakan tentang seorang pendeta yang terbaca tentang Nabi kita , Muhammad Solla Allahu 3alahi wasallam dalam sebuah kitab. Sehari dia terbaca tentang Nabi, dia akan koyakkan muka surat itu dan simpan. Esoknya baca lagi, dia koyak dan simpan lagi.

Dia koyak bukan dibuang atau untuk dibuat kertas nak conteng jalan kira Additional Mathematics.

Dia koyak supaya dapat terus rujuk bila teringat dan rindu nak baca semula. Rasa bahagia setiap kali menatap setiap bait kata yang mencerita tentang Muhammad yang tidak pernah langsung ditatap matanya itu. Bayang-2 pun tidak pernah terlihat.

Hatinya meluap-luap ingin kenal lanjut siapa sosok Muhammad ini. Namun kekesalan sahaja yang diterimanya acap kali bertanyakan sahabat pendeta, siapa itu Muhammad.

Jawapan yang diterima ?

' Dia itu tukang sihir. '

' Jauhi dia. '
Pendeta ini tidak putus asa. Hatinya merasa belum tenang selagi belum benar-2 kenal dan jumpa baginda Muhammad Solla Allahu 3alahi wasallam.

Akhirnya, tekad dipasang biar kena merentas perjalanan yang jauh, padang pasir yang terbentang luas tak ada signboard apatah lagi R&R, beliau berjalan dari negerinya ( saya dah lupa negeri apa. Aduhai.. 😓 ) untuk ke Madinah.

Hanya dengan satu tekad.
Satu tujuan.
Satu matlamat murni lagi suci dan mulia.

AKU MAHU KENAL SIAPA ITU MUHAMMAD.
SIAPA SOSOK MUHAMMAD YANG DICERITA DALAM KITAB.
BENARKAN PENAFIAN KEMULIAAN BAGINDA YANG SELALU DIHEBOHKAN OLEH RAKAN PENDETA..?

Tiada jawapan yang mampu diberi orang-2 di negerinya melainkan dia sendiri harus berusaha mencari.

Akhirnya, tatkala beliau sampai menjejak kaki ke Madinah, ketika itu manusia pertama yang ditemuinya adalah Salman Al-Farisi.

Pendeta ini menyangka Salman Al-Farisi adalah Rasulullah SAW..

Kenapa?
Kerana dilihat pada penampilan Salman ketika itu.
Melihat kepada tingkah laku Salman ketika itu.
Melihat kepada adab dan tutur kata yang baik oleh Salman ketika itu.

Dia melihat sosok peribadi indah pada diri Salman ( seperti yang diceritakan dalam kitab tentang peribadi Muhammad ) hingga dia menyangka Salman itu Muhammad.

Salman tersentak bila dirinya dipanggil sebagai Rasulullah Solla Allahu 3alahi wasallam. Lantas, ingatan nya kembali terbang menyingkapi memori bersama Rasulullah Solla Allahu 3alahi wasallam yang pada saat itu baru sahaja tiga hari wafat.

Malang sekali bagi pendeta itu kerana hajatnya tidak kesampaian untuk bertemu dengan junjungan besar Nabi Muhammad Solla Allahu 3alahi wasallam.

Itu bingkisan kisah yang saya mahu kongsikan.

Ada lagi cerita rentetan seterusnya dari pendeta ini yang bagaimana Salman membawanya ke masjid dan diperkenalkan dengan orang-2 Islam yang lain. Bagaimana takjubnya Pendeta ini dengan ramainya sosok insan yang persis 'Rasulullah' dan terbit dari mereka identiti sebagai Islam, akhlak dari pantulan Al-Quran. Sama! Sama macam Rasulullah Solla Allahu 3alahi wasallam, sama macam yang diterangkan dalam helaian kitab yang pernah dibaca dan dikoyaknya untuk simpanan itu!

Ulas Ustaz Ebit Lew, sahabat-2 ketika zaman Rasulullah Solla Allahu 3alahi wasallam dulu, mereka bahagia selalu. Kerana dampingan terdekat mereka adalan insan mulia Rasulullah Solla Allahu 3alahi wasallam. Rasulullah Solla Allahu 3alahi wasallam sumber kebahagiaan mereka. Perginya jasad Rasulullah Solla Allahu 3alahi wasallam ketika itu bagai menyiat dan menghiris hiba di hati semua muslim. Namun, ajaran Nabi tetap disebati dalam hidup. Kerana cinta mereka pada Nabi tidak pernah padam walau telah pergi insan itu menemui pencipta-Nya.

Kerana bahagia itu, mereka palitkan akhlak terindah seperti yang Nabi dah ajar.

Kerana bahagia itu, mereka terus taat pada perintah Allah dalam menghabiskan sisa-2 hidup di dunia sebagai musafir yang berhenti sebentar untuk berehat seketika sebelum menyambung perjalanan ke destinasi abadi.

Orang non-yet-muslim ketika itu hanya mengenal Islam melalui apa yang dilihat pada zahirnya orang Islam ketika itu. Sudah cukup untuk memberi gambaran kehebatan dan kemuliaan Islam. Sudah tercampak bahagia dan keinginan memiliki kebahagiaan pabila bersama Islam tatkala cuma berkesempatan berbual sebentar dengan orang Islam.

Kerana bahagianya orang Islam ketika itu di bawah payungan agama, maka terbit jua aura bahagia dari tubuh mereka menyinar mata-2 yang melihat.

Dari akhlak. Bukan dari rupa. Bukan dari harta. Bukan dari level kecomelan tahap kucing parsi. Bukan jua dari kesadoan ada 6-pax segala.

Tidak!

Melainkan ianya dari rasa berTuhan, dari praktikal beragama, dari rasa cinta pada kekasih Tuhan yang Maha Mulia.

Itulah sumber bahagia.




17052016
Irbid,Jordan

Kuasa Yang Kita Miliki, Tapi Kita Tak Guna. DOA

Mintalah kepada Dia, nescaya Dia perkenankan.

Mengapa perlu ragu ?

Sedang Nabi juga yakin menadah tangan tika meminta Tuhan beri hidayah kepada salah seorang Umar . :)

Dan, Dia perkenankan!

Umar Al-Khattab

Ustaz Dusuki pernah sebut dalam ceramahnya, ' 2 benda paling power dalam dunia tetapi orang selalu pandang sebelah mata, selalu tak heran lagi tak peduli , iaitulah sadaqah dan doa '

Oh. Menyedihkan.
Benda paling simple dalam dunia.

Doa. Hanya menutur apa yang diminta. Peluang bercakap dengan Tuhan yang mencipta manusia. Meluah rasa mengungkap kata hati di hadapan satu-satunya Tuhan yang Esa yang menjadi tempat sekalian makhluk hatta semulia-mulia Nabi untuk meminta.

Tapi.. Kita masih ego.

Masih bongkak.
Masih malas.
Masih tak mahu.

Entah manusia serupa apakah kita ini?
Rasa sudah cukup semua?

Tidak mungkin! Mustahil. Sebab hari-2 kita merintih dan merungut masih tidak cukup yang ini, masih tidak dapat yang itu.

Berasa berdosa dengan Tuhan lantas segan nak meminta apa-2 melalui doa?

Duhai! Jangan begitu. Tuhan tempat kita meminta. Jika tidak pada Dia, pada siapa lagi yang mampu memberi apa-2 yang kita perlukan ?

Tiada! Maka, tidak mesti tidak, hanya kepadanya kita kembali, tempat untuk merujuk, merayu dan meminta. Biarlah dosa setinggi awan Nano, biarlah noda yang terpalit pada diri itu lagi luas dari alam galaksi bima sakti. Biar! Biar!

Bukankah Tuhan sudah menjanjikan keampunan kepada sesiapa sahaja yang bertaubat ? Asal sahaja dosanya bukan mensyirikkan Tuhan dengan sesuatu yang lain.

Mintalah kepada Allah. Dia sahaja yang tahu segala kerumitan dan konflik diri kita.

Dia yang memberi kita ujian yang pada saat ini selalu menghiris dan mengheret kita ke lembah kegelisahan. Maka, mengapa tidak kita cuba meminta dari-Nya jua kunci penyelesaian...?

Why?
Tahu tak?

Saya selalu fikir macam ni.

Allah tu yang menciptkan dunia. Ciptakan kita. Kan?

Macam seorang pencipta game. Dia tahu serba-serbi tentang sistem game yang dia bina. Halangan-2 di setiap level itu dia sedia. Ada reward diberi pada pemain yang berjaya mencapai sesuatu tahap pencapaian. Disediakan RUANG untuk pemain request apa-2 aplikasi / kemudahan tambahan untuk memudahkan pemain sepanjang bermain di mana-2 level.

That's it!

Perkaitannya?

Dunia ni memang Allah dah janji tidak mudah kehidupannya. Susah bagi orang mukmin nak survive dan kekal di track untuk kejar syurga. Banyak halangan external dan internal. Tapi, Allah tak tinggalkan kita terkapai-kapai tanpa tujuan. Dia beri kita peluang untuk minta apa sahaja yang bakal memudahkan kita sepanjang perjalanan kehidupan di dunia.

Caranya? Mediumnya? Doa! :)

Allah ciptakan dunia dan segala isinya.

Dia tahu belaka setiap perkara yang besar. Apatah lagi perkara yang kecil. Sebab memang Dia yang cipta apa-2 sahaja dari mula dunia ini, dari mula kehidupan kita sebagai manusia hingga ke penghujungnya nanti.

Nampak?

He knows everything! Kalau takat hidup kita hamba marhaen lagi takdak apa-2 ni, of course kacang golek-2 saja dalam pengetahuan Allah.

Masalah kita , Dia tahu. Jika kita minta, Dia boleh selesaikan. Boleh. Allah tahu saja. Tapi , Allah nak didik kita jadi seorang yang humble. Minta pada Dia, unlimited. Dia lagi suka.

Tak macam manusia.

Hari ni kau pinjam maggi dia sebungkus. Dia okay.
Esok pinjam lagi. Dia masih okay.
Lusa pinjam lagi. Dia boleh tahan okay.
Tapi kalau Sampai hari ke lima pon kau ambil lagi maggi dia, kau agak-2 dia okay ke? Habis sebungkus maggi dia kau sumbat dalam perut kau sorang, dia masih okay ?

Paling tak, dia akan sembur ' Woi! Kalau dah kata pinjam, bagi la balik. Ni tak, hari-2 pinjam. Itu namanya ambik, bukan pinjam. Pinjam bagi balik. Kalau nak, beri sendiri, jangan ambik aku punya. Aku pon kebulur nak makan maggi. Dewan makan asyik sedia ikan saja. Aku dah cerdik, taknak dah makan ikan. Aku nak ayam. Tak ada ayam, maggi sebagai ganti. Tapi! Kalau kau asyik melahap maggi aku, aku nak makan apa? Kayu? Batu? Tiang bendera? Paip getah di bilik basuh? Beli sendiri la! Asyik mintak je. Tamalu betui. '



Nganga.

Er, tapi..

Kalau kau sendiri pun, okay ke orang buat macam tu pada kau ?

Manusia ni, lumrahnya, kalau sering diminta-minta dengan berterusan , dia pon akan jadi annoyed. Benda biasa.

Tapi.. Tapi.. Tapi..

Dengan Allah, kalau kau minta dari Dia, Dia lagi memberi. Dia lagi suka.

Tak ke best macam tu?
Kita ada peluang ini.

So, tunggu apa lagi?

Jom!!

Selalulah berdoa. Doakan untuk saya. Doakan untuk diri anda juga, untuk mak ayah, adek-beradek, jiran-tetangga, nenek datuk, kucing ayam kita.

Doakan benda baik-2 dan yakinlah.
Dia tahu dan dengar.
Dia pasti akan perkenankan, cuma cepat atau lambat sahaja. :)

" Berdoalah (mintalah) kepadaku, niscaya aku kabulkan untukmu”. 
( QS. Al-Mu'min : 60 )


16052016
Irbid,Jordan

Belajar Kena Rajen !

Kalau belajar pun malas.
Jangan mimpi nak jadi penyelamat ummah.
Betulkan diri sendiri itu terlebih dahulu.

Kerana agen pengubah masyarakat bukan hanya yang tahu bercakap itu dan ini.
Kerana dunia perlukan orang yang hebat dalam bertindak.
Dan kerana dunia perlukan orang yang berilmu untuk menyinar cahaya dan membawa satu perubahan.."

Zass Zass

Uu. Retak jantung.

Baru tadi pula teringat semula kata-2 doktor masa dalam kelas.

" Tinggal beberapa bulan lagi kamu akan masuk clinical. Bila kamu masuk clinical, benda penting yang kamu kena jaga ; respect senior, jaga masa dan komitmen pada hospital. Sekarang ( masa pre-clinical ) , kamu masih boleh main-2 lagi, tidur dalam kelas, belajar biasa-2. Nanti bila dah masuk clinical, Sama ada kamu kena jadi seorang yang kompeten atau kamu akan di-kick out from hospital ! "

Nganga.

Saya yang tersengguk ketika itu ( sebab otak tak boleh laju-2 nak brain explanation doktor ketika menjawab soalan seorang classmate - dalam bahasa arab ) cepat-2 angkat bulu mata, tahan eyelid dari terus menghadang pandangan.

Allahu duktur...
Sentap mak, nak.

Hari ini hari second last saya belajar system dalam dunia pre-clininal. System terakhir tika ini yang saya tengah struggle adalah Urogenital System, Sistem Pundi Kencing dan Reproduksi Manusia. Whahaha. Kelakar pulak bila ditranselit dalam bahasa Melayu. Eheh

Merenung kertas-2 nota yang bertimbun perlu diselak sehelai-sehelai untuk ditatap dengan penuh rasa chenta setiap ilmu yang terkandung di dalamnya, hati saya kadang disebat rasa penat dan mahu berhenti.

Bukan berhenti seminit dua.

Tapi nak Berhenti berjam-jam untuk membuta di siang hari atau boleh juga untuk isi masa dengan goreng cucur cekodok dan sedekah pada jiran 40 rumah depan,belakang, kanan dan kiri atau terasa mahu scroll efbi tanpa henti sampai hari esok menjelma tinggalkan hari ni yang semakin memudar semangatku yang tinggal. Aduhai.

Tapi, tekad yang kuat tetap menahan diri. Target untuk menghabiskan 5 nota dalam sehari dan mengkhatamkan semua nota dalam tempoh masa seminggu sebelum tarikh exam cuba saya aim dengan sepenuh jiwa raga peti ais dan baldi.

Bukan senang.

Tiada siapa juga bilang ia mudah.

Cuma, ingatan saya cepat dan segera menangkis rasa susah tiap kali mengingatkan bait-2 kata yang saya pernah jumpa tempoh hari,

' Membayangkan kemanisan di penghujung akan memberi kamu semangat di permulaan '

dan juga kata-2 ibu,

' Angah belajar rajin-2 yek. Cepat-2 balik duduk dengan ibu. Kerja dekat-2 rumah kita , nanti boleh teman ibu selalu. Ibu selalu duduk sorang kat rumah, tak ada sesiapa dengan ibu. '

Sob sob.
Sekarang ni, benda paling muhim jiddan fi hayati adalah terus untuk...

Positif.

Pemikiran yang jauh dari kelodak, jernih dengan aura-2 atau caj positif sangat penting buat saya ketika ini.

Struggle dan berjihad ilmu dalam bidang perubatan ini memang sungguh-2 mencabar kekuatan emosi malah ia juga berpotensi buat anda semakin menggemok (badan atau pipi) kerana banyak makan selepas stress belajar. Hahaha.

" Qasrusssss! Go!!! Sikit lagi, jangan berhenti! Ingat Allah banyak-2. "

ItuLah motivasi setiap hari yang diri saya jerit saban hari. Walau tak guna mikrofon, kata-2 inilah memang melantun kuat , bergetar dalam jiwa lalu menahan diri saya dari cobaan mahu futur atau berhenti.

Susah. Itu biasa. Tapi, saya tahu, kesusahan atau susah-payah dalam mengharungi pembelajaran hari inilah yang begitu worth it, sangat bernilai di kemudian hari. Sangat best dan begitu masyukkk untuk dicerita pada anak cucu kelak ketika berbedtime story. Hehe

Sama la. Orang mukmin kelak, ketika di syurga, pastilah kenangan susah-payah dalam perjuangan serta pengorbanan ketika di donia akan menjadi memori paling indah untuk dikenang.

Susah VS Indah.
Pahit VS Manis,

Memang tak masuk ( contradicted ) kalau ditafsir pada akal.
Tapi, hukum alam itu berbeza. Kesusahan itulah yang bakal membuahkan kemanisan.

Pernah dengar kan?
Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Eheh.

Begitulah hidup saya yang sedang saya fikirkan sekarang.

Bila menatap wajah-2 kepuasan dalam kegembiraan para seniyor Tahun 6 Perubatan yang baru sahaja graduated, saya jadi meninggi rasa ingin terus belajar dan belajar.

I just say to myself, if they can finish it, why I can't?
I can do it too !

Just imagine one day, everyone will call me ' duktur ' and I will make a ward round while wearing a white lab coat with stethescope .


Awesome!

And.. you know what?

One thing that absolutely gives me strength until now is my mom. Her du'as for me through day and night always keep me strong day by day. Hmdulillah, may Allah bless her.

But..

Hey friends! Don't forget me in your du'as. I also really need du'as from the 'solehahians' like you all, girls. :)

May Allah ease our struggle and keep us in His protection, inshaAllah.

22052016
Irbid,Jordan