Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Kanak-Kanak Ribena >

" Apa perasaan awak kalau awak dengar pengumuman ? "

" Apa perasaan awak kalau awak dengar pengumuman ? "

Dia tersenyum. Menanti jawapan saya. Bas telah mula bergerak menuju ke Irbid. Kami baru sahaja pulang dari hospital.

" Pengumuman apa ? "

" Pengumuman kelas batal.. ? "

Ala.. Ingat pengumuman tukar status tadi . 😅

" Hm. Menarik la. "

" Menarik je ? "

" Menarikla... Boleh kita study kat rumah. Tak payah pegi JUST. "

" Awak nak tahu tak pasal kak Afiah? "

" Kenapa dengan Kak Afiah ? "

Kak Afiah , pelajar master di Yarmouk anak kelahiran Singapura yang pernah belajar di Syria. Beliau merupakan guru Al-Quran saya ketika first year. Saya belajar Kitab Munir untuk peringkat tamhidi dengannya.

" Kak Afiah pernah cerita . Ada suatu hari dia nak pergi kelas Al-Quran . Dia dah on the way ke sana , tiba -tiba guru Al-Quran dia call cakap kelas batal.

Kak Afiah cerita , dia sedih yang melampau sebab kelas batal. Sampai menangis . "

Saya terdiam. Terkesan. Hebatnya... Berbeza orang yang benar² cintakan ilmu dengan orang yang masih bermain-main dengan ilmu.

" Jauh lagi kan kita nak sampai tahap Kak Afiah tu.. " Dia menyambung . Kali ini, serius rasa terpukul. Benjol.

" Kak Afiah ada cerita lagi . Masa dia nak exam, dia cuma belek / murajaah ( ulang ) topik yang nak masuk exam saja. Yang tak masuk dia tak tengok pun. "

" Lepas tu? "

" Kak Afiah cakap, dia sedih dengan diri sendiri bila dia buat macam tu. Dia tak rasa dia tholibul ilmu, tapi dia rasa dia matluub ilm. ( Bukan penuntut ilmu, tapi hanya mencari ilmu yang dituntut ) "

Allah . Di mana lagi mahu dicari keikhlasan seorang penuntut ilmu seperti beliau ? Jarang² kita dapat bersua .

Minda maklum bahawa orang yang menuntut ilmu, Allah akan mudahkan jalannya menuju ke syurga. Apatah lagi jika ilmu yabg dituntut itu adalah ilmu agama.

Andai sahaja hati kita juga lurus dalam berkehendak kepada ilmu . . .

Image result for cute photography


26122016
Irbid, Jordan

Bila mengantuk dalam kelas , nak buat apa ??

Bila mengantuk dalam kelas , nak buat apa ??

First day round di department pediatric. Saya datang dengan kepala melelong ke hospital - mengantuk. Tidur agar lewat semalam. Penat jugak baru balik dari Amman.

Mujurlah tak perlu terus panjat hospital untuk round wad. Masuk dewan dulu , ada morning report. Tajuk hari ni — croup and epiglotitis. Saya ambil tempat dalam dewan paling hujung sebelah kiri dan tengah-tengah ; Tempat paling strategik dalam donia untuk tidur.

Doktor sibuk mengambil hudhur ghiab. Dia belum pun memulakan discussion pagi .

Baru group 12 nama yang dipanggil. Group saya no tiga . Lambat lagi , desis hati ini.

BismikaLlahumma ahya wa amut..

Saya terlelap .

Tiba-tiba , doktor panggil nama . " Qasrus "

Dewan sunyi. Tak ada yang mengangkat tangan. Sebab ? Tuan badan sendiri sedang tidur tak sedar diri.

CR yang duduk di hadapan mula bising. Dewan kecoh. Mana Qasrus ??

Dia pusing belakang. Qasrus is sleeping!

Related image

Dia minta orang yang terdekat dengan saya untuk kejutkan . Kak Shahirah kejutkan saya , " Qas, bangun. Doktor dah panggil nama.. "

Saya terbangun bila nama diseru. Terkejut. " Dah panggil nama?? Astaghfirullah.. " Baru tersedar yang saya tertidur .

Pastu, nak buat apa ni ??

Zuhair, pelajar arab paling genius dalam group saya juga menoleh mencari saya. " Qas, ihki na'am. " ( Qasrus , cakap ya pada doktor )

Huh?
Saya masih mamai. Blur.

CR angkat tangan, cakap pada doktor. "Qasrus wujud "

Doktor panggil nama saya sekali lagi. " Qasrus ? "

Semua orang menoleh pada saya. Erk. Okay².

Saya angkat tangan setinggi awan nano dan menjerit , NA'AMMM!

Waw.

Rupanya , selepas saya angkat tangan dan menjerit, terus hilang mengantuk. Hmdulillah. Boleh fokus pada morning report pada hari ini. 💪🏼

Saran saya pada kawan² yang mengantuk dalam kelas, jemputlah praktis benda ni — angkat tangan dan jerit , NA'AMMM! 🙈

Habis morning report, CR datang pada saya.

" Qas, wake up ! Wake up ! Dont sleep . "

😂

26122016
Irbid, Jordan

D.O.C.T.O.R - Exam Pertama Sebagai Doktor (OSCE INTERNAL MED)

" Ya Allah. Hari ni OSCE. Jangan la bagi patient saya tidur berdengkur macam patient kak Hakimah dulu . "

Doa.
Moga baik-baik saja.

Sebelum masuk exam, Kak Aisyah pulak pesan.

" Jangan masuk bilik yang paling awal atau yang paling akhir. Itu bilik doktor yang garang.

Siapa masuk bilik tu, keluar confirm menangis .

Masuk bilik tengah . "

Gulp.

Em. Boleh ke pilih-pilih bilik mana yang nak masuk?

" Nur Sakinah Karim! " Nama saya dipanggil.

#YAPP. Saya angkat tangan.

" Nur Sakinah wala Sukainah ? "

Mana-mana pun buleh..
Eh. Tak. Maksud saya,
" Nur Sakinah . "

" Okay. Nur Sakinah. You are in group J. "

Gulp dua kali.

Allah. Group J ??
Group LAST tuh!! Kena masuk bilik LAST lah kalau macam tu??
So, saya nak kena menangis ke satgi ?
Tangan pegang poket white coat.

Em. Alamak. Tak bawa tisu .

Debaran kian terasa. OSCE pertama ini, impaknya sungguh #WOW ! (Baca : Menakutkan)

Biasalah . Pertama kali nak exam praktikal . Kalau heart beat tak gerak #FAST tu, abnormal namanya .

Sementara duduk tunggu nak masuk , saya memerhati seorang doktor resident yang mundar-mandir depan saya. Pakaiannya kemas. Kasut hitam berkilat - lebih hitam dari #KICAP yang saya simpan kat bawah kabinet dapur rumah saya. Tapi, cuma bajunya yang agak pelik - macam baju sukan. Baju sukan yang mahal. Beli kat website shopping online #PUMA agaknya , saya berteka-teki sendiri.

Saya pandang dia. Sempat melemparkan senyum. Senyum acah-acah cool .

Dia sengih. " This group *Dia tunjuk bilik doktor yang akan saya masuk kejap lagi*. Sahl (Mudah). "

Saya pandang muka arabnya yang agak licin macam disembur facial #MIST skin care setiap pagi . Orang #ASIA dan barat suka sangat skin care macam ni. Simple.

Saya angguk dan cuba jugak balas . " InsyaAllah #KHAIR . "

Hm. Doctor, you try to give me #HOPE and #FAITH. Tapi saya belum boleh tenang selagi saya belum masuk bilik tu dan tengok siapa doktornya .

Mata tengok jam.

" #FOF... " Saya menghela nafas panjang . Cuma menenangkan fikiran. Doktor garang ke, doktor baik ke, redah saja ye Sakinah. Asalkan exam ni habis cepat dan kemudian barulah saya boleh lompat dan menari macam puak #AZTEC di Mexico Tengah sambil menyanyi The Pea Song by #AUNI

TAK SABAR MAHU BAHAGIA.
Bahagia habis exam .

Loceng berbunyi ! My turn now .

Saya melangkah gagah dengan semangat memuncak . Acah-acah wanita gagah perkasa seperti Katy Perry dalam video #ROAR.

Im a doctor and I #BORN_TO_SERVE .

Tiger bersedia tempur. Ayuh!

Saya angkat senjata ( stethescope ) dan maju ke bilik J1. Ketuk pintu 3 kali. Sunnah 3 kali, kan? Kemudian, baru saya bagi salam. Saya pesan dalam diri, jaga #NLP ( Baca : Neuro-Linguistic Programming ) sebab ini aspek yang sangat penting untuk seorang doktor.

Hadeel , kawan group saya yang merupakan calon exam sebelum saya itu masih belum keluar dari bilik itu tatkala saya sudah melangkah masuh.

#YALLA ya sobiyy.. Keluaq cepat. This is my turn. Masa saya. Cepat . Saya pandang Hadeel dengan isyarat supaya dia segera beredar ke station seterusnya. I have no time. Pengajaran dari OSCE Simulation yang kedua bersama kakak Naqibah saya tempoh hari masih terpacak kukuh dalam ingatan - Masuk je bilik doktor terus kena start take history. 5 minit terlalu singkat .

Saya duduk . Mata saya pandang doktor. Waahh ...

Ya Allah. Doktor ni!
Doktor MRAS !

Ini nama mesra yang aku dan kawan-kawan aku panggil kepada beliau. Beliau doktor Cardio di Hospital Basmah yang paling #KIND dalam donia . Rupa parasnya macam Ustadz Nouman Ali Khan sikit, sebab itu aku memang tak boleh lupa doktor ini walaupun cuma sekali aku penah round dengan beliau.

Kenapa Dr MRAS?
Saya suka nama ini dan saya pun memang tak ingat nama sebenar doktor. 😅

MRAS merupakan akronim yang beliau ajarkan kepada kami untuk ingat fakta tentang injap jantung . So effective! Lekat dalam #MINDA. 😉

Em. Agak-agak , ada chance tak nak dapat markah kategori #APLUS dengan doktor ni?

Saya main teka-teki lagi.

Clinical card saya serahkan pada doktor untuk memudahkan dia merekod nama. Kemudian, saya duduk atas kerusi dengan gaya #YB turun kawasan sambil di hadapan saya adalah seorang resident lelaki yang akan berlakon jadi pesakit.

" Hi. How are are? "

Erkkk? Dia tanya khabar aku?
Aku yang kena jadi doktor atau hang yang jadi doktor?
Patutnya doktor la kan kena tanya pesakit tu sihat ke tak?

Awat pesakit ni advance sangat ?

Serius. Saya garu kepala.

Tak habis garu kepala, tiba-tiba resident ni cakap pulak, " Okay the case is 20 years old , male come with discoloration of eyes.. "

" FEMALE??! BUT YOU ARE MALE! " Telinga ini mendengar FEMALE. Tapi dia ni lelaki. Saya bertanya untuk confirmkan .

" MALE.. MALE. " Dr MRAS menyampuk.

Oh. Sorry. Sorry.
Saya salah dengar.

Kemudian, Dr MRAS pula yang bacakan case itu semula . Kali ini lebih jelas.

" So, you have discoloration of eyes? " Aku pandang pesakit. Dia angguk.

Tetiba Dr. MRAS mencelah lagi. " Is it important to introduce ourselves to patient? "

Eh.. of course la doktor. Awat tanya?

Erkk. Okay...

My bad. Saya sengih. Saya lupa kenalkan diri la.

" Sorry. Sorry. Let's start again. My name is Nur Sakinah, 4th year medical student. Can I #ASK you some questions? "

" Yea. Of course . "

Okay Sakinah. Ingat! Dia ada masalah kuning . It is very easy. You just have to do #FOCUS History untuk Jaundice . Simple .

Saya bertanya macam-macam soalan sambil anak mata menangkap tangan doktor . Kalau tangan doktor tak bergerak, maksudnya belum ada markah. Kena tanya soalan lain. Kalau dia bergerak dan menulis, maksudnya ada markah.

Aduhai.. Mencabar jugak ni. Lagi mencabar dari buat #APAM balik . Duh.

Habis saya analyze simptom yang berkaitan dengan Jaundice - tanya urine, stool, abdominal pain, itchy, saya tanya pula pasal simptom Hepatitis . Bila terasa macam nak mind block kejap, resident tu a.k.a yang jadi patient tu segera pulak memberi saya pandangan seolah-olah sedang berkata , ' Hey hey come on girl! You can do it. #KIPIDAP! Beraksilah dengan penuh berani bagai Lei #MMY Zengrong yang bermain Dota 2 hingga jadi pemain top 6 peringkat dunia ! Yukenduit! " .

Fuh. Terharu saya atas keprihatinan beliau . Rasa macam nak sedekah #NUS pada dia sebab dah banyak tolong bagi klu dan jawapan . Paling tak tahan, bila dia boleh berlakon gaya orang nak muntah - nak suruh saya mention tentang ini juga . Aduhai. Terima kasih Doctor .

Tiba-tiba loceng satu minit berbunyi. Ini sesi doktor pulak kena tanya soalan kat saya . Namun begitu, pintu bilik terbuka. Masuk seorang pelajar lain .

Eh??

Masa saya masih belum tamat , okay??! Ni nak #HOT ni. Paling tak best apabila dia disuruh keluar oleh resident yang saya tengah temu ramah itu, dia tak nak beranjak. Tetap nak masuk dalam bilik tu jugak. Aduhh. Habisla masa saya macam ni! Terasa nak #HITS beliau guna senjata (stethoscope) yang sedang tergantung di leher tika itu .

Akhirnya, pelajar tadi berjaya jugak disuruh keluar oleh Dr MRAS.

Doktor sambung tanya saya, " What is the DDX..? "

Saya senyum. Yakin boleh jawab.

Dengan gaya ingin #MEMBANGUN_ENTITI_PROFESIONAL_RABBANI , saya bertanya semula , " How many you want ? "

😂

Doctor pulak terkejut.

" Just give me anything you know . "

" Obstructive Jaundice and... "

Loceng berbunyi lagi . Habis dah masa.

" And hepatitis ? " Resident itu membantu lagi.

" Yeah, you are right! Hepatitis doctor. "

" Okay. Good. You can go out now. "

Saya bangun nak melangkah keluar penuh bergaya bagai golongan #ELITE yang melangkah masuk kapal terbang guna lorong First Class . Habeh dah station satu.

Takbirrrr!

Kaki saya laju melangkah melebihi kelajuan motor scooter #SYM . Berlari.

Nak ke mana pulak?

Ke station physical examination!!

" Ya Allah. Bagi la doktor baik lagi . "

Bukak pintu bilik J2.

Eh!!

Ini doktor yang ajar ECG tu. Baik sangat ! Hmdulillah!!

" Do the abdominal examination. "

Saya lega. Nasib tak kena buat Precordium.

Bermula dari introduce self, permision, inspection foot of the bed, site of the bed, palpation, percussion dan akhinya auscultation.

Tapi, bila tym nak dengar bowel sound , I dont hear anything!

" Ek.. Doctor. I dont hear his bowel sound. "

" Its okay. "

" Are sure? " Ke stethoscope saya yang rosak??

" Yeah. "

Okay. Saya habiskan dengar bunyi-bunyian dari abdomen pesakit dan habiskan semua steps dengan cover semula patient .

" Habis dah ke doctor? "

" Habis. "

" Ada apa-apa lagi? "

" Kholas. Everything is good . "

Saya angguk . Tapi konfius. How everything is good when he didnt see me doing the physical examination? Kejap dia call orang, kejap dia basuh tangan kat sinki. Dia tak tengok pun step yang saya buat. Saya yang tengok dia buat apa. Terbalik.

Saya sengaja kuatkan suara ( menjerit ukey ) untuk bagi dia tahu semua step dan komen yang saya buat. Pesakit tu pun redha saja apabila doktor ini menjerit sambil check abdomen beliau. ☺️

Keluar sahaja dari station terakhir itu, rasa nak lompat tinggi ke awan nano !

Yeay!! Habis !!!

Thank you. Thank you, Allah for the beautiful people you gave me.

Baiknya Engkau mengirimkan orang orang yang baik untukku Ya Allah.

"Ya Allah bantulah kami untuk merasa syukur, untuk sekecil-kecil nikmat, sehingga sebesar-besarnya, bantulah kami untuk bersifat qanaah untuk setiap rezeki yang Kau berikan kami, semoga kami sentiasa merasa cukup untuk segala yang Kau berikan kami."

Dan semoga Kau ampunkan jika kami masih lagi merungut terhadap nikmat yang telah Kau berikan kami. Tak apa saja nak bagi markah sikit. Tapi kalau boleh banyak² markah lagi baik. Ops. 🙈

Done for today . .:)

Esok dah hari mengundi . Sedikit kecewa sebab tak mampu kempen lebih. Terlampau fokus exam.

Ini post sejam ditulis. Boleh search calon-calon yang dihashtag dan geledah page diorang.

Jangan lupa turun tunaikan amanah kita sebagai ahli . Kita ahli cakna . Teliti manifesto dan buat penilaian yang terbaik.

Permata itu indah tetapi manusia berakhlak mulia lebih indah daripada segala permata yang terindah." -Allahyarham Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.

Semoga kita dapat pemimpin yang berakhlak, humble, humility and the most important one is they stay true to the truth, even if the truth causes them a lot of pain.

BiidzniLlah :)

Image result for cute photography

22122016
Irbid, Jordan

(Hmdulillah, dah selesai bisik pada satu dunia - saya dah habeh exam)

🙈🙈

D.O.C.T.O.R - Pleural Tapping

Tekak rasa sakit semacam. Tak sedap badan. Kaki pun rasa lemah.

Semuanya acute onset. Dari pagi tadi jugak mood aku macam lenyap entah ke mana.. Nak bercakap dengan manusia pun tak nak.

Nak demam ke aku ni?
Sebab kena hujan lebat pagi tadi ke ?

Berteka-teki sendiri.

No. No.

Aku tak boleh demam. Next week nak exam. Ini bukan demam. Aku rasa maybe sebab aku baru adjust (kurangkan) waktu tidur aku untuk beberapa hari ni , so mungkin badan baru nak adapt.

Sekejap lagi mesti okay balik. Cayalah!

Aku cuba meyakinkan diri sendiri. Kuatkan semangat untuk terus dengar penerangan dari Dr Bashir, pakar Internal Medicine yang sangat kelakar dan sporting.

Best sangat doktor ni ajar. Dia ajar melalui patient terus ( bed side teaching ) dan akan bawa kali lihat sendiri X-Ray dan CT Scan dari patient untuk tunjuk abnormality finding.

Tiba-tiba, doktor pandang direct pada aku.

" Why we should worry about patient with pulmonary embolism ?? "

Ek. Doktor tanya aku ke ?
Aku pandang kiri kanan. Doktor pulak masih pandang aku. Ah sudah!! Mind block.

Aku masih diam. Pandangan kosong dihala ke doktor.

" Siapa yang tidur masa kelas saya last week, mesti dia tak dapat jawab. "

Gulp. Takkan la doktor perasan aku tidur masa kelas dia last week ?

Em. Tapi memang aku tengah tidur pun. Dan masa kelas hari tu, aku pulak semangat duduk seat depan!

Oh my Allah. Selamatkan ana!

Tapi.. memang hectic kelas last week. 6 lecture berderet. Kering otak.

Doktor ulang lagi soalan.

" Why we should worry about patient with pulmonary embolism ?? " Dia masing pandang aku. Kemudian, dia pandang kawan² yang lain.

" Pulmonary hypertension . " Jelas suara aku menjawab.

" You are right. In chronic pulmonary embolism, patient will have pulmonary hypertension.

But the bad thing we are worried about is death! "

Hm. Okay fine .

Doktor kemudian bawa group kami menuju ke sebuah wad lain. Melawat patient with pleural effusion . Paru-paru berair (?) maybe dalam bahasa melayunya.

Masa ini, doktor suruh kami semua palpate belakang patient. But, this time , aku dah rasa tak mampu nak berdiri. Kepala sejuk dan mata macam kabur.

Try cari kerusi untuk duduk.
Tetiba teringat, doktor ni tak suka pelajar dia duduk masa tengah round.

Aku gagah keluar senyap² dari wad itu. Kaki dibawa pergi ke ruang legar tingkat 9 hospitak itu. Duduk. Pejam mata kejap. Tangan capai botol air dari beg dan meneguk beberapa teguk air darinya.

Last aku pernah alami keadaan macam ni adalah masa tahun 1 ketika musim panas di Jordan. Memang teruk waktu tu. Berjalan sikit dah nak pitam. Kata doktor, aku ada strok haba. Tak ada ubat. Cuma kena minum air banyak.

Bila rasa macam okay sikit, aku mula gerak semula ke group rotation bersama doktor tadi. Kawan yang sedar aku menghilang mula bertanya.

" Awak okay tak ? "

" Eh. Saya okay sajalah. Relax aa. " Aku meyakinkan dia.

Image result for photography great

Doktor kemudian bawa kami ke sebuah bilik. Patient tadi yang ada pleural effusion akan melalui proses pleural tapping ( ambil sample cecair dari paru-parunya ) sebab doktor nak tengok ada exudate atau transudate. Ini prosedur untuk diagnosis. Treatment dan management tak akan sama untuk kedua-dua keadaan itu ( exudate dan transudate ). Complication untuk tapping ini, kemungkinan boleh jadi hemorrhage atau boleh juga pneumothorax.

Ini pertama kali aku saksikan sendiri macamana proses aspiration tu dibuat. Patient didudukan membelakangi doktor. Doktor guna bahan² yang dah sterilize . Disapunya iodine ke belakang badan patient ( untuk elak infection ) dan bersedia untuk cucuk.

Cucukan pertama di kawasan paru-paru kiri. Doktor guna syringe yang bersaiz kecil mengandungi cecair anesthetic Lidocaine. Kemudian, doktor guna pula syringe yang lebih besar untuk suntik ubat anestetic lain pula. Ini namanya local anesthetic.

Kemudian, barulah doktor ambil syringe besar yang kosong dan mula cucuk patient. Disedut cecair dari tubuh itu.

Hampir 3 kali cucuk, cecair masih sikit. Doktor tak puas hati. Dia cucuk lagi ubat anesthetic dari syringe besar dan kecil untuk kali kedua.

Kali ni aku dah gigit jari. Yang kagumnya, pak cik tu cuma berusaha tahan sakit. Mengerang perlahan. Ergh Ergh. Begitulah bunyinya. Isterinya yang sejak tadi memerhati mula gelisah.

Doktor ambil semula syringe besar dan cucuk lagi untuk sedut cecair. 5 kali cucuk aku rasa kemudian barulah selesai prosedur itu. Memang time ni aku dah peluk kawan sebelah. Aku tak sekuat pak cik tu. Lutut aku sendiri dah lemah.

Aku cakap pada diri aku, memanglah sakit proses ini tapi demi rawatan, biarlah bersakit dahulu. Mudah-mudahan lepas ni pak cik boleh sembuh terus. Macam kita kat dunia lah.. Dunia ini tempat ujian. Memang sakit dulu. Tapi kalau sabar dan yakin serta bersangka baik dengan Allah, syurga balasannya.

Belum habis takat tu, sekarang doktor nak pasang pula central line. Ini juga first time aku tengok prosedur begini. Ternganga la aku sebab :

1] Doktor terlalu cekap
2] Pak Cik tu mengerang lagi kuat
3] Aku terkejut sebab first time tengok wayar dimasukkan dalam badan melalui suntikan. Sebab selama ni aku ingat doktor akan lubangkan badan patient untuk masukkan tiub.

Boleh tengok prosedur ini di youtube . Terlalu panjang untuk cara ceritakan.

Selesai proses itu, pak cik tu mengadu pening dan macam nak pengsan. Kata doktor , ini vasovagal attack. Komplikasi biasa.

Doktor suruh kami semua keluar dari bilik itu.

Aku pulak ?

Aku rasa macam okay.

Tapi bila keluar dari bilik tu, muka aku dah pucat. Aku rasa bila² saja aku boleh jatuh. Mata pun dah gelap.

Em.

Aku naik ke tingkat 10 untuk ambil winter coat. Pagi tadi hujan jadi aku bawa jaket tebal ini bersama. Sejuk.

Tak boleh berdiri lama ni. Aku duduk atas kerusi. Air botol aku minum sampai habis. Tangan kaki dah mula kejang. Mata gelap lagi. Gelap. Gelap.

No way! Takleh pengsan sini. Aku kena balik dan study.

Aku stay di situ beberapa detik. White coat aku buka. Rasanya keadaan ini terjadi sebab aku panas.

Tunggu lama sikit, keadaan bertambah okay.
Naik lif dan turun tingkat bawah.
Dah boleh jalan dan gelak macam biasa.

Kawan² geleng kepala.

" Hang ni pelik la "

Aku tersengih.

Im okay now. Thats why boleh menulis panjang² . Peace.

Doakan doktor ini. Next week nak exam. Struggle kena lebih!

May Allah ease us =)

13122016
Irbid, Jordan

Tips Miliki Hafalan Hebat

Saya buka channel youtube kegemaran saya - Taman Syurga.

Randomly tekan kuliah dari Ustaz Adi Hidayat yang merupakan penceramah yang sangat saya senangi.

Kata-katanya persis kata-kata guru Al-Quran yang pernah mengajarkan saya Ilmu Al-Quran dari Kitab Munir. Guru Al-Quran saya itu berasal dari Singapura dan kini sedang menuntut ilmu peringkat Master di Universiti Yarmouk, Jordan.

Persamaan Ustaz Adi dengan guru saya ini bukanlah dari segi kandungan kata-kata mereka, tapi persamaannya adalah dari segi kelansungan kata-kata itu meresap terus ke lubuk hati saya yang paling dalam.

It's amazing!

Mungkin kerana akhlak , ilmu , dan kuatnya hafalan mereka menyebabkan hati ini juga terpaut hormat dengan keizzahan watak orang-orang soleh ini. Maka, mudah sekali menerima ajaran mereka.

Lecture yang saya tekan kali ini merupakan sesi soal jawab Ustaz Adi dengan seorang pelajar yang bertanyakan cara meningkatkan hafalan . Dikongsikan 4 cara yang saya sendiri merasa takjub dengan kupasannya.

Ustaz menyebutkan , dalam dunia ini ada 4 kategori manusia dari sudut hafalannya.
1- Cepat Ingat dan Lambat Lupa ( the best )
2- Lambat Ingat dan Lambat Lupa
3- Cepat Ingat dan Cepat Lupa
4- Lambat Ingat dan Cepat Lupa ( the worst )

Image result for photography great

Ustaz Adi kemudiannya berkongsikan kaedah mudah ( diambilnya dari Kitab At-Tibyan karangan Imam Nawawi ) sekiranya kita mahu hafalan kita sehebat Imam Sulaiman atau dikenali sebagai Abu Daud, Al-Bukhari atau Abu Hurairah yang sangat terkenal itu.

1- LURUSKAN NIAT

Ada manusia yang belajar untuk tujuan intrinsic. Belajar untuk tahu. Belajar untuk tambah ilmu buat dirinya. Manusia seperti ini akan lambat dalam pembelajarannya. Sebab? Diketahui bahawa sifat manusia itu terhad. Ada limitasi dan tatkala dia sudah sampai batas kemampuan, dia tidak mampu lagi belajar. Full.

Ada manusia lain yang belajarnya untuk tujuan extrinsic ; untuk lulus cemerlang dalam exam, dapat pekerjaan bagus, gaji besaq macam Perdana Menteri, dan inginkan hidup selesa bagai dalam syurga. Golongan ini akan menjadi individu yang bakal berhenti belajar apabila mereka sudah mendapatkan apa yang diinginkannya.

Islam tidak pada keduanya tapi Islam memandu keduanya dengan niat. Niat untuk tambah ilmu kerana Allah, belajar kerana Allah dan niat untuk minta pada Allah agar diluaskan batasan atau kapasiti agar ilmu dapat diserap lebih banyak.

Rujuk Surah Al-Alaq yang menjadi wahyu pertama diturunkan.

Bacalah. Dengan Nama TuhanMu yang Menciptakan.

Ketika Nabi disuruh malaikat untuk menyebut perkataan 'Iqra' saja, nabi cakap tak pandai. Sebab nabi memang tahu tak membaca dan menulis.

Tapi, pabila disuruh baca lengkap ayat ' Bacalah. Dengan Nama TuhanMu yang Menciptakan ', langsung kalimah itu dapat dibaca dengan baik.

' Tuhanmu yang Menciptakan '

Menciptakan manusia dan seluruh dunia ini juga mudah bagi Allah, maka pasti juga untuk memudahkan hafalan kita adalah mudah bagi Allah! Jangankan benda yang susah, benda yang mustahil juga Allah pasti boleh beri.

Yang penting luruskan niat kerana Allah. Maka tatkala kita belajar untuk menambah ilmu untuk diri sendiri, Allah bantu lajukan dan setelah itu, dunia juga bakal dalam genggaman orang yang berilmu.

2- BERSUNGGUH-SUNGGUH

Menjadi sunnatuLlah bahawa sesiapa sahaja yang berusaha , gigih dan istiqomah , pasti ke atasnya adalah sebuah keberhasilan yang dia mahukan. Dalam dunia ini, tak ada orang yang boleh mendapatkan sesuatu tanpa ada usaha. Mahu telan makan sahja harus ada usaha untuk mengunyahnya , bukan?

:)

3- TINGKATKAN AMAL SOLEH

Dengan amal soleh, Allah pasti bantu kamu dalam mendapatkan ilmu. Sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran, kalau kamu membantu agama Allah, Allah akan bantu kamu. Untuk kebaikan yang kamu buat, Allah akan balas semula dengan ganjaran yang setimpal atau lebih lagi.

4- JAUHI MAKSIAT

Ilmu itu cahaya. Tidak akan mendekat ilmu pada orang-orang yang menjadikan maksiat dan dosa sebagai teman baiknya. Hati yang tidak dicemari titik-titik hitam akibat dosa pasti lebih mudah ditembusi cahaya ilmu. Allah akan jadikan ilmu itu seolah-olah magnet yang mudah pergi kepadanya dan susah meninggalkannya.

:)

Hmdulillah. Semoga kita semua ada kesedaran yang tinggi dalam meluruskan niat untuk mencari ilmu, bersungguh-sungguh dalam pelajaran, tingkatkann amal soleh dan jauhi maksiat .

Pelajar Muslim harus semangat dalam menuntut ilmu dan tidak boleh malas! Orang yang malas tidak akan pergi ke mana-mana. 99% kejayaan itu ada pada sikap. Jika sikap kamu positif, Allah juga akan berikan perkara yang positif kepada kamu.

Doakanlah mudah-mudahan Allah beri kemudahan pada hati-hati yang ikhlas bersama niatnya yang lurus untuk menambah ilmu dalam dada seterusnya menjadi hamba Allah yang mampu memberi manfaat kepada manusia lain sekaligus menjadi kesayangan Allah dan penduduk langit sana.

BiidzniLlah

11122016
Irbid, Jordan

Bila DOCTOR juga Mahu Pitam

" Saya rasa nak pitam. Gelaplah.. " Kawan di sebelah berbisik.

Alamak!

Garu kepala.

Image result for photography great

Dah tu, nak buat apa ni?

Doktor pulak nak pitam. Nak pitam pulak depan pesakit.

Saya sedang ambil history patient di hospital . Patient ada masalah kidney . Elevated K level. Uzur sangat mak cik ni.

Kawan saya ini pulak sedang mengandung anak pertama. Baru 3 bulan.

Mata saya melilau cari kerusi. Aim satu kerusi kosong sebelah katil patient.

" Dah , duduk situ. Jangan diri lama-lama. Bagi saya beg awak. "

" Takpe la. Saya keluar je dari wad ni. Stay kat luar. "

" Nope. Duduk je sini. " Saya keluarkan air dari begnya .

Dia duduk. Mata dah terpejam. " Em. Telinga saya takleh dengar la. Mata pulak gelap. "

Saya gigit jari. Tak tahu nak buat macamana.

" Minum dulu air. Mungkin lepas ni better. " Saya hulur botol air kepadanya.

Sementara tu, patient yang terbaring dah kehairanan melihat kawan saya. Aik..?? Aku patient ka atau dia yang patient ?? Kata suara hati patient tu. ( Ini saya terjemah dari pandangan mata dia )

" Dia sedang hamil. " Saya jelaskan keadaan kawan saya tu.

Patient mengangguk faham.

" Kalau dah tak sihat, kenapa datang jugak hospital. Rehatla kat rumah "

Saya tersenyum mendengar saranannya. " Tanggungjawab kami untuk hadir ke rotation di hospital. Kami pelajar . Lagipun ada hudhur ghiab yang diambil. Kami tak boleh skip sesuka hati. "

Dia angguk. Faham.

" Makan orange tak ? Saya ada orange . "

Dia tarik laci kabinet di sebelah katil. Dikeluarkan sebiji orange ( limau la sebenarnya ) dan serahkan pada kawan saya tu. Serba-salah dia nak ambik.

Lepas makan 2-3 ulas, dia semakin okay. Stabil.

Hip hip horrey.

Hmdulillah.

Nasib dah okay. Serius saya taktau nak buat apa kalau tetiba kawan saya pengsan. Tak belajaq lagi cara manage orang pitam. 😅

Itulah kami.
Walaupun namanya doktor , kami juga manusia.
Orang lain sakit, kami juga sakit. Kami tidak kebal dari masalah kesihatan . Kami juga punya turun naik status sihatnya.

Kadang, anda boleh tengok doktor yang pegang sapu tangan sepanjang masa sambil ambil history patient atau pakai mask walaupun dia bukan masuk bilik isolation atau bilik OT .

Kadang, anda boleh dengar juga doktor terbatuk-batuk keras sambil bersin berkali-kali ketika dia menziarahi setiap katil patient untuk follow up kesihatan mereka.

Kadang, anda boleh lihat mata merah seorang doktor, kejap pejam kejap celik dengan muka yang sangat letih tapi dia masih berjalan sana sini meninjau setiap pesakit di hospital .

Biarpun sakit, tetap komitmen kerja tidak diabaikan.
Kerana sometimes they believe that patients are more important than themselves. They dont hesitate to sacrifice their time to provide good care for every patients they have.

Life is a struggle. Everyone's life is different, everybody has to face their own struggles. Our life is not over until it over.

Kami sebagai para doktor .
We just need to keep moving on and just do our best. We put our faith in Allah so we are ready for anything. Our source of strength - Allah - who always be there. He always hold us no matter what and He will never ever leave .

We have faith in Allah. With more faith , Allah will makes it easy. We are all seeking His redha, albeit the rather complicated and challenging path.

He knows best :)

08122016
Irbid, Jordan

Urinary Tract Infection - Pencegahan

Dia menangis laju. Basah habis pipinya.

Kami baru selesai menunaikan solat maghrib. Belum sempat lagi bukak telekung.

" Eh? Awat ni? "

Lepas disoal siasat, rupanya, dia sakit tulang belakang bahagian neck dan spine, 12 hours duration. Ada SOB , chest pain.

Emergency ni.

Tapi, saya blur, Tak tahu nak buat apa.

" Kejap nak call scorer. Tanya DDX " - Kakak Doktor Tahun 5

" Takpe2 . Kita call saja ambulans , bawa ke Emergency Room kat Hospital Basmah . Esok boleh saya ambil history dia dan present kat doktor " - Aku

" Qasrussss !! "

" Okay². Saya bergurau. Sorry. 😅
Sat saya sambung solat sunat. Minta petunjuk Tuhan "

☺️

Habis semua DDX kami senaraikan ;
MSS Prob / salah posture tidur - Kakak Doktor
Disc compression - Scorer
Tulang sejuk sebab syita' - Aku

Last² bila pergi klinik Ibnu Nafis dan jumpa doktor yang ada tauliah ,
Senang saja doktor tu diagnose.

Urinary Tract Infection .
Jauh menyimpang dari apa yang kami teka. 😂

Sakit belakang tu adalah sebab muscle spasm — Implikasi dari kuman nakal tu.

Nampaklah ilmu kita masih kurang.
Ada ilmu pun lupa nak beramal. Doktor kat hospital dah banyak kali ajar - jangan lupa systemic review. Buat selalu focus history.

Alahai .
Moga doktor yang belum dapat tauliah ini dihempuk keras lagi semangat untuk menimba ilmu medicine.

By the way, seronok juga belajar medik. Boleh teka² sakit orang . Tapi teka kami, buka teka kosong. Teka kami , tekaan berilmu . Biarpun agak kerap menyimpang dari jalan yang lurus. 😅

Tak apa. At least mencuba. :)

Related image

—● Urinary Tract Infection ( UTI ) ; Apa yang anda perlu tahu??

UTI adalah jangkitan saluran kencing yang paling biasa di kalangan wanita berumur 16-40, disebabkan oleh bakteria Escherichia Coli (E. coli).

Berlakunya UTI pada wanita dan lelaki adalah dalam nisbah yang 4:1, yang bermakna ia berlaku sekurang-kurangnya empat kali lebih kerap di kalangan wanita berbanding lelaki. Ini adalah akibat daripada anatomi wanita - kerana perempuan mempunyai urethras lebih pendek.

Kenapa ia bahaya?

Adakala, kuman-kuman boleh merebak dari pundi kencing melalui salah satu ureter (iaitu saluran kencing dari pundi kencing ke buah pinggang) dan mengakibatkan jangkitan yang lebih teruk pada buah pinggang (pyelonephritis).

Sekali-sekala, Jangkitan Saluran Kencing boleh merebak ke dalam darah (sepsis), mengakibatkan komplikasi yang lebih teruk dan mungkin juga membawa kematian.

Bagaimana mahu cegah?

First.

Mengamalkan kebersihan diri dan bilik mandi yang baik (mengelap dari depan ke belakang, basuh dengan betul, mengambil pancuran biasa dan bukannya mandi, dan lain-lain.)

Second.

Minum air dan membuang air kecil selepas hubungan seks untuk mengusir bakteria

Third.

Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas. (e.g. kapas - untuk membenarkan laluan udara)

Forth

Minum lebih air iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk menyingkirkan bakteria daripada sistem kencing.

Fifth

Elakkan menahan kencing (membiarkan pundi kencing penuh akan menggalakkan pembiakan bakteria dalam air kencing yang lama bertakung di dalam pundi kencing)

Sixth

Cuci & lap kering bahagian sulit dengan pergerakan dari atas menghala ke bawah (vagina ke anus) terutama selepas membuang air besar. Pastikan bahagian sulit sentiasa dalam keadaan kering.

Seventh

Pakai seluar/jeans yang agak longgar untuk memastikan bahagian sulit sentiasa kering.

Eighth

Elakkan penggunaan produk feminin yang boleh memberi kesan iritasi pada salur kencing.
Gunakan produk feminin yang lembut & bebas pewangi.

Nineth

Bagi wanita yang mengawal kesuburan, elakkan mengguna kaedah diafram & penggunaan spermisid kerana kedua-dua kaedah ini didapati berisiko mendedahkan wanita terhadap jangkitan trek urinari. Pilih kaedah perancang kesuburan yang lain.

:)

Mencegah lebih baik dari merawat. Have a good health , guys :)

06122016
Irbid, Jordan

D.O.C.T.O.R - Merokok

Dia terduduk atas katil hospital. Kaki dibiarkan lepas ke bawah. Digerak bebas. Jelas tampak kepenatan di wajahnya. Dada turun naik - terlihat kesukaran pada nafasnya .

Pabila saya mendekat, dia menyambut baik dan ramah. Tunjuk muka bagai orang yang sihat . Terharu pulak saya padahal baru tadi nampak kondisinya tenat.

" Pak cik free tak? Nak tanya soalan sikit, boleh? "

" Sila. Sila. Boleh saja.. " Dia mengizinkan. Suaranya ceria diiringi tawa kecil. Rasa sayu sungguh bila pesakit macam ni masih mahu melayan.

Saya nak ambil history patient ini. Nak berlatih focus history untuk exam nanti. Tak lama pun. Cuma 5 minit saja.

Memandangkan dia macam tak boleh nak cakap banyak, wanita di sisi katilnya membantu memberi maklumat .

" Dia kenapa? "

" Sakit dada. "

" Lama dah ke ? "

" Dah berbulan. "

" Hm. Ada penyakit kronik ke? Macam kencing manis, darah tinggi atau jantung? "

" Tak ada. Dia tak ada sakit kronik. "

" Umurnya berapa? "

" 33 tahun. "

Hah???

Saya terkejut. Serius saya ingat dia dah seusia abah saya. Perasan saja yang rambutnya masih hitam, tapi... rupa parasnya menunjukkan dia lebih tua dari usia dia. Ditambah dengan giginya yang banyak sudah hilang dan kalaupun berbaki, sudah hitam dan kekuningan.

Saya control riak wajah terkejut . Bimbang pulak pesakit di hadapan ini perasan akan perubahan ekspresi muka saya .

Selalunya , kalau sakit dada , kita akan tanya dia tentang sesak nafas, batuk dan radiation. Tak dilupa tentang status merokok pesakit.

" Pak cik merokok tak? "

Dia mengangguk.

Wanita tadi pula menambah, " Dia merokok banyakkkk sangat. "

Ye ke..

" Sejak bila? "

" Sejak umur 12 tahun. "

Rahang saya jatuh .

" Berapa batang rokok sehari? "

" Dia ni perokok tegar. Sehari dia merokok 8 hingga 9 kotak. Sejak masuk hospital ni la dah berkurang sikit jadi 1 - 2 kotak sahaja.. "

Satu dua kotak pun banyak tuh...

Sesekali terdengar batuk dari pesakit ini .

Aduhai...

Saya minta kawan sudahkan 5 minit untuk bertanya soalan berkaitan. Kemudian, cuba teka DDX.

Dia bagi,
COPD,
Bronchiectasis
dan Pneumonia.

Kemudian saya minta dia bagi satu investigation untuk patient.

Dia bagi,
Chest X-Ray.

Tepatlah tu.

Habis sesi itu, saya melangkah keluar.

Belum sempat beredar jauh, wanita yang tadi di samping patient datang mendekat. Wajahnya bermuram durja.

" Dia itu merokok terlalu kuat. Sakitnya itu pun disebabkan rokok. Doktor cakap dia ada cancer. "

Rahang jatuh lagi.

Lung cancer ke??
Unexpected.

Saya tetiba diserbu duka. Cancer kut...

Cuba lagi bertanya symptom berkaitan, " Dia ada batuk berdarah ke? "

" Ada. "

" Lama dah? "

" Berbulan-bulan. "

" Banyak ke? "

" Banyak. "

Hm. Sebenarnya saya cukup sensitif dengan penyakit lung cancer. Sebab, pesakit pertama yang saya jumpa ketika pertama kali melangkah ke hospital sejak naik ke tahun empat ini adalah seorang budak perempuan dari Syria yang baru berumur 12 tahun. Lung Cancer. Kerana terlalu sedih dengan sakit yang menimpa pesakit ini, saya terus ingat butiran-butiran tentang penyakit ini.

Merokok adalah salah satu puncanya .

Hari ni, saya round lagi di hospital yang sama. Pesakit ini masih di sini. Dia berlegar di ruang koridor sambil di tangannya ada secawan kopi panas. Saya ingat dia nak ambil angin di luar. Nafasnya masih terlihat sukar. Wanita semalam masih di sisinya. Tetap setia menemani. Saya tak tahu itu isterinya atau emaknya.

Tetiba..

Asap keluar dari mulutnya pesakit itu.

Eh?

Merokok???!

Dia masih merokok!

Biaq betul??

Saya geleng kepala.
Nafas dah sangkut, tapi masih tak tinggal rokok. Ibarat rokok pula jadi ubat .

Sometimes, I donna how to describe this kind of people. Ini baru satu scene. Sebenarnya, dah banyak kali tengok pesakit merokok dalam hospital. Yang merokok atas katil pun ada .

Adoi la.

Aneh sangat. Biarpun sedang sakit, masih tak berhenti merokok. Bukan mereka tak tahu bahaya rokok.

Tapi, bagai pejam mata buat-buat buta, mahu block minda buat-buat dungu, mereka masih setia bersama racun itu.

Image result for photography great

Saya fikir, mungkin kerana ketagih. Bila dah jadi tabiat, susahlah mahu lekang.

Bagai dosa manusia. Lagi selalu buat, lagi ia melekat. Kalau tinggal rasa tak nyaman. Tahu itu dosa. Tahu bahawa Allah tak suka si pendosa apatah lagi yang sengaja melakukannya. Tapi.. sebab dah sering terbiasa, maka bila tak buat jadi tak selesa .

Dosa dan rokok, bagai tak jauh beza .
Mudarat berjuta , tapi manusia masih suka .

Andai kita dapat lihat terus hitam dan buruk serta hancurnya struktur paru-paru setiap kali asap rokok melalui ruang-ruang salur pernafasan itu, pasti kita langsung tak berani pandang hatta penjual rokok itu sendiri.

Andai kita dapat lihat terus orang yang berbuat dosa itu bakal dijilat api ganas dari neraka , pasti kita takkan pernah langsung berniat mahu menjadi sahabat karib maksiat dan dosa.

Tapi, itulah.

Kesan rokok yang jelas akan dilihat selepas 10 tahun merokok. Boleh jadi 5 tahun ke atas juga sudah terlihat gangguan pada kesihatan.

Kesan dosa yang jelas akan dilihat tatkala nanti di hari perhitungan ; di hadapan Tuhan Pemilik Alam.

Allah tangguhkan dulu kesan rokok dan kesan dosa. Lama kemudian baru nampak kesan.

Sebab apa?

Sebab Dia nak uji , adakah kita ini benar-enar beriman pada perkhabaran-Nya di dalam Al-Quran ;

1) Si pendosa pasti akan meraung dalam neraka. Mereka akan minta untuk kembali ke dunia untuk berbuat amal soleh.

2) Perbuatan buruk akan memberi kesan buruk juga pada si pembuatnya. Kemudaratan di bumi adalah dari tangan-tangan manusia sendiri.

Bila ada yang masih buat lewa dan pandang ringan, maka tidaklah ia cuba menjauh dari rokok. Terus, habislah melingkup nikmat jasad yang sempurna yang Tuhan telah kurnia.

Begitu juga pabila manusia masih tak faham ayat-ayat Al-Quran dan tak cuba ambil tahu larangan-larangan Allah, maka teruslah ia berseronok dalam lautan dosa tanpa dia sedari bahawa perlahan-lahan dia sedang melemaskan diri sendiri dalam kemurkaan Tuhan . Dia lupa bahawa asalnya dia adalah kain putih tatkala dia lahir ke dunia, tapi tangannya sendiri menconteng dakwat kekal ke atas kain itu.

Moga Allah maafkan kita!

05122016
Irbid, Jordan.

D.O.C.T.O.R - " Boleh tak saya nak peluk awak? "

Seorang pesakit di hospital sakit jiwa . Wanita muda belum berkahwin. Bekas guru bahasa Inggeris.

D.E.P.R.E.S.S.I.O.N

" Awak semua boleh tolong saya tak? "

" Cuba awak cerita dulu apa masalah awak? Baru la kami boleh tolong..."

Dia beralah. Maka, dia mula membuka kisah yang terpekung di dada.

Bermula pada tahun 2014, dia kehilangan seorang adik perempuan yang sangat rapat dengannya. Setelah itu, kehidupannya berubah. Dia hilang semangat untuk teruskan hidup. Tak boleh move on. Depression.

Pada tahun 2015, dia ambil keputusan berhenti kerja. Tak boleh dah nak teruskan kariernya sebagai guru. Keputusan ini dibantah oleh ibu bapa dan 8 adik-beradik perempuan yang tinggal bersamanya di rumah. Selama ini, hanya dia yang menyara keluarga sebab 2 adik-beradik lelaki yang lain sudah berhijrah dan ada hidup sendiri.

Sejak berhenti kerja, dia tak ada sumber kewangan. Poket kosong. Adik-beradik menjauh. Mak ayah tak habis salahkan dirinya. Dia dianggap tak guna. Saban hari dikutuk dan dimarah. Depressionnya bertambah.

Apabila tak tahan dengan kehidupan yang dihiasi caci maki, dia lari ke balai polis untuk membuat laporan. Tapi, kerana dia wanita, maka pihak polis menghubungi ibu bapanya semula.

Apa respon mak ayah dia?

" Anak kami tak sihat. Hantar saja ke hospital "

Dia dihantar ke hospital sakit jiwa di Amman. Tinggal diam di situ. Awalnya cuma untuk observation doktor.

Doktor cakap kalau dia okay, dia boleh keluar dari situ. Sebab, buat apa nak tinggal lama-lama kat hospital kalau dah sihat??

Dia enggan. Katanya, jika pulang ke rumah, dia akan kembali ke pangkuan keluarga yang tidak ingin menerimanya. Nanti-nanti pasti dia akan dituduh gila lagi dan akan kembali ke hospital. Cycle.

Bayangkan. Bila keluarga sendiri memulaukan diri. Sedang, dari rumahlah sepatutnya kita dapat belajar tentang cinta, mencari perlindungan dari bahaya, mencipta bahagia hingga ke syurga.

Tapi...
Sebaliknya pula berlaku.

" Boleh tak saya nak peluk awak? " Kumpulan pelajar ini hanya mengiyakan. Tatkala berlabuh wajahnya ke bahu seorang akhowat, maka pecahlah empangan air matanya.

" Alangkah seronoknya kalau adik-beradik saya sebaik awak semua..

Saya dah lama tak rasa ada orang yang faham dan sayangkan saya.. Saya rasa macam kehidupan saya dah berakhir.

Lebih baik saya mati saja. "

Dia mengakui bahawa keputusannya untuk berhenti kerja adalah keputusan yang paling bodoh yang pernah dia lakukan. Pabila dia ditanya kenapa tak cari kerja lain, katanya, rekod dirinya sudah buruk. Dah jadi pesakit psikitri, susah orang nak terima kerja.

Depress lagi .

Kasihan .

Kadang-kadang, masalah cuma simple. Tapi, bila diri kita anggap ia berat, sesakkan otak dengan pelbagai andaian yang tidak membumi, akhirnya semua memusnahkan diri sendiri.

Depression adalah satu masalah yang boleh menyerang sesiapa sahaja. Jika kesedihan melampau lebih dari 14 hari, anda mungkin boleh mengalami depression. Ia boleh membawa kepada penyakit schizophrenia ( sakit jiwa ) ; gelak menangis meraung tanpa sebab .

Sebab itu, kalau ada orang di sekeliling yang dirundung masalah, sedih berpanjangan, support dia. Jangan membawahkan dia. Sokongan moral dari kita bakal memeluk jiwanya untuk kembali berharap pada perkara yang positif .

Kata doktor, selalunya orang yang depress ini, ikatan dia dengan Tuhan adalah longgar. Maka, dia tak tahan ujian . Cepat putus harap dan rasa nak lari dari masalah. Padahal...

Mana mungkin kita lari dari masalah?

Image result for photography great

Semua yang hidup pasti punya masalah. Mustahil ada orang yang tak ada masalah.
Bayi ada masalah untuk dia cuba menggunakan dua kaki untuk berjalan.
Kanak-kanak kecil ada masalah untuk dia belajar mengayuh basikal roda tiga.
Budak tadika ada masalah dengan cara nak cari kawan yang rapat dengannya.
Pelajar sekolah rendah ada masalah untuk hafal sifir dan belajar kira-kira.
Orang dewasa ada masalah dengan ekonomi negara yang makin merudum bagai tahi bintang membelah bumi .

Semua orang yang hidup ada masalah!
Hanya mati tak ada masalah.
Maka, jika kita tak mahu masalah, maksudnya, kita mahu mati.

Jadi, kita ini nak ada masalah atau tidak?

😌

Berlapang dada dengan ujian dari Allah.
Yakinlah bahawa Allah tidak sesekali mahu membebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu.

La yukallifullahu illa wus'aha .

Jika Tuhan sekalian alam pun percaya pada kita yang kita mampu menghadapinya , kenapa kita pula tak percaya pada diri sendiri?

Kita pasti boleh!

Bagaimana ?

Cari Allah bila kita ada masalah . Bila Allah bagi kita cabaran, Dia tak akan biar kita sendirian melaluinya. Dia pasti bersama kita hingga ke hujung. Tapi, kitalah kena meminta dulu pertolongan .

Allah akan terus uji kita sampai satu saat, kita cuma cari Allah dan tak cari lagi manusia pabila kita penat dihentam ujian.

Amalkanlah ayat-ayat Al-Quran yang boleh menjadi bekal kekuatan. Ayat 1000 dinar dan banyak lagi yang boleh kita amalkan. Paling penting, usah lekang dari doa . Doa itulah kekuatan setiap insan.

We are too powerless to control everything even ourselves. Jadi, mintalah bantuan dari Allah. Dalam study, dalam kerja, dalam urus hal ehwal keluarga, dalam menyantuni orang sekeliling .

Indeed, Allah tak akan pernah kecewakan kita . :)

Have faith.

03122016
Irbid, Jordan

Hebatlah Mak-2 Kat Dunia Ni

" Susah jugak jadi mak . Hebatlah mak-2 kat dunia ni.
Baby sangat fregile. Kena jaga bagai menatang minyak yang penuh. "

Saya mengakui kata-kata ibu muda ini. Menjadi ibu pada usia 21 tahun, dia baru nak belajar mengenali kehidupan seorang ibu. Secara tak langsung, saya juga ambik kesempatan nak bertanya itu ini tentang perihal bayinya sebab saya sendiri belum pernah ada pengalaman menjaga bayi atau memiliki adik kecil. Nak bertanya orang lain, saya segan. Selama ini, hanya berani jeling-jeling anak orang dari jauh. Cuit-cuit sana sini. Kalau baby tu menangis, saya orang pertama yang akan cabut lari. Tapi, bila dah ada kawan terdekat yang menjadi ibu, maka seronoklah saya nak meneroka lebih jauh pengalaman mereka sebagai ibu. :)

Berkali-kali mata ini tengok video si kecil yang baru berusia sebulan lebih itu. Comel sangat. Macam teletubbies. Sebab matanya jarang berkelip, maka nampak bulat selalu.

" Mata baby memang tak berkelip ke? "

" Mata baby jarang berkelip. "

Okay. So tak payah pakai lens. Mata dah besaq dan bulat.

Untung la jadi baby. Dah la comel. Semua orang nak sentuh, nak pegang, nak cubit. Kalau lapaq, menangis saja. Nanti ada orang bagi minum susu. Kalau mengantuk, tidur saja berjam-jam. Takdak orang nak kejut bangun suruh solat subuh. Kalau nak kencing berak, tak perlu rushing lari ke tandas. Keluarkan saja bila-bila dan di mana jua anda berada. No problem. Nanti ada yang bersihkan.

Siapa yang nak buat semua tu?
Of course lah mak dia. 😂

Saya suka sangat pada kanak-kanak. Sebab itu, bila ditanya pengkhususan apa yang saya mahu ambil, maka laju-laju saya akan jawab specialist in pediatric . Walaupun ramai yang cakap, jadi pediatrician susah ; Deal dengan pesakit dewasa adalah lebih mudah berbanding nak deal dengan pesakit kecil yang tak pandai nak describe sakit dia macamana. Tapi, saya tak kisah. Sebab dah jatuh cinta dengan golongan comel ini, maka saya sedia berkhidmat untuk mereka.

Dulu masa saya lepasan SPM, saya ada ikut blog seorang pelajar perubatan di Mesir ( sekarang dah jadi HO tahun akhir ) . Beliau berkahwin masa di tahun tiga dan ada anak kecil ketika di tahun 4. Dia aktif persatuan dan pelajarannya juga cemerlang. Tika itu, saya pun ada la pasang angan-angan nak ada anak juga pada awal umur 20-an, macam dia. Tapi, bila betul-betul dah masuk dunia pelajar perubatan, maka saya langsung padam imaginasi itu. Menjadi ibu dalam usia masih muda dan dalam masa yang sama masih dalam fatrah sebagai pelajar yang belajar dalam bidang kritikal, jauh lagi dari negara sendiri , itu pastinya tidak mudah. Hanya yang berjiwa cekal dan kuat boleh melaluinya. Kagumlah saya dengan kakak medik yang kini dah ada 3 orang anak lelaki itu.

Menjadi seorang ibu, bukan kita sembang pasal cara nak urus anak sahaja.
Bukan cuma cakap susah senang kena stay up untuk menyusu dan dodoikan anak yang meragam di malam hari saja.

Ia lebih dari itu.

Jadi ibu, bukan perkara mudah. Bukan perkara main-main. Mental fizikal kena ready. Ilmu kena ada. Bukan ilmu tentang cara menguruskan anak saja, tapi juga cara bagaimana nak bangunkan watak seorang hamba berjiwa musleh dan minda intelek dalam diri si anak yang baru mengenal dunia.

Kalau mengasuh sebuah patung barbies juga tak mudah. Jika jatuh, kena kutip, kibas dan basuh kalau kotor. Susah. Begitu juga kalau menjaga seekor kucing. Makannya kena sedia. Kencing beraknya kena ajar agar tak buang merata. Bulunya harus disapu tatkala semuanya bagai mahu menghiasi permaidani rumah kita. Kena bawa ke veterinarian untuk check up dan sebagainya. Susah jugak. Tapi, susah kita cuma pada nak jaga lahiriahnya saja.

Tapi, bila cakap pasal mengasuh seorang anak, ia adalah manusia. Bukan luaran saja yang kita perlu cakna, dalamannya juga adalah elemen penting yang harus dititik beratkan. Ia memiliki jiwa dan ada kapasiti minda yang harus dicorak sempurna. Kalau tersalah bentuk, rosak retak - bukan saja di dunia, malah akhirat juga bakal terhumban binasa.

Saya bertanya ibu saya tentang bagaimana bisa dirinya seorang boleh membesarkan anak-anak. Tak susah kah? Tak perit kah? Tambah dengan kesihatan ibu yang tidaklah setara mana.

Kata ibu, ianya memang tidak mudah. Kasih sayang la yang menjadi bayaran buat segala pengorbanan . Sebab itu bila ada anak-2 yang buat kerenah, tak dengar kata, ketegaq tak tentu hala ( antaranya saya la ☺️ ) , maka dia akan sedih.

Ibu saya juga masih menyimpan koleksi baju yang kami berempat pakai di saat masih bayi. Lengkap set pakaian. Ada juga almari yang penuh dengan buku tulis kami ketika di tadika dan sekolah rendah. Sebab itu, walaupun stor rumah kami dah selalu diselenggara, barang di dalamnya tetap tak berkurang. Penuh tersusun kotak-kotak lama sampai ke langit rumah. Dalam kotak itulah terisi segala memori ibu ketika kami masih kecil.

Pabila ditanya kenapa ibu masih simpan barang-barang lama sedang orang lain dah buat kain buruk lap muntah cucu atau lap tingkap yang berdebu, maka ibu jawab, tatkala melihat setiap baju itu, akan kembalilah pengalaman susah senang ibu membesarkan setiap anak. Lagi ramai anak, lagi banyak baju, lagi banyak cerita susah payah. Tapi, dibalik semua itu sebenarnya menceritakan kenangan manis yang hanya disimpan oleh seorang yang bergelar ibu. Kemanisan itulah anugerah dan hadiah dari Allah atas segala pengorbanan ibu.

Penghormatan yang tinggi dari saya buat seluruh ibu di dunia.
Wanita bergelar ibu adalah sehebat-hebat makhluk Tuhan yang kuasa.
Wujudnya kekuatan naluri keibuaan mereka adalah bukti kehebatan Tuhan.
Susah sebelum melahirkan, semasa melahirkan, selepas melahirkan, semua itu tak mampu dibayang akal manusia. Hanya yang melalui boleh faham. Itupun tak boleh describe dengan kata-kata.

Semoga kita semua terus menyayangi kewujudan ibu di sisi.
Usah biar waktu berlalu percuma tanpa kita didakap belai lembut nasihat dan doa ibu yang menguatkan kita di alam dewasa.
Terus keep in touch dengan mereka selagi kita boleh menyapa bayang-bayangnya.
Tak perlu tunggu kita sendiri menjadi seorang ibu barulah kita nak merasai keistimewaan dan kehebatan ibu yang kita miliki.

Takut-takut pada saat kita baru nak reti menghargai jasad seorang ibu,
Tuhan lebih dahulu menarik jasad itu pergi dari hidup kita.

Saat itu, andai bergelen air mata kita ditadah dalam bekas air berjenama tupperware yang sangat mahal itu pun , pastinya ia tiada lagi bernilai.

Related image

Sayang ibu selalu. =')

02122016
Irbid, Jordan.

Mak Cik Syria dan Tisu

" Belilah. Tolonglah saya. Beli satu pun tak apa. Cuma sedinar. Belilah... "

Selera makan terbantut. Saya pandang kawan di hadapan lalu mengalihkan pula pandangan kepada mak cik yang membawa barang jualannya ke meja kami .

Ek. Kasihan pulak rasa.

Tapi... Sedinar tu pun dah mahal sekarang. Duit tengah jatuh. Satu dinar sama dengan RM 6.20 . Mahal sangat.

Saya tenung dalam-dalam wajah Mak cik Syria ini. Rasa macam seusia ibu saya. Tak dapat bayang andai ibu saya yang berada di tempatnya dan merayu-rayu agar orang membeli dagangannya.

" Em. Ana nak je tolong. Tapi, nak buat apa beli benda alah ni. Mana la ana ada masa nak buat benda ni.. " Saya menggaru kepala. Tak boleh brain. Kalau mak cik ni jual tisu, bergunalah jugak untuk saya . Tapi, masalahnya dia jual lukisan kartun yang boleh diwarnakan dengan serbuk warna-warni - memang sah la ini hanya menjadi kesukaan kanak-kanak tadika yang suka tonton kartun Spongebob tu.

" Tak apalah. Biar ana yang beli . Nanti ana bagi lukisan ni kat budak Syria yang ana jumpa. " Kawan di hadapan redha saja. Dia ambil duit sedinar dan serahkan. Saya urut nafas lega. Ingat mak cik ni akan pergi lepas kami beli satu. Tak sanggup saya nak dengar dia merayu lagi.

Eh.
Dia masih di situ. Tidak beranjak.
Rupanya dia nak aim saya pula. Adoi la.

" Belilah. Satu saja. Ambil, ambil. Tolonglah saya... " Dia letakkan satu lukisan kat tepi tangan saya. Hmm. Nak buat macamana ni?

Saya terus seluk beg tangan dan keluarkan wang kertas satu dinar. Serah. Lukisan yang dia beri itu saya kembalikan semula. Tak mengapalah. Anggap saja sedekah. Bukan urusan jual beli. Dia berkali-kali mengucapkan syukur dan kemudian barulah nak beredar.

Baru dua tiga suap saya meneruskan proses mengenyangkan perut, datang pulak seorang lelaki tua Arab. Pakaiannya kusam sahaja. Matanya macam ada problem. Kakinya juga. Dia berjalan sambil heret kaki. Langkahnya berat dan perlahan sekali.

Kali ini saya buat-buat tak perasan kehadirannya. Dia cuma berdiri di sisi meja memerhatikan kami makan. Tak beranjak. Bersuara pun tidak. Hmm. Tak tahan dengan kaedah psiko yang dia gunakan, saya berhenti makan dan memandangnya.

Dia melemparkan pandangan meminta simpati. Aduhai. Tak sangguplah nak tenung lama-lama. Saya tanya kawan, " Enti ada duit kecil tak? Pak cik ni nak duit ni.. Ana takdak duit syiling. "

Kawan cuma mengangguk dan dia serahkan duit syiling yang dia ada kepada saya. " Entilah bagi pada dia. Ana tak pakai purdah ni. "

" Okay. " Saya ambil dan pandang pak cik Syria itu. Lantas, duit itu saya letakkan di hujung meja dan bagi isyarat kepada beliau agar mengambilnya. Kalau serah ke tangannya, bimbang tersentuh tangan. Dia ambil kepingan syiling itu lalu beredar pergi.

Saya teruskan makan sambil bersembang dengan kawan saya yang merupakan pelajar Usuluddin Tahun 1 di Universiti Yarmouk. Usia kami sebaya sahaja malah dia ini merupakan ketua kelas saya ketika di Tingkatan 1. Beliau lambat sikit masuk universiti sebab terlebih dahulu menyempurnakan hafalan 30 juzu' Al-Quran di Darul Quran.

Tak lama kami rancak bersembang, datang pulak 3 orang kanak-kanak arab yang masih kecil dalam lingkungan usia 5 hingga 8 tahun ke meja makan kami. Alamak. Salah seorang dari mereka cuba menuang minumannya ke dalam makanan kawan saya. Cepat saya menghalang. Alahai. Budak-2 kecil. Biasalah tu.

" Apa khabar? " Seorang dari mereka bertegur sapa dengan kami di dalam bahasa Melayu. Saya rasa, kalau saya cakap saya tak sihat pun dia tak akan faham sebab dia hanya tahu perkataan 'Apa Khabar' . Maka, saya balas sahaja dalam bahasa Arab. Comel budak ni. Rambut separas bahu. Wajahnya cerah dan nampak iras orang Asia. Macam budak Melayu! Dia tersenyum sahaja menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

Rakannya yang seorang lagi menyentuh lukisan yang dibeli oleh kawan saya sebentar tadi.

" Siapa punya ni? " Dia macam berminat.

Kawan saya balas, " Saya punya. Awak nak ke? "

Dia angguk. " Dah . Nak ambik, ambiklah. " Kegembiraan terpancar di wajahnya. Terus dia ambil dan keluar dari restoran tempat kami makan itu. Dua lagi kawannya hanya mengikut.

Saya cuma tersenyum. Budak-budak tak banyak demand. Bila dia dapat apa yang dia nak, apa yang dia suka, dia akan pergi. Tak ada banyak ragam lagi. Fikir dan fokusnya kecil sekali.

" Enti, kenapa ramai sangat orang Arab yang macam ni kat sini? " Kawan saya di hadapan bertanya. Saya faham sahaja, memang ini persoalan yang sering bermain di mulut para pelajar yang baru nak mengenali cara hidup di Jordan.

" Diorang ni bukan Orang Jordan. Diorang datang dari Syria. "

" Kenapa diorang asyik meminta-minta? "

" Siapa je suka meminta-minta. Tambah lagi , kadang tak dapat pun apa yang diminta malah diberi pula caci maki dan herdikan melampau. Tapi, diorang tak ada daya. Sebagai pelarian, mereka tak dapat pun nak apply kerja dengan kerajaan apatah lagi nak buka kedai buat bisnes. Cuma jualan kecil-kecilan saja yang mereka mampu.. Semuanya untuk kelangsungan hidup mereka di sini. Kalau tak menjual atau tak meminta, diorang nak makan apa? "

" Kesiannya... "

Saya cuma mengangguk. Terlalu lama mereka terpaksa hidup dalam keadaan mendesak sebegini. Belum lagi kita dengar cerita mereka ketika perang, trauma mereka kehilangan orang tersayang, sakit peritnya hidup di negara orang. Tidak mudah sebenarnya untuk mengusir pergi penderitaan yang mereka alami.

Ada dalam kalangan mereka yang hidup di kem pelarian. Melarat. Susah sekali. Hidup ramai-ramai dalam kawasan yang sempit, siapa mahu? Maka, ada juga dalam kalangan mereka yang berhijrah ke bandar-bandar sekitar macam di Irbid untuk mulakan hidup baru walaupun tetap dalam keadaan daif. Mereka hantar anak-anak mereka ke sekolah dengan harapan, pelajaranlah yang boleh mengubah hidup mereka kelak.

Pengharapan pada sebuah kehidupan yang tidak padam selagi nyawa masih di jasad. Mereka tidak kalah dengan emosi dan kesedihan tapi mereka cuba cari jalan untuk ubah kehidupan mereka agar tidak selamanya malap.

Dulu, mereka juga ada kediaman yang selesa macam kita. Hidup yang riang bersama keluarga tercinta. Boleh beraktiviti rutin seperti manusia lain kebanyakkannya. Tapi, pabila tercetusnya perang, tiada lagi keamanan. Tempat tinggal dimusnah hancurkan. Tiada lagi sekolah. Tiada lagi kerja. Tiada lagi kehidupan.

See?
Bandingan kehidupan kita dengan kehidupan mereka, siapa jauh lebih baik keadaannya?

Kadang-kadang kita diamuk perasaan memberontak tatkala cuma sedikit sekali ujian yang Allah beri dalam hidup kita.
Terlalu banyak rungutam tak puas hati pabila ada sedikit keselesaan atau mana-mana nikmat yang Allah mengambil pergi dari kita.
Tak sedar, terlupa. Kita tak ingat bahawa ada ramai lagi jiwa-jiwa lain yang teruji jauh lebih dahsyat daripada kita.

Sedarlah hakikat dunia. Susah senang kita adalah kitaran. Lepas hadirnya senang, pasti akan diikuti pula kesusahan. Tak boleh mahukan senang berterusan kerana kita ini masih di dunia. Selamanya Allah harus uji kita dengan kelaparan, kesakitan dan ketakutan seperti kalamnya dalam Al-Quran agar kita tidak lupa dan leka kepadanya. Agar kita tak hanyut dengan nikmat dunia yang sementara.

Apa sahaja yang terjadi, renungkan kembali kehidupan ini.
Baliklah pada Tuhan yang sangat dekat dengan kita.
Usah dirungut apa yang terjadi, tapi galilah hikmah yang Allah mahu beri.

Sebenarnya, Allah selalu mahukan yang terbaik untuk kita. Dia tak akan beri sesuatu yang akan memberi bahaya pada kita. Andai kita yakin dengan Dia, pasti dia akan mudahkan urusan dan ringankan kepayahan dunia atas kita.

Hidup adalah anugerah. Mengenali Tuhan dalam kehidupan adalah nikmat.
Hanya yang terpilih diberi taufiq dan hidayah dan disuluh jiwanya dengan cahaya Iman dan Islam. Bersyukurlah . :)

Orang mukmin itu sentiasa tenang dan lapang. Dalam susahnya. Dalam senangnya.


Image result for photography great

Saya ni tengah ajar diri untuk bersyukur. Think positive. Diserang common cold sebab musim sejuk yang terlalu sejuk. Im cold intolerant.

Tapi saya cuba ajar diri agar tak manja. Sakit pun jangan tidur. Demam pun jangan lembik sangat. Kena study terus. Seorang doktor tak boleh biarkan waktu pergi tanpa menambah ilmu di dada.

At least kehidupan saya di negara orang sekarang masih selesa ; Saya kesejukan tapi saya ada selimut tebal dan stokin yang dikait benang bermutu tinggi untuk menghangatkan badan.

Tapi pelarian Syria di kem?
Mereka juga sejuk macam saya.
Tapi... Apa yang mereka ada?

='(

01122016
Irbid, Jordan

Bila lelaki pun nak Flawless

Bila lelaki pun nak Flawless . 🙈

I have a younger brother. 16 years old. Very tall and dark. Kecik-2 dulu beliau ni cerah saja. Tapi sebab suka main bola, maka gelaplah ia.

Last cuti sem, saya balik Malaysia.
Saya ajarkan dia cara cantikkan kulit muka.
Memandangkan saya dan adik agak alergik dengan pencuci muka yang terjual di pasaran, maka terpaksalah buat sendiri home remedies untuk skincare.

Image result for real amazing funny pictures of the world

Caranya mudah saja.

Campurkan 1 sudu yogurt perisa asli, 1 sudu madu, dan 1 1/2 sudu serbuk kunyit dalam satu bekas. Gaul sebati dan pastikan adunan jadi pekat dan tak menitik. Sapu pada muka dengan menggunakan belakang sudu plastik dan biarkan 15 minit. Then, bilas muka dengan air suam dan keringkan dengan tuala .

Simple bukan?
Cuma buat step ini 2 kali seminggu.
Hasilnya tak mengecewakan! Flawless tau. Glowing siap.

Tapi, sejak pulang semula ke Jordan, saya jarang dah buat semua ni. Sibuk.

But , tak sangka Inche Adik yang sorang ini terus istiqomah melakukannya!

Kesannya?

Beliau asyik dipuji sebab kulitnya cerah, lembut dan cantik. Kawan-2 selalu tanya produk apa yang beliau gunakan .

Apa dia jawab?

"Rahsia."

😂

Mohon kalian praktiskan rahsia yang saya bongkar ini ya!

Oh . Tapi bagi yang sibuk dan tak sempat buat, kalian boleh guna alternatif skincare yang lain iaitu perbanyakkan wudhu' . Maybe kat dunia belum ada apa-apa kesan. Tapi, semoga di akhirat nanti anggota wudhu' itu yang bakal bercahaya dan lebih bersinar dari apa-apa yang disinari oleh cahaya matahari di bumi.

Selamat mencuba . :)

" Nak taujihad, boleh? "

" Nak taujihad, boleh? "

Dia mencuit tangan saya dan cuba menganggu pergerakan tangan ini yang sibuk menyentuh skrin ipad.

Saya memandang dia, " Saya tak pandai la bagi taujihad. " Terus saya kembalikan pandangan ke skrin ipad dan lanjutkan bacaan buku softcopy Davidson's Medicine itu . Topik Malabsorption ini harus saya khatamkan hari ini jugak . Dah tak ada masa .

Kali ni dia tak menyerah. Sengaja dia mengusik-usik skrin ipad saya . Di zoom out dan zoom in teks bacaan yang sedang saya baca.

Aduhai.. Ini memang kes tak nak bagi saya study ni . Bas sudah mula bergerak meninggalkan stesen bas membawa muatan 40 orang ini menuju ke Stesen Bas Sheikh Khalil di Irbid.

Saya cubit tangan dia. " Nak kena budak ni. Awat nakal sangat tak tau? "

Dia gelak. " Bagi la taujihad pada saya.... " Dia meminta lagi separuh merayu.

" Taujihad apa la? Mind block la sekarang.. "

" Macamana awak kekalkan momentum study? "

Saya gelak. " Mana ada kekal pun momentum study saya. Naik turun kut... "

" Yer la.. Saya pun. Tapi macamana awak study? Awak kan sibuk memanjang. Kejap lagi nak jumpa orang sana sini.. "

" Betul.. Study saya tak baik mana pun. Saya sibuk sangat. Last weekend saya target nak habiskan 14 topik tapi sebab terpaksa keluar mantiqah untuk hadir program selama 2 hari , akhirnya cuma satu topik saja yang berjaya saya habiskan. Habis berantakan target study saya . "

" Habis tu, apa awak buat? "

" Hidop harus diteruskan. Saya go on saja la. Nak meraung pun tak guna. Ini adalah satu tadhiyyah . Sekarang ni , Buat saja apa yang mampu. Bila ada masa lapang, study. Kurangkan masa untuk benda yang tak penting. Sebabnya, saya tak tahu bila saya akan sibuk dan bila pulak Allah akan longgarkan masa saya.. "

Berterus-terang saya jelaskan kepadanya. Kadang-kadang rasa nak menangis bila hujung minggu atau waktu petang terpaksa keluar ke sana sini dan korbankan masa menelaah buku. Tapi saya lagi rasa nak meraung sedih bila lihat orang lain yang ada masa lapang yang banyak tapi dia buang waktu itu dengan tonton movie atau sembang-santai bagai tak perlu study.

" Macamana awak boleh jadi terlalu konfiden ? "

Hahahaha. Kali ini saya gelak kuat. Teringat peristiwa semalam masa mock OSCE. Sebenarnya , terlampau konfiden pun masalah jugak. Tambah lagi bila buat salah, tetap kita konfiden yang kita sentiasa betul.

" Cepatlah.. Jawab la soalan saya.. "

" Haila.. Saya punya prinsip, redah saja. Nak buat apa, buat. Redah. Terjah. Saya memang jenis akan dapatkan apa yang saya nak. Kalau saya tak nak, saya akan avoid benda tu sungguh-sungguh. Yang penting kita kena tahu apa kita nak, rancang target sendiri dengan baik. "

" Macamana awak cuba capai target awak ? "

" Selalu set dalam minda subconscious tentang apa yang kita nak. "

" Contohnya? "

" Contohnya, awak tahu tak? Perempuan yang pregnant, kalau dari awal pregnant dia tanam dalam diri dia yang dia nak bersalin normal, insyaAllah dia akan bersalin normal. Penting sangat minda separa sedar ni.

Kalau saya sendiri, dari tahun 1 belajar di Jordan, saya target nak capai kecemerlangan dalam akademik , persatuan , Al-Quran dan ilmu agama selama 6 tahun belajar di sini. "

" Habis tu, awak dapat tak apa yang awak nak? "

" Hmdulillah. Ada yang dapat, ada yang tak. Ada yang Allah beri, Ada yang Dia belum beri. Target saya dalam persatuan untuk mula dari bawah hingga ke peringkat yang tinggi dah tercapai sekarang. Tapi, akademik dan Al-Quran , Allah baru beri sedikit. InsyaAllah lepas saya turun dari persatuan nanti, saya akan buru target yang belum tercapai ini dengan bersungguh-sungguh. Kalau untuk sekarang, saya tahu saja diri saya tak mampu nak angkat atas semua sekali dalam satu-satu masa. Hanya berusaha untuk seimbangkan. Tapi tak apalah. Biasa la hidup. Kat sini Allah bagi lebih, kat sana Allah kurangkan sikit. "

" Macamana awak jaga Al-Quran? "

" Sedih sikitlah. Target saya nak habiskan tamhidi, mutaqaddimah dan dapatkan Ijazah Al-Quran. Tapi setakat ni baru habis tamhidi. Belajar mutaqaddimah pun tak habis sebab terpaksa stop lepas tercalon jadi Ketua HEWI. Sedih jugaklah. Tapi memang sungguh saya tak mampu nak bawa. Dari segi hafalan, setiap hari saya harus habiskan target murojaah. Saya masih ulang hafalan lama cuma tak buat hifz jadid. Susah nak fokus hafal yang baru. Dengan kerja persatuan dan belajar medik, ia sungguh-sungguh berat. Tapi, saya tak akan berhenti untuk terus lekat dengan Al-Quran. Target hafalan tetap saya sasarkan. Bila dah lapang nanti, saya kejar semula. "

" Macamana awak dengan roommate? "

" Hm. Bila di luar rumah saya penat, saya tak mampu nak layan lebih ahli rumah. Masa dengan mereka pun kurang. Rumah adalah tempat saya recharge energy. Saya lagi banyak Berdiam diri dan isi masa dengan study sebab di luar rumah dah terlampau sesak dengan pelbagai perkara..

Saya memang jenis yang akan banyak diam dan lebih suka mendengar bila fizikal dah penat. Kadang-kadang rasa bersalah dengan orang sekeliling sebab tak mampu meraikan sebaiknya. But, last few days, when I told my mom about this problem, she said that it's okay to be me right now. Luar kudrat nak ubah emosi sendiri bila penatjadi, tak payah paksa. Tapi tetaplah tersenyum agar orang lain tak salah faham dengan kita. I have practiced it alot. :) "

Asyik bersembang. Bas dah sampai di McDonald, tempat saya selalu turun. Kemas-kemas barang dan simpan ipad dalam beg.

Aduhai. Baru perasan. 20 minit dalam bas, tak habis jugak topik ini dibaca.

Garu kepala.

Image result for real amazing funny pictures of the world

Em.
Tapi bila tengok wajah rakan di sebelah yang tenang bila soalannya terjawab, maka terangkatlah rasa resah saya. InsyaAllah kheir. Moga ada keberkatan untuk setiap kebaikan yang kita buat.

Bas berhenti. Kaki diangkat untuk ke destinasi istirehat sementara ; rumahku syurgaku.

Tapi, saya belum lupa.

Bumi yang saya pijak tatkala ini adalah tempat berehat yang sementara. Akhirat itu yang kekal selamanya...

Bersabarlah wahai diri. =')

29112016
Irbid, Jordan.

D.O.C.T.O.R - Saya dah lama tak merokok. Zamaaannn.

Patient wanita, 46 tahun, berkahwin, pernah menjalani pembedahan buang right breast akibat ketumbuhan .

Sekarang disyaki ada lung infection atau kat sini kami sebut sebagai iltihab birri'ah. Baru admitted ke hospital semalam.

" Ada sesiapa dalam rumah yang merokok tak ? "

Wanita itu tunjuk suami dia.

Suami dia tunjuk balik isteri dia. " Saya merokok 40 tahun. Isteri saya pun merokok jugak. Tapi tak banyak. 2-3 batang sehari. Sebelum tidur. "

" Mana ada! Saya dah lama tak merokok. Zamaaannn. "

Saya konfius nak percaya yang mana satu.

Tiba-tiba sang suami mencelah. " Baru semalam dia merokok. "

😅

Wanita itu pula tersipu-sipu malu.
Saya selalunya dapat detect cepat bau orang yang merokok tapi anehnya bila dengan wanita ini, saya tak dapat kesan .

Walaupun kami sedang berada di musim sejuk dan sepatutnya rasa sejuk la, tapi tidak bagi wanita ini . Dia kepanasan. Siap ambil tuala nak mandi.

Tidak pelik kalau lihat ramai wanita di negara arab ini yang merokok. Kalau di hospital, saya sendiri selalu terserempak dengan petugas hospital wanita yang tabiaatnya akan ke tandas pada awal pagi untuk merokok. Aduhai...

Tapi, itulah.

Andai mereka tahu kesan buruk tahap gaban merokok itu ,
Andai mereka tahu organ yang rosak akibat rokok itu tak akan mampu diperbaiki sampai bila-bila,
Andai mereka mengerti bahawa lagi lama mereka merokok, lagi pendek umur yang mereka ada untuk terus hidup,
Andai mereka belajar sekiyan banyak penyakit yang melibatkan perokok,
Andai mereka tahu orang-orang sekeliling mereka juga akan jatuh sakit kerana perbuatan merokok mereka,

Pastinya mereka tak akan berani mendekati rokok dari awal .

Maka, kami sebagai doktor pesan siap-siap.
Rokok itu bahaya. Mudarat. Tak ada kebaikan padanya.

Image result for real amazing funny pictures of the world

Mohonlah berhenti.
Tidak sedikit kami melihat para perokok yang terlantar di katil hospital dengan pelbagai penyakit yang menyiat perasaan kami . Tiada lagi kegembiraan di raut wajah mereka. Nak makan pun susah. Nak ke toilet pun sengsara. Solat pun tak seseronok biasa. Alangkah menyedihkan pabila melihat kondisi mereka.

Sayangilah diri sendiri, wahai manusia. ='(

29112016
Irbid, Jordan