Skip to main content

Setelah 25 Bulan Menjadi Ibu

Ini cerita tentang kamu — anakku

2 tahun yang lalu,
Kukendong kamu yang beratnya mencecah 3.4kg,
Kakimu kuat menendang lagaknya sa-orang Adiwira,
Alismu cantik terlihat meski kau masih bayi yang kemerah-merahan,
Suaramu nyaring, merdu kudengar bak muzik paling top dalam dunia

Kini,
"kg" dah bertambah
"cm" makin tinggi

Fizikal kamu berubah sekelip mata,
Hingga sedar-sedar kau sudah boleh bertutur kata

Telah 25 bulan kau kujaga
Tanpa tewas walau 1 malam. 
Ya, 24 jam waktumu indah bersama kehadiran sa-orang ibu,
Minumanmu adalah susu yang paling natural tanpa gula tambahan, 
Kau sungguh bertuah!

Melihat kamu tumbuh besar,
Hari ke hari dengan masa yang bergolek perlahan,

Ku sedar satu perkara,
Tidak hanya fizikalmu mendewasa,
Malah akal fikirmu seriring sejalan jua

Kamu sudah pintar mengajuk kata,
Walaupun nafas masih pendek, tapi sering saja kamu berusaha menutur ayat kompleks yang belum sesuai dengan usiamu
Aduh kelakar!

Dan kupikir
Tanggungjawab makin memberat di pundak
Untuk kau kuasuh dengan nilai murni dan adab sopan ketimuran
Dan untuk menyuburkan cinta pada agama dan ketuhanan

Jelas sekali dunia hari ni penuh kebobrokan,
Tidak hanya di segi empat tepat berskrin putih itu,
Malah di dunia fizikal juga banyak anasir busuk membebas pengaruh

Seram untuk kupikir
Bagaimana suatu saat mahu kulepas kamu bebas atas nama sebuah "pendidikan",
Bagaimana suatu hari hendak kubiar kamu bergaul untuk memberi kenal akan warna-warni dunia

Sedang dalam kepunganku juga banyak kali negativiti yang terlepas muncul
Lelah kujaga,
Hingga terasa tidak cukup waktu yang ada

Hanya doa menjadi kekuatan seorang ibu,
Tidak lepas walau sekali kudoakan kamu di setiap sujudku, 

Moga ibu tiada penat mahu terus mendoakan kamu,
Selagi hayat dikandung badan

Hanya satu kau kuhajati,
Moga kau—

Menjadi "qurratal a'yun" buat umi baba,

Juga hamba الله yang taqarrub dengan-Nya, mencintai segala sunnah kekasih-Nya, menjauhi hal-hal syubhah dan haram dalam dunia

Daku bukan ibu sempurna,
Tapi tetap kurasa punya hak
Untuk mendamba cahaya mata soleh/ah

Kerna anak soleh—
Doanya akan menjadi tali syafaat
Untuk orang tuanya di alam abadi sana

.

Qasrus Syuhada

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

Hafaz Al-Quran. Susah Ya?

Susah ya hafaz Al-Quran?  Dahulu, ibu bagi tahu saya, orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran digelar "hafizah" .  Seorang "hafizah" sangat la hebat. Ibu suruh saya jadi "hafizah". Dalam masa yang sama, ibu jugak doktrin saya suruh jadi doktor bila besaq nanti. Akhirnya, bila kawan-kawan bagi buku biodata, kat bahagian cita-cita tu, mesti saya akan tulis " Doktor yang hafizah " . Bila cikgu tanya dalam kelas, " apa cita-cita kamu? " . Saya dengan mata penuh bersinar-sinar macam cahaya lampu di reban ayam nenek mesti akan jawab, " doktor yang hafizah! "  Fuh. Yakin betul! Takde ragu walau sebesaq bakteria pun. Padahal, umur ketika itu baru 7 tahun. Masa ini, saya pun tak tahu yang "hafizah" tu adalah gelaran untuk orang yang dah hafal 30 juzu' Al-Quran. Saya ingat, kalau dah hafaz dari surah An-Nas sampai surah Ad-Dhuha dah kira "hafizah" lah. Ternyata saya salah.  Naik ke ting...