Skip to main content

"Kite Pergi Umrah Dengan Suami.."

" Qasrus, awak pergi mana cuti ni? " WhaBab hwin bulan 2 s. Memang rasa nak be

Saya masih ingat ketika pertama kali berjumpa, ' Akak!! Lepas ni kita nak pergi mana? Macamana saya nak jumpa dengan suami saya? '

Iffah menyangka saya lebih tua padahal kami sebaya. Amboi. Berkedut sangatkah kulit beta sampai tuan hamba panggil beta yang kiut ini ' kakak'?? Sob Sob.

Tapi! Tapi! Itu tak adalah menggegarkan cerebrum dalam kepala ni sangat. Yang paling kuat getaran pada gegendang telinga ni adalah apabila terpacul soalan tentang 'suami' itu. 

Aih? Lagu mana baru mai dah ada suami? Ana dah dua tahun lebih, bukan takat suami, murakib tetap pon belum dapat. Ops!Aiseh. Maju dan terkehadapan sangat sanfuurah ni sorang. Cuma saya sedikit bingung dengan pertanyaannya itu.

"Suami??"

" Ye. Suami saya, Yusuf. Dia tak sampai lagi ni.."

Begitulah kisah bermula. Perkenalan di awal minggu Sambutan Pelajar Baru Irbid 2015. Selain Iffah, saya juga menjadi umi penyayang ( baca : mentor bergaya lagi osem ) kepad 3 orang puteri sanfuurah jurusan medik yang memang 3 ketul saja yang datang pada tahun ini. Dan sorang lagi sister beraura superwoman yang datang dari IKIP, sama dengan Iffah.

Minggu itu saja, lebih dari 5 kali saya turun ke balad untuk bawa kanak-2 riang baru nak belajar hidup di oversea ni meronda sekitar kawasan itu. Trip adik-2 JUST saya asingkan dengan trip Iffah. Kalau trip Iffah, saya angkut sekali dengan suami dia. Suami dia pon macam dah jadi mentee tak bertauliah saya, terpaksa saya culik dari mentor beliau. Yerla, mana sanggup ambo nak pisahkan dua jiwa yang telah bersatu itu. Kui kui kui.  Iffah sekali dengan suaminya saya bawa meronda di sekitar Irbid. Turun balad saja dah dua tiga kali.

Sepanjang kena pasangan ini, satu perkara yang buat saya begitu teruja adalah bila dapat tahu Iffah ni memang lejen la dalam bab memasak. Tak cukup dengan itu, dia juga begitu bermurah hati, jiwa raga, tong gas, peti ais untuk buat majlis makan-2. Weh. Manusia tak ada esophagus saja kut yang menolak kalau orang nak bagi makanan free. Paling best, suaminya juga ada kecenderungan yang serupa.

Jujurnya, saya dapat rasakan Iffah sangat beruntung sebab dapat suami yang begitu baik. Dari view saya sepanjang mengenali suaminya, memang lelaki ini 1 dalam 1000. Ala-2 superman Melayu terakhir gituh. Hoho

Solat jemaah full di masjid walaupun kadang hujan dan panas. Subuh pon tak pernah skip. Allahu..
Selalu bantu isterinya yang kuat memasak itu di dapur tambah bab-2 mengemas. Memang lejen. Sebab itu Iffah tak jemu buat jamuan, sebab ada tukang kemas dapur, basuh pinggan dan sapu sampah.
Suaminya juga sangat menjaga pergaulan. Saya sendiri pernah beberapa kali berurusan dengan suaminya, memang beliau sangat tsiqah. Kalau bertembung di tengah jalan, tak akan mengangkat wajah langsung memandang perempuan. Bab tsiqah takyah cerita panjang, memang tip top. Rasanya Iffah pon tak payah nak risau si suami yang tampan itu terjatuh hati pada yang lain. 

Dan Iffah ni spesies yang paling suka bercakap.Semua benda dia nak cakap. Kagumnya, suaminya tak pernah letih untuk melayan. Paling tak pun, kalau dah penat, suaminya akan biar je dia bercakap dan tutup telinga. Haha. Tapi, tak pernah bising pun.

Iffah ni juga ada migrain yang teruk. Pon begitu, memang handered persen lah suaminya jaga bab ubat dan keperluan lain. Tambah kalau time dia sakit, memang suaminya lah jadi nurse dan doktor lejen tak diiktiraf.

Alangkah beruntungnya Iffah.
Dapat lelaki yang sebegitu baik akhlak dan peribadi. Rupa pon ada dan suara pun emas.

Saya yakin, suami dia memang jenis tak tengok rupa paras atau paling tepat pada fizikal. Badan tak slim macam cicak kobeng, kulit tak secerah awan pawana, no problem. Itu penilaian saya terhadap beliau kerana kalau melihat pada ukuran itu, pastilah Siti Nurhaliza yang menjadi pilihan hatinya, bukan Iffah. Eh. 

Tak perlu hurai lebih jauh. Cuma saya doakan yang terbaik untuk pasangan ini, semoga kuat terus menghadapi cabaran yang bakal dum dum menghentam di hadapan. Dan dalam diam, saya juga berdoa moga diberi kebaikan yang serupa.

Memilih pasangan hidup yang baik itu tak senang macam nak basuh pinggan. Andai dah dapat, Allah dah beri, memanglah harus bersyukur. Melihat Iffah dan suaminya, saya jadi berharap agar lebih ramai lagi lelaki perkasa seperti Yusuf dalam dunia ini.

Yang baik peribadi.
Yang memilih isteri bukan kerana rupa paras tapi kerana agama. Persis seperti yang Nabi telah ajarkan. Alangkah!

Jika ramai pemuda Islam seperti ini, maka tentulah tak gusar mawar agama yang tidak memiliki kelebihan dari sudut fizikal.

May Allah gives us the best partner that loves us for the sake of Allah and we love him because his love to Allah more than His creatures.

BiidziniLlah. ^_^



Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p