Skip to main content

Berat Berat Berat Yang Membahagiakan

Tak lama dahulu, bahu ini pernah 'jatuh' hampir tiga bulan.
Jatuh dek beratnya pangkat di kiri dan kanan bahu.



KETUA AGAMA WIRAWATI KEM PLKN REKREASI BELIA, BALING

Pangkat biru yang dipakai itu sebenarnya ringan sahaja apabila dilihat secara zahir.
Tapi apabila otak laju memikirkan tanggungjawab yang perlu dipikul, itu yang buat bahu terasa berat bagai menggalas beg berisi tong gas baru beli. Adeh.

Tugas saya tidak terhad kepada 'menyeru' para wirawati muslim ke musolla setiap kali waktu solat tiba sahaja, malah lebih dari itu.
Apabila ditanya tentang sesuatu permasalahan agama, saya perlu merungkaikan dengan baik.
Apabila ada sahabat wirawati yang melalukan kesalahan, saya bertanggungjawab memberi penjelasan untuk membetulkan.
Apabila ada pertikaian dengan sahabat bukan muslim, saya yang perlu redakan.
Banyak. Banyak lagi yang perlu dilakukan.

Ya, menjadi da'ie itu tidak mudah.
Bukan sahaja perlu membetulkan, tetapi skill untuk mendekati perlu ada.
Ia rumit apabila tanggungjawab itu perlu dilaksanakan dalam masa kurang daripada 2 bulan.
Tentu dan pastilah kesempurnaan itu tak mampu digapai. Tapi, saya mencuba.

Setelah 'grad' daripada PLKN, saya terasa bagai menjadi batu yang kian kukuh.
Bukan kerana sudah tahu menggunakan senjata M16,
Bukan juga kerana berat badan dah up up up high kerana hari-hari diberi makan sebanyak 6 kali di sana. Bukan!
Tapi kerana apa saya lalui sepanjang di PLKN, pengalaman menjadi kepimpinan itu membuatkan saya tersedar dari lena. Bukan sekali, tapi berkali-kali.

Tapi, apabila melanjutkan pelajaran di INTEC, saya terasa mahu cuci tangan daripada sebarang jawatan. Konon, mahu tumpukan perhatian kepada pelajaran. Eheh. Bajet.

Tapi, mana mungkin diri ini lari dari kesukaan diri. Mana mungkin!
Saya tak suka menjadi orang yang pasif. Saya suka aktif.
Saya tidak gemar duduk goyang kaki dan berkhayal. Saya suka kerja.
Tidak senang. Terasa diri tidak berfungsi ketika di INTEC kerana tidak mempunyai sebarang taklif.
Hari demi hari, terasa kualiti semakin menurun.
Keyakinan untuk ke hadapan juga kian susut.

Apabila mula menjejak kaki ke bumi Jordan, saya bertekad.
Untuk tidak lagi menghumban diri dalam keadaan yang lapang tanpa sebarang taklif. Bosan. Kosong.
Impian menjadi nyata.
Tahun pertama di sana, saya meraih tempat sebagai Timbalan Presiden batch perubatan dan pergigian Tahun 1, JUST dan dalam masa yang sama saya bergerak juga sebagai AJK Multimedia kecil bagi JKK di persatuan zon.
Tahun berikutnya, diri ini ditempatkan pula pada posisi Timbalan Pengerusi JKK Pembangunan Rohani. Segera terimbas kembali kenangan di PLKN. Tak sama tapi macam serupa. Dengan tanggungjawab yang lebih besar, tentulah ia lebih mencabar.



Semalam, selesai pertemuan dengan semua AJK di bawah JKK Pembangunan Rohani Permai.
Bersama muhasabah tentang gerak kerja kami selama 6 bulan bergerak, oh, tentu dan pasti terlihat kelompongan di mana-mana. Saya belajar dari mereka. Kesalahan yang mereka lakukan adalah kesalahan saya juga. Turut disentuh tentang isu ikhtilat yang semakin serius dalam komuniti ini dan sudah pasti kami di kerusi pihak yang bertanggungjawab tidak senang duduk. Bangga bila melihat anak buah melontari idea dan solusi yang tidak mampu saya fikirkan sebelum ini. Kreatif dan unik. Moga Allah mudahkan kerja kami dalam menyuburkan suasana baik dalam kalangan kami. In shaa Allah.

Alhamdulillah, terlalu banyak yang saya belajar melalui jalan ini. Jalan persatuan.
Menjadi budak buku itu baik tapi lagi baik andai dapat melangkah bersama di jalan persatuan.
Kerana ia adalah didikan untuk seseorang yang kecil agar ia menjadi besar.
Mudah-mudahan, ilmu ini berguna pada masa hadapan. Pasti dan tentu.

Moga majulah unit kami untuk kemaslahatan JKK PR.
Majulah JKK PR untuk komuniti PERMAI.
Paling penting, majulah diri sendiri untuk mengejar redha Allah Taala.

In shaa Allah ! Qasrus Qawiyy.

Comments

Unknown said…
ehh sy ada kawan dekat JUST, asyraf zulkifli dgn syita` :D

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p