Skip to main content

Nikmat Beban Yang Diringankan.

Semalam.

Saya rasa kehidupan saya macam tengah ikut tamrin. Non-stop program sampai merasakan waktu itu begitu produktif. Produktif je la. Berkatnya tak tahu.

Selepas Subuh, keluar berhuhu sambil training  badminton bersama teammate di Jami'ah Yarmouk untuk tournament pada minggu hadapan sempena SUPERB.

Tenang.
Rasa bermain dalam air-cond je sebab angin sepoi-sepoi bahasa menampar tudung saya lalu menjadikan ia kurang trojan macam selalu. Dan. Hah! Pastinya training pagi semalam macam tengah main badminton dengan hantu. Pukul ke kanan, shuttle terbang ke kiri. Hahahaha. Hantu kan.. Angin kan..

Dah habis training selama dua jam, saya lari balik ke rumah yang kebetulan sangat dekat dengan Jamia'ah dan berehat sekejap melepas lelah dengan solat dhuha dan sedikit kudapan. Kemudian lari pula ke PUSKOM ( Pusat Komuniti PERMAI ) untuk bergotong-royong sempena PERMAI Grand Festival hujung bulan ni.

Hiasan. Memang feberet saya. Saya fokus untuk bekerja tanpa gaji di section hiasan. Jam hampir melewati pukul 2 petang, mengantuk dan penat silih berganti ber-hye hye dengan saya. Pergh! Lelah tak padam, rasa macam nak pitam. Bercadang untuk tidur tapi bergegas dulu ke tandas untuk berwudhu dan solat Zohor.

Dah habis solat Zohor dan menyumbat sedikit makanan ke ruang perut yang belum terisi, terfikir pula banyak kerja yang belum settle ; Masterplan Grand Dinner, PINTAR schedule, SLIDE dan LECTURE NOTES yang menimbun belum diprint apatah lagi dibaca. Huh! Rasa beban menekan di pundak. Nak kejar Al-Quran lagi untuk ditasmi3, silat lagi, Markaz Hafsah lagi, nak tahan stress dengan mesej urusan kerja yang tak dibalas ketua lagi... Adeh. Fffenatnyerr.

Tak jadi tidur.

Saya perlahan-lahan menyiapkan kerja apa yang termampu. Sejurus selepas Isya dalam jam 7.45 malam, saya berlari pula untuk ke usrah. Dan, haa. Dapat bayang tak apa yang berlaku kepada budak penat tak cukup rehat ni ketika usrah berlangsung? Terlebih angguk, conteng buku dan erk, merepek . First time saya tak berapa nak behave  ketika usrah. Tidur kot! Selalunya tidur cuma dalam dewan kuliah je. Erk. *Kantoi*

Selesai usrah, terus mabit bersama teman-teman. Refleksi diri berjemaah dan pagi ni yeah! Bangun paling awal dengan semangat berkobar-kobar dan bertenaga untuk qiam dan solat subuh berjemaah. Hehe.

Jauh di sudut hati, terfikir, masa saya sangat kurang berbanding teman-teman hingga sentiasa hadir rasa rindu pada masa senggang untuk berdating dengan pelajaran tanpa gangguan sesiapa. Allahu... Baru terasa betapa berharganya masa walaupun kesibukan saya memang tak tertumpah pun pada benda yang lagho tapi tetap bila masa untuk bergoyang kaki makan popcorn madu sambil baca novel tu dah makin kurang, seriyeslah rasa 'weh-tolonglah-sapa-yang-suka-buang-masa-tu-minta-sedekah-sikit-masa-kat-aku.!!' Haa..

Hari ni, program masih tak berhenti. Petang sikit akan ada markaz Al-Quran dan esok pula kena hang out ke balad untuk membeli aset syarikat perniagaan saya kat sini bersama rakan kongsi bisnes. Huhu. (Aku pelajar medik ke bisneswoman ni?) ^^" Esok juga akan ada kelas Tahfiz. Hari-hari memang full. Tak jadi macam masa saya 1st year dulu, selalu boleh duduk dalam rumah dan study sambil berfesbuk. Ehehehe.

'Ala kulli hal, saya banyak juga bersyukur sebab kesibukan dah semakin berkurang. Masa mula sem tempoh hari, memang tak tersempat pun nak kejar pelajaran yang baru belajar di kuliah. Tapi, bila perlahan-lahan kerja sudah semakin surut, terasa nikmatnya masa lapang dan seronok pula pabila dapat kenang kembali masa sibuk dahulu.

^-^

Orang beriman itu, dalam senang atau susah, sakit atau lega, pasti ingatannya tak luput dari mengingati Tuhan yang Esa.

Last but not least, saya ni hamba kerdil lagi marhaen dan lagi tak cukup ketinggian. Satu yang saya pegang untuk terus dalam keadaan kuat, 'If you don't believe in your ability to accomplish your goal than believe in Allah's ability to help you..'



Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

Hafaz Al-Quran. Susah Ya?

Susah ya hafaz Al-Quran?  Dahulu, ibu bagi tahu saya, orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran digelar "hafizah" .  Seorang "hafizah" sangat la hebat. Ibu suruh saya jadi "hafizah". Dalam masa yang sama, ibu jugak doktrin saya suruh jadi doktor bila besaq nanti. Akhirnya, bila kawan-kawan bagi buku biodata, kat bahagian cita-cita tu, mesti saya akan tulis " Doktor yang hafizah " . Bila cikgu tanya dalam kelas, " apa cita-cita kamu? " . Saya dengan mata penuh bersinar-sinar macam cahaya lampu di reban ayam nenek mesti akan jawab, " doktor yang hafizah! "  Fuh. Yakin betul! Takde ragu walau sebesaq bakteria pun. Padahal, umur ketika itu baru 7 tahun. Masa ini, saya pun tak tahu yang "hafizah" tu adalah gelaran untuk orang yang dah hafal 30 juzu' Al-Quran. Saya ingat, kalau dah hafaz dari surah An-Nas sampai surah Ad-Dhuha dah kira "hafizah" lah. Ternyata saya salah.  Naik ke ting...