Skip to main content

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip.


Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini.

Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti.
Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen. 
Kalau nak copy, Highlightkan dan tekan Shift+C.

Orait. Bereh.
Selamat menyediakan item yang diperlukan.

n_n


☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai

Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri,
Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tapi banyak sahaja pilihan untuk dibeli andai anda tak cukup baju untuk dipakai.

☺T-shirt Riadhah

Bawalah sendiri. Cukuplah dalam 2-3 helai. Kalau boleh yang labuh-labuh gitu. Baru comeii.. Kalau anda jenis yang suka pakai baju muslimah dan skirt labuh, bolehlah bawa lebih sikit. Pakaian macam ni pun 3adii di Jordan ni. Yang penting tutop aurat.

☺Skirt labuh

Skirt labuh banyak saja di jual kat Jordan. Tapi lagi murah dan bagus material kain dari Malaysia. Jadi, bawalah sedikit dari Malaysia. Seluar slack tidak diperlukan sangat untuk wanita. Tak bawa pun tak ada masalah.

☺Anak Tudung

Bawa sendiri dari Malaysia. Jordan tak ada anak tudung yang macam kita ada.

☺Tudung

Bawalah ikut keperluan. Tak ada kain tudung labuh atau kain bidang 60 yang dijual di Jordan. Jadi, sila bawa secukupnya dari Malaysia. 

☺Winter Coat

Tak perlu beli kerana ianya hanya akan menambah beban di bagasi anda. Di Jordan juga ada dijual. Tak payah risau. Sempat sangat untuk membeli-belah sempena musim sejuk. 

☺ Stokin

Stokin yang warna kulit tu agak nipis kalau anda nak beli nak di Jordan. Nak selamat, bawa sendiri dari Malaysia. Kalau stokin yang bewarna-warni bercorak-corek tu ada banyak pilihan di Jordan dan boleh dikatakan murah juga la. Cuma banyak yang singkat. Lebih baik bawa dari Malaysia.

☺ Pin Tudung

Ada je dijual di Jordan. Tapi tak banyak pilihan dan kurang comel jika dibandingkan dengan buatan Malaysia. Oh Malaysia ku.. Ahah! Bawa sendiri la...

☺Kasut @ Sandle

Boleh dibeli di Jordan. Dinasihatkan sentiasa beli kasut yang bertutup sebab banyak debu. Tapi kasut di Jordan bertapak keras. Mahal pun satu masalah juga.  Sandle boleh pakai waktu musim panas. Beli la di Malaysia. Lagi cantik dan berkualiti.

☺Glove Plastik

Digunakan untuk main salji. Tak penting sangat. Kalau teringin, beli je la. Beli kat Jordan pun okay. Malas nak beli? Nak jimat duit? Pinjam kawan punya. Tak ada masalah. 

☺ Baju pakai kat rumah.

Bawa ikut kesesuaian. Lagi bagus bawa yang bertangan panjang punya. Boleh terus pakai waktu musim sejuk. 

☺Tuala Mandi

Bawa je dari Malaysia. Tapi tak perlu lah sampai 3-4 helai. Cukup satu. NAK LAGI?? Boleh beli di Jordan. Material baik, in shaa Allah.

☺Kain Batik

Kalau rasa kau perempuan melayu sejati dan nak kekalkan ketradisionalan melayu di Jordan, silalah bawa. Tak akan ditahan di imigresen. Percayalah! Tak ada masalah untuk pakai dalam rumah. Akan jadi masalah kalau anda berani pakai di luar rumah.

☺Telekung

Bawa juga sendiri. Telekung buatan arab bewarna-warni dan bercorak. Takut anda tak selesa.

☺Cadar dan sarung bantal

Ada di jual di Jordan. Tapi bawalah sebagai pemulaan.

☺Contact Lens

Kat Jordan mahal. Jadi beli siap-siap di Malaysia. Cermin mata pun sama. Mahal jugak kat sini. Nak check power mata sahaja pun kena RM25. Pattern pun banyak yang tak comel. Tukar siap-siaplah cermin mata anda sebelum anda beterbangan ke bumi Jordan ini.

☺Pakaian Dalaman

Bawa banyakII Malaysia. Di Jordan, jualannya agak terbuka dan lelaki yang jual. Murah tapi kurang kualiti dan tak selesa. Fikir-fikirkan dan selamat beramal. Ahah!

Makanan Dan Barangan Dapur

♣ Kicap

Bawa dari Malaysia. Cari yang pekat,dalam botol plastik agak tak memberatkan beg anda. Kicap di Jordan buatan Thailand dan agak+sangat mahal.

♣ Kicap Tiram

Anda kaki masak? Bawalah sebagai persediaan. Mana tahu kalau nak guna. Ada juga di jual di Jordan.

♣ Serai, daun limau purut, daun kari, daun kunyit, daun kesum,lengkuas,serbuk kari/kurma,serbuk sup,ikan bilis, cili kering,serbuk santan,rempah-ratus-ribu-puluh ribu-juta,sos cili,nestum,kiub ikan bilis,kiub tomyam,serbuk rendang,udang kering,asam jawa/keping,agar-agar,suhun,bihun dan pandan. 

Semua bahan ini bawalah kerana ianya banyak yang tak wujud di Jordan. Daun-daun dan segala jenis tumbuhan tu Tak perlu dikeringkan. Masukkan sahaja dalam plastik. Sampai sana, terus masukkan dalam freezer.

Santan cair ada saja di Jordan. Tapi kalau nak guna selalu, bawalah serbuk santan dari Malaysia. 

Rempah-ratus macam cengkih,kulit kayu manis,lada hitam,lada putih ada sahaja di jual di sini. Bawang pun ada juga. 

Sos cili tak wujud di sini. Yang ada hanya sos tomato.
Ajinamoto tak bagus untuk otak pelajar. Jadi jangan bawa.

Kiub ikan bilis tak ada.. Yang ada kiub ayam sahaja. Kiub itik belum dijual.

Udang kering tak ada. Ikut suka andalah nak bawa ke tak nak.

Bihun ada dijual tapi mahal dan susah didapati.

♣ Periuk Nasi

Ada sahaja di sana tapi mahal. Alatan elektrik lain ada dijual di Jordan.

♣ Keropok Yang Belum Digoreng

Orang Arab tak makan sangat keropok. Yang banyak nye Junk Food. Jadi anda akan terasa nikmatnya bila dapat makan keropok dari Terengganu pada petang  hari selepas balik dari kuliah. Wah!

♣ Botol air

Jenis yang macam tupperware tu tak ada dijual. Jadi bawalah.

♣ Jem Kaya

Makan bersama roti. Jadi pengubat rindu kepada Malaysia Bumiku Yang Terchenta. Jem lain ada sahaja dijual.

Ubat-ubatan dan barang lain yang dirasakan penting

♥ Bam,minyak angin,minyak gamat,ubat asthma

Ubat batuk,demam dan selesema ada dijual di Jordan. 

♥ Tafsir Al-Quran

♥ Beg nak pergi Lecture. Beg galas tepi pun okay. Ramai juga yag pakai beg sekolah sahaja. Ikut keselesaan.

♥ Laptop dan chargernya

Printer lebih murah di Jordan. Iron juga boleh dibeli di Jordan. Tapi, lagi bagus kalau bawa iron sendiri.

♥ Kamera 

Boleh tangkap gambar dan post kepada warga Malaysia bahawa anda sedang berada di Jordan.. Eheh.

♥ Extension

♥ Alat tulis

Sekadar keperluan. Kalau dah habis, boleh beli lagi di Jordan

Yang Tidak Perlu dan sangat tak perlu dibawa

◘ Tong gas -  ada di Jordan

◘ Baldi

◘ Almari -  ada di Jordan

◘ Teddy Bear dan bantal busuk. Tapi, nak bawa pun boleh je. Boleh buat peluk dalam kapal terbang.

◘ Mesin basuh 

◘ Telebesen

◘ Blender - ada di Jordan. Kalau bawa pun tak ada masalah.

Langkah bijak yang boleh dicadangkan secara umum

Kalau sudah tahu bakal member rumah sebelum anda fly ke Jordan, boleh bahagi-bahagi barang-barang makanan yang nak dibawa supaya tak terlebih muatan.
Kalau tak bawa semasa fly pun tak apa, boleh pos dari Malaysia ke Jordan. Akan sampai dalam masa 2-3 minggu. Pos udara mahal sikit lebih kurang RM25++ sekilo. Pos melalui kargo kapal laut adalah lebih murah.

Semasa nak fly nanti, bawa satu luggage, satu hand-luggage; boleh dibawa bersama ke dalam kapal terbang dan beg sandang;untuk masukkan laptop dan keperluan lain. 
Berhati-hati dengan timbangan berat. Biasanya 30kg untuk luggage-ikut jenis pesawat juga. Beg sandang dan hand-luggage boleh je nak sumbat berapa kilo pun cuma jangan kasi pecah lah. Sila jangan diisi dengan botol-botol cecair dalam beg-beg tersebut kerana ia mungkin akan dirampas. 
______________

Sebelum saya menamatkan sesi karangan saya ini, saya sertakan juga kepada anda senarai harga barang.
Jadilah pengguna bijak.
Sila berjimat-cermat.
Ingatlah orang tersayang.

HARGA MAKANAN

♦Nasi Arab (Bergantung pada kedai makan)
○2-2.5 JD @ RM 10-12.50

♦Shawarma/Kebab
○0.65-0.75 JD @ RM 2-4

♦Jus 'Asir
○0.5-1 JD @ RM 2.5-5

♦Roti
○0.5-1 JD @ RM 2-5

HARGA TAMBANG (Bergantung kepada Pak Cik Teksi)

♦Mujamma' JUST ke JUST (koster)
○0.40 JD @ RM 2.00

♦Mujamma' JUST ke JUST (teksi)
○4/5 JD @ RM 20-25

♦Syari' Jamiah ke Mujamma' JUST (teksi)
○1JD @ RM 5

♦Athar Irbid ke Arabella Mall
○1JD @ RM 5

♦Athar Irbid Ke Mukhayyam Irbid (jual jubah)
○1.5-2 JD @ RM 7.50-10

♦Athar Irbid ke Balad (pekan)
○1 JD @ RM 5

HARGA PERABOT RUMAH

♦Katil
○20-30 JD @ RM 80-120

♦Almari 2 pintu
○30 JD @ RM 120

♦Almari 3 Pintu
○90 JD @ RM 360

♦Rak buku
○30-35 JD @ RM 120-155

♦Meja Belajar
○30-35 JD @ RM 120-155

♦Printer CANON(black and white)
○30JD @ RM 120

♦Printer Samsung-laser (black)
○85-90 JD @ RM 377-399

♦Cermin Panjang
○5-15 JD @ RM 20-66

HARGA BARANG KEPERLUAN RUMAH

♦Periuk/Kuali
○10-15 JD @ RM 40-66

♦Pinggan dan cawan
○1-3 JD @ RM 4-12

♦Senduk
○1 JD @ RM 4
Dekat MyDin 3 RM 1 :p

♦Ampaian
○5-10 JD @ RM 20-40

♦Penyapu
○3-5 JD @ RM 12-20

♦Adapter
○1JD @ RM 4

HARGA KELENGKAPAN DIRI-bergantung kepada jenama

♦Losyen NIVEA
○2-3 JD @ RM 8-12

♦Sabun mandi buku/cecair
○1-3 JD @ RM 4-12

♦Shampoo
○2 JD @ RM 8

♦Ubat gigi
○1-3 JD @ RM 4-12

♦Berus gigi
○2 JD @ RM 8

♦Sunblock
○5JD @ RM 20

♦Pencuci Muka
○5-10 JD @ RM 20-40

HARGA MAKANAN-bergantung

♦Cadbury-100g
○2 JD @ RM 8

♦Minyak masak-silter
○5-6 JD @ RM 20-40

♦Biskut-ikut saiz dan jenama
○0.5-3 JD @ RM 2-12

♦Keropok/Snek
○0.3-1.5 JD @ RM 1.3-6.6

♦Buuuzhoh-aiskrim
○0.1-5 JD @ RM 0.4-20

♦Roti-1 paket
○0.25-1 JD @ RM 1-4

♦Air mineral-ikut kedai
○0.2-0.5 JD @ RM 1.2-4

♦Air jus/gas
○0.3-1 JD @ RM 1.2-4

Anda sila jangan terasa pening,loya atau muntah-muntah setelah terbaca harga barangan di atas. 
Yang paling penting, anda perlu belajar cara berjimat-cermat dan perlu bijak dalam mendidik hawa nafsu. Apa-apa pun jangan la sampai mengabaikan hak badan anda ya..!

Diriwayatkan melalui Imam Shadiq bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Waspadalah terhadap hawa nafsu kalian sebagaimana kamu sekalian waspada terhadap musuh. Tiada yang lebih pantang daripada manusia daripada mengikuti hawa, nafsu, dan ketergelinciran lidah yang tidak bertulang"

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p