Skip to main content

Hadiah Itu Dibuatnya Lapik Tong Gas...

Sahabat , cuba awak bayangkan ...

Awak belikan sepasang blouse yang cukup menawan dipandang manusia,

Warna yang lembut ,

Fabrik yang bermutu tinggi ,

Harga yang cukup untuk mengempiskan body dompet tanpa perlu berdiet lebih di mana-mana mall lain ,

Dan awak bungkus cantik blouse itu dan letak dalam beg kecil dan comel yang juga sangat mahal harganya .

Awak bersusah-payah drive sorang diri sebab nak pergi ke rumah seseorang yang jaraknya lebih 2 marhalah. Siap kena saman dengan polis trafik sebab anda lupa nak bawa lesen kereta kerana terlalu teruja nak bagi hadiah istimewa ini kepada beliau .

Apabila sampai di rumahnya , awak dapati beliau takde kat rumah. Hmm. Awak tak kisah pun walau jari awak dah membiru tekan loceng dan dial nombornya berkali-kali. Last-2 awak pun letak je beg comel tu kat pintu rumahnya dengan sticky note warna pink yang tertulis ,

' Awak, special gift ni untuk awak tau. Jaga baik-baik. Saya sayang awak dan saya harap awak manfaatkan gift ni sebaiknya ... '

Sebulan selepas itu , awak terasa nak ziarah teman awak yang sorang ni .

Jadi , awak pun drive lagi sekali . Kali ni awak dah bawa lesen kereta sebab awak takut pisang berbuah dua kali di atas lebuh raya yang serupa walau bukan pada waktu yang sama .

Tapi , sadisnya awak kena jugak saman sekali lagi sebab awak pandu lebih dari had laju yang sepatutnya. Dah tu, sebab excited punya pasal , awak juga main potong je kereta lain guna jalan belah kiri .

Adoyy. Mana boleh lagutu..
Awak hanya mampu tepuk dahi dan ketawa . Takpe. Yang penting , aku boleh sampai rumahnya dengan selamat .

Apabila sampai , dia jemput awak masuk dan dia minta awak tunggu kat living room . Dia nak buat air kat awak sebab dia kesian awak susah drive jauh-2 semata-mata nak ziarah dia .

Awak cakap , ' he he . Jom la . Aku tolong kau buat air jugak . ' Lalu awak pergi ke dapur dan . . .

Terbuntang luas mata awak bila awak tengok ,

Blouse yang awak pernah kasi pada teman awak tu , dia buat alas atau kain lapik tong gas dapur dia yang ada logo Petronas tu .

Awak marah. Marah sangat . Tak tertahan rasanya . Angin terasa naik ke kepala macam asap yang keluar dari paip curut milik Popeye The Sailor Man tut tut itu

Hina sangat ke pemberian yang aku bagi sampai dia sanggup buat macam tu ? Fikir awak.

Aku beli pakai duit poket aku sendiri kut lepas jimat banyak sebab puasa Isnin Khamis selama 2 tahun . Huh.

Awak tak nak cakap banyak . Awak ambil handbag awak dah awak cabut keluar dari rumah tu .

Malas dah nak fikir .
Tak Nak Dah bagi apa-2 kat spesies manusia tak tahu bersyukur ni .

Awak tak menyesal pon dah TERbagi hadiah pada dia cuma lepas ni awak akan fikir sembilan puloh sembilan kali atau buat solat istikharah 40 malam berturut-turut kalau terasa nak bagi hadiah lagi pada dia .

* * *

Sahabat , see?
Kita , manusia pon akan rasa menyampah dengan orang yang tak tahu berterima kasih .

Bagaimana la Allah , Tuhan yang Terlalu Baik pada kita tu ya ??

Dia bagi kita tubuh badan yang lengkap pancaindera.

Dia bagi kita kurniaan akal yang mampu berfikir dengan cerdas.

Dia bagi kita fitrah yang mencintai kebaikan dan membenci kejahatan.

Dia kurniakan kita masa yang sangat banyak dan umur yang lebih dari 24 jam lamanya

Dengan harapan ...

Kita akan menjadi Hamba Yang Bersyukur , Yang Akan Taat sebagai HAMBA Kepada-Nya sebagaimana hamba yang selayaknya bertindak kepada seorang Tuan.

Dengan harapan ...

Kita akan cuba gunakan segala nikmat yang Dia bagi untuk manfaatkan usia pendek di dunia ini untuk menyuburkan amal yang bakal dipersembahkan kepada-Nya kelak.

Dengan harapan ...

Kita akan jaga diri kita dan saudara-saudara kita dari dilipat hawa nafsu dan dikafan oleh bisikan iblis yang sentiasa ada je idea nak sesatkan makhluk Tuhan yang bernama maknusia.

Tapi , ramai antara kita yang bertindak sebaliknya .

Kita pung pang pung pang orang kat komen facebook bila ada post viral dari beliau lagaknya bagai kita tahu semua , paling perfect dalam donia.
Tapi , solat 5 waktu kita masih skip skip. Aurat pergelangan tangan dan kaki kita buat bodo. Mata kita tak kesah untuk menatap gambar-gambar ajnabi di Facebook , Insta dan Twitter . Tak cukop dengan itu, kita stalk lagi manusia so-called hensem untuk puaskan nafsu sendiri.

Kita tak guna masa dengan sebaiknya. Peratusan masa ...

untuk solat sunat,
untuk bertafakur dan bermuhasabah,
untuk duduk dalam majlis ilmu atau menadah telinga dengar ceramah di Tube Anda (YouTube) ,
untuk menatap-membaca-mendengar-mentadabbur ayat-ayat sakti Al-Quranul Karim yang turun dari langit spesel untuk kita ,
untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan sahabat-sahabat ,
untuk membaca buku-buku ilmiah yang memenuhi keperluan intelektual dan menaikkan iman

ADALAH LEBIH SEDIKIT berbanding Peratusan masa kita ...

untuk duduk atas sofa menatap penuh minat screen empat segi tepat telefon bimbit,
untuk baring atas katil sambil mata tengok laptop layan runningman atau berjuta movie yang tersimpan dalam hard disc,
untuk berdiri tepi tingkat sambil conteng-conteng tingkap dengan tulisan kosong tah hape hape masa berchit-chat dengan lelaki bukan mahram yang tidak halal lagi tidak tahu dia cukop solat lima waktu ke tak,
untuk stay up tak tidur bermalam-malam semata-mata nak khatam novel chenta yang baru dibeli di kedai Popular berdekatan rumah nenek angkat sebelah ayah saudara cousin kita.
untuk meronda pasaraya buang masa cuci mata dan tonton wayang cerita pelik-pelik hingga tak tahu bila siang bila malam bila kiamat.

Lalu , apa kita fikir Tuhan suka dengan tindak-tanduk kita selama ini ?
Dia beri segala-gala kepada kita ( biarpun belum lengkap semua tapi cukup la nak survive sebagai seorang manusia di muka bumi Allah Taala ini ) , Tapi kita hanya mengtongsampahkan kurniaan ini dengan buat benda yang begitu merugikan diri sendiri. Rugi di dunia. Rugi di akhirat.

Sahabat, jom kita refleksi ?
Kita dah dengar ramai yang meninggal dunia sedang umurnya masih sebaya kita.
Kita dah dengar ramai yang ditimpa sakit tak sembuh-sembuh hingga tak mampu hidup macam manusia biasa sedang umurnya masih muda , belum sampai 20-an.

Apakah kita mahu tunggu Allah direct tegur dan beri kesedaran kepada kita tika Malaikat Izrael telah muncul di depan mata dan makhluk Allah bernama Kematian telah siap sedia menjalankan tugasnya ??

Jadilah hamba Allah yang tahu bersyukur .
Rancang masa seharian dengan baik dan teliti . Peruntukkan portion masa yang betul - bila nak solat , berQuran , bermedia sosial , ziarah teman , call mak ayah , majlis ilmu , usrah dll . Jangan main hentam saja hidop kat dunia ni , guna masa ikut suka.

Gunakan la apa yang Allah beri dengan baik . Jadi Muslim yang Bijak. Aim mahu jadi Ulul Albab. Target nak jadi manusia solehah yang disayangi Allah.

Biar ruang hidup kita yang begitu singkat di dunia tidak berlalu dengan sia-sia.
Jangan sedihkan diri di hari tua pabila hari mudamu hari ini tidak kau guna untuk membuat amal soleh sebanyak-banyaknya .

Redha Allah matlamat kita , tujuan kita .
Bukan dunia . Bukan wang . Bukan Kecantikan . Bukan pangkat yang besar . Bukan anak suami . Bukan set pinggan mangkuk yang mahal dan pakaian warna-warni yang dibanggakan .

Sebab itu, kain kafan tak ada poket . Peringatan pada kita , mati nanti kita zero ; tak bawak apa-apa.

Semoga Mak Cik Hidayah dan Pak Cik Taufiq memeluk hati anda dan menjadi asbab untuk anda mula lakukan perubahan penting untuk diri sendiri . Segalanya atas kehendak Allah jua .

29062016
Kulim,Kedah

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p