Skip to main content

Kakak Mujahadah Bersama Adiknya , Istiqomah



*Serius panjang. Sediakan tisu untuk lap peluh.

Nafsu Nafsu Nafsu .
Perlu ke kita perangi dan hapuskan Nafsu ??
Adakah semua nafsu itu busuk dan jahat ??

:)

Tidak. Kita tak perlu hapuskan nafsu ,cuma perlu kawal. Kerna nafsu itu perlu dan penting untuk manusia

Tanpa nafsu , ibu anda di rumah pasti tak excited pon nak siapkan juadah berbuka puasa bila anda yang belajar jauh melangkaui laut ( oversea ) pulang ke Malaysia .

Tanpa nafsu , pasti ayah anda tak selera pon nak mesin rumput di halaman rumah anda walau rumput , lalang , pokok kurma , pokok balak , rumpai laut , rumpai longkang dah berselerak tumbuh dengan begitu subur hingga dah bikin rumah anda kelihatan macam hutan belantara .

Tanpa nafsu , tentu anda sendiri malas nak bukak buku sebab tak rasa kejayaan dalam akademik itu perlu untuk ceriakan mak ayah anda dengan result anda yang gempak dan boOm ketika sudah grad nanti .

Hah? Nampak ?

Nafsu penting tak ?

Pentiiiiing. Kalau manusia tak bernafsu , punahlah . Hancurlah. Dukalah donia ni.

Cuma, manusia selalu tersalah . Manusia sepatutnya menjadi TUAN kepada nafsu tapi pada kebanyakkan waktu , manusia sering menjadikan nafsu sebagai TUHAN. Duhai. Ini fakta yang benar-benar sadis di galaksi bima sakti !

Maka, apekah yang bakal berlaku ?

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan penutup atas penglihatannya? 

[al-Jatsiyah, 45:23]

Koyak.

Allahu.

Tahu tak ? Andai kita mahu mengawal nafsu dan bijak menambah amal soleh, maka kita pasti lebih baik daripada malaikat biarpun malaikat itu terkenal sebagai makhluk Tuhan yang paling taat . Sebabnya , malaikat itu taat beribadah kerana mereka takdak nafsu ; nak makan , nak tido , nak tonton Conjuring 2 , nak basuh kayen . Hmm.

Tapi, kalau kita tewas dengan nafsu , maka sesungguhnya kita adalah lebih terokz daripada binatang . Sebabnya , haiwan dok buat loqlaq sebab mereka tak ada akal sedangkan kita ada akal , mampu berfikir dan membezakan antara yang baik dan yang buruk .

Jadi, macamana nak jadi lebih baik daripada malaikat dan menghindarkan diri jadi lebih teruk daripada binatang ?

"Dan adapon orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sungguh sorgalah tempat tinggal(nya)."

[an-Nazia't, 79:40-41] 


Jawapannya ... Menahan diri >  MUJAHADAH !

Tu kan. Jawapan dari Allah . Direct untuk kita !

Mohon terkesima 2 minit.

Nah, apa pengertian mujahadah?

Tak ada perkataan yang benar-benar memaknakan perkataan mujahadah yang sebenar-benarnya di dalam Bahasa Melayu. Betul, selalu telinga kita dengar mujahadah maksudnya BERSUNGGUH-SUNGGUH. Tapi , sebenarnya erti mujahadah itu jauh lebih signifikan daripada sekadar makna 'bersungguh-sungguh' .

Mujahadah itu beerti KESUNGGUHAN anda dengan SEGALA daya upaya dan titis-titis peloh berharga untuk mendapatkan something .

Mujahadah itu bermaksud BERKORBAN dengan SEGALA apa yang kita punya .

Mujahadah itu juga didefinasikan sebagai sanggup MENGGADAIKAN JIWA demi menggenggam sebuah keinginan atau impian.

Mujahadah bukan hanya fighting benda yang simple-apple untuk kita tinggalkan . 

Bukan jugak dengan push diri untuk buat something yang sememangnya kita dah selesa untuk membuatnya .


Bukan jugak buat something hanya pabila kita sedang senang , tubuh sedang sihat dan lemak sedang berlapis atau ketika poket sedang melimpah dengan harta donia.


Tapi, mujahadah itu adalah apabila kita fight segala kelodak jahiliyyah yang berlopak busuk di hati . Push diri menjauhi perkara yang melingkupkan jiwa dan menipiskan iman walau benda tu kita sangaaaat suka dan susah nak bercerai dengannya walaupun kena keluar masuk mahkamah. Er. Dan mujahadah itu adalah pabila kita paksa diri untuk tetap habiskan bacaan Al-Mulk walau diri dah teramat mengantuk , paksa diri untuk bantu teman yang dalam kesusahan biarpun diri kita pon terhimpit dengan kesibukan yang membeban dan paksa diri untuk bersedekah pada mak cik pegang tabung di pasar malam walaupun poket kita dah kemarau panjang lepas membeli juadah di setiap gerai .

Mujahadah itu walaupun nampak macam biasa tapi sesungguhnya ia sangat mahal pada pandangan Tuhan Yang Esa.


Payah? Memang la.
Susah? Of course la.

Tapi, Allah sentiasa ada untuk menguatkan dan memberi panduan.

"Dan orang-orang yang berjihad (bersungguh-sungguh) untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik." 

[al-Ankabut, 29:69]

Ganjarannya ?


"..Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam sorgaKu." 

[al-Fajr, 89:27-30] 

Lap air mata.

Sebab itu teman-teman . Bila sebut mujahadah , kita kena paksa diri kita walau kita tak suka . Motivasikan diri untuk tidak terus bersenang-lenang dalam zon selesa . Practise selalu untuk kebalkan diri dengan kesusahan dan ketidakselesaan.

Kerana itu, mujahadah adalah jihad yang paling hampir dengan diri kita. Mujahadah adalah jihad yang paling dekat di hati.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik." 

[al-Ankabut, 29:69]


Ya, mujahadah itu payah, namun kepayahan itulah yang menghidupkan.


Ya, mujahadanh itu susah, namun kesusahan itulah yang menyegarkan.


Ya, mujahadah itu sakit, namun kesakitan itulah yang memberi kelazatan kepada sebuah keimanan


Ya, mujahadah itu perit, namun keperitan itulah yang memberi makna kepada erti sebuah perjuangan.


Ya, mujahadah itu pahit, kerana sorga itu manis. :)



Mujahadah tidak menjanjikan istiqomah tetapi setiap yang istiqomah sesungguhnya dia sedang bermujahadah.

Istiqomah itu apa ?

Istiqomah itu bukannya konsisten melakukan sesuatu yang sudah menjadi tabiat kita. Bukan juga berterusan melaksanakan sesuatu yang amat mudah dan remeh untuk kita. Dan bukan juga berkekalan melakukan sesuatu perkara yang kita tahu statusnya adalah kacang goreng cap tangan sahaja.


Tetapi istiqomah adalah konsisten dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu amal kebaikan yang pastinya sukar untuk kita kekalkan. Istiqomah itu adalah dengan kita berterusan melawan hawa nafsu dan keinginan diri sendiri agar kita terus berkekalan dalam redha dan chenta Tuhan. Dan istiqomah itu adalah dengan kita tidak meninggalkan bacaan al-Quran kita walaupon sesibuk mana pon kita, kita tidak melupakan bacaan doa-doa maathur kita setiap pagi dan petang meskipon kita terkejar-kejar ke sana dan ke sini dan kita terus-menerus dalam biah yang solehah walaupon kita diasak dan ditekan dari pelbagai arah. Istiqamah itu besar nilainya di sisi Allah, meskipon kecil pada pandangan manusia.

Maka , bila kita perlu istiqomah ?

Satu . Orang yang ingin berhijrah daripada dunia jahiliahnya.


Dua . Orang yang ingin berubah daripada tabiat yang buruk kepada tabiat yang lebih baik, sekaligus meninggalkan tabiatnya yang buruk.

Tiga . Orang yang ingin menjadikan rutin hariannya produktif tanpa sesaat pun mensia-siakan masanya di dunia.

Bagaimana mahu istiqomah ?


󾀇 Set niat sentiasa . Cuma kerana ALLLAH. Matlamat kena jelas.

Tahu kenapa AKU kena berubah . Jangan jadikan pandangan manusia sebagai neraca amalan. Culasnya kita untuk membuat suatu anjakan paradigma yang positif bukan kerana kita tidak punya kekuatan, tetapi kerana kita lemah dengan lontaran komen dan pandangan orang . Maka perubahan altimet dan yang paling fundamental untuk kita laksanakan sebagai langkah pertama untuk berubah adalah dengan mengubah neraca amalan kita; daripada neraca pandangan manusia kepada pandangan Allah yang abadi.

󾀇 Doa dan Taubat

Untuk istiqomah , anda perlu kekuatan . Maka, berdoalah kepada Tuhan agar Dia beri anda kekuatan yang anda perlukan . Bertaubatlah sentiasa kerana ia motivasi yang positif untuk meningkatkan keyakinan anda ketika berdoa . Terasa dekat dengan Tuhan dan terinspirasi mahu lekang dari dosa yang biasa terbuat .

󾀇 Cari persekitaran yang baik ; biah solehah dan kawan yang soleh .

Masih ingat kisah seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang dan beliau mahu kembali bertaubat ? Ingat apa nasihat seorang yang 'alim dan soleh kepada lelaki tersebut ? Kata 'alim itu , Allah boleh mengampunkan dosanya dan beliau menasihatkan lelaki tersebut agar berhijrah dari tempat tinggalnya . Kenapa kena berpindah ? Untuk dapatkan suasana yang baru . Teman yang baru . Terus duduk dalam kelompok yang selalu tidak alergi dengan maksiat akan mengheret diri kita untuk menjadi serupa mereka . Sebab itu , persekitaran sangat penting . Ubah.

󾀇 Baca Sirah Rasulullah SAW dan cerita orang-orang soleh.
Takdak kisah paling legend dalam donia ini melainkan kisah yang sangat baik untuk ditatap dan diteladani iaitu kisah hidup Nabi kita dan para sahabat serta tabi3 tabi3iin . Menyelami hidup orang yang baik akan membius kapsul semangat dan motivasi untuk kita lebih cenderung mahu menjadi seperti mereka . Maka, biasakan diri dengan kisah-kisah sebegini samada melalui pembacaan atau kuliah-kuliah agama di Tube Anda atau masejid.

󾀇 Berubah sedikit-sedikit dan bersistem

If you fail to plan , you plan to fail

Buat sistem dan perancangan anda sendiri tentang target diri anda ; apa yang anda mahu ubah. Apa yang anda mahu hijrahkan itu?

Tuliskan dalam diari atas pada kertas A4 dan tampal di tempat yang anda selalu boleh lihat. Target setiap bulan , apa yang anda mahu ubah dan review semula target itu apabila anda sudah di hujung bulan.

Perubahan itu tidak semestinya besar. Perubahan itu tidak semestinya lompatan kepercayaan (Baca: Leap of faith). Cukuplah suatu perubahan minor yang positif. Cukuplah suatu perubahan yang kecil dan tampaknya seperti insignifikan, tetapi perubahan yang baik.

Asalkan berubah.

Sekiranya anda sekarang ini merokok tujuh batang rokok setiap lapan jam, mungkin anda boleh kurangkannya kepada lima batang. Itu satu perubahan yang baik.

Sekiranya anda selama ini bersolat di hujung-hujung waktu, mungkin kini anda boleh cuba pula untuk solat di tengah-tengah waktu. Itu juga satu perubahan.

Jika sekarang ini anda susah betul nak buka dan baca al-Quran, mungkin kini anda boleh mulakan dengan membaca tiga Qul atau ayat-ayat pendak dahulu. Ya, itu juga satu perubahan.

Kalau kini anda gemar pakai baju yang ketat-ketat sehingga menampakkan enam pack (untuk lelaki) atau tudung yang singkat lagi mini sehingga tiada bezanya anda dengan orang yang tidak bertudung (untuk perempuan), mungkin sudah tiba masanya untuk anda melonggarkan pakaian anda dan melabuhkan tudung anda. Ya, itu pon perubahan juga.

Pokoknya, berubah. Dan istiqomah dengan perubahan itu.

Nabi SAW bersabda:

"Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit." 

[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

󾀇 Biasakan diri memberi kebaikan .
Orang yang selalu buat baik, pantang nampak peluang buat baik dia mahu rebut , maka Allah akan tingkatkan imannya. Iman itu bertambah dengan pertambahan amal soleh. Bukan kena tunggu iman bertambah baru kita akan tergerak mahu beramal soleh. Faham molek.

󾀇 Tingkat visualisasi balasan Allah di dunia dan akhirat.
Juga salah satu sumber motivasi dan peringatan . Selalu baca tentang syurga dan neraka . Baca kisah penghuni syurga dan neraka . Hal ini dapat membangkitkan kefahaman dan kesedaran anda tentang hidop yang bagaimana yang menjadi pilihan anda selepas mati dan dibangkitkan semula kelak. Dan anda tahu bahawa pilihan itu bermula dari kehidupan anda sekarang . Jika mahu syurga , harus jadi baik . Soleh. Jika mahu neraka .. Erk. Ada ke yang mahu menginap di hotel neraka untuk semalam dua ?

Telan air liur.

󾀇 Banyakkan bersyukur dan berzikir 

Walaupun anda berjaya ubah SATU perkara yang KECIL , itu juga nikmat dari Tuhan . Bila banyak anda bersyukur, Allah akan tambah nikmat itu lagi dan lagi . Kesannya ? Kita akan lebih bersedia jiwa raga ampaian baju dan pagar besi untuk melakukan perubahan yang lebih besar dan berkualiti . Bersyukur itu dari semudah menyebut lafaz 'Alhamdulillah' apabila target perubahan yang anda sasarkan berjaya dicapai atau boleh juga sujud syukur atau solat sunat.

Teruslah mujahadah untuk istiqomah . Semoga Allah beri anda pelukan kasih sayangnya.

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Rabb kami ialah Allah" kemudian mereka istiqomah pada pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu"." 

(QS. Fushilat: 30)



24062016
Kulim, Kedah

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da