Skip to main content

Hafaz Al-Quran. Susah Ya?

Susah ya hafaz Al-Quran? 

Image result for al-quran

Dahulu, ibu bagi tahu saya, orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran digelar "hafizah" . 

Seorang "hafizah" sangat la hebat. Ibu suruh saya jadi "hafizah". Dalam masa yang sama, ibu jugak doktrin saya suruh jadi doktor bila besaq nanti.

Akhirnya, bila kawan-kawan bagi buku biodata, kat bahagian cita-cita tu, mesti saya akan tulis " Doktor yang hafizah " .

Bila cikgu tanya dalam kelas, " apa cita-cita kamu? " . Saya dengan mata penuh bersinar-sinar macam cahaya lampu di reban ayam nenek mesti akan jawab, " doktor yang hafizah! " 

Fuh. Yakin betul! Takde ragu walau sebesaq bakteria pun. Padahal, umur ketika itu baru 7 tahun. Masa ini, saya pun tak tahu yang "hafizah" tu adalah gelaran untuk orang yang dah hafal 30 juzu' Al-Quran. Saya ingat, kalau dah hafaz dari surah An-Nas sampai surah Ad-Dhuha dah kira "hafizah" lah. Ternyata saya salah. 

Naik ke tingkatan 1, saya benar-benar terdesak dan didesak untuk menghafaz surah yang panjang-panjang berbanding surah lazim yang saya hafaz masa sekolah rendah. Panjangnya! Macam lori treler, kata saya .

Antara surah yang menjadi 'requirement' bagi subjek Al-Quran dan Tajwid masa tu adalah surah An-Naba'.

Aduh! 
Terasa perit betul. Susahnya. Lemahnya ingatan. 

Tapi, demi nak bersaing dengan kawan-kawan dan demi nak buktikan budak yang tak pernah masuk sekolah rendah agama arab macam saya ni pun terer, saya berhempas-pulas menghafaz.

Kesannya, sampai sekarang saya tak boleh lupa surah tu. Moralnya di sini, menghafazlah untuk bersaing. Eh, bukan.. Menghafazlah dengan bersungguh-sungguh dan tahu tujuan.

Sejak dari itu, saya dah ada keberanian sebesar pemadam faber castell untuk nak menghafaz. 

Saya mula bercita-cita nak jadi "hafizah yang betul-betul" , bukan cuma "hafizah Surah Lazim".

Saya menghafaz dari muka surat 2 Al-Quran sehingga muka surat 6 ketika di Tingkatan 2. Malangnya, saya tak sanggup nak habiskan. Terasa tak larat sebab saya main hentam saja menghafaz. Tanpa teknik, tanpa skill, tak ada guru tasmi'. Hafaz sendiri-sendiri, seorang diri, nyata kita mudah down. 

Akhirnya, saya tamatkan riwayat keinginan nak sambung habiskan Al-Baqarah di situ saja. Namun, 5 muka surat yang saya dah hafal tu saya ulang ulang dan ulang sampai la ke tingkatan 5.

Semangat saya yang malap kembali kembang bergemerlapan apabila ustazah yang mengajar subjek Al-Quran dan Sunnah Tingkatan 5 ketika itu berkongsi kisah seorang bekas anak muridnya yang tak akan tidur selagi tak menghafaz SATU ayat Al-Quran. Saya teruja dan membayangkan, alangkah ruginya kalau saya tak start hafaz lagi dari sekarang. Sedangkan andai kata saya serius mula menghafaz dari sekolah rendah, pasti ketika di tingkatan 5 saya dah hafizah!

Ketika tawaran kemasukan ke DQ bagi lepasan SPM dibuka, saya laju-laju mengisi bersama beberapa teman yang lain. Saya taknak bertangguh lagi. Cukup
Ah usia yang terbuang tanpa saya hafaz Al-Quran dengan serius. 

Interview DQ (interview pertama dalam hidop) yang saya pergi tidak membawa lakaran memori yang indah. Saya demam dan batuk teruk pada hari tu. Walaupun kondisi kesihatan macam dah teroks sangat, saya tetap pergi temu duga dan sempat juga bertikam lidam dengan panel penemu duga yang tak puas hati dengan jawapan saya bagi soalan "kenapa awak nak masuk DQ?"

Dia cabar saya untuk hafaz dua muka surat instead of satu muka surat dalam masa yang diperuntukkan. Saya pun sedih la sebab kena buli. Dah la tak sihat kan kan. Tapi saya tak nak mengaku kalah, saya cakap , " insyaAllah! "

Dan resultnya?

Ha ha. Saya tak dapat masuk pun ke DQ. Sejak dari tu, saya fobia dengan segala jenis temu duga. Nightmare gituh..

Ketika tahun pertama di Jordan, persekitaran dan orang-orang di sana mendesak saya untuk tetap lanjutkan cita-cita mulia saya untuk menanam tebu di bibir. 

Eh, maksud saya, menanam Al-Quran dalam dada.

Saya tekad. Apa nak jadi, jadilah. Saya akan redah dan berdoa banyak-banyak supaya Allah tolong saya hafaz Al-Quran,

Tapi, kau belajar medik. Boleh ke hafaz sambil belajar??

Suara kecil berbisik. 

Saya tak pedulikan keraguan itu. Temu duga saya redah dan Allah bantu saya untuk berjaya lulus walaupun hafalan saya tak habis.

Gen 9, itulah nama halaqah huffaz saya yang pertama. Bermula juz 30 dan beberapa surah pilihan, saya sambung hafalan juz 1. 

Perjalanan juz 1 sangatlah perit. Menghafaz dalam keadaan tak kenal diri, tak tahu skill, tak pandai bahagi masa, tak kuat mujahadah membuatkan prestasi hafalan saya yang pada mulanya laju kian menurun. 

Namun, hafaz tetap hafaz. 

Saya hantar hafalan baru tetapi saya tak ulang hafalan lama! Itulah kesilapan paling besar yang sangat saya sesali sampai sekarang.

Seorang huffaz, tidak mesti tidak kena murojaah. Tak boleh lari dari seorang penghafaz Al-Quran untuk dia terus mengulang ayat-ayat yang telah dihafaz.

Hingga sampai di juz 4, saya mengalah. Terasa tak mampu mahu teruskan apatah lagi kesibukan dalam persatuan dan pelajaran yang kian mengasak. Dilema! Requirement satu maqra' seminggu tak mampu saya hadapi menyebabkan saya tak sanggup berhadapan dengan pembimbing halaqah saya. Segan dan sedih. 

Akhirnya, saya renggangkan diri dengan halaqah Quran. Tapi, saya membuat janji seumur hidop. Tak hadir ke kelas tasmi' boleh, tapi berhenti menghafaz Quran adalah dilarang sama sekali!

Adik bongsu saya sebaliknya. Memasuki Maahad Tahfiz Turki, cara hafalannya penuh sistematik dan lebih tenang. Untungnya dia! 

Teknik mereka unik. Fokus pada membaca berulang kali sampai habis 30 juz, kemudian barulah menghafaz. Adik saya senang dengan teknik itu kerana ia tidak menekan. 

Saya hadam teknik yang digunakan dan mencuba sendiri. Saya wujudkan checklist bacaan mengikut kaedah yang adik saya gunakan. Saya print mengikut juz dan selitkan dalam Al-Quran. Setiap kali habis baca, saya tick dalam kotak. 

1 muka surat baru, kena ulang baca 30 kali.
Masuk muka surat baru yang ke-2, baca 30 kali muka surat itu dan baca juga muka surat 1 tadi sebanyak 10 kali.

Lakukan teknik ini untuk muka surat seterusnya.

Simple. 

Baca dan tick. 

Cuma, teknik ini agak lambat bagi orang yang bukan menghafaz sepenuh masa macam saya. Lainlah kalau adik saya yang menghafaz sepenuh masa. Hanya setahun untuk baca, 8 bulan lagi untuk hafaz. Kini, dia dah menjadi penghafaz 30 juz Al-Quran mendahului saya. Jelesnya!

Saya teruskan kaedah ini sebagai teknik pilihan. Biarpun lambat, saya yakinkan diri yang saya boleh buat. Adik saya dan ibu bapa jadi penyokong usaha ini. Hari-hari saya buka Al-Quran. Saya bahagia! 

Hingga kini, saya sudah berjaya melangkah ke beberapa juz' . Meski belum lagi menghafaz, ayat Quran yang sudah dibaca ulang ini telahpun lekat di ingatan dengan sendirinya. Saya boleh sambung jika saya dengar di mana-mana.

Menarik bukan?

🙂

Yang penting, harus disiplin. Letakkan target dalam sehari untuk berapa muka surat yang anda nak baca. Tak boleh malas. Kalau malas jugak, jangan terjun katil. Tapi terjun la dalam kolah ambil wudhu dan paksa diri untuk pegang jugak Al-Quran.

Teknik hafalan cara Turki ini saya modified sikit ikut kemudahan saya. 

Saya akan baca 1 muka surat 10 kali itu setiap kali lepas solat.

Maka sehari, saya baca 5 muka surat. 

Begitulah sampai habis. 

Kalau dah habis 10 muka surat yang pertama, saya akan groupkan dalam kelompok yang asing yang mana saya akan baca terus sampai habis 10 muka surat itu tanpa anda ulangan. Dah habis setiap 5 juz' , saya akan mula hafaz dan ambil ujian hafazan di markaz Al-Quran .

Sekarang, masa saya untuk Al-Quran juga dah dapat dibagi dengan lebih baik tanpa sedikitpun terganggu fokus pada pelajaran dan kerja-kerja lain. Saya jugak ada masa untuk buat part time masuk kelas tahsin untuk perbaiki bacaan. Hmdulillah!

Tapi.. Tapi.. 

Teknik ini saya baru mula hujung tahun 2015. Saya belum pun habis baca keseluruhan Al-Quran. Checklist ciptaan saya itupun pun belum saya lengkapkan lagi sampai juz 30. Baru sampai juz 5. Moga ada kelapangan untuk siapkan sampai habis. Doakan yah!

Ada orang yang mudah saja dia nak dapat Al-Quran, sedang saya Allah uji dengan pelbagai rintangan dan kaca yang kadang bikin kaki ini luka dan lumpuh sebentar dari terus merentasi track untuk mendapatkan Al-Quran. 

Tak apa, moga bila saya dah dapat Al-Quran nanti, saya tak akan sia-siakan. Bukankah sesuatu yang susah untuk kita dapatkan itu ternyata akan buat kita lebih menghargainya?


Kalau sesiapa yang berminat dan ada tekad mahu mencuba teknik ini, saya boleh bagi CHECKLIST dari juz 1 sampai juz 5 milik saya secara percuma. 

Kalau mahu, tinggalkan emel .

Terima kasih membaca! Jumpa lagi 😉

.

Doakan saia!!!

19082017 | Kedah, Malaysia

Comments

Unknown said…
EMAIL KAT SAYA CHECK LIST TU
shahrilfitri2@gmail.com
tqqq
Little Muslimah said…
emailkan saya checklist tu kak, atiqahyusoff63@gmail.com
Anonymous said…
emailkan kpd saya..ct_huda79@yahoo.com
Sofuwani Abidin said…
Salam.. boleh bagi checklist tu tak? Emel sofuwaniabidin@yahoo.com
... terima kasih..
Anonymous said…
Assalamu'laikum.. mohon emel checklist kepada saya, handmadebyaisah@gmail.com

Terimakasih...
Unknown said…
Mohon kongsi sis...muhibbin_alhasyimi@yahoo.com

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p