Skip to main content

Dia Ada Ketumbuhan Di Otak..

Butang 'submit' ditekan. Bimbang kalau lambat tekan, nanti markah peperiksaan itu keluar, semua orang boleh usha. Peperiksaan komputer di JUST, memang begitu. Lepas jawab exam, markah akan terus keluar.

Kalau markah tinggi, orang tengok, okay.
Kalau markah rendah, nak sorok muka tang mana?

Dup dap Dup Dap.
Bimbang. Takut.

Entah apalah markahnya untuk peperiksaan Mid-Term Respiratory System kali ini.
Lebih baik dari System HLS kah?
Atau lebih buruk?
Oh, minta tidaklah buruk. Saya suka yang cantik-cantik saja.

Please .. Please..
Mata melihat markah yang terpampang di komputer.

*4/82

MasyaAllah ! Alhamdulillah. Boleh tahan!!

Hati sedikit tenang. Keputusan kali ini lebih baik dari sistem sebelumnya. Alhamdulillah. Terasa jiwa mahu terbang sebentar ke langit biru, merentas atmosfera bumi dengan riang bersama burung-burung yang lahir di Jordan. Allah !!

Sebelum peperiksaan tadi, memang takut. Teknik baru yang saya gunakan untuk belajar bagi sistem yang kedua ini tak mampu saya laksanakan mengikut perancangan awal. Faktor kekangan masa. Namun, saya redah juga sebab realiti perlu dihadapi. Peperiksaan yang mendekat menyebabkan saya tetap istiqomah belajar dengan cara yang baru itu.

Alhamdulillah, nampak kesannya. Positif. 

Sememangnya Allah begitu memudahkan saya sepanjang menjawab peperiksaan tadi. Kebanyakan soalan peperiksaan dari batch tahun lepas banyak yang masuk dan yang bestnya adalah apabila saya ingat jawapannya. Eheh.

Tak rugi buat past year question.
Maksud saya, 'belajar' melalui soalan-soalan lepas.. Bukan 'hafal' soalan dan jawapan bulat-bulat segi empat tepat dari kertas tersebut. 

Lebih tak sangka apabila meja komputer yang saya duduki untuk mengambil peperiksaan online itu terconteng nota dari calon peperiksaan pada sesi sebelum saya. Nota Physiology ! Wah !! Ditulis dengan pen merah lagi. Memang jelas trang tang tang untuk diusha oleh saya berkali-kali. Eheh.
Tapi kerana saya budak yang baik, maka saya hanya baca nota itu sebelum peperiksaan bermula. Semasa menjawab, saya dah tak toleh ke nota yang terlakar 'indah dan kemas' di meja tersebut. Tak amanah namanya walaupun orang tak nampak.

Dalam hati yang masih berbunga raya dan orkid, berseri dan ceria itu, tiba-tiba sekelip mata mood saya berubah.

Allah !

Fikiran saya tiba-tiba melayang kepada seorang kenalan yang dihebahkan tiba-tiba diserang penyakit serius. Muka saya berubah sendu di balik kain nipis yang menutup wajah.
Sungguh, saya sedih.
Tentulah sedih.
Mana mungkin hati tak terusik apabila orang yang banyak membantu kita selama ini tiba-tiba ditimpa ujian yang berat dan tidak mudah.

Dia sangat hebat. Segala yang dia lakukan adalah untuk orang lain. Idea yang dia hasilkan adalah untuk manfaat orang lain. 

Kesibukan saya sebagai pelajar perubatan kadangkala membuatkan saya buat tak endah apabila dia meminta saya menguruskan sesuatu perihal berkaitan persatuan. Itu Cerita lama. Tapi apabila melihat dia bersungguh, saya jadi malu sendiri dan perlahan-lahan cuba membuka mata saya  bahawa saya tak boleh pentingkan diri sendiri. Dia mempunyai komitmen yang lain namun masih mampu melebarkan jaringan penumpuan dia kepada perihal orang lain sedangkan saya..? Saya juga sepatutnya lebih mampu untuk berbuat perkara yang sama kerana masa yang saya ada juga banyak dan lapang memandangkan belum menjadi pelajar klinikal.


Saya malu sendiri. Inilah titik di mana saya cuba untuk menyumbang sedikit-sebanyak kepada sesuatu yang bukan menjadi taklifan khusus kepada saya. Kerana saya terkesan dengan kesungguhan dia bekerja. Bukan untuk diri tetapi untuk orang lain.

Masa berlalu pantas. Hampir setahun lebih mengenali sosok tubuh yang berjiwa kental ini, kekaguman bertamu di hati saya. Usaha yang dia lakukan sudah banyak menampakkan hasil. Ribuan ringgit berjaya di isi dalam poket kewangan syarikat kami lantas membantu unit kebajikan persatuan negeri kami di sini.

Allah ! Mantap.

Tidak saya ceritakan apa yang saya lihat dari usahanya ini kepada sesiapa kerana saya lebih suka menilai sendiri dan menjadi peransang untuk diri saya merancang dan membina jejak saya sendiri seperti apa yang sudah dia lakukan.

Semalam.
Berita yang mengejutkan saya terima. Dia tiba-tiba dimasukkan ke ICU di King Abdullah Hospital di JUST atas sebab yang saya tidak ketahui.

Saya bingung.

Dia sentiasa kelihatan sihat sahaja walaupun saya hanya berjumpa dia dalam meeting tak rasmi syarikat kami sebulan atau dua bulan sekali. Jarang-jarang. Saya sendiri tak pernah tahu dia mempunyai sebarang penyakit kronik.

Hanya doa mampu ditadah, moga segala-galanya baik sahaja.

Hari ini, sebelum peperiksaan bermula, tangan ini gatal untuk memeriksa notifikesyen di whatsapp.

Allah ! Berita tentangnya telah diupdate. 
Dia mengalami pendarahan di otak. Pembulur darah yang pecah dan berisiko untuk mendapat stroke.

Ya Rabbi ! Kejutan. Si sihat itu tiba-tiba menjadi sakit.



Malam ini, di saat tulisan ini dikarang, dia sedang berada di atas kapal terbang yang akan membawanya pulang ke Malaysia. Rawatan di Jordan ini sangat mahal dan tidak memungkinkan dia terus-terusan berada di sini. Keputusan telah dibuat oleh keluarganya dan dia akan pulang ke Malaysia untuk rawatan lanjut.

Fikiran saya kosong. Baru-baru ini juga saya dikejutkan dengan berita sahabat seusrah saya yang sangat femes di fesbuk dan ceria di dunia realiti tiba-tiba jatuh sakit kerana buatan orang. Siapa sahaja yang tak akan terasa apabila insan yang dilihat sihat tiba-tiba menderita sakit??

Tiada perasaan - itu bukan manusia namanya.

Dan saya, belajar untuk memuhasabah diri, Si sihat tak semestinya akan terus sihat selamanya. Pasti tak akan lari manusia itu dengan kesakitan. Sakit itu ujian. Si sakit pasti akan gugur dosanya andai dia sabar dan redha. Andai si sakit sembuh, maka dia sihat dalam keadaan dosanya yang sudah berkurang. Allah sangat baik apabila Dia memberi kesembuhan kepada hambanya yang sakit namun Dia tidak pulangkan dosa yang gugur kerana sakit itu.


Ramai sekali yang menghulurkan sumbangan dan doa kepada dia yang sakit. Saya fikir mungkin kerana sikapnya yang baik dan kebaikannya yang sudah ma'ruf pada pandangan orang-orang yang mengenalinya lantas membuatkan warga di Jordan tidak segan menghulurkan bantuan.

Sekali lagi memberi muhasabah kepada saya. Tak rugi menabur jasa. Tak usah takut kita tak dikenang. Janji Allah itu pasti. Kebaikan tetap akan dibalas kebaikan. Tidak di dunia, pasti di akhirat sana akan terbalas jua.

Doa saya, jika dia ditakdirkan menjadi insan yang mampu menyumbang kebaikan dan manfaat kepada manusia lain, maka biarlah dia sihat kembali. Biar umurnya itu menjadi umur keemasan. Tidak berlalu sia-sia, sebaliknya penuh dengan amal dan pengabdian diri kepada yang Maha Esa.

Allahumma Ameen. 


Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...