Skip to main content

Urusan ini Lagi Besar Daripada Urusan Perdana Menteri.

Azan berkumandang sayup-sayup kedengaran di telinga.
Pastilah tidak senang bagi hati-hati yang cakna dengan seruan azan itu untuk meneruskan aktiviti keduniaan yang sedang dilakukan padahal Allah telah memanggil untuk bertemu denganNya.


Wah, alangkah beruntungnya menjadi orang yang sensitif dengan Azan.

Saya akui juga. Kadang-kadang memang tak sensitif juga apabila mendengar azan. Selepas habis azan, terus juga berdegil nak habiskan aktiviti yang sedang dilakukan. Keras. Padahal tahu kewajiban untuk melaksanakan solat itu lebih utama. Solat itu besar.

Kagum sekali saya dengan Inche Abah. Andai ketika ini, ketika azan sedang berkumandang ini saya sedang bersamanya, pastilah dia akan segera meminta saya bersiap sedia untuk solat. Tak pernah berlengah. Pasti dia akan minta saya hentikan sementara kerja yang saya lakukan, sama ada kerja rumah, belajar, menonton TV atau melayari internet. Daebak! Hatta apabila di dalam permusafiran, pastilah abah akan mencari masjid yang terdekat atau sudah merancang untuk solat di sesuatu tempat tatkala masuknya waktu solat. Aduh. Abah selalu menunjukkan contoh yang baik kepada kami sekeluarga. Oh,malangnya susah juga untuk mempraktikkannya. Tambah bagi seorang Qasrus yang baru nak merangkak menjadi muslimah yang baik dari sehari ke hari. Adeh.

Tatkala tulisan ini ditulis, telinga ini mendengar bacaan merdu dari Sheikh Makmun, Imam di Masjid Yarmouk yang sedang mengimamkan solat Jumaat. Merdu. Sedap. Tak tergambar indah sekali bacaan beliau. Terus saya berfikir, bagaimanalah suara Nabi Daud ketika mengalunkan bacaan Kitab Zabur sehinggakan air yang mengalir berhenti dan burung yang berterbangan juga singgah untuk mendengar bacaan merdu baginda. Allah. Osem.

Saya bersyukur sekali mendapat kediaman yang begitu dekat dengan masjid malah suara imam dan bilal sangat jelas boleh menerobos ke ruang bilik saya setiap kali waktu solat. Alhamdulillah. Dan saya bersyukur biah dalam rumah saya yang sangat mementingkan solat di awal waktu. Dengar sahaja azan, tup tup, dah ada yang ketuk pintu minta bersedia untuk solat. Alhamdulillah.

Susah. Tidak dinafikan untuk betul-betul disiplin dengan mengaulakan seruan mendirikan solat daripada tugas yang sedang kita lakukan ketika azan sudah berbunyi sedikit berat. Saya akui dan saya sendiri merasa susah apatah lagi jika perkara yang sedang saya lakukan itu berkaitan dengan tugas yang melibatkan multimedia. Pergh. Memang berat nak tinggal selagi tak selesai. Tapi sungguh saya tahu. Saya tak boleh begitu. Seharusnya seorang muslim itu menjadikan solat lebih besar dari segala-galanya.

Kerana apa?

Kerana solat itu melibatkan hubungan penting kita dengan Allah. Andai hubungan ini pun kita pandang enteng, buat biasa-biasa, lambat pun tak apa, apakah Allah sudi nak naikkan darjat kita sebagai orang yang beriman dan bertaqwa? Apakah Allah sudi nak tempatkan kita bersama orang-orang yang dekat dengan-Nya apabila kita telah berhijrah ke alam akhirat sana?


Saya banyak kali berfikir tentang ini. Sebagai muhasabah seorang muslim. Tentu sahaja semua orang mahukan pembaikan dalam diri dari sudut pegangan dan praktikal agama yang lebih baik. Saya juga tidak terkecuali. Hari demi hari saya cuba mendidik diri sendiri untuk lebih sensitif dengan solat. Untuk lebih bersedia apabila waktu sudah menghampiri waktu solat. Sistem aplikasi azan di telefon sudah saya tetapkan penggera untuk berbunyi 20 minit sebelum azan. Sebagai peringatan bahawa waktu untuk saya bergegas dan mengakhiri tugasan dengan secepat mungkin supaya tidak terkejar dengan masa untuk bersiap bagi mendirikan solat.

Kerana saya seorang muslim. Tentulah solat itu perlu dirasakan akbar dari segala-gala hal duniawi. Kerana pada hakikatnya untuk melakukan kerja dunia juga kita memerlukan Allah untuk menunjukkan dan menguatkan diri kita, maka mengapa kita tidak memperdulikan Allah ketika Dia memanggil kita bertemu denganNya pada setiap tepat 5 waktu tertentu.


Apakah kita mahu menjadi hamba yang kurang bersyukur?
Apakah kita mahu menjadi hamba yang tidak beradab?

Nakkan sesuatu, meminta segera namun apabila dipinta dari kita, kita berlengah dan bermalasan.
Hamba jenis apa kita ni?
Kononnya mahu jadi penghuni syurga. Tapi perkara pertama yang bakal dihisap ini pun kita boleh buat leka. Mana boleh macam ini!

Saya teringat satu kisah yang saya dengar. Tentang seorang pak cik yang memiliki sebuah kebun yang luas. Suatu hari ketika beliau sedang memesin rumput di tanah kebunnya, kedengaran azan dari surau berdekatan. Dia berbelah bahagi sama ada mahu berhenti dari kerjanya itu untuk menunaikan solat kerana hanya tinggal sedikit lagi bahagian yang belum dipotong rumputnya. Lantas, dia mengambil keputusan untuk meneruskan dan menghabiskan kerja itu. Malang tidak berbau, entah macamana, bilah mesin rumput tiba-tiba tertanggal dari tempatnya lantas terbang dan menikam betisnya. Maka, penuhlah rumput di sekitar dengan darah yang pekat merah. Saat dia merintih sakit, terdengar suara bilal melaungkan iqomat. Tersentak dia. Terasa berdosa kerana mengabaikan panggilan azan sebentar tadi. Fikirnya, mungkin ini teguran daripada Allah untuknya.

Sahabat, apakah kita juga mahu ditegur secara direct oleh Allah barulah kita mahu segera menjadi muslim yang cakna dengan waktu solat?
Saya menulis dan seolah-olah sedang menampar diri sendiri dengan tulisan ini. Kerana saya juga masih hangat-hangat goreng pisang. Tapi, berusahalah sedaya mungkin untuk berubah. Saya juga berusaha ke arah ini. Mengapa kamu tidak?

Bukan kerana saya sudah mula berbicara hal ini adalah kerana saya menjadi kakak Pembangunan Rohani dalam masyarakat atau komuniti di tempat saya.
Bukan pabila saya beridentitikan muslimah bertudung labuh, berjubah dan berpurdah maka saya mula memperkatakan soal ini.
Bukan disebabkan saya tetiba terfikir perkara ini maka saya pun mula menulis tentangnya.

Bukan.
Tapi ini lahir dari kesedaran saya beragama.
Mahu menjadi muslim yang lebih baik dari hari ke hari.
Juga mahu mengajak kamu semua agar kita sama-sama menjadi muslim yang lagi baik dari sebelumnya.

Kerana urusan solat bukan perkara yang boleh dibuat main.
Kerana urusan solat adalah urusan yang seriyes dan perlukan penumpuan handered persen.
Kerana urusan ini lebih besar daripada urusan Perdana Menteri,
Maka.. Jagalah waktu solat mu! Jaga!

Jika kamu AJK program, aulakan pelaksanaan solat peserta daripada atur cara majlis andai telah terkeluar dari garis masa yang sepatutnya.
Jika kamu kakak Naqibah usrah, aulakan pelaksanaan solat adik-adik usrah andai waktu telah melewati waktu solat.
Jika kamu kawan yang baik, ajaklah teman-teman melaksanakan solat dan meninggalkan sebentar urusan belajar apabila azan telah berbunyi.

Kerana siapa pun kamu. Apa jua pun posisi kamu. Kamu tetaplah berdiri dalam identiti seorang muslim.
Tidak mesti tidak, solat itu aulawiyyat yang paling utama dalam segala hal.
Semoga tersuluh hidayah dan terpancar taufiq agar mata hati kita lebih jernih dalam bertindak. Mudah-mudahan.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p