Skip to main content

Sedekah RM 100 Setiap Hari, Usahawan Borong Emas 5 Angka

"Sehari RM 100 saya autodeduct ke pusat zakat."

My jaw dropped. Walaweh! Serius arrr. Dahsyat ya bersedekah setiap hari dengan amount yang banyak ini.

Kita duk heboh RM 100 pun belum dapat penuhkan 1 troli. Tapi ada insan yang dalam diam dengan RM 100 dia tak berjoli, tapi dia asingkan dan diberi pada orang sebagai belanja di jalan Tuhan.

"Dah Istiqomah buat macam ni 180 hari. Non stop."

Beliau baru habis shopping Emas di Habib Jewels. 
Semua kos belian emas hari tu saja mencecah 5 angka. MasyaAllah TabarakaLlah

.

Kita serap kejayaan orang lain.
Dalam rezekinya, ada sebab kenapa Allah gandakan.

Cemburu? Ya, jom cemburu! Sebab dia bersedekah lebih. 

Cemburu itu dibenarkan.
Dalam urusan agama.

Jika dia bersedekah lebih dari kita.
Ya, harus kita cemburu.

Jika dia solat solat lebih banyak rakaatnya dari kita,
Ya, harus kita cemburu

Jika dia puasa Isnin Khamis tak pernah skip sepanjang tahun,
Ya, harus kita cemburu

Jangan dicemburu pada harta orang,
Sebab rezeki itu pemberian dan ketetapan Allah untuk dia.

Dia ada tikar tebal 5 inci dari bulu biri-biri Australia, jangan cemburu.

Dia ada kereta mewah autopilot siap ada tandas boleh flush automatik, jangan cemburu. 

Dia ada suami kacak badan sado macam Badang muka tak ada parut jerawat, jangan cemburu.

Untuk kita?
Pon Tuhan dan beri ketetapan rezeki.

Takkan meninggal seorang anak adam sehingga dia dah dapat semua rezeki yang ditakdirkan untuk dia.

Jadi, yang kita kena cemburu adalah dalam bab akhirat.

Jadikan kisah kebaikan orang sebagai batu lonjakan untuk kita lebih juhud dalam beramal.

Belajar dari kisah orang lain, akan buatkan kita lebih laju untuk membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

Belajar dari kisah hidup orang lain,
Dapat jadikan jiwa kita terpandu arahnya.

Tuhan tidak lihat pada siapa yang paling bagus amalnya, atau yang paling banyak ibadahnya,

Yang Dia lihat adalah pada Ikhlas.

Jadi baik untuk mendapat perhatian Tuhan,
Berlumba-lumba ibadah untuk lebih rapat dengan Tuhan,

Kita bersaing untuk amal akhirat,
Biar semangat,
InsyaAllah tidaklah di neraka kita terjerat,
Melainkan dapat berjiran di syurga tempat yang hebat.

https://t.me/hurufbercahaya

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

Hafaz Al-Quran. Susah Ya?

Susah ya hafaz Al-Quran?  Dahulu, ibu bagi tahu saya, orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran digelar "hafizah" .  Seorang "hafizah" sangat la hebat. Ibu suruh saya jadi "hafizah". Dalam masa yang sama, ibu jugak doktrin saya suruh jadi doktor bila besaq nanti. Akhirnya, bila kawan-kawan bagi buku biodata, kat bahagian cita-cita tu, mesti saya akan tulis " Doktor yang hafizah " . Bila cikgu tanya dalam kelas, " apa cita-cita kamu? " . Saya dengan mata penuh bersinar-sinar macam cahaya lampu di reban ayam nenek mesti akan jawab, " doktor yang hafizah! "  Fuh. Yakin betul! Takde ragu walau sebesaq bakteria pun. Padahal, umur ketika itu baru 7 tahun. Masa ini, saya pun tak tahu yang "hafizah" tu adalah gelaran untuk orang yang dah hafal 30 juzu' Al-Quran. Saya ingat, kalau dah hafaz dari surah An-Nas sampai surah Ad-Dhuha dah kira "hafizah" lah. Ternyata saya salah.  Naik ke ting...