Skip to main content

Tangguh Buat Baik, Rezeki Akan Hilang

Di bahu kanannya tergalas plastik besar terisi bungkusan keropok.

Sesekali langkah terhenti. Nak imbang badan. Tangan pegang sebungkus Air Teh O Ais Ikat tepi

Ya, panas sangat cuaca. Matahari rembang. Memang bikin tsunami peluh seluruh badan.

Bahu kirinya menggalas plastik yang sama saiz dengan yang pertama, cuma isinya berbeza. Ada jubah putih dan kopiah, barangkali buat gantian baju untuk solat.

Jauh orangnya, dari Grik. Bawa keropok nak cari rezeki jual di Padang Serai, Kedah.

Keropok sebungkus RM 5.
Katanya boleh la untung RM 1.50

Nak habis 1 plastik besar tu,
Tak sampai RM 50 pun boleh dapat sehari kan.

Adik hulur sekeping duit RM 10.
Mulut tak henti bertanya itu ini

Dua bungkus keropok dah bertukar milik.

Keropok rangup original dan keropok bersalut perisa pedas.

Aku dalam kereta masih perhati mereka berdua.

Tiba-tiba adik keluarkan lagi sekeping duit. Kali ini yang aku lihat bernilai RM 50

Terus dihulur kepada si penjual berkopiah dan berselipar itu. Buntang matanya, tidak percaya. Teragak-agak nak menyambut duit itu.

Matanya tidak berkelip pandang adik. Hatiku diserbu sayu.

Dia ambil duit itu, dicium perlahan. Adik terus tinggalkan dia sambil memegang dua bungkus keropok yang dibelinya tadi.

Setiap langkah adikku dia perhati. Tangannya on the spot menadah tangan, lama.. Dan akhirnya baru diaminkan.

Terangguk, tersenyum, air mukanya dalam sayu ada syukur. Tak sangka bukan?

Begitulah.

Susah orang kita tak tahu. Tapi bila terdetik nak tolong, hulur je.

Ada sebab Allah bagi lintasan hati tu.
Once you buat, you rasa lega.

Tapi kalau you abaikan,
Beberapa detik lepas tu mesti rasa menyesal sangat.

Dah selalu Mengalami,
https://t.me/hurufbercahaya

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

Hafaz Al-Quran. Susah Ya?

Susah ya hafaz Al-Quran?  Dahulu, ibu bagi tahu saya, orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran digelar "hafizah" .  Seorang "hafizah" sangat la hebat. Ibu suruh saya jadi "hafizah". Dalam masa yang sama, ibu jugak doktrin saya suruh jadi doktor bila besaq nanti. Akhirnya, bila kawan-kawan bagi buku biodata, kat bahagian cita-cita tu, mesti saya akan tulis " Doktor yang hafizah " . Bila cikgu tanya dalam kelas, " apa cita-cita kamu? " . Saya dengan mata penuh bersinar-sinar macam cahaya lampu di reban ayam nenek mesti akan jawab, " doktor yang hafizah! "  Fuh. Yakin betul! Takde ragu walau sebesaq bakteria pun. Padahal, umur ketika itu baru 7 tahun. Masa ini, saya pun tak tahu yang "hafizah" tu adalah gelaran untuk orang yang dah hafal 30 juzu' Al-Quran. Saya ingat, kalau dah hafaz dari surah An-Nas sampai surah Ad-Dhuha dah kira "hafizah" lah. Ternyata saya salah.  Naik ke ting...