Skip to main content

Eh, Aku Tak Chanteque Ke??

"Afifah, budak yang Emil suka tu putih orangnya. Adik kami yang nama Afifah pun putih. Semua orang yang nama Afifah pun putih. Orang yang nama Afifah memang cantik belaka.."

-Dialog seorang teman tapi mesra saya-

Inilah reaksi saya bila mendengar stetmen 30% bikin gegendang telinga bergegar-gegar-gegar ini. Nasib busur panah tak ada kat tangan ! Kalau tidak....

Hati saya berbisik tatkala telinga mendengar komen tanpa cukai dari sahabat yang bercakap. 'Eh. nama aku bukan Afifah, so.. Aku Tak Chanteque Ke..??

Ahah! Mujurlah saya tak termampu nak memberi apa-apa respon kepadanya. Mungkin kerana terlalu terkesima dengan stetmen melulu sebegitu. Andai ketika itu saya bertanya kepada dia adakah orang yang bernama Afifah sahaja yang chanteque dalam dunia, nah bagaimana pula dengan dirinya sendiri? Lupakah dia bahawa namanya pun bukan Afifah?? Jadi adakah itu bermakna dia tidak cantik? Lantas kenapa pemenang ratu chanteque lah sangat dunia bukan bernama Afifah??

Mungkin kawan saya ni hanya akan gigit hujung stokin bila dia tak mampu nak menjawab soalan ini. 

Hey ! Cantik tu macamana hah? Afifah je ke yang cantik? 

Saya tertanya-tanya sendiri. 
Persoalan yang berlalu sepi.

8 tahun yang lalu. Di usia yang sebegitu muda dan comel belia ; 12 tahun, saya cepat menghadam dan menganalisis buah fikiran dan sayur percakapan orang di sekeliling.

Saya hidup di kala itu dengan sahabat-sahabat yang sangat pentingkan penampilan. Baju kena ader kelas gitu. Yang lawa akan dipuji bagai Ratu Kontrol Cantik Alam Semesta. Barangan peribadi kena berjenama. Tak kiralah harga berapa, tapi mestilah yang thorbaik jenamanya. Bling bling itu penting.
Lagi memukau mata, lagi mendapat tempat di hati.

Itu mereka.

Tapi saya tidak begitu.

Ibu saya tidak mendidik saya untuk berukhuwwah dengan fesyen gaya mak nenek gitu. Kata ibu, sederhana cukup. Yang penting bersih dan kemas. Baju, stokin, tudung pastikan dibasuh. Tuala kena tukar atau basuh selalu. Jangan biarkan diblack out dengan daki dan tahi lalat.

Fesyen saya di zaman bergelar calon YuPiEsAr simple. Mungkin saya boleh dilabel dengan geng buta fesyen. Bagai cucu katak di bawah tudung saji gitu.

Pakaian saya ketika zaman 50% matured lah sangat adalah biasa sangat-sangat.

Casual/Sukan : Track suit, T-shirt Lengan Panjang (Bukan baju muslimah. Saya masih belum kenal dengan jenama 'muslimah' lagi tika ini) dan tudung bawal ; dirama-ramakan atau dipin sahaja di bawah.

Tak ada koleksi shawl atau tudung labuh. Tudung pun recycle kakak punya. Ataupun hanya boleh bergaya dengan tudung bawal yang bermanik pemberian emak-emak saudara dan saudara-mara yang terchenta. Bila hari raya, barulah boleh nak merasa tudung baru. Saya bukan anak orang berada. Jadi pakaian saya tidaklah seperti anak bangsawan jauh sekali seperti puteri raja.

Saya juga tak pernah pakai seluar slack. Apatah lagi seluar Jeans.

Seluar Jeans memang tak pernah wujud dalam koleksi pakaian keluarga. Saya tak pernah tahu kenapa ibu tak pernah beli Jeans untuk saya dan hadek-beradek yang lain sedangkan saya lihat kawan-kawan saya bebas memakai seluar itu, dan.. erk... saya hanya mampu telan air liur aje lah bila lihat kengkawan bergaya ala-ala ranggi+feminin dengan seluar jeans itu.. Hurm hurm)


Bila dah masuk ke alam unibersiti, saya pernah terbaca perbualan seorang sahabat dengan sahabat yang lain dalam wasep tentang Jeans. Orang Islam tak boleh pakai seluar Jeans sebab seluar tu pengeluar utamanya Yahudi. Kalau tengok sejarah seluar Jeans pun, haaa ada kaitan dengan yahudi.

Allahu a'lam. Kalau anda rajen, boleh lakukan penyelidikan dan karanglah makalah anda sendiri tentang sejarah ini. Jangan lupa bagi percoma PDF makalah anda pada saya. Tentulah bahagia kalau saya dapat membaca tentangnya. Alangkah !

Walaubagaimanapun, bila saya dah semakin menginjak dewasa, bila diri pun tak pernah  memakai pakaian dari jeans, maka saya pun tak adalah pasang impian setinggi awan nano dah nak pakai benda alah itu. Kalau ada pun, mungkin setinggi batu nisan je lah kot. Pernah saya TERbeli sehelai skirt dari kain jeans di Laut Aqobah, Jordan kerana ia nampak begitu mengujakan. Saya hanya pakai 2 hingga 3 kali sahaja. Selepas itu, saya jual skirt labuh itu kepaa kengkawan lelaki perempuan tawar hati dah nak tengok kain jenis jeans ada dalam simpanan.

Dulu mentaliti saya sangat buruk tentang jeans. Saya pernah label semua orang yang pakai Jeans tu tak baik (baca : jahat). Ini adalah gara-gara pengaruh citer Gerak Khas yang saya tonton pada setiap minggu jam 9 malam di TV2 ketika zaman kanak-kanak dulu. Saya tengok semua penjenayah dalam setiap episod Gerak Khas tu asyik pakai seluar Jeans aje. Saya tak pernah lagi tengok mana-mana penjenayah bergaya dengan kain pelekat. Kalau Castello pakai kain pelekat sambil dia pegang pistol dan berlari dalam hutan ketika dikejar polis, ohh.. mesti osem kan?

Jatuh kerusi.

Saya tak kisah pun kalau ada sahabat yang pakai seluar itu tambah bagi yang tinggal di negara Timur Tengah, penuh debu. Cuma, kalau tak pakai mungkin lagi bagus. Saya lebih terjatuh kagum dengan mereka yang tak ada koleksi Jeans. Tak ikut edaran fesyen semasa. Jeans tu ketat kut. Eheh. Mungkin ada yang saiz besar, tapi.. its ApToYu lah.. Yang pastinya, keluarga saya tak ada kaitan dengan Jeans. Senyum.

Bila saya naik ke tingkatan 1, saya telah disekolahkan dengan 30% kerelaan di sebuah sekolah agama, Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah. Masa saya darjah 6, eksited sangat nak masuk sekolah ni. Bila kakak-kakak dari UUM buat program UPSR di sekolah, mereka tanya saya, lepas ni akan sambung belajar di mana. Dengan yakin dan mata penuh sinaran kilauan emas, saya mengatakan MMAS ; Maktab Mahmud Alor Setar padahal saya tak tahu satu kuman pun tentang sekolah tu. Hanya namanya yang melekat di hati ini. Ewah.

Tapi bila saya dapat tahu sekolah itu adalah sekolah agama yang sangat seteret peraturannya juga sangat dahsyat silibusnya, saya jadi pemberontak kelas kedua apabila ibu bersungguh-sungguh nak masukkan saya ke sekolah ini.Dan akhirnya, kerana saya ni anak yang taat kononnya, maka saya masuk sahaja lah. Taatlah sangat. Padahal saya ni teruja dengan nama sekolah tu sahaja. Namanya mula dengan 'maktab'. Tak ke osem bunyinya itu? Pengsan.

Tak sangka. Menurut kata ibu itu ada berkahnya. 

Di Maktab Mahmud lah saya mula berkenalan dengan tudung labuh. Saya tahu sahaja tentang tudung labuh. Ia macam tudung sekolah tapi lagi labuh. Nak macam telekung tapi bukan. Nak macam kain kafan tapi.. er.. macam jauh beza sangat. Ibu saya pemakai tudung labuh. Saya pun ada pengalaman pakai tudung labuh ; ambil tudung labuh ibu buat telekung solat. Hahaha.

Di sekolah ini, macam saya cakap, peraturannya begitu seteret mengalahkan peraturan di PLKN. Jarum wajib dipakai. Tak boleh pin tudung. Jahitan tengah mesti sampai hujung. Nametag wajib pakai begitu juga dengan lencana sekolah. Tudung juga kena lebih paras siku, tak boleh pendek. Kalau pendek, nanti pengawas tahan.

Pengawas adalah manusia yang saya paling takut dan gerun. Mereka itu bagaikan raksasa gorgon bertudung biru. Sebab itu sejak zaman sekolah rendah lagi, saya ni agak skema dan memang skema. Tak berani langsung langgar peraturan! Datang lewat ke sekolah adalah mimpi ngeri yang terburuk di alam semesta buat saya.

Sejak mula bertudung labuh di sekolah, saya tak kekok lagi untuk bertudung labuh di luar sekolah. Saya rasa selesa apatah lagi bila tudung saya ikut fesyen tudung kakak ; labuh di belakang sampai ke lutut ! Saya suka. Tak tahu kenapa. Mungkin kerana saya lihat ramai kakak-kakak senior yang begitu osem dan solehah juga berpakaian sedemikian rupa. Saya nak jadi macam mereka!

Bila saya keluar outing di Pekan Rabu, merayau di City Plaza mengusha buku-buku di kedai buku Popular, saya selalu diusik para pemuda penunggu jalan, Bukan sekali. Tapi banyak kali .

'Tengok tudung diaaa. Boleh mop lantai, wei !'

'Pergh, bersih dah jalan tak payah cuci. Tudung dia tu dah boleh jadi penyapu..'

'Ya ma3hadan, allamani, wa bilhuda jammalani.. Tu diaaa.. ustazah kita dah mai..'

Oh. Terasa nak baling tayar lori balak kepada para pemuda 'soleh' itu. Biar senget kepala 90 darjah. Heh.

Pernah juga saya disindir oleh emak saudara sebelah ibu ketika baru pertama kali pakai tudung labuh masa pulang ke kampung menziarahi nenek.

'Amboi ustazah. Tudung lagi besar dari orang aiiih..'

Sungguh, berdesing jugak telinga ni mendengar. Saya ni cepat sensitif dan terasa hati namun lebih banyak menyimpan dari meluahkan. Saya pujuk hati ini. Mereka tak faham sangat dengan agama. Mereka tak tahu pun prinsip aku. Allah yang buka keinginan pada aku untuk bertudung labuh. Kasihan mereka, Allah belum bagi hidayah untuk menutup aurat dan melabuhkan tudung dengan sempurna. Saya selalu berdoa agar mereka dipandu kepada ketaatan kerana saya tahu hidayah Allah itu sangat mahal. 



Bila dah lama bertudung labuh dan sudah lejen mengiron tudung labuh tanpa sebarang kedut, tak ada lagi usikan atau sindiran yang menghujam gegendang telinga. Kalau ada pun, saya dah lali dan tak peduli. Dah macam oksigen lalu sahaja. Kata abah, bila orang kata pada kita, kita diam sahaja. Nanti bila mereka dah penat dan bosan melihat kita hanya jadi patung, mereka pasti futur untuk terus mengata. Senyum. Petua itu memang berkesan.

Di Maktab Mahmud saya baru faham apa itu istilah chanteque yang sebenar.

Cantik itu adalah apabila kita menjaga pakaian kita dari tabarruj, tidak mendedahkan bahagian tubuh yang perlu ditutup seperti lengan, kaki, rambut dan lain-lain. Masih tak cantik kalau kita pakai baju kurung tapi ianya ketat dan jarang.

Saya baru tahu bahawa lengan juga aurat. Jadi saya mula memakai sarung lengan. Mula-mula tak selesa tapi saya cuba juga ikut kakak-kakak senior yang turut memakai hensok itu, lama-lama saya pula jadi jatuh chenta. Kalau tak pakai, saya pula rasa tak selesa. Pernah saya terlupa nak pakai hensok ketika hari persekolahan. Sepanjang hari, saya tak berani langsung nak angkat tangan atau bergerak lebih-lebih ketika dalam kelas. Takut lengan baju tersinsing ke atas padahal lengan baju saya bercekak dan berbutang ! Dalam kelas saya semuanya pelajar puteri, tak ada putera. Tapi sebab otak ni terlalu takut macam kena kejar anjing sawan lapar nak makan nasi ayam, maka begitulah jadinya. Senyum sahaja bila terkenangkan kembali zaman sekolah. Oh, rindunya !

Stokin pun begitu. Saya baru faham kenapa ada orang yang pakai stokin walaupun bukan berada di sekolah. Masa saya sekolah rendah, saya ingat pakai stokin itu hanya untuk orang yang nak pergi sekolah atau kerja. Sebab memang peraturannya begitu. Oh, hodohnya bila pakai kasut sekolah tanpa stokin, fikir saya. Saya pun hanya pakai stokin ketika di sekolah. Di tempat lain, saya tak pakai pun stokin. Ironinya, ibu saya pun tak pakai stokin walaupun dia bertudung labuh. Sedih kan? Tapi alhamdulillah, bila saya dah tahu kaki itu aurat, saya benar-benar istiqomah menutup kaki dengan stokin tak kira sama ada di sekolah ataupun di tempat-tempat lain. Tambah lagi, peraturan Maktab Mahmud mewajibkan stokin mesti 1 jengkal dari paras buku lali. Kerana saya begitu skema, yahh, saya hanya menurut sampaikan peraturan itu sudah mendarah daging dengan saya sampai ke hari ini.

Alhamdulillah. Dengan kefahaman saya tentang aurat, ibu dan hadek-beradek perempuan saya kini semuanya dah saya 'tarbiyyah' untuk menutup aurat dengan sempurna. Tarbiyyah lah sangat. Kuikuikui. Sebenarnya hati mereka lembut. Mereka cepat sangat berubah dan ikut saya bila saya tak pernah tanggalkan stokin ketika di luar rumah. Osem bukan? Allah memang osem. Dia yang memberi kebaikan kepada hamba yang Dia kehendaki. Alhamdulillah. Abah yang selalu ke kuliah-kuliah di masjid pun turut sama berpesan kepada kami sekeluarga tentang aurat. Pakai stokin. Pakai pakaian yang menutup aurat. Jaga adab, jaga akhlak.


Kini saya membesar sebagai seorang muslimah yang biasa. Berpakaian dengan pakaian yang biasa. Tiada yang luar biasa melainkan yang biasa-biasa.

Jubah dan tudung labuh.

Itu pakaian yang paling saya suka.

Saya tak peduli sangat andai koleksi jubah saya tak banyak yang bewarna atau coraknya tak secomel mana. Yang penting saya selesa memakainya. Saya tak kisah bila kawan-kawan berlumba-lumba beli baju baru sedangkan saya masih dengan pakaian lama. Tak apa. Sekurang-kurangnya saya masih ada pakaian. Rezeki dari Allah.

Bab pakaian saya tidaklah berapa cerewet. Asalkan pakaian itu muat dipakai, tidak kotor, kemas, wangi, tak ketat atau jarang, ia dah cukup perfect 10 untuk saya. 

Mungkin anda dan saya lain. Oh. Kita memang lain. Mak ayah pun lain kan? Kita juga tak makan jenama beras yang sama dan corak sarung bantal kita pun beza kan? Kan? Eheh.

Ini adalah tentang persepsi dan cara hidup saya. Jika anda jenis yang suka berfesyen dan tak boleh pakai peten baju yang sama sahaja setiap hari, yah.. silakan rajin menukar jenis pakaian yang anda pakai ! Saya tak kisah pun. Yang penting, biarlah fesyen anda itu adalah fesyen yang mengikut skema yang Allah dah tetapkan. Tajdidkan niat anda, anda berpakaian sebab apa? Sebab manusia atau sebab Allah?


Saya selalu pesan kepada diri saya, luaran itu penting untuk dijaga kerana orang jatuh cinta pandang pertama pun sebab luaran. Ewah kau.

Cuma, kecantikan dalaman itu adalah lagi penting. Saya tidak bermaksud mengatakan bahawa anda perlu makan jamu Mak Dara dari Indonesia yang berharga RM 30.00 sebotol itu untuk cantikkan dalaman anda. 

Tak !

Maksud saya, cantik akhlak dan peribadi. Cantik juga praktikal agama dalam diri. Itu adalah aspek yang saya sangat jaga dalam hidup saya. Aspek itu juga yang saya akan nilai anda kalau kita bertemu dan bertentang mata di dunia nyata. Seram tak? Whahaha. Jangan bimbang. Saya bukanlah panel hakim Gadis Melayu Musim Ke-3 nak mengkritik anda sana sini. Saya juga manusia biasa, penuh lompong dan noda. Masih belajar dari orang lain ; baik dan buruk mereka. Senyum.

Kerana syurga itu tujuan kita, biarlah kita hidup sederhana dalam keadaan yang Allah redha. Jika anda sayangkan diri sendiri, maka jangan biarkan indikator atau definisi fesyen yang disilibuskan oleh puak-puak barat dan geng yahudi meracuni pemikiran dan buah pinggang anda. Heh.

Moga Allah tunjukkan jalan yang terbaik dan hadirkan qudwah tercomel dalam hidup anda untuk anda ikuti. Apa-apa pun, ingatlah. Rasulullah SAW tetap mutiara contoh terbaek di seantero alam untuk kita semua! Sangat sedih kalau imbas balik kesusahan Nabi nak perjuangkan Islam ketika kaum Quraish masih berhati batu mentaghutkan Allah SWT. Sahabat, kenanglah kembali Nabi kita yang banyak sekali menangis untuk kita. Tak susah pun kita nak balas jasa Nabi kita yang tercinta itu. Cuma praktikkan sahaja Islam. Islam yang sebenar.

Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p