Skip to main content

PART 1 | Satu Dua Tiga Empat Lima. Wah ! Lima !!

One Two Three Four Five ! Eh? Only Five? Where are my cute 6th and 7th fingers? Pftt..

Tajuk post ini berkaitan dengan nombor. Dari nombor satu sampai lah nombor lima. Tak ada nombor enam atau nombor tujuh. Sampai nombor lima sahaja.

Eh, Qasrus. Awak nak mengajar kami mengira ke? Setakat mengira nombor macam ni, ape kelass der.. Kami dah pHD dah kot dalam bab ini. 
Nak mengira dalam mandarin pun boleh dohh. 
Ik, ek, san, shek, wu. Hah..! Jangan jatuh rahang tau..

Amboi.. Eksyen benor lah. Saya tahulah anda bukan lagi budak tadika yang suka lumba lari dengan kucing parsi gemok sambil makan lolipop itu. Eh.

Tulisan kali ini, saya cuma mahu mengenang kembali zaman sekolah rendah saya. Anda tak minat nak tahu? Chow kai laa. Err.

Maksud saya anda boleh cari dan baca artikel lain yang lebih membasahkan jiwa dan mengenyangkan minda. Atau boleh juga buka kitab yang boleh tahan daebak di alam semesta ini ; Al-Quran. Eheh.

Ini coretan tentang hidup saya dan pastinya saya sendiri akan membacanya berulang kali. Semuanya adalah memori yang cukup indah untuk dikenang. Saya tahu, saya tidak mungkin akan kembali semula ke zaman ini. Tapi, biarlah secebis kenangan yang Allah masih izinkan ia menumpang di kotak memori jangka masa panjang ini dapat saya abadikan dalam bentuk tulisan. Mudah-mudahan bakal menjadi tatapan anak dan cucu mak cik jiran sebelah rumah Presiden Omama. Ahah.

Berbeza dengan kebanyakan insan, saya banyak kali menyandang jawatan sebagai 'pelajar baru'. Lima buah sekolah telah menjadi tempat persinggahan saya sepanjang meniti zaman persekolahan rendah ; zaman tudung dilipat sebulat mata anak kucing sambil rambut terkeluar di kanan dan kiri, muka bertompok dengan bedak putih yang wangi, dan badan yang kecil menggalas beg roda sebesar alam yang penuh dengan semua jenis buku teks dan pensil warna. Eheh.

Saya banyak kali pindah sebab saya...

Alahh. Qasrus ni mesti budak nakal. Itu yang asyik pindah-randah tu. Eheh. Takpun asyik kena buli, sebab tu lah dia tukar sekolah selalu. 

Pfttt.

Waahahahaha. Mohonlah lontar jauh-jauh sangkaan sebegitu ke Laut China Selatan. 

Hey, anda. Saya budak paling baik tau dalam kelas. Mujur saya tak pernah ada sijil anugerah tauliah pelajar tersopan di sekolah. Kalau ada, pastilah saya akan tayang segera kepada anda dan aci kerat tali rapia, komfem anda akan ternganga sebesar seekor anak katak berusia 3 bulan. Kenyit mata.



Sebelum saya melangkah ke sekolah rendah, saya telah bersekolah di Tadika Kemas selama setahun. Ketika itu saya baru berumur 3 tahun. Saya adalah pelajar yang paling pasif dan pendiam di tadika itu sehingga bikin para guru tergaru-garu kepala tak tahu nak buat macamana.

Saya tak pernah merespon segala pertanyaan mereka melainkan hanya mengangguk kepala, menggeleng kepala atau yang saya paling suka, diam dan bling bling kelopak mata.

Sebenarnya seronok saja dapat belajar di tadika itu. Boleh tengok TV yang skrinnya sebesar tingkap rumah. Ada permainan lompat-lompat. Makan semeja dengan kawan-kawan di atas bangku comel bewarna biru. 

Selalunya, sebelum pulang ke rumah sementara menunggu abah saya mengambil saya dari tadika dengan motor kesayangannya yang dah tahap kritikal boleh masuk ICU, saya pasti akan ambil peluang menadah telinga mendengar kisah-kisah binatang di sebuah rumah yang terletak di hadapan tadika saya.

Cerita-cerita itu sentiasa bikin saya tersenyum. Ia kaya dengan ibrah. Malangnya, saya dah lupa semua sekali. Yang saya ingat hanyalah penceritanya ; pak cik tua yang buta, bertongkat kayu dan berspek mata hitam serta memakai kopiah putih.

Allah, moga Allah rahmati hidupnya di dunia dan di akhirat. Saya begitu rindu saat itu.

Setelah setahun berlalu, saya masuk pula ke Taski Abim yang terletak tak jauh dari Tadika Kemas. Di Taski Abim, sekali lagi pelbagai memori manis dirakam dalam hidup. Dua tahun belajar di situ, saya mampu kuasai kemahiran membaca dan mengira. Saya belajar bahasa arab, belajar baca Iqra, menyanyi dengan kawan-kawan pelbagai jenis lagu yang menggirangkan jiwa kanak-kanak ketika itu, mendengar kisah-kisah tauladan seperti tentang Rasulullah SAW juga tentang kejujuran Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani, belajar solat dan cara berwudhu', menghafal doa-doa harian dan baaaanyak lagi. 


Saya masih ingat guru-guru yang mengajar saya antaranya ialah Ustazah Azizah yang garang tetapi penyayang, Ustazah Normah yang berkaca mata yang pernah bercerita tentang tikus yang menggigit stokin di dalam almarinya dan Ustazah Lin, guru besar di Taski Abim yang ayahnya menjual laksa di tepi jalan.

Setiap pagi, saya dan kawan-kawan akan berbaris di hadapan pejabat taski. Seorang wakil akan dipanggil untuk mengetuai bacaan ikrar serta nyanyian asmaul husna. Antara bait ikrar yang saya masih ingat adalah 'Rodhi tubillahi robba, wa bil islami dina, wa bi muhammadin nabiya wa rosula '. 

Saya juga berpeluang bermain pelbagai permainan bersama kawan-kawan.

Tuju kasut, pukul berapa datuk harimau, ibu ayam dan serigala, lompat tikus dan bola beracun. Semua ini ada dalam silibus sekolah. Cuma permainan yang paling best tapi tak ada dalam silibus adalah permainan kahwin-kahwin. Wahahaha.

Ini adalah permainan yang kami main sebelum pulang ke rumah masing-masing. Pengantin yang selalu disandingkan adalah sepasang kembar yang kami panggil kakak dan abang. Habis segala pokok bunga kami kerjakan bagi dijadikan alat untuk dibaling kepada pengantin.

DIBALING? Err. Macam ganas saja kan? Kami kanak-kanak lasak. Tak mainlah nak ayu dan control macho gitu. Senyum.

Huntunglah ada gergasi mainan camni. Saya dulu main pasir bawah pokok kelapa di halaman taski sahaja. 

Ketika berusia 7 tahun (selepas graduated dari Taski Abim yang sungguh menyeronokkan itu), abah memasukkan saya ke Sekolah Kebangsaan Sri Selama di Perak. Sekolah yang sama di mana kakak saya belajar. Sekolah yang kecil tapi menyimpan seribu kenangan indah ketika zaman kecil saya.

Hari pertama persekolahan , macam biasa. Ada aktiviti mewarna. Ibu bapa mengusha anak-anak dari tingkat dan kebanyakan pelajar matanya macam air terjun kerana semuanya manja tak boleh berpisah dengan mak ayah.

Saya masuk ke kelas 1 Amanah yang saya fikir kelas nombor satu. Hati saya kembang seperti payung di gerai pasar malam sebab dapat masuk kelas nombor satu ini. Saya cukup bersyukur dan berasa kasihan sekali kepada kawan sepermainan saya ketika di taski dulu kerana dia dapat kelas 1 Ikhlas, kelas nombor dua. Pemikiran saya yang masih mentah ketika itu berfikir bahawa kelas nombor satu pastinya kelas budak-budak pandai dan kelas nombor dua adalah untuk budak-budak yang kurang pandai. Kerana saya budak kelas nombor satu, itu bermakna saya adalah budak pandai.

Gelak.

Kerana merasa saya cukup pandai, saya sentiasa bersemangat untuk belajar. 

Guru kelas saya Cikgu Azlan. Berkaca mata dan tinggi lampai. Selalu berkemeja lengan pendek dan bertie belang-belang. Entah kenapa, saya tak boleh lupakan beliau. Mungkin sebab dia agak sporting dan sering bawa gitar dan memetik alat muzik itu apabila waktu kelasnya hampir tamat. Osem.

Saya masih ingat, ketika masa Bahasa Melayu, Cikgu Azlan masuk buat pertama kalinya. 

'Nama cikgu, cikgu Azlan.' Dia mengambil kapur dan menulis perkataan AZLAN sebesar buana di papan hijau. 

'Cikgu akan mengajar kamu semua subjek bahasa melayu. Faham?'

'Faham, cikgu!!!!' Suara comel kanak-kanak riang gumbira bergemar di seluruh kelas 1 Amanah.

Seterusnya bila sampai pula masa subjek bahasa Inggeris, masuk seorang guru wanita berbaju kurung dan bertudung bawal. Baik sangat. Sungguh keibuan. 

'Nama cikgu, Teacher Norlia. Cuba sebut nama cikgu apa??'

'Tecer Norliyaaaaa..' Padu suara saya dan kawan-kawan menyebut nama beliau. Saya pun tak boleh lupakan Teacher Norlia yang telah mengajarkan saya perkataan 'apple' dan 'ball'. Dia sangat baik dan saya sangat semangat belajar. 

Setiap hari, saya pasti akan menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru-guru sebelum saya keluar bermain di waktu petang. Dulu, semasa saya masih belajar di Taski Abim, segala kerja sekolah akan saya habiskan di klinik tempat abah bekerja. Bilik farmasi abah  saya sangat privacy dan ada air-cond. Kadang-kadang abah bagi peluang kepada saya untuk membantunya memasukkan pil ubat ke dalam plastik ubat atau memasukkan cecair ubat Vitamin C yang bewarna kuning itu ke dalam botolnya mengikut sukatan.

Bila saya bosan, saya akan merayau-rayau di klinik itu untuk melihat para bayi yang dirawat. Saya paling suka masuk ke bilik sebelah bilik abah saya ; bilik tempat bayi ditimbang dan dicucuk. Saya gemar sekali melihat prosedur bagaimana bayi dicucuk. Mata saya tak berkelip bila tengok staff nurse sapu ubat ke lengan bayi, keluarkan jarum dengan syringe dan masukkan ubat dalam syringe. Syringe di tekan sampai ubat sedikit memancut kemudian baru dicucuk ke lengan bayi. Macam biasa, irama merdu tangisan bayi akan kedengaran dan saya tersengih dalam hati sambil bermonolog ,'padan muka hang. Awat tak tarik tangan tu tadi. Kan dah kena cucuk..'

Geleng kepala.

Rutin saya setelah naik ke sekolah rendah tidak lagi melepak di klinik abah. Selepas makan tengahari (selalunya lauk akan dibeli oleh abah di restoran sebab ibu saya bekerja di sekolah yang agak jauh dan tak balik ke rumah untuk makan tengahari bersama), saya dan kakak akan pergi pula ke sekolah KAFA. Sebuah sekolah rendah agama yang berada di kawasan masjid. Sekolah yang sekali lagi menggamit memori chenta saya pada agama.

Sekolah Rendah Agama Darul Najah.

Di sekolah inilah saya belajar menghafal surah-surah lazim dari juz Amma, belajar bahasa arab, belajar feqah, tauhid, sirah dan khat. SERONOK !!! Saya dimasukkan ke kelas 1 Alif, kelas nombor satu. Macam biasa, komfemlah diri ini bahagia kerana terus merasa bijak selalu. 

Guru kelas saya Ustazah Aminah. Hari-hari beliau datang ke sekolah dengan menaiki motosikal. Raut ustazah bertudung labuh ini tak mampu saya lupakan. Dia kaya dengan nasihat.

Setiap hari, dia akan menulis surah-surah lazim di papan hijau sebelum mengajar kami mengulang-ulang baca apa yang dia tulis sehinggalah saya ingat ayat-ayat itu sampai ke hari ini. Alhamdulillah.

Bila saya bosan dan mengantuk, saya akan ajak kawan sebelah meja, Syafiqah untuk main masak-masak di bawah laci meja. Saya akan potong pemadam dengan pisau lipat dan menggaulkan masakan saya dengan serbuk asah pensil. Kadang-kadang saya main lawan pemadam dengan kawan. Jentik tudung tin dan main kad tepuk adalah permainan harian saya. Tak dilupa juga main perang kapur dengan budak lelaki. Habis kapur di kelas, kapur dari kelas sebelah pula kami rembat.

Saya ke sekolah KAFA dihantar oleh abah. Bila naik ke darjah 2, barulah saya berani kayuh basikal sendiri untuk ke sekolah. Ketika naik ke darjah 2 Alif, guru kelas saya bertukar orang. Kali ini seorang ustaz yang sudah berusia separuh abad. Namanya Ustaz Mustafa. Dia juga memiliki motosikal macam abah saya ; motor kategori dah boleh masuk ICU. Eheh.

Ustaz Mustafa sangat baik dan tak pernah marah kami walaupun saya and the gang begitu nakal dan banyak akal. Ustaz terlalu pemurah sampaikan dia sapot jamuan akhir tahun kelas kami dan turut memberi duit raya kepada kami semua. Moga Allah merahmati kehidupan guru saya ini. 

Pergaulan saya di sekolah KAFA lagi bertambah luas sebab ada juga kawan-kawan saya yang belajar di Sekolah Kebangsaan Jalan Menteri turut belajar di situ. Segalanya kami buat bersama. Belajar, main, solat, makan hatta kena rotan sebab tak bawa telekung solat dengan paip getah dan rotan kayu oleh Ustazah Raihan, guru disiplin sekolah pun kami harungi bersama.

Prestasi saya di sekolah sangat baik. Ketika di darjah 1, saya sering mendapat nombor 1 dalam kelas. Selepas dapat markah ujian, pastilah dengan bangganya saya akan tayang pada ibu. 'Ibu, nah 99%. Nah 97%. Nah 100%' Semuanya angka 9 belaka. Macam selalu, pasti ibu akan tersenyum dan mengusap kepala saya sambil cakap, 'Anak ibu memang pandai. Anugerah Allah..'

Ibu sentiasa akan beri hadiah bila ada antara kami tiga hadek-beradek mendapat tempat pertama, kedua atau ketiga di dalam kelas. Ia sebagai meraikan usaha kami semua juga sebagai motivasi kepada yang lain untuk turut mencapai kejayaan yang sama. Antara hadiah yang saya pernah request adalah kereta kontrol. Pada mulanya ibu membangkang hasrat saya untuk mendapatkan hadiah tersebut. Namun, setelah saya merajuk dan ugut nak lari dari rumah (sila jangan pengsan. Budak tak berapa nak matang memang selalu fikir jalan short cut untuk dapatkan sesuatu), ibu akhirnya akur dengan kehendak saya. Namun.. ya. Bila ibu tak restu, maka jadilah benda yang buruk kepada saya. Maksud saya kepada kereta kontrol itu. Entah bagaimana, tak sampai sebulan, kereta itu dah lingkup. Habis burn duit abah sebanyak RM 75.00 begitu sahaja untuk hadiah itu. Sungguh, saya menyesal sangat kerana tak dengar cakap ibu.


Di sekolah KAFA, prestasi saya dari darjah 1 sehingga darjah 3 sentiasa berada di tempat ke-5 dan ke-6. Pesaing utama saya adalah Liyana Mohamed. Dia sentiasa dapat nombor 1 dan selalu dipuji oleh ostajah di sekolah. Saya cemburu juga dengan dia tapi saya tetap dengan diri saya, terus buat relax dan usaha biasa-biasa.

Saya selalu merasa sekolah KAFA tak berapa nak penting. Yang penting adalah sekolah sesi pagi. Kerana berfikiran begitu, saya selalu tak fokus dalam kelas dan asyik main dengan kawan-kawan sefikrah. Kalau tak ada kawan nak main dengan saya, maka saya akan tekap muka di atas meja dan membuta ketika ostajah tengah mengajar.

Geleng kepala.

Saya juga bosan membaca buku-buku KAFA yang ditulis di dalam bahasa jawi. Tiada gambar macam masa kat taski dulu !

Tapi, bila peperiksaan semakin hampir, saya tetap juga akan pulun dan bersungguh-sungguh menghadap dan menghadam isi buku tersebut. Mungkin kerana tabiaat study last minutes itulah yang menjadi sebab kenapa saya tak dapat nak skor dengan lebih baik dalam pelajaran di sekolah KAFA.

Bila naik ke darjah 2, prestasi saya di sekolah sesi pagi sedikit merosot apabila saya mendapat tempat ke-3 dalam peperiksaan pertengahan tahun dan tempat ke-4 dalam peperiksaan akhir tahun. Sedih. Saya kechiwa sebab saya tahu saya tak belajar bersungguh-sungguh dan banyak sangat main+tengok cerita Dragon Ball dan Sally Moon. 

Saya jadi jealous dengan kawan saya yang 'merampas' tempat pertama dari saya, Amirah Haheree. Anak bongsu ini kecil sahaja tubuhnya dan berkulit hitam manis. Comel.

Satu perkara lain yang buat saya jeles dengan Amirah adalah tulisannya yang sangat cantik dan kemas. Tulisan saya tak secantik dia. Besar gedabak macam lego. Sampaikan saya sentiasa cuba nak meniru tulisan dia yang cantik itu dan sanggup menangis pada abah agar dibelikan pensil 0.7 yang sama seperti yang dia gunakan!

Semuanya kerana nak tulisan cantik macam dia. 


Siang malam saya berusaha nak bersaing dengan Amirah dalam semua aspek terutamanya dalam pelajaran. Hinggalah saya kira usaha saya berhasil apabila saya kembali meraih tempat pertama dalam peperiksaan ketika di darjah 3. Saya terasa cukup gumbira macam anak kura-kura tetiba baru boleh berenang merentasi Lautan Asia Pasifik. Puas hati kerana dapat mengatasi Amirah.

Namun, gembira saya tak lama pun. Jeles saya kembali berlapis-lapis apabila saya mendapat tahu bahawa Amirah ditawarkan untuk  menjadi pengawas pusat sumber sekolah.

Waaarrggh.

Saya benar-benar tak puas hati kenapa saya tidak turut mendapat jawatan yang sama sedangkan saya cukup istiqomah pergi ke perpustakaan setiap hari.

Kakak saya pengawas perpustakaan di sekolah dan mungkin inilah yang mendorong saya untuk turut nak jadi pengawas perpustakaan. Dialah yang mengenalkan saya dengan NILAM dan menyebabkan saya jatuh chenta berguling-guling dengan segala buku di perpustakaan itu. Saya lebih suka melepak di perpustakaan berbanding makan di kantin sekolah ketika waktu rehat. Tabiat itu berterusan hingga ke sekolah menengah.

Saya memang sangat suka membaca sejak di tadika lagi. Saya pernah membaca koleksi buku ejaan yang dibeli ibu sebanyak 5 hingga 6 kali. Di rumah ada juga koleksi ensiklopedia bahasa melayu tentang anggota badan manusia. Tapi saya tak boleh sewenang-wenangnya ambil dan baca. Buku itu sangat dijaga ibu. Kata ibu, 'angah kena jadi doktor kalau nak baca buku ni.' Aduh.

Ibu pernah membukakan ensiklopedia itu kepada saya. Kandungannya sungguh osem. Ada tentang otak, mata, telinga, jantung dan lain-lain. Saya tak pernah faham kandungannya tapi saya suka melihat gambar yang terdapat dalam buku tersebut.

Hati saya bertambah tak sedap bila Amirah juga telah dipilih menjadi AJK Koperasi sekolah padahal saya lah yang beriya-iya sangat nak menjadi warga koperasi sebab saya minat dalam berjual-beli. Malangnya saya tak terpilih.

Sekali lagi saya terpaksa gigit jari dan makan hati yang paling dalam.

Mujurlah Allah nak pujuk hati saya selepas tak berjaya dapat apa yang saya inginkan.

Tidak lama kemudian, Cikgu Faridah, guru kelas saya telah melantik saya sebagai Ketua Kelas 3 Amanah. Sedikit sebanyak dapatlah saya nak tunjuk eksyen dengan Amirah.

Okeh. Sangat tak senonoh berperangai sebegitu.

Saya menjalankan tugas sebagai ketua kelas dengan jayanya. Mungkin dalam sejarah kawan-kawan saya, ketua kelas yang paling garang dan paling berlagak dengan kuasa vetonya adalah saya. Bukan sedikit kut budak lelaki yang saya cubit dan tampar. Hampir separuh kelas pernah merasa tamparan paling superb dari tangan kecil saya ini. Kasihan.

Suatu hari, Amirah datang kepada saya dengan muka yang sedih dan tak puas hati. 

'Qasrus. Ruzaini suka hang.'

Saya terkejut. Ruzaini (bukan nama sebenar) adalah budak lelaki yang sekelas dengan kami. Budak bijak yang bermuka cina yang berkawan baik dengan Qayyum, juga bermuka cina. Ruzaini anak bongsu dalam keluarga. Ayahnya polis dan emaknya tak bekerja. Abangnya, Zuhairi adalah kawan sekelas kakak saya. (Sekarang, emak dan ayah Ruzaini telah meninggal dunia ketika dia di tingkatan 3)

'Eh, bukan Ruzaini tu suka dekat hang ke Amirah?' Saya sengaja bertanya. 

'Tak. Dulu iya lah sebab kami dapat nombor satu dalam kelas. Sekarang hang pulak dah dapat nombor satu. Sebab tu dia suka hang. Dah lah! Benci !'

LOL. Suka dekat orang pandai je ke? Hati saya ketawa.

Pemikiran saya yang berumur 9 tahun ketika itu tidaklah suka berkecimpung dengan dunia chenta beruk begitu. Tapi, saya suka sangat bila dapat tahu berita itu. Inilah peluang saya nak mengenakan Amirah, budak yang paling saya jeles sejak turun-temurun itu.

Dulu saya suka mengumpul biodata rakan-rakan di dalam buku. Hobi mengumpul dan membukukan biodata kengkawan ini saya tiru dari kakak saya. Jeles kot tengok buku biodata dia yang berwana-warni dan penuh dengan data kawan-kawan dia. Maka, saya pun bertekad hendak memiliki buku biodata yang cantik macam itu juga. Kebanyakan kawan-kawan saya juga ada buku biodata masing-masing. 

Suatu hari, Amirah datang kepada saya sambil marah-marah. 'Menyampah betul lah dengan Ruzaini tu. Orang minta biodata, tak pernah bagi pun! Heh!!' 

Saya tersenyum. Ada chance aku nak tambah hangin kat budak ni. 

Saya lantas mengambil buku biodata saya dan menulis sekeping nota kecil. 

'Ruzaini, tolong tulis sat biodata hang dalam buku ni. TQ =) '

Nota dan buku itu saya letakkan di atas meja Ruzaini ketika waktu rehat. Waktu rehat, tak ada orang boleh masuk ke kelas. Tapi, saya kan ketua kelas.. Huahuahua. Maka tak ada siapa pun yang akan marah ketua kelas yang baik saaaangat ni bila dia masuk ke kelas kononnya untuk check kelas.

Keesokannya, Ruzaini datang ke meja saya dan menyerahkan kembali buku biodata saya. Mata saya bersinar-sinar kegirangan.

Komfemlah saya sangat eksited. Tahu kenapa?

Tak sabar saya nak tayang biodata Ruzaini itu pada Amirah. Saya nak tengok muka dia yang jeles dan hangin satu badan. Wahhh.. tentu begitu menarik sekali kalau mukanya waktu itu dapat dirakam.

Tak lama selepas itu, saya sengaja pergi ke meja Amirah dan membaca kuat-kuat biodata Ruzaini. Amirah meminta untuk melihat biodata tersebut dan dengan bahagianya saya memberi.

Jelas dan nyata.

Muka Amirah begitu 200% berubah dan berkerut macam zombie kampung pisang. Wahahahaha.

'Aku minta dia tak bagi. Hang mintak dapat pulak !! Tak aci! ' Heh. Dia mendengus.

Saya hanya ketawa melompat riang gumbira.


Pernah juga saya sengaja ajak Ruzaini main perang kapur ketika di sekolah KAFA (kebetulan kami juga sekelas). Semuanya saya buat sebab nak bagi Amirah bertambah jeles dengan saya. Alahai. 

Apabila naik ke darjah 4, saya, Amirah dan Ruzaini telah tercalon sebagai pengawas sekolah.

Wah! Lihatlah.
Saya yang nakal ini pun cikgu calonkan.

Gelak.

Sebenarnya saya sangat rapat dengan Cikgu Faridah, guru kelas kami yang juga mengajar subjek bahasa melayu itu. Saya fikir, tahap kerapatan inilah yang menyebabkan saya begitu skor dalam subjek bahasa melayu. Saya juga sangat suka apabila dia ajar saya cara bersajak, pantun dan syair. Mungkin atas faktor itu juga, saya minat subjek bahasa melayu sehingga ke hari ini. Saya fikir para guru perlu menggunakan kuasa psikologi untuk memancing minat pelajar dengan subjek yang mereka ajar.

Antara subjek lain yang turut menarik minat saya adalah subjek seni dan muzik. Guru subjek seni saya ketika darjah 3 adalah Cikgu Marziah. Dia adalah insan yang saya anggap sangat prihatin dengan kami semua. Satu nasihat darinya yang saya tak boleh lupa sampai bila-bila adalah nasihatnya agar saya dan kawan-kawan sentiasa mengucap 2 kalimah syahadah ketika hendak tidur. Jangan cakap perkataan apa-apa dah selepas kita mengucap melainkan terus tidur. I still practice that lesson until now. Moga Allah menyediakan tempat yang terbaik buat cikgu saya yang ini andai beliau sudah tiada di dunia lagi.

Subjek muzik pula?

Saya belajar menghafal lagu kanak-kanak dengan iringan muzik dan mempersembahkannya secara berkumpulan di hadapan kelas. Saya juga belajar menggunakan alat muzik seperti recorder. Seronok!

Saya pernah minta ibu belikan saya piano sebab saya macam dah jatuh cinta dengan alat muzik itu. Hurm. Malangnya ibu tak layan pun. Kata ibu, 'abah tak bagi. Abah tak mau anak-anak abah suka pada muzik'. Sebagai kanak-kanak kecil, saya hanya akur. Kalau minta juga nanti, komfem kena marah. Ibu sangat garang masa saya kecil. Mujurlah sekarang, masyaAllah dia sangat sporting tahap gaban dengan saya hadek-beradek. Eheh.

Jadi saya hanya ada satu sahaja alat muzik seumur hidup saya. Cuma recorder.

Recorder saya lagi comel okeh dari yang ini! =3

Berbalik kepada cerita saya bila dah dapat kuasa lagi double triple besar dari jawatan ketua kelas iaitu pengawas.

Saya mula merasa dan belajar cara untuk memimpin. Saya sangat merasakan begitu bertanggungjawab untuk mendisiplinkan pelajar darjah 1.

Bila ditugaskan menjaga kelas darjah 1 ketika cikgu tengah mesyuarat, saya akan pastikan hadek-hadek kecil itu duduk diam di meja masing-masing. Saya akan bantu mereka buat kerja sekolah atau menconteng papan hitam mengajarkan mereka ABC macam Cikgu Azlan pernah ajar saya dulu.

Sejak jadi pengawas, saya semakin mengurangkan sikap kenakalan saya dan berusaha menjadi matang sebaik mungkin. Eheh. Saya sangat komitmen dengan tugas ini sebab saya rasa ia begitu berat dan perlu dijalankan dengan bersungguh-sungguh.

Setiap pagi saya sudah terpacak di hadapan pintu pagar sekolah dan bersiap-sedia dengan buku nota dan pen untuk mencatat nama pelajar yang lewat. Tudung biru yang saya pakai itu menjadikan saya bukan lagi Qasrus, budak hingusan yang sangat nakal mengusik kengkawannya.


Satu kelemahan saya ketika di zaman persekolahan ketika itu, saya sangat takut untuk berdiri di hadapan khalayak ramai. Berdiri pun takut, apatah lagi nak bercakap.

Saya pernah dijemput ke hadapan perhimpunan untuk menerima hadiah NILAM. Sungguh, memang muka ni pucat macam hantu cina dan tangan sejuk mengalahkan suhu dalam peti ais di tempat beku!

Ya, saya memang berdarah gemuruh.

Hahaha. Budak nakal ini sebenarnya penakut juga kan? 


Menjadi pengawas, saya terpaksa berhadapan dengan risiko berdiri di hadapan orang ramai. Setiap pengawas akan ada gilirannya untuk menjadi pengerusi pengerusi ketika perhimpunan pagi pada setiap hari Isnin. Atau paling tak pun kena tarik bendera ketika muzik dimainkan.

Nak dijadikan cerita, kawan baik saya, Hafizah Ahmad yang juga merupakan pengawas sekolah telah ditugaskan menarik bendera Negaraku untuk perhimpunan pagi.

Hafizah mengadu pada saya yang dia pun takut nak ke hadapan. Saya yang suka berlagak berani ni macam biasa lah. Dengan selamba sambil makan kacang memberi taujihad berapi kepadanya, 'hang jangan takut lah. Senang je pun tarik tali bendera tu. Relax dah lah !'

Sebenarnya saya pun cuak juga tambah bila dapat tahu orang seterusnya yang bertugas selepas Hafizah adalah saya.

Waaaa. Rasa nak lari masuk Gua Kelam.

Ketakutan saya bertambah menggunung lagi apabila ketika hari Hafizah bertugas, dia telah melakukan satu kesilapan yang mengundang tawa guru-guru di belakang.

Hafizah sepatutnya menaikkan bendera sekolah yang akan dinaikkan selepas bendera Negaraku. Namun, kerana dia terlalu gementar, dia telah terlebih dahulu menaikkan bendera sekolah ketika lagu Negaraku dimainkan. Maka, naik dan berkibar megahlah dua bendera serentak. Habis semua pelajar ketawa sambil menyanyi. Ironinya, Hafizah tak sedar pun semua itu sebab dia terlalu takut !

Apa lagi. Bertambah cuak lah saya. Takut melakukan perkara yang sama. 

Kerana terlalu seram, saya menjadi begitu pendiam sekali dalam minggu itu.

Kebetulan, ibu saya telah mendapat kelulusan untuk bertukar tempat kerja ke Sekolah Kebangsaan Selama Kedah di Kedah yang terletak di sempadan Perak-Kedah, tak jauh pun dari sekolah saya yang sekarang. Ketika itu kakak saya sudah pun belajar di Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah.

Bila adik perempuan saya yang ketika itu di darjah dua telah tukar sekolah ke sekolah tempat kerja ibu yang baru itu, saya tanpa fikir panjang turut membuat keputusan untuk berpindah sama. 

Sebabnya?

Saya terlalu takut nak menghadapi tugas saya sebagai penarik bendera kehormat pada perhimpunan yang akan datang!

Perancangan telah diatur dan abah menguruskan urusan pertukaran sekolah itu. Akhirnya!
Saya berjaya berlepas diri dari mimpi ngeri untuk bertugas sebagai penarik bendera pada minggu yang akan datang itu. Adeh.

Perasaan lega saya ketika saat itu adalah seolah-olah baru sahaja diselamatkan superman selepas saya hampir terjatuh dari tingkat 1 bangunan KLCC. 

Maka, bermulalah hidup saya dari titik mula di sebuah sekolah yang baru iaitu Sekolah Kebangsaan Selama Kedah, Kedah. 

Menjadi pelajar baru di tempat yang baru, adakah ia menyeronokkan?
Anda fikir, adakah saya akan kembali nakal bila dapat bersekolah di tempat ibu bekerja?
Adakah saya masih boleh terus nak kekalkan kecemerlangan diri di tempat yang baru?

Nantikan post seterusnya. Tentang Qasrus dan zaman kecilnya. Kali ini di sekolah yang baru, kawan yang baru, guru yang baru dan kelas yang baru. 4 USM. Masih kelas nombor satu. Hembus nafas lega.

Pastinya kehidupan saya kali ini akan lebih mencabar bila terpaksa memulakan semuanya dari A kembali. Tentunya saya akan dihempap dengan sejuta satu dua hentak kaki dari kanani..hentak! peristiwa dan pengalaman yang lebih mencabar dari setakat menaikkan bendera.

Ahah!

Senyum kenyit mata.

Wait and see. 

Ko fikir pindah sekolah ko boleh aman ye Qasrus? 
Tunggulah naseb ko di sekolah baru pulak.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p