Skip to main content

PART 2 | Lagenda Chenta Akhowat Lasak & Syabab Pohon Semalu

Tumpang lalu inche-2 dan cik-2 yang segar-bugar iman kalian hendaknya.
Mohon dibaca dahulu Lagenda Chenta PART 1 sebelum anda melayari bahtera ke alam mimpi penulisan kali ini. Ini penting, malah sangat penting, malah lebih penting dari memasukkan benang ke dalam jarum sebelum menjahit kerana tanpa membaca PART 1, saya khuatir sangat anda akan mengalami sindrome gatal kepala dan sel-sel otak anda gagal berhubung dengan baik. 

Jadi... mohonlah ditekan link di bawah dengan penuh kasih sayang.



"Mak cik. Tumpang bertanya. Boleh saya tahu kat mana rumah Mak Cik Arorara Suria?"

Mak cik Arora memerhati anak muda di hadapannya dari atas ke bawah. Kemudian ke atas balik.
Kehairanan plus kekaguman. Jernih air mukanya, sejuk perut mak dia mengandungkan dia, bisik hati kecil Mak Cik Arora.

"Anak ni cari Mak Cik Arora ke Mak Cik Arorara? Mak Cik Arorara belum pernah beranak kat kampung ni. Mak Cik Arora ada lah.."

Pemuda tadi tercengang. Dia meneliti balik nota kecil bewarna pink beg sekolah budak tadika yang ada kartun Barbie.

Aa aah lah. Mak Cik Arora je. Ihiks. Arorara pun buleh.

"Maksud saya Mak Cik Arora. Mak cik tahu ke kat mana rumah dia? Saya naaak sangat jumpa dia."

"Hurm.. Kamu nak buat apa jumpa dengan dia? Kamu ni siapa? Kamu kenal macamana Mak Cik Arora? Kamu orang sini ke orang luar??"

Alahai intan payung permata berlian tali kasut mak cikku sayang... Dah macam mak cik inspektor dah dia soal aku. Ada aura banduan ke kat muka aku??

"Erk. Sebenarnya saya ada hajat penting yang saya nak sampaikan kepada mak cik tu. Tapi, kalau mak cik pun tak tahu siapa Mak Cik Arora ni, tak apa lah. Nanti saya tanyakan padaaa..."

Tetiba lisannya beku. Matanya terpandang sosok tubuh seorang lelaki menongkat basikal tua di bawah rumah mak cik di hadapannya itu.

Mak aii. Misai... Kalah misai Sarjan Hashim. Meremang bulu mata aku. Seramm !

"Hah ! Ni siapa pulak ni, Rora?" Suara garau milik pak cik bermisai kalah Sarjan Hashim itu melajukan lagi aliran darah dalam jantungnya. Dup dap dup dap dap dap dap. "Kau siapa?" Mata lelaki separuh umur itu tepat memandangnya.

"Erk, saya.. err..saya.."

"Saya . Saya. Kau sapa? Datang sini nak cari siapa?"

"Saya nak cari Mak Cik Arorarara!" Spontan dia menjawab.

Alahai. Terlebih 'rara' lagi. Mak cik di hadapannya terjegil mata seolah-olah tercekik tiga biji rambutan.

"Dah. Dah. Jom masuk. Nyamuk banyak dah ni. Nak dekat maghrib." Mak Cik Arora cuba menenangkan situasi yang sedingin peti ais bahagian beku itu.

Hah? Masuk ke mana?

"Err.. Masuk ke mana mak cik? Saya ni nak cari Mak Cik Arorara. Kalau tak ada, tak apalah. Nanti saya cubaaaa"

"Arora saja! Bukan Arorara lah! Aku lah tu orangnya. Dah, jom sembang kat dalam." Mak Cik Arora meletakkan penyapu lidi di tangga beranda rumahnya. Dia memandang suaminya AKA insan bermisai kalah Sarjan Hashim tadi.

"Abang, ni tetamu saya. Abang masuklah berehat di dalam. Arabella dah masak nasi tadi." Arabella anak Mak Cik Arora yang sulung. Dah pun berkahwin.

Pak Cik Ariario diam. Dia meneliti anak muda di hadapannya itu. Fikirannya penuh dengan 1002 pertanyaan namun dia cuma melipat kemas pertanyaan itu di kepala. Sampai masanya nanti, dia akan bedil satu per satu.

Mereka bertiga masuk ke dalam rumah. Macam biasa, sebelum masuk rumah, kaki dibilas dengan air hujan dari tempayan tembikar yang terdapat di kaki tangga.

_____________________

"Sebenarnya saya datang ni, ada hajat Pak Cik. Hajatnya besar sekali. Lagi besar dari bentangan langit yang membiru."

"Hajat apa? Cuba straight to the point. Penat tau tak aku nak tunggu kau terang semua. Haihh.." Pak Cik Ariario bersuara. Tak sabar. Dihembus perlahan asap rokok tembakau. Sesekali dia terbatuk perlahan sambil mengusap dada.

Kahfi tersengih. Amboi, pak cik. Terer benor spiking bahse omputih. Hebat betul! Kalau mahasiswa yang belajar di universiti. Fuh. Hatinya berdesis.

"Saya sebenarnya. Ek.. Sebenarnya saya.. Hurm. Macam ni, sebenenarnya.."

"Sebenarnya.. Sebenarnya. Sebenarnya kau nak apa???" Pak Cik Ariario memotong. Tadi budak ni ok saja aku tengok. Ni dah tiba-tiba jadi gagap, kenapa?

"Saya sebenarnya suka anak pak ci dan saya nak kahwin dengan dia dan kalau boleh saya nak settle cepat-cepat dan sebab tu saya mai sini !!" Dengan sekali lafaz, maka termenterailah sebuah ikatan selesailah sudah Kahfi memuntahkan hajatnya yang menggunung Jerai itu. Kompelit ayatnya tak ada koma dan noktah.

Fuhh...! Kahfi menghela nafas lega. Leganya bagaikan baru membuang di tandas setelah membaham 3 pinggan setengah nasi goreng Patayya.

Jatuh kerusi.



Mak Cik Arora terlopong. Biar betul budak ni? Aku tak pernah kenal dia pun. Lubang hidung pun baru hari ni first time tengok. Tak pernah tahu pula anak-anak aku ada BFF sikit punya 'ustaz' macam ni. Pergh. Tinggi juga taste budak-budak ni.

Minggu lepas sudah datang seorang lelaki. Juga meluahkan hajat yang sama. Dia ingin menyunting Anatassia, anak Mak Cik Arora yang ke-5.

Mak cik Arora mencongak dengan jari. Anak perempuannya ada 4. Seorang dah kahwin. Seorang lagi dah dipinang. Baki 2 orang. Anahambel dan Ambrella.

Yang mana satu eh?

"Anak mak cik ada ramai. Kamu berkenan yang mana satu?"

Belum sempat Kahfi menjawab, Pak Cik Pak Cik Ariario memotong.

"Hurm, pak cik tak kisah kamu nak kahwin dengan anak pak cik yang mana satu. Lulus. Pak cik luluskan kamu. Cuma, jangan minta yang sulung dah, sebab dia dah kahwin.. Hah, bila nak nikahnya?"

Hampir tersembur kopi yang baru dihirup Kahfi apabila telinganya mendengar approvement kilat dari bapak mertuanya itu.

Opss. 'Bakal' bapak mertua itu.

Yeay ! Hip hip Horreyyy.

Eh. Alhamdulillah !

Syukran Robb! Syukran ! Allah mudahkan aku. Kahfi terasa mahu melompat bintang ketika itu juga. Dunia dah jadi macam Tanah Disney. (Baca:  Disneyland) tiba-tiba.

Mak Cik Arora menjeling suaminya. Amboi. Bagi lesen awal nampak. Dah mula lah tu nak tunjuk kuasa veto dia. Padahal calon menantu sebelum ni bukan main disoal siasat. Heh.

"Ni mak cik nak tanya ni. Kamu berkenan pada anak mak cik yang mana satu?"

Kahfi tersenyum.

"Anahambel. Anahambel binti Ariario." Nama itu sudah terpahat rapi dalam fikirannya. Juga dalam hatinya. Ewah kau !

Mana mungkin dia lupa gadis yang paling berani menyakat dia di kampus dulu. Hinggakan apabila dia tahu Anahambel berhenti belajar, dia tekad untuk terus menyunting gadis itu. Dia tak tahu kenapa termagnet sangat dia dengan gadis selamba dan nakal itu. Yang dia tahu, dia dah terjatuh suka. Suka. Belum cinta.

Dia tahu Anahambel gadis yang baik kerana dia berskarf. Jarang ada siswi yang menutup kepala ketika itu. Yang rambut terdedah macam hantu raya banyak. Cukup banyak. Kahfi yakin dengan bisikan hatinya. Nalurinya cukup kuat mengatakan yang Anahambel adalah jodohnya biarpun mereka tak pernah meluah rasa suka atau jauh sekali dating di mana-mana. Tak pernah.

Mak Cik Arora agak terkejut. Dia ingatkan Ambrella. Setahunya, Anahambel tak pernah pula bercerita tentang mana-mana kawan lelakinya kepada dia.

"Kamu kenal Anahambel dari mana? Kamu mampu ke nak sara dia?"

"Saya satu fakulti farmasi dengan dia dulu. Tapi kami tak pernah kenal rapat pun. In shaa Allah, tak lama lagi saya pun akan tamat pengajian dan akan bekerja sebagai farmasi. Saya yakin saya mampu nak sara kehidupan saya kelak. Rezeki di tangan Allah juga." Kahfi menjelaskan.

Pak Cik Ariario tersenyum lebar. I like you, my menantu. Very much !

Entah kenapa, hatinya tertambat dan jatuh chenta dengan peribadi anak muda di hadapannya ini. Kelihatan ia dari keluarga yang baik. Aku pun mana pernah bagi didikan agama pada keluarga aku. Mudah-mudahan lelaki ini sedikit sebanyak dapatlah beri didikan yang lebih baik kepada puterinya.

Anahambel tak akan boleh tolak calon yang ini, bisiknya.

Tak akan.

Lebih kurang macam inilah rupa paras Kahfi yang menyebabkan Pak Cik Ariario tertambat hati. Ting tong. Soleh kut. Berakhlak lagi. Leha, kucing jiran Pak Cik Ariario pun dah cair dan tertambat buah pinggang.

“Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi.” 

( HR Tarmidzi dan Ahmad )
_____________________

"Tak nak! Ana tak nak kahwin dengan dia!!!!! No way! Never and ever! Huh!!"

Sumpah ! Tak pernah seumur hidupnya, dia betul-betul dan bersungguh hati menolak keras permintaan ayahnya. Dulu, masa nak masuk UPM pun dia bertikam lidah juga. Dan dia menang. Yeay ! Anahambel harap sangat, dia berjaya dalam pertarungan antara hidup dan mati kali ini. Bab kahwin cik oii. Mana boleh buat main anak patung. Soal kongsi hidup. Soal akhirat jugak. Aku ada hak dalam soal hidup aku. Ayah tak berhak masuk campur atau bahagi. Eh.

Tapi...

Kahfi tu soleh kut. Budak masjid. Jemaah tak pernah tinggal. Erk.

No !!!

Anahambel membentak sendiri.

Aku tak akan terima laki tu. Malu kot. Selama ni aku dok kacau dia, sakat dia sungguh-sungguh. Tup tup dia pulak bakal jadi suami aku. Wei, lawak antara kampung apa pulak ni! Keee, Kahfi tu nak balas dendam? Dia akan kahwin dengan aku dan siksa aku sebab aku selalu ganggu hidup dia dulu? Omakauuu! Seramnya !

"Tak. Ayah dah putuskan. Minggu depan tunang. Dua hari lepas tu, kahwin. Kau punya majlis kita buat serentak dengan majlis Anatassia."

"Hah???????"

Anahambel hilang kata-kata. Adakah ia bermaksud dia akan selamanya menjadi milik lelaki itu? Adakah ini permulaan detik buruk dalm hidupnya? Dia dah tak ada pilihan lain? Dia...

Warrrggggghh.. Laparnya. Stress. Nak makan !

Anahambel lari ke dapur. Dia melahap sepinggan nasi dengan lauk ikan goreng berserta gulai ikan puyu. Erk.

_____________________

Hari yang ditunggu telah tiba.

Kahfi berjaya diijab kabulkan dengan Anahambel.

Sumpah ! Merekalah pasangan paling kiut dalam dunia pada era itu. Masing-masing pemalu tahap gaban. Asyik memerah saja muka. Uhuk.

Anahambel adalah satu-satunya yang bertudung dalam majlis perkahwinan keluarganya. Alhamdulillah.

Katil pengantin mereka terhias indah di bilik pengantin. Katil yang cuma dibina dari kusyen yang disusun dan dilapik kotak itu kelihatan benar-benar seperti katil di istana raja !

Apa? Kusyen??

Ya. Mereka berdua dari keluarga miskin. Serba kekurangan. Majlis hanya ala kadar. Sekadar kenduri kesyukuran namun tetap meriah. Cuma tak ada bunga api di kaki langit sahaja.


Mereka tak berbulan madu atau gula. Selepas kahwin, Anahambel terus pulang ke KL untuk bekerja sementara Kahfi gigih menghabiskan pengajiannya di UPM. Tapi, ada satu hadiah istimewa yang Anahambel bawa pulang bersamanya.

Hadiah pemberian Kahfi.


Sebuah buku comel hanya sebesar tapak tangan. Judulnya, 'Bagaimana Menjadi Wanita Solehah'. Sungguh, Kahfi benar-benar ingin membina syurga cinta bermahkotakan redha Allah sebagai payungnya.

_____________________

"Assalamualaikum, ibu ! Angah ni? Ibu sihat?"

"Alhamdulillah. Sihat! Angah sihat tak?"

Anahambel menyinsing sedikit tudung labuhnya yang bersulam biru muda. Penat di badan tidak dia peduli. Dia mengemas katil emaknya. Tak mungkin dia biarkan emaknya yang uzur itu berbaring dalam keadaan yang tidak selesa. Telefon bimbit dikepit antara telinga dan bahu. Tetap meraikan panggilan jauh berbau rindu dari anak keduanya yang belajar di obersi. Jauh. Berjuta-juta inci darinya. Rindu dia untuk menatap bening mata anaknya itu.

"Alhamdulillah. Sihat. Makin gemok sebab musim sejuk ni musim nak mengembangkan badan. Kuikuikui. Asyik makan je. Ibu kat mana tu? Abah mana?"

"Ibu kat rumah tok ni. Tengah urus tok. Ada uda dan adik temankan. Abah kerja kat klinik 1 Malaysia. Belum balik."

"Ohh. Nanti kirim salam pada abah eh. Miss him so much. Hehe. Adik baru balik dari Tahfiz ke? Cuti? Eh. Alamak !! Ibu!"

"Aaah. Cuti. Eh, kenapa ni angah ??" Anahambel sedikit panik.

"Nanti angah kol lain. Tetiba sakit perut. Kihkihkih. Oh tandas! Aku datang!"

"LOL. Dah dah . Pegi lah qadha hajat tu. Jaga diri, sayang. Bila lapang, telefon lagi." Anahambel tersenyum. 

"Ok, ibu. Muuuahhhh. Assalamualaikum !"

Begitulah kehidupan Anahambel sekarang. Dengan anak seramai 4 orang; 3 puteri 1 putera, dia benar-benar merasakan bahagia. Anak-anaknya juga kini sudah meningkat dewasa dan masing-masing berperwatakan 'ustaz' dan 'ustazah' biarpun ada yang tidak belajar dalam bidang agama. Berkat didikan dan tarbiyyah di rumah dan di sekolah agama mungkin, dia dapat merasakan kempat-empat anaknya 'menjadi'. Senyum.

Rugi oo kalau aku tolak Kahfi dulu. Naseb baik ayah aku garang. Kihkihkih.


Dia yakin, Allah benar-benar sayangkan dirinya. Kehidupannya hari ini adalah lantunan betapa Allah benar-benar menjaga dirinya. Mungkin juga berkat khidmatnya pada ayah dan emaknya.

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal” 

[Al-Taubah 9: 51]

Dengan zauj yang soleh yang sentiasa tak putus asa menyemarakkan rumah tangga mereka dengan suasana sakinah, mawaddah dan rahmah juga dengan kehadiran anak-anak pengubat jiwa raga dan baldi. Anahambel juga tak lupa mensyukuri semua itu. Apatah lagi suaminya itu adalah lebih dari apa yang dia pernah impi sebelum ini ; setiap jumaat - kopiah - baju melaju - ke masjid.

Kahfi bukan hanya berkopiah dan berbaju melayu untuk solat jumaat di masjid, malah pada hari lain juga dia tak pernah lalai melepaskan peluang untuk ke masjid. Dhuha juga jarang ditinggalkan. Kalau ada peluang, pasti Kahfi juga akan menjadi bilal dan imam di masjid. Allahurabbi..

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" 

Kini usia Anahambel telah pun mencecah separuh abad. Sikap selamba dan nakalnya masih ada dan terturun kepada anaknya yang kedua. Angah. Alahai.

Anahambel kini menjadi suri rumah sepenuh masa.Tahun 2015 menjadi saksi dia melepaskan jawatan (pencen) dari posisi sebagai Ketua Pembantu Tadbir di sebuah sekolah rendah. Dia pun sudah tekad untuk pencen awal atas tujuan mahu menjaga emaknya yang kian uzur dari hari ke hari serta menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarganya yang terchenta dan mengumpul ilmu di dada untuk buat haji di Mekkah.

Allah..

Moga Allah limpahkan kebahagiaan dalam keluarga mereka. Moga Dikuatkan cinta mereka kerana Allah dan teguh mahligai kasih Kahfi dan Anahambel hingga ke syurga.


Allahumma Ameen. 

^ _ ^ 

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p