Skip to main content

Kahwin VS Quran

*Serius post Panjang. Sediakan tisu untuk lap peluh.

" Qas, bila kau nak kahwin? "

Gelak. Gelak kuat-2. Kalau boleh berguling, nak je berguling-guling atas bumi sambil gelak tepuk-2 lantai. Tapi, nasib masa tu atas jalan raya. Berguling atas jalan sambil gelak keluar air mata bakal memberi risiko yang tinggi untuk saya dicekup oleh orang awam untuk dibawa ke hospital psychiatric. Elak.

" Saya tak fikir lagi la. Baru tahun satu. Quran pun baru nak start hafal, bila nak habis pun , entahlah . "

Dia diam dengan respon saya yang masih dalam gelak tawa bersisa. Kelakar sunggoh!

Giliran saya pula bertanya, " Kau tak nak try ke hafal Quran ? "

Diam. Diam yang panjang. Kemudian baru dia buka mulut untuk menjawab soalan saya, " Aku tak bolehlah hafal quran. Susah. Aku tak hebat macam kau. Kau tak apalah mungkin dah pernah menghafal sebelum ni. "

Giliran saya pula terdiam.

Jauh sudut hati mahu saya khabarkan padanya, ' Aku juga masih mencuba. Beginner. Mentah. Peneroka. Lambat. Aku juga masih bawah, teman.. ' 🙁

Saya mula start menghafal masa KAFA. Itupun surah-2 simple lagi easy dari juzu' 30. Masuk ke Sekolah Menengah, hafal surah panjang-2 sikit sebab kena belajar subjek Quran Tajwid dan hafal juga potongan ayat dari surah panjang yang wujud dalam Al-Quran masa belajar subjek Tafsir.

Untuk menghafal Al-Quran dengan tujuan mahu jadi Hafizah? Belum pernah serius. Selepas lulus interview untuk menjadi penuntut di sebuah Tahfiz di Jordan baru saya mula panaskan usaha untuk menjadi penghafal Al-Quran yang serius.

" Kau tak nak cuba ke? Aku pun sebenarnya baru mula. Beginner. "

Dia ketawa kecil. " Tak apa lah. AKU TAK LAYAK. "

Sampai di satu round board , kami masing-2 membawa haluan sendiri. Dia pulang ke rumahnya dan saya menapak cari jalan pulang ke rumah sendiri. Berpisah.

Namun, kata-2 sahabat saya itu tidak berpisah dari ingatan saya.

AKU TAK LAYAK.

AKU TAK LAYAK.

AKU TAK LAYAK.

Kau tak layak?
Kau ingat aku layak sangat ke?

Kesat air mata.

Saya pernah gagal dalam interview untuk masuk Darul Quran sehingga semangat dan tekad saya untuk menghafaz Quran menjadi kaku dan suam-2 kuku. Lemah.

Namun, Allah tidak biarkan saya terus-terusan patah semangat dah putus asa. Ditakdirkan ketika Minggu Taaruf Siswa, seorang kakak lepasan DQ mencadangkan saya untuk masuk ke sebuah Tahfiz kelolaan pelajar melayu di Irbid, Jordan. Saya tak yakin dan masih ragu-2 tambah memori gagal interview masih terpahat dalam ingatan. Tragis. Dahla bergaduh dengan panel. Aish.

Berbelah-bahagi.

Tapi, demi meraikan dia yang bersungguh-sungguh mahu saya teruskan niat untuk menghafaz Al-Quran , maka saya isi spreadsheet yang dibuka untuk pelajar-2 baru dari Universiti Yarmouk dan JUST yang berminat mahu menjadi pelajar Tahfiz separuh masa.

Perancangan Allah selalu tak tercapai dek akal. Dalam berpuluh-puluh calon yang saya kira lagi layak dan kuat ingatan dari saya, Allah telah luluskan saya dalam temuduga kali ini. Berkat doa ibu juga mungkin. Walaupun saya tak mampu habiskan ujian hafalan, tapi pihak Tahfiz tetap beri peluang untuk saya menjadi pelajar mereka untuk generasi Tahfiz yang ke 9. Group saya - Gen-9 Akhowat. Saya tambah bersemangat untuk menghafaz apabila ada Kakak Pembimbing yang akan mendengar hafalan saya di samping teman-2 satu group yang turut ada keinginan yang tinggi mahu menghafaz. Lagi membahagiakan jiwa raga baldi penyepit baju dan tong gas, teman baik saya dari sekolah menengah pun turut bersama saya membina kenangan sebagai penghafaz Quran di bumi Syam ini. Teruja lagi tapecaya.

Saya bertambah confidence dan percaya bahawa saya boleh meskipun saya belajar Medik dan ada komitmen dengan jawatan penting dalam batch dan persatuan. Ditambah dengan bisnes yang saya jalankan untuk bantu dan sepot kakak yang sedang belajar di Mesir, masa saya kian terhad. Tapi, tak apa. Saya tetap berani mencuba. Sebab, saya telah jumpa dan melihat satu sosok insan hebat di bumi Syam ini ; seorang kakak Dentist yang juga baru mula menghafal di Jordan ketika Tahun 1 dan dia berjaya khatam 30 juz Al-Quran ketika di awal Tahun 3 - dalam keadaan sedang memegang jawatan Tertinggi dalam Persatuan Zon. Terinspirasi!

Join group menghafaz Quran, tak semestinya kau akan terus laju cemerlang menghafal dengan bergaya tanpa ada ujian melanda.

Saya juga diuji. Tambah kita baru nak bertapak dari garisan pemula. Memanglah mencabar. Perjalanan ini sumpah panjang. Dah la takde R&R, once dah start , kau kena kuat untuk teruskan. Ujian tu banyak la.

Ujian baru nak adapt dengan posisi sebagai orang yang menghafaz Quran dalam masa yang sama perlu bawa pelajaran yang kritikal berat.
Ujian bila kita paling lambat nak cari cara sesuai untuk menghafaz dan mengulang.
Ujian bila diamuk kesibukan yang membuat kita tersungkur dari disiplin kepada Al-Quran.
Ujian jealous bila teman kita lagi laju hafalan dan lagi banyak menghantar hafazan kepada pembimbing.
Dan ujian lagi maha dahsyat yang bikin jantung kadang kala cedera adalah apabila kita LUPA apa yang dihafal.

Memang, menghafaz itu tidak mudah. Kalam Allah yang mulia itu, kalau kita nak menjadi 'penjaga'nya bukan la mudah. Sangat tak mudah. Sebab itu, kena ada kekuatan, disiplin dan istiqomah. Paling penting, dekat dengan Allah. Jauh dari maksiat , lekang dari dosa.

Pohon selalu kekuatan dari petunjuk dari Allah, maka Dia pasti bantu memudahkan hafalan dan gigihkan semangat. Yang susah akan jadi mudah bila Allah bantu. Senyum.

Yang penting lagi, berani CUBA dan MULA dari sekarang. Biar sikit, biar lambat, kau kena ingat. Benda yang sikit, tapi kalau kau konsisten buat, ia akan mencambahkan perbezaan. Tapi, kalau kau BACUL, PENGECUT dan awal-2 lagi nak jadi SURRENDER, selamanya kau tak akan dapat. Langkah bendul halangan di hadapan, kau akan nampak dunia baru yang lebih luar biasa.

Saya masih belum kamil hafazan Al-Quran. Masih merangkak dalam percubaan. Tatkala jatuh, cuba kumpul semangat untuk bangkit kembali kerana cita-2 saya mahu jadi ' Encyclopedia Al-Quran ' . Nyata tidak mudah tambah bila terlalu sibuk dengan pelajaran dan persatuan, tapi percayalah manisnya di penghujung pasti kekal selamanya. Ini pengorbanan yang mahu dipersembahkan untuk Allah pabila bertemu denganNya buat pertama kali nanti. Haruslah tetap terus walau kadang jatuh ke bawah.

Saya mencuba biarpun lambat. Sekarang dah tahun 3. Tetap ada hasilnya biarpun sedikit. Cuba kalau saya juga cakap 'AKU TAK LAYAK' dan tidak bermula ketika di Tahun 1? Pastinya pengalaman selama 3 tahun bersama Al-Quran ini tak mampu dipahat rapi dalam memori. Sedih!


Tips sedikit sahaja dari saya untuk sesiapa yang mahu bermula mendampingi Quran walau tak ada sesiapa yang membimbing.

Satu. Tahu kenapa SAYA nak kuasai Quran. Cari sendiri dan senaraikan. Kelebihan di dunia ( kita dan orang lain ) dan di akhirat nanti.

Kalau saya, satu benda yang saya sangat jealous dengan para huffaz dan saya sendiri rasa menyesal tak menghafal dari awal adalah kerana dapat rasa betapa nikmat dan seronoknya bila telinga mendengar mana-2 ayat Quran dibacakan orang dan kita dah HAFAL ayat tu. SubhanaAllah, ini nikmat paling mengharukan.

Dan, anda? Cari. Kenapa mahu hafal Quran. Cari kenapa seronoknya bila dapat kuasai Al-Quran. Cari, cari dan cari. Baca atau bertanya.

Dua. Minta Kekuatan Dari Dia.

Kita ni lemah. Manusia biasa yang tak ada kudrat yang lebih. Nak harap diri hafal satu baris ayat pun susah sebenarnya kerana kita ni tak lekang dari kelupaan dan rasa mahu putus asa. Maka, mintalah dari Allah si Pencipta Kekuatan. Minta Dia tsabatkan hati, kuatkan kita dan beri kemudahan untuk mengingat ayat-2 mulia ini.

Tiga. Strategi dan Sikap.

Sangat penting! Biar ada perancangan yang jelas, kenal tahu cara paling baik yang kita boleh praktik dalam mendampingi Quran ( cara hafal, waktu hafal, cara mengulang, dengan siapa nak tasme3, siapa yang boleh jadi booster untuk kita dalam menghafal Quran ) . Bila dah jelas, dah tahu, baru semangat lagi membukit mahu ceburkan diri dalam sungai. Eh. Dalam Al-Quran . 😊

Dan Sikap paling penting. Setiap penghafal Quran itu baik dan antara yang paling baik dari kalangan mereka adalah apabila mereka disiplin dalam bermulazamah yakni mengulang dengan hafazan. Setiap pengulangan itu akan kekal jadi kena maintain. Disiplin dan juhud kena ada. Bulatkan tekad dan minta doa dari mak ayah. Paling best kalau diorang boleh selalu follow up kita dan bagi semangat.

Sekali lagi ya. Menghafal Quran tak mudah tapi sampai bila kita nak lari dari benda yang payah. Usia muda kita ni cuma sekali sahaja. Kalau tak guna masa sekarang untuk bersusah-susah sedikit demi nikmat yang besar, bila lagi kita nak mula?

Tunggu ketika ajal sudah di hadapan mata ?
Berani jumpa Tuhan dalam keadaan tak bawa apa-2 ?
Berani ?

Saya tanya sekali lagi.

Berani ?

02062016
Irbid, Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p