Skip to main content

Ex-peh-peh-tation Manosiya

Soalan :

" Adakah memenuhi kehendak dan harapan ( expectation) MANUSIA kepada kita itu dikira baik walaupun sebenarnya kita TERLUKA ? TERPAKSA dalam REDHA atas nama ukhuwah dan usrah . "

Respon Soalan :

Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dalam penulisannya ada menyebutkan , " Hidup ini bukan untuk memenuhi kehendak manusia. Jika kehendak manusia yang perlu dipenuhi, maka kita perlu ingat bahawa hawa nafsu manusia itu sentiasa membesar dan tak berperhentian. Tetapi, penuhilah kehendak Allah ! Di sana kita akan merasa kepuasan dan ketenangan . . . "

Very nice words, indeed !

Selalu gegendang telinga kita diketuk dengan kata-2 yang menyatakan bahawa buat sesuatu hanya kerana Allah, bukan kerana manusia.

Benar. Benar sekali.

'Buat sesuatu kerana Allah' .

Mungkin kerana peri pentingnya memahkotakan niat kerana Allah dalam apa pun jua perbuatan manusia maka hadis yang menyebutkan tentang niat merupakan hadis yang paling awal dihuraikan dalam Kitab Hadith Arbain karangan Imam Nawawi.

Selalulah tanya diri sendiri , why you do what yo do ?
Menjadi keharusan buat kita untuk melakukan analisa bagi setiap perbuatan atau apa-2 perubahan yang kita ingin lakukan.

Cari sebab kenaPa kita buat benda tu.

Kalau buat apa jadi?
Kalau tak buat apa jadi?
Untuk siapa kita buat?

Pastikan setiap analisa itu kita datangkan bersama konklusi. Jangan pula terperangkap atau biarkan diri dengan information overload.

Apabila kita tahu 'reason WHY' untuk perkara-2 yang mahu kita lakukan itu dengan baik , maka kita akan lebih passionate untuk melakukannya.
Tidak ada rasa terpaksa.
Tidak tersentuh rasa didera.

Orang obesiti boleh kurus.
Perokok boleh berhenti merokok.
Penagih dadah boleh berhenti menagih dadah.

Cuma kita kena beri mereka sebab yang KUAT supaya kita dapat pujuk mereka untuk berubah.

Dan sesungguhnya tak ada motivasi yang paling ampuh atau tidak ada 'reason WHY' yang paling kukuh di donia ini melainkan apabila segalanya kita letakkan HANYA KERANA ALLAH ;

Niat kerana Allah.
Prosesnya mengikut kehendak Allah.
Matlamatnya cuma Allah.

Perlu disimpan kemas dalam ingatan bahawa bahagia itu bakal digenggam oleh mereka yang sentiasa cuba memenuhi semua 'expectation' Tuhan sedangkan bagi mereka yang cuba memenuhi segala 'expectation' , kehendak dan pandangan manusia , maka sesungguhnya dia sedang menempah tiket derita untuk diwayangkan sepanjang hidupnya. Jiwanya bakal sakit!

Ketahuilah yang kita ni manusia lemah.
Tak mampu pun nak penuhi kehendak manusia yang pelbagai .

Tiada siapa boleh menjamin bahawa perasaan bahagia bakal mencoret hati apabila kita cuba mengejar pandangan manusia terhadap kita .

Mungkin kita berjaya untuk lunaskan expectation mereka dalam beberapa perkara , tapi untuk mengejar dan menyempurnakan kesemuanya, ia adalah sesuatu yang mustahil.

Lain manusia, lain cara fikirnya.
Beza makhluk, maka berbeza jua kehendaknya.
Kerana apa?
Kerana manusia itu punya hawa nafsu dan selamanya mereka tak akan pernah puas. Tak akan.

Adakah salah untuk cuba memenangi hati manusia dengan memenuhi kehendak mereka ?

Bagi saya , tidak salah . Tapi, berpada-pada.

Cuma keutamaan di sini adalah teliti dan penuhi dahulu hak-2 kita terhadap manusia di sekeliling ; ibu bapa, housemate, classmate, usrahmate, kucing peliharaan, ayam dalam reban, jiran tetangga. Memenuhi hak itu lebih aula ke atas kita kerana hak itu merupakan tanggungjawab yang kita wajib laksanakan .

Manakala kehendak manusia terhadap kita pula adalah 'option'. Buat sekadar mampu ; tidak ala kadar hingga orang lain terasa hati dengan kita dan tidak pula berlebih-lebihan sehingga mengundang perit di jiwa sendiri.

Tinta Ustaz Emran Ahmad pernah menukilkan , " MUSTAHIL kita dapat memenuhi kehendak manusia walau siapa pun dia , baik ibu bapa , suami , isteri atau anak-anak . Tapi , penuhilah 'HAK' mereka , bukan kehendak. "

KEHENDAK MANUSIA VS KEHENDAK ALLAH

Memenuhi kehendak manusia adalah option.
Memenuhi kehendak Allah adalah mandatory.

Perlu bijak membezakan kehendak Allah dengan kehendak manusia.

Contoh situasi :

Zirafiyah menasihati Buayah agar memakai stokin apabila mahu keluar dari rumah kerana katanya kaki itu adalah aurat bagi muslimah.

Zirafiyah menghadiahkan Buayah stokin berkualiti tinggi thorbaek dari ladang yang diperbuat daripada bulu kambing biri-2 yang dibelinya dari Turki 10 tahun lepas ( dengan harapan Buayah akan suka stokin itu dan akan menutup aurat dengan sempurna setiap kali keluaq rumah). Stokin tersebut masih elok cuma sedikit berlubang ( lubang 1.5 cm di bahagian atas ) kerana telah digigit oleh tikus mondok yang kelaparan yang menghuni almari bajunya sejak sekian lama. Zirafiyah mengharapkan Buayah dapat pakai stokin itu setiap kali nak keluar rumah untuk ke kuliyah atau ketika mahu keluar study di Gourmet.

Apa respon Buayah ?

Buayah menerima dengan senang hati nasihat itu namun dia tidak mahu memakai stokin pemberian Zirafiyah. Katanya, dia lagi sanggup membalut kakinya dengan plastik hitam yang ditampal cellophane tape daripada memakai stokin tersebut.

So what ?

:)

Apabila melihat situasi ini, adakah tindakan Buayah itu salah apabila dia menolak permintaan sahabatnya untuk memakai stokin itu?

Buayah TIDAK SALAH sekiranya dia hanya tidak mahu memenuhi kehendak Zirafiyah untuk memakai stokin itu. Permintaan itu merupakan kehendak MANUSIA. Option. Dia berhak membuat keputusannya samada mahu memakai atau tidak memakainya.

Tapi, dia sedang/akan melakukan KESALAHAN sekiranya dia tetap berdegil untuk tidak menutup kakinya ketika mahu keluar rumah kerana perintah menutup aurat dengan sempurna itu bukan daripada manusia, tetapi daripada ALLAH. Kehendak ALLAH.

Jelas?

Memaksa diri untuk memenuhi kehendak orang lain sehingga diri sendiri tertekan dan sakit jiwa adalah satu tindakan yang tidak bijak. Bayangkan sekiranya Buayah tetap memakai stokin tebal pemberian Zirafiyah itu walaupun pada hakikatnya dia agak alergi dengan bahan yang berbulu, adakah tindakan itu baik dan wajar untuknya?

Mungkin secara zahirnya -- 'baik' sebab dilihat Buayah cuba menjaga hati dan perasaan temannya. Tapi jika diteliti lebih dalam, itu merupakan suatu perkara yang agak memberatkan bagi diri Buayah sendiri. Maka, tindakan Buayah menolak kehendak Zirafiyah adalah satu penyelesaian yang wajar.

Cuma perlu diingat bahawa orang yang baik itu adalah orang yang paling beradab dan menjaga akhlak. Dalam meraikan sahabat-2 dan menjaga ukhuwah , sangat penting untuk kita meneliti CARA kita menyantuni sahabat-2 kita.

Sekiranya kita TIDAK MAMPU memenuhi kehendak mereka, jelaskan dengan berhemah sebab dan rasional atas tindakan kita itu. Terangkan dengan baik apa mahunya kita dan apa yang kita tidak mahu agar mereka lebih faham dan bersikap empati kepada kita.

'TIDAK DINAMAKAN REDHA JIKA MASIH TERPAKSA'

Redha berasal dari kata ra,dhi,ya -- yardha yang bererti menerima suatu perkara dengan lapang dada tanpa merasa kecewa ataupun tertekan.

(Al-Mausu’ah Al-Islamiyyah Al-‘Ammah: 698).

Jika menerima dalam keadaan hati separuh mahu separuh benci, itu namanya pasrah. Menyerah.

Redha itu ikhlas sedangkan pasrah itu menyerah.

Pasrah menghasilkan sikap fatalisme sedangkan redha pula akan melahirkan sikap optimistisme.

Konklusinya , semat dalam ingatan untuk kita sentiasa jadikan 'reason WHY' untuk setiap perkara yang kita buat itu cuma KERANA ALLAH. Jika mahu memenuhi kehendak manusia, silakan. Memenuhi kehendak manusia itu bakal mencetuskan bahagia di hati mereka dan itu merupakan satu perkara yang baik. :) Tetapi! Buatlah dengan ikhlas dan biarlah mengikut kudrat yang termampu. Sekiranya tidak mampu, terangkan dengan baik sebab-sebabnya.

Jangan sesekali cuba paksa diri memenuhi kehendak MANUSIA.
Tapi, kita perlu paksa diri untuk memenuhi kehendak ALLAH TAALA.

Akhir kalam,

Majulah sukan untuk negara.

Sekiyan, terima kasih , sayang dan chenta .

Yang benar ,
Manusia Marhaen (MaMa)

14062016
Kulim,Kedah

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p