Skip to main content

Erti Bahagia

Adakah dengan kecomelan setara Chini Maruko Chan , kehenseman mengalahkan Saif Ali Khan , intelek setinggi tembok besaq China dan kekayaaan seluas padang bola di Amerika Selatan itu yang bakal membawa kebahagiaan hakiki dalam hati ?

Tak. Selagi mana hati masih jauh dari Dia.

Kadangkala , kita terlalu mengukur bahagia dengan kaca mata yang dibentangkan barat.

Lawa tu kena macam Angeline, baru sempurna dan bahagia.
Cerdik tu kena macam Einstein, baru dihormati dan bahagia

Wah wah.

Kalau itu sahaja skema untuk setiap perspektif bahagia, maka si Angeline dan Einstein sahajalah orang paling bahagia dalam dunia!

Pengsan.

Maka, kau dan aku, muka tak macam Angeline tapi macam Mak Limah Balik Kampung, otak tak berintelektual tinggi macam Einstein boleh cipta mentol dan lampu sedang kita cuma boleh cipta akaun fesbuk ( itu pun akaun sendiri , bukan system fesbuk ), maka bukanlah kita dari makhluk Tuhan yang bahagia. Begitu ?

Saya tanya ni.

Begitu kah ?

Kah? Kah?

Duhai sahabat, duhai teman.

Bahagia itu pabila hatimu mencintai Tuhan dan mencintai apa-2 yang dicintai Tuhan ; Rasulullah Solla Allahu 3alahi wasallam dan agamanya serta pengikut bagi agamanya yakni orang-2 muslim yang beriman dengan adanya hari kebangkitan.

Saya mendengar ceramah forum daripada Ustaz Ebit Lew yang ketika itu bergandingan dengan Ustazah Hafizah Musa sebagai rakan penelnya.

Ustaz menceritakan tentang seorang pendeta yang terbaca tentang Nabi kita , Muhammad Solla Allahu 3alahi wasallam dalam sebuah kitab. Sehari dia terbaca tentang Nabi, dia akan koyakkan muka surat itu dan simpan. Esoknya baca lagi, dia koyak dan simpan lagi.

Dia koyak bukan dibuang atau untuk dibuat kertas nak conteng jalan kira Additional Mathematics.

Dia koyak supaya dapat terus rujuk bila teringat dan rindu nak baca semula. Rasa bahagia setiap kali menatap setiap bait kata yang mencerita tentang Muhammad yang tidak pernah langsung ditatap matanya itu. Bayang-2 pun tidak pernah terlihat.

Hatinya meluap-luap ingin kenal lanjut siapa sosok Muhammad ini. Namun kekesalan sahaja yang diterimanya acap kali bertanyakan sahabat pendeta, siapa itu Muhammad.

Jawapan yang diterima ?

' Dia itu tukang sihir. '

' Jauhi dia. '
Pendeta ini tidak putus asa. Hatinya merasa belum tenang selagi belum benar-2 kenal dan jumpa baginda Muhammad Solla Allahu 3alahi wasallam.

Akhirnya, tekad dipasang biar kena merentas perjalanan yang jauh, padang pasir yang terbentang luas tak ada signboard apatah lagi R&R, beliau berjalan dari negerinya ( saya dah lupa negeri apa. Aduhai.. 😓 ) untuk ke Madinah.

Hanya dengan satu tekad.
Satu tujuan.
Satu matlamat murni lagi suci dan mulia.

AKU MAHU KENAL SIAPA ITU MUHAMMAD.
SIAPA SOSOK MUHAMMAD YANG DICERITA DALAM KITAB.
BENARKAN PENAFIAN KEMULIAAN BAGINDA YANG SELALU DIHEBOHKAN OLEH RAKAN PENDETA..?

Tiada jawapan yang mampu diberi orang-2 di negerinya melainkan dia sendiri harus berusaha mencari.

Akhirnya, tatkala beliau sampai menjejak kaki ke Madinah, ketika itu manusia pertama yang ditemuinya adalah Salman Al-Farisi.

Pendeta ini menyangka Salman Al-Farisi adalah Rasulullah SAW..

Kenapa?
Kerana dilihat pada penampilan Salman ketika itu.
Melihat kepada tingkah laku Salman ketika itu.
Melihat kepada adab dan tutur kata yang baik oleh Salman ketika itu.

Dia melihat sosok peribadi indah pada diri Salman ( seperti yang diceritakan dalam kitab tentang peribadi Muhammad ) hingga dia menyangka Salman itu Muhammad.

Salman tersentak bila dirinya dipanggil sebagai Rasulullah Solla Allahu 3alahi wasallam. Lantas, ingatan nya kembali terbang menyingkapi memori bersama Rasulullah Solla Allahu 3alahi wasallam yang pada saat itu baru sahaja tiga hari wafat.

Malang sekali bagi pendeta itu kerana hajatnya tidak kesampaian untuk bertemu dengan junjungan besar Nabi Muhammad Solla Allahu 3alahi wasallam.

Itu bingkisan kisah yang saya mahu kongsikan.

Ada lagi cerita rentetan seterusnya dari pendeta ini yang bagaimana Salman membawanya ke masjid dan diperkenalkan dengan orang-2 Islam yang lain. Bagaimana takjubnya Pendeta ini dengan ramainya sosok insan yang persis 'Rasulullah' dan terbit dari mereka identiti sebagai Islam, akhlak dari pantulan Al-Quran. Sama! Sama macam Rasulullah Solla Allahu 3alahi wasallam, sama macam yang diterangkan dalam helaian kitab yang pernah dibaca dan dikoyaknya untuk simpanan itu!

Ulas Ustaz Ebit Lew, sahabat-2 ketika zaman Rasulullah Solla Allahu 3alahi wasallam dulu, mereka bahagia selalu. Kerana dampingan terdekat mereka adalan insan mulia Rasulullah Solla Allahu 3alahi wasallam. Rasulullah Solla Allahu 3alahi wasallam sumber kebahagiaan mereka. Perginya jasad Rasulullah Solla Allahu 3alahi wasallam ketika itu bagai menyiat dan menghiris hiba di hati semua muslim. Namun, ajaran Nabi tetap disebati dalam hidup. Kerana cinta mereka pada Nabi tidak pernah padam walau telah pergi insan itu menemui pencipta-Nya.

Kerana bahagia itu, mereka palitkan akhlak terindah seperti yang Nabi dah ajar.

Kerana bahagia itu, mereka terus taat pada perintah Allah dalam menghabiskan sisa-2 hidup di dunia sebagai musafir yang berhenti sebentar untuk berehat seketika sebelum menyambung perjalanan ke destinasi abadi.

Orang non-yet-muslim ketika itu hanya mengenal Islam melalui apa yang dilihat pada zahirnya orang Islam ketika itu. Sudah cukup untuk memberi gambaran kehebatan dan kemuliaan Islam. Sudah tercampak bahagia dan keinginan memiliki kebahagiaan pabila bersama Islam tatkala cuma berkesempatan berbual sebentar dengan orang Islam.

Kerana bahagianya orang Islam ketika itu di bawah payungan agama, maka terbit jua aura bahagia dari tubuh mereka menyinar mata-2 yang melihat.

Dari akhlak. Bukan dari rupa. Bukan dari harta. Bukan dari level kecomelan tahap kucing parsi. Bukan jua dari kesadoan ada 6-pax segala.

Tidak!

Melainkan ianya dari rasa berTuhan, dari praktikal beragama, dari rasa cinta pada kekasih Tuhan yang Maha Mulia.

Itulah sumber bahagia.




17052016
Irbid,Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p