Skip to main content

Jangan Takut Bersedekah

Jangan takut untuk bersedekah kerana bimbang miskin, bersedekahlah! Sesungguhnya, orang miskin itu adalah orang yang takut untuk bersedekah !

:)

Serius, bersedekah itu power. Kesannya hebat. Lebih hebat dari kesan kuasa sakti pari-pari atau Nenek Bertha dalam Sinetron Bawang Putih Bawang Merah tu.

Siapa yang boleh rasa kehebatan sedekah?
Hanya orang yang melakukannya sahaja yang tahu.
Buat dulu, baru tahu.

Ada orang yang terus-terusan berjaya menggapai kecemerlangan dalam pelajaran. Bila ditanya, apa rahsianya ?

Sedekah.

Ada orang bila dihempap susah, susah itu tak melekat lama padanya. Solusi datang bertimpa-timpa maka akhirnya masalah lenyap dari menggigit hidupnya. Bila ditanya, kenapa begitu mudah ?

Sedekah.

Tak penting banyak mana kamu sedekah.
Tak perlu pun kosongkan akaun bank semata-mata mahu mengamalkan amalan simple-miple-apple ni.
Takyah kempiskan dompet pun untuk memberi kepada orang.
Biarpun dengan jumlah yang sedikit, tapi berterusan, itu sudah cukup memadai.

Itu bila bicaranya tentang wang.

Aduhai. Jika memang poket kita rabak, akaun bank juga hanya terisi sekupang dua, dompet kita pula sudah berbulan tiada penghuni kertas berwarna-warni itu, apa tiada harapankah mahu merebut pahala bersedekah sekaligus menjadi antara hamba Tuhan yang dimuliakan kerana amalan memberi ini??

Oh ya!

Jangan pernah lupa.

Biarpun dah banyak semut yang kamu pernah telan dan kunyah sejak kamu lahir ke dunia sampai sekarang sudah dewasa, tolonglah.. Tolong ingat fakta ini!

Kamu boleh lupa benda lain tapi tidak yang ini.. ;
Sedekah itu tidak hanya pada wang.
Jika kamu tidak punya wang, bersedekahlah guna kudrat atau perbuatan yang baik.

Alihkan duri di jalanan.

Bantu Mak Cik Peyahui binti Man angkat kain di jemuran.

Tausilkan maggie yang dipesan dari rakan di blok A ke rakan di blok M.

Isi minyak motor rakan secara percuma dengan kerelaan jiwa raga baldi tong gas.

Bacakan surat khabar untuk nenek yang ada masalah pendengaran.

Masakkan brekfes, lunch dan dinner untuk jiran tetangga satu taman. Err.

Boleh belaka!

Tapi .. Tapi.. Kalau badan juga selalu sakit, tak punya kesihatan yang baik. Gimana?

Jika anda tidak punya wang dan kudrat, bersedekahlah dengan melebarkan inci bibir anda yang merah merekah itu lantas maniskan muka seperti popcorn karamel yang dicurah 3 baldi madu asli pabila bertemu dengan manusia. Sesiapa saja.

Itu juga sedekah!

Tapi, saya yakin. Jika anda mampu membeli mobile data untuk dapatkan akses internet dengan kelajuan melebihi seekor kura-2 berkaki lapan demi dapat terus istiqomah online efbi dan scroll wall saya ( eheh ), maka pastinya dalam poket anda tetap ada baki beberapa keping duit syiling.

Kan ?
Berikan apa yang tinggal itu pada manusia lain. Biarpun hanya SEDIKIT.

KAN DAH CAKAP BANYAK KALI SEBELUM NI!
SIKIT TAKPA, ASAL KONSISTEN.

OKAY?

Tak dengaq!

Okay tak?

Mohon la jawab. Saya tak dengar suara anda.

Okay?

Kuat sikit lagi, boleh?

Okay??

OK!!!!  * kata anda dengan penuh bersemangat ; Terlampau semangat hingga bergegar otot muka bagai dipijak raksasa dan gugur pula sehelai bulu hidung bagai bunga cinta layu di pusara. Err *

Kekayaan itu perlu dibahagi.
Yang berharta lebih, diberi pada yang kurang berkemampuan.
Barulah aman damai bumi ini.
Si kaya tidak dilihat sombong, si miskin tidak merendah diri. Sama membantu.

Ingatlah!

Apa yang kamu beri, itulah yang kamu bakal miliki di akhirat nanti.
Sedangkan apa yang kamu simpan, itulah yang bakal kamu hilang dan rugi.
Berilah sebanyak yang mampu. Lagi banyak lagi baik.
Berterusan , bukan sekerat jalan. Bukan hanya pabila ada manusia memerhati. Bukan memberi untuk meraih populariti.

Allah cinta pada hambaNya yang istiqomah.
Amalan soleh itu tidak bakal dipandang ringan oleh Tuhan.

Dia melihat.
Dia memerhati.

Maka yakinlah, sedekah jariah itulah yang bakal membantu kamu saat jasad sudah menginap di kuburan.

Kebaikan yang kecil pasti ditimbang sebagai amalan kebajikan.

Asal ianya ikhlas.

Ikhlas wahai teman.

Ikhlas.



Qasrus Syuhada
17052016
Irbid,Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

Hafaz Al-Quran. Susah Ya?

Susah ya hafaz Al-Quran?  Dahulu, ibu bagi tahu saya, orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran digelar "hafizah" .  Seorang "hafizah" sangat la hebat. Ibu suruh saya jadi "hafizah". Dalam masa yang sama, ibu jugak doktrin saya suruh jadi doktor bila besaq nanti. Akhirnya, bila kawan-kawan bagi buku biodata, kat bahagian cita-cita tu, mesti saya akan tulis " Doktor yang hafizah " . Bila cikgu tanya dalam kelas, " apa cita-cita kamu? " . Saya dengan mata penuh bersinar-sinar macam cahaya lampu di reban ayam nenek mesti akan jawab, " doktor yang hafizah! "  Fuh. Yakin betul! Takde ragu walau sebesaq bakteria pun. Padahal, umur ketika itu baru 7 tahun. Masa ini, saya pun tak tahu yang "hafizah" tu adalah gelaran untuk orang yang dah hafal 30 juzu' Al-Quran. Saya ingat, kalau dah hafaz dari surah An-Nas sampai surah Ad-Dhuha dah kira "hafizah" lah. Ternyata saya salah.  Naik ke ting...