Skip to main content

Perkara Yang Perlu DiElakkan Ketika Makan Atau Minum




Elakkan !

Elak perkara-2 ini ketika anda makan atau minum .

1- Tak makan makanan haram, syubhah atau rezeki haram. Jumpa Burger King atas lantai, jangan ambil. Bukan hak anda!

2- Tidak hadir jamuan yang menghidang arak. Jamuan hidang air susu Dugro takpe.

3- Tidak melengahkan makan jika telah terhidang. Tinggalkan dulu sinetron, drama atau kartun. Makan lebih utama ! Hidup makan.

4- Makruh beri salam pada orang yang sedang makan. Beri nasi tambah takpe.

5- Tidak tergesa-gesa habiskan makanan. Tenang-2 makan. Jangan sumbat makanan dalam mulut, badan anda bukan tong sampah.

6- Tidak mengambil makanan lebih dari orang kecuali setelah meminta izin. Kalau dapat izin, satu periuk kau nak telan pon takpe.

7- Tidak makan makanan yang terlalu panas. Kalau lapaq sangat, pasang kipas kelajuan 5 sampai makanan sejuk.

8- Tidak makan atau minum dengan bekas emas atau perak. Bekas plastik takpe. Kertas pon boleh.

9- Tidak duduk mengiring ketika makan atau minum. Duduk lah leklok. Apehal nak mengiring?

10- Tidak bersandar ketika makan. Macam malas sangat saja kalau makan sambil bersandar. Ayuhlah makan dengan rajin dan bersemangat. Makan kot! Acara paling digemari ramai.

11- Tidak makan atau minum berdiri jika mampu duduk. Tak comel sangat kalau makan atau minum sambil berdiri. Serius!

12- Tak membaziaq. Tapi jangan pula paksa diri telan juga makanan yang dah basi sebab taknak membazir. Aduhai.

13- Tidak mencela makanan . Suka, makan. Tak suka, takyah makan

14- Tidak bernafas dalam cawan atau meniup air dalam cawan. Ketahuilah, oxygen lebih banyak di luar cawan. Ahah.

15- Tidak minum terus dari bekas air besar ; jug kenduri kahwin, botol air besar, baldi. Ek.

16- Tak makan atau minum dengan tangan kiri. Kaki kanan atau kaki kiri apatah lagi. Jangan tau !

17- Jauhi 16 perkara di atas ketika makan atau minum. ( Jika anda yakin bahawa anda dilahirkan sempurna. Sempurna sebagai manusia. Manusia yang beragama. Agama Islam. )

080522016
Irbid,Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...